Cuba Untuk Mengerti

Hari ini aku rasional kembali. Kembali rasional. Setelah pelbagai persoalan menyesakkan fikiran, aku kembali ke aku yang asal. Alhamdulillah.

Hanya di dalam suasan begini aku dapat berfikir sewajarnya. Juga menimbang seadilnya. Proses demi proses telah ku lalui, dan akhirnya aku rasakan diriku tidak adil kepadanya. Tidak adil kepada dia.

Dia. Memang jalannya penuh liku. Penuh jua luka yang terpendam. Namun ukiran senyum tak lekang di bibirnya. Ungkapan terima kasih tak kenal erti penat. Dia amat baik.

Perilakunya menjadi perhatian. Apa yang dipakainya, bagaimana rambutnya, warna apa makeupnya, semua diteliti. Bila nampak tak enak di mata, ada saja yang mengeji. Tak kurang juga yang memuji bila dia tampak segar dan cantik.

Di sudut yang lain, dari ruang hatinya yang terpencil tak siapa yang tahu. Aku dapat rasakan bahawa kecilnya dunianya! Walau pada zahirnya dia mampu miliki segala, dia tak punya banyak pilihan. Dia tidak bebas!

Dia umpama boneka manusia. Dipakaikan bermacam baju, diberikan pelbagai skrip untuk dipertontonkan. Dia bagaikan tak bernyawa. Nyata dia amat kurang diberi pilihan.

Di sudut hatinya dia dambakan kebebasan. Kebebasan berfikir. Kebebasan bersuara. Telah lama dia pendamkan semuanya.

Namun, bila dia mula bersuara, inilah jadinya. Ribut seantero alam. Semua inginkan dia menjadi seperti yang digambarkan. Semua ingin menjadi pengemudi boneka ini.

Dapat aku rasakan dia cukup menderita. Dia amat menderita. Tak diberi peluang untuk jalani hidup semahunya. Tidak bebas. Bagaikan di dalam sangkar. Bagaikan jasad tanpa rohnya.

Pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku, itu katanya. Itulah luahan hatinya. Andai kau jujur memahami, tidakku menjauhi, itu bisikannya.

Pernah terdengar orang membidas, dahulu naskahnya terbuka. Dia minta kita membaca dan mengenalinya dengan bijaksana, siapa dirinya. Tapi kini mengapa biarlah rahsia?

Dahulu percayalah, kini mengapa bisakah? Aku hanya mendengar. Cuma dia ada jawapannya.

Cuba kuselami, nyata aku sendiri tak mampu melalui semuanya sebaik yang dia lakukan. Untuk itu, aku kembali rasional. Dia ada sebab untuk tindakannya itu.

Mungkin dia tersilap langkah kali ini. Bagi aku, itu hanya untuk membuktikan dia adalah insan. Yang tidak lari dari kesilapan. Kenapa didambakan dia bertindak umpama malaikat?

Mungkin ini ujian tuhan ke atasnya. Siapa tahu? Mungkin juga ini pembalasan dendam olehnya atas ketidakbebasan hidupnya? Mungkin ini hanya dogengan kosong?

Tak siapa yang tahu melain dia yang melalui dan DIA yang merancang dan memutuskan.

Apa pun, sokongn ku kembali kepadanya. Walau ku tahu, jalan untuk mendirikannya di mata orang lain tambah berliku, tambah perit selepas ini.

Walau ku tahu, mungkin aku tidak mampu melalui segalanya hanya untuk memberi sokonganku. Mungkin juga orang lain akan membidasku kenapa aku masih di belakangnya.

Lantaklah. Aku tetap di sini untuknya. Walau macam mana sekalipun. Seperti telah ku nyatakan, apa yang ku lalui dengannya sudah terlalu lama, sudah bermacam yang tercipta. Aku tidak mahu dan tidak rela mengakhirkan segalanya.

Kali ini ku turut kata hatiku sendiri biarpun orang berkata turutkan hati mati, turutkan rasa binasa. Asalkan aku kekal merasakan aku adalah aku. Aku yang rasional. Aku yang seperti sebelumnya. Aku tetap aku.

Dia tetap dia. Bebaskanlah dia. Cubalah untuk mengerti. Jalani hidup sendiri, tanpa membebaninya lagi.

Aku yang menulis dengan rasional,
ak_0143


:::YTBACK!!!:::

Kenangan

Listening to you-know-what. Saja je letak kan semuanya dalam playlist. Ditambah lagi dengan crossfading yang aku set. Semua lagu bagaikan satu medley panjang yang dialunkan. Aku di sini mendengar dan mengimbau kenangan lalu.

Tah kenapa rasa kehilangan. Aku sedih! Bagaikan dia telah tiada! Bagaikan dia telah pergi tinggalkan ku jauh! Bagaikan dia telah...

Tak tahu kenapa. Aku tak nak katakan diri ini fanatik. But, mybe i am. Some people maybe dont know what i’m going through, cos our experiences are differ. Rasa bagaikan ia menjerut diri...

Mungkin juga ada yang tak bisa memahami. Peduli apa! Diorang tak lalui apa yang ku rasa. Diorang tak berperasaan seperti aku. Takkan aku nak buat tak tahu sedangkan aku sedang menjerit kesakitan di dalam?

Hurm~~

Found this note in my boxes, under my bed...

Kenangan. Satu perkataan yang cukup mudah untuk diluahkan. Juga mudah
dituturkan. Juga mudah difahami. Tanyalah kepada siapa sahaja, nescaya
mereka
akan memberitahu.

Namun, jika diteliti
kembali...

- Untuk apa dicipta kenangan? Untuk mengingati masa-masa
lalu? Untuk
apakah ia dikenang?

- - Untuk ingatan masa hadapan. Supaya
satu hari kau
akan gembira bila memikirkannya...

- Yalah, itu kalau
kenangan manis.
Kalau kenangan pahit pula apa gunanya???

- - Kenangan
pahit memberikan
kita panduan dan pedoman agar langkah di masa hadapan lebih
teratur, agar
kita tak tersilap di masa hadapan.

- Tapi apa gunanya
semua itu.
Bukankah lebih baik berpijak di bumi yang nyata, di masa
kini?

- - Memanglah, tapi kenangan ini mudah. Kau pelajari sesuatu
darinya.
Cara mengaksesnya pun mudah, hanya perlu mengingat kembali dan
berangan-angan. Kau tak perlu bayar untuk berangan-angan

- Tapi...
tidak pernahkah kau rasa kenangan lalu membunuh kau?

- - Huh? Kenapa
pula?

- Kerana ia takkan kembali lagi...kerana ia telah pergi.
Sungguhpun ia kenangan manis, ia akan membunuh kau dalam diam. Kerana ia
takkan
kembali...

- - Itu aku tak boleh jawab. Cuba kau cari
sendiri.

- Ya, aku akan mencari. Tapi bagaimana kalau ia kian
menganggu?

- - ....
Ya, itulah yang pernah aku tuliskan dahulu. To be exact, after spm. I admit, masa tu kenangan yang tercipta dan ditangisi bukanlah kenangan yang perlu aku tangisi sekarang. Ia berbeza. Tapi dasarnya tetap sama.

Mungkin kenangan indah di waktu lalu akan menggembirakan. Tapi apa pula maknanya jika kita merasa kehilangan tersebut, lebih dari yang menggembirakan. Itu yang ku rasa sekarang.

Hurm... entahlah, mungkin aku hanya lebih berperasaan di waktu-waktu begini – waktu aku tiada kerja, dan di hening malam. Mungkin bila aku dah sibuk, ia akan berubah?

Entahlah~~~

-aku yang menulis di dalam sebak-

-ak_0143-


:::YTBACK!!!:::

~Hati Berbisik~

Lewat kebelakangan ni hatiku berbisik. Berbisik lagi. Dan bisikannya sukar diterjemah. Sukar diinterpetasikan. Sukar dinilai.

Semuanya kerana dia. Kerana dia yang telah lama hadir, dan kerana dia yang telah lama mewarnai hari –hariku. Semuanya kerana dia.

Ternyata ia menganggu fikiranku. Mungkin aku bukanlah apa-apa untuk dirinya, tapi permainannya ini membuatku terasa di hati. Terasa yang amat sangat. Tapi siapa aku untuk berperasaan?

Melihatkan seorang demi seorang tumbang tanpa pembelaan di sekelilingku membuatku sedih. Di manakah suasana yang harmoni dulu? Aman damai, makmur tenteram?

“Datang berlindung waktu susah dan senang, tumpang berlindung waktu susah dan senang” itu katanya. Kini yang tinggal hanya kutukan dan celaan.



Di sudut hati, masih mengharapkan keajaiban terjadi. Masih mengharapkan pada akhirnya aku dapat mengatakan bahawa aku dah tahu semuanya dan aku tak goyah dengan permainan ini. Masih berharap!

Tapi makin lama, makin berat beban yang ditanggung. Makin banyak cerita yang angin sampaikan. Makin ia mengoyahkan kewarasan diri. Mungkin benar, mungkin palsu. Aku tak mampu menilai dengan terbuka kali ini.

Apapun, aku akan terus berdiri di sini, tabah! Aku akan cuba menahan segala rasa agar tak membunuh diriku. Mungkin aku akan kembali seperti biasa, antara endah tak endah. Tapi mungkinkah? Bisakah?

Apapun, jauh di sudut hati, aku mengharapkan yang terbaik. Dia mungkin tak bisa merubah yang telah terjadi, tapi aku dambakan yang terbaik darinya. Dan aku tak boleh berbuat apa-apa melainkan itu.

Mungkinkah akan terjadi seperti yang ku harapkan? Mungkinkah suasana aman dikembalikan? Mungkinkah semuanya kembali ceria dan harmoni? Mungkinkah hati ini difahami? Aku sendiri menanti jawapnya.


:::YTBACK!!!:::

Ko Ingat Ko DIVA???

Assalamualaikum warahmatullh hiwabarokatuh dan salam sejahtera.



Post ni maybe agak gelabah n emosional. Mybe jugak akan wat kita berfikir. I said maybe k. Cos aku tak tau apa akan jadi lastnya. Aku menulis je, tanpa tau apa hasil akhirnya. So, just layan~~~



Being approach by this gurl (i think) on ym, asking me to add her for my fren list. Her nickname was “that girl”. Dunno her at first, absolutely a stranger. Well, i was just being me, VERY NICE PERSON. To be frank i dunno how to be bad cos at last it will make me hurt. I think most of my fren will say i’m a good guy, but a lil bit naughty (hehe angkat bakul jap)



Never thought being nice will hurt me. Aku wat cam biasa, mula2 add je as fren, then mula la chat. At last tah knapa aku yang sakit hati. Aku cuba wat tatau, tapi aku keep thinking bout it. S***N punya pompuan. Tatau knapa aku geram sangat



She acted like she knew me well, and keep evaluating me from just a lil bit of our conversation. She is S**k... aku amat geram. Tatau lak wat baik jadi cmni. Hurm, baik salah, jahat pon salah, apa yang ada lagi kat dunia ni?



Well, aku copykan apa yang kitorg chatkan. Tolong evaluate n tolong komen. Sbb aku geram sangat.



me : assalamualaikum...

me : sapa ni?



“that girl” : did u get ma last msg?

“that girl” : sy juz add awak frm Y!360..



me : owh, ic...

me : tak dpt pon msg



“that girl” : awk kua td kot..

“that girl” : can we b frens?..



me : yup, i guess so

me : but first thing cmna awak add sy

me : cos sy tatau sbenarnya guna yahoo 360 tu



“that girl” : juz search randomly kat Y!360 dgree tu..

“that girl” : tp, sy da lupe profile awk..



me : so what r u searching 4



“that girl” : nway..sy amelia..20..s.alam..

“that girl” : jus new people..

“that girl” : make new frens..

“that girl” : nape?



me : ak 20 selayang

me : tak r, saja tanya



“that girl” : okie..

“that girl” : pelik ke?

“that girl” : mcm irc gak kan...



me : nope, act for me, sy tak suka cari strangers

me : meaning org yg sy tak knal

me : tak biasa



“that girl” : fine...



me : tu yg nak faham apa yg awak nak



“that girl” : xpelah...

“that girl” : then we dun hv to be frens..

“that girl” : bye..



me : lor

me : sy nak tau je...

me : bukan tak nak chat



“that girl” : ko x ckp ngn strangers aite?..



me : uish, marah? terus guna aku-ko...



“that girl” : so,i'm sorry..i bothered u..

“that girl” : bkn ke ko pun ckp ak-ko..



me : sy tak ckp sy tak suka ckp ngn strangers, sy ckp, sy tak suka cari...



“that girl” : okie...suits u..saya xbyak kwan lm ym..

“that girl” : thts y add up..some new people..

“that girl” : saje jer..



me : ooo ok...

me : saya pon add je..

me : sbb slalunya kwn yang de dlm ym

me : tak sangka lak leh jumpa org lain...



“that girl” : ehmmm...



me : sori terdc



“that girl” : yes?



me : nothing...



“that girl” : okie...



me : besarnyer font...



“that girl” : soo...still nak chat?..



me : apa guna ym kalo tak chat...



“that girl” : ader gmbar?...wanna share?..



me : uh, better chat first...

me : way to go for that

me : so what do u want 2 cht?'



“that girl” : for sharing some pic?...

“that girl” : xkan xder frenster or myspace?..



me : ada but...

me : nanti2 la



“that girl” : duh!...

“that girl” : i pass u...

“that girl” : u're sooo...not cool...n weird...

“that girl” : y dun u just go n chat wif ur dear frens..



me : funny eh...

me : u can judge people



“that girl” : we're strangers nway..



me : through ym

me : yeah we r stranger



“that girl” : uhuh...



me : thats y i dont want to give



“that girl” :17): tech es so...amazing!..



me : yeah amazing for a stranger like u to judge me



“that girl” : yeahh..i never met a person who r soo insecure...

“that girl” : what's the prob with seeing ur face...



me : ok now u se one



“that girl” : talking the person who i know how he'd look like...



me : nak wat cmna... itulah ym... kalo nak knal ikut muka baik tak yah

me : nanti akan pengaruhi cara kita nilai org

me : got it?



“that girl” : owh,then ym ni untuk org yg malu nak tunjuk muka jerla...

“that girl” : camner agaknyer ek if jumpe org kat luar for real..



me : ym ni utk org kan... org kan pelbagai... so take itor leave it...



“that girl” : pakai plastik tutp muka..

“that girl” : owh,lupa...kan awk ni just cakp ngan org yg kenal jer...



me : yeah,

me : so better be this way

me : delete je la nick ni...

me : cos talking to u meant nothing

me : c know people based on look not personality



“that girl” : of course...ym ez for passing time..

“that girl” : nothing moeant anything in ere..



me : losing ur nick won't hurt me

me : its meaningful if u try to find it



“that girl” : i never tell u i'm going to judge u by ur look...

“that girl” : i never even seen ur face...



me : well people does



“that girl” : but i know how close minded u r...

“that girl” : i dun care even ur face ez like what...u really ez not proud of urself...



me : tu bukan close minded

me : tu hati2



“that girl” : u dun stand up for urself...



me : cos anythg can happen here



“that girl” : we dun even know each other...

“that girl” : even if i seen ur face...

“that girl” : i'm not going to recognize u in public...

“that girl” : duh!



me : ok then

me : do what i say

me : delete my nick

me : n we'll never bother each other

me : ok



“that girl” : i've deleted ur nick...way b4 u asked me to...

“that girl” : thanx...for letting me know u...a lil bit..

“that girl” : bye!



me : ok then

me : bye

me : assalamualaikum



“that girl” : wa'alaikumsalam...





So, that how it was. Cmna korang rasa? Eh jap nak nyanyi (pernahkah kau bermimpi... seketika... berada di tempatku~~~) hehe. Marah tak?? Sbbnya dia judge aku hanya melalui ym! Kalo dia dah lama chat ngan aku macam kwn aku takpe – INI FOR THE FIRST TIME, A STRANGER yang aku pun tatau dan tak knal. Mmg S**l pompuan tu (memang aku tgh marah, dan tak mampu kawal emosi).



One thing is, aku tak suka stranger, tapi aku tak kisah kalo stranger nak kenal aku. Aku slalu je add friend request kat friendster n myspace, tapi kalo cmni la, baik tak yah. Tengok sajalah words yang aku mark in red, betapa dia judge aku sebelum kenal aku. Banyak cerita mengenai bad judgement ni. Dont judge a book by its cover. memang betul!



Pengalaman aku, aku pernah diminta add oleh seseorang melalui frenster. Dia track email aku n add aku kat ym. Mula2 tak kisah, layan macam biasa.



Sampai la satu tahap, dia kacau aku tiap malam, tak bleh tgk aku ol, terus tegur. (maybe sbb aku layan terlampau baik). Aku slalu sibuk sem lepas sbb projek aku tu, aku slalu ckp aku sibuk. Then dia macam tak faham, cakap kenapa la org2 slalu layan org chubby cam dia cmtu. (lor... bangang kan). Aku memang sibuk masa tu. Sampai kat situ, aku terus blok dia n sampai skarang aku tak dgr brite pasal dia.



Apa yang aku buat kat dia mybe kejam, considering she is chubby (but i never evaluate that in friendhip – tanya la sapa2 pon, aku kawan ngan semua org, tanpa kira latar belakang). Mybe aku kejam, tapi aku rasa aku patut buat. Ye la, sapa dia untuk mengharap apa2 dr aku. Aku mybe baik n ada rupa (naik lif, tekan tingkat 24 jap!), tapi itu bukan bermakna aku kana sentiasa baik.



Dan sebab utama kenapa aku tak nak bagi gambar aku, sbb aku selalu di misjudge sebagai orang yang baik. Kadang2 expectation orang terhadap kita, bila tgk muka baik sikit, mula ingat baik je, tatau betapa jahatnya aku. kadang2 aku kesian kat orang2 macam tu, sbb terlalu percaya pada muka dan bergantung kepada imaginasi yang orang hensem dan kacak tu baik, diri sendiri tergadai. well, kita dah dgr kan macam2 berlaku - kena rogol la, curi, samun dsb. Aku cakap bukan bermakna aku baik sangat, tapi beware la, awak tu perempuan. Dah macam2 aku buat (untold stories). Selamat la dia kena ngan aku, kalo kena ngan orang lain, mau hancur pompuan tu.



One thing, lepas chat ngan minah hampeh tu aku nampak la satu kwn aku ol. Aku tegur dia, copy paste perbualan aku tadi, pastu suruh dia evaluate. N then coincidence berlaku. Minah tu rupanya kawan baik dia. Mmg klaka bila pk bagaimana secara rawak dia mencari nickname, terkena kat kawan kepada kawan baik dia sendiri.



Tanduk aku mula tumbuh, korek r sikit pasal dia. Tanya kat kawan aku ni, dia ni cun sangat ke sampai nak act like diva. So kawan aku bagi la frenster dia, aku tgk, tkde la cun sgt. Muka tahap ok je. (aku tak suka menilai). Tapi kalo cmtu la perangai, baik tak yah kenal, kurang sikit possibility dia jadi awek aku (hehe). Sbb mybe coincidence like this mean somerhing, but i dont want to think bout it.



To all strangers yang baca ni, nak kenal boleh. I’m free to be known. But dont expect too much n ruin my life k.



Tu je rasa post kali ni. Dah panjang sangat pon. I really hope some one will comment this.



Wassalam.



p/s – Siti Nurhaliza pon tak act diva macam budak ni... hehe


:::YTBACK!!!:::

Dunia Khayalan - akankah kekal?

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh dan salam sejahtera

Hi semua, apa khabar? Camna cuti? (lol) Hurm tah r, buhsan je duk umah tak wat pape. Macam anak dara. Tak kuar tengok2 dunia dan rasanya dalam seminggu aku hanya kuar sekali sahaja dari pintu besar rumah aku, hari jumaat, sebab kene g semayang jumaat. Rasa terasing. Tah la, ni la masalahnya bila cuti menjelma, aku akan mula kembali ke dunia asal aku – dunia khayalan.

Bukannya takde kawan nak dibawa keluar – ramai je. Tapi aku lebih senang sendiri. Tak pening. Yer la, kalo keluar ngan kawan, kene plan macam2 - kat mana, kul brapa, naik apa. Tambah2 bila aku rasa aku sorang je yang sekarang ni naik public transport cos ramai dah ada kenderaan sendiri. Ish bila nak dapat keta ni??? (tunggu my dad dapat kerja baru dulu-wish me luck kay!) lagi satu kalo keluar ngan kawan rasa tak bebas. Kadang2 aku rasa macam ikut sahaja. Tah la. Apa yang aku inginkan?

Merancang jugak nak kuar sorang2 macam selalu. Ala macam tak biasa. Memang slama ni keluar sorang2 pon, tapi cuba bayangkan dari 2 minggu lepas aku merancang.

1st, it is Monday, yerla hari tu tak ramai orang kan, tapi rasa masih terlalu awal untuk keluar, baru mula minggu. Bila selasa, takpe ada rabu n khamis lagi. Rabu menjelma, alih2 aku penat sebab malam sebelumnya main internet tak ingat dunia sampai kul 5 pagi!~

Khamis rasa malas sebab, nak dekat sangat ngan jumaat, rasa nanti malam penat, esoknye susah nak g semayang. Jumaat pulak dah semayang, susah r keluar. Sabtu dan ahad memang bukan pilihan kalo nak jalan2. akhirnya duduk la aku menambahkah berat perut dan kepala (sebab rambut dah afro) alahai!~

Bila lama cuti macam ni rasa nak balik kolej pon ada. Sekurang2 nya masa tersusun di situ. Kat umah ni apa aku buat? Mak aku bagi aku kebebasan sepenuhnya, so memang aku takde apa2 tekanan. Aku bleh bangun sesuka hati pukul brapa pon, pastu terus main internet (wireless streamyx tu)... turun hanya untuk makan.

Tv hanya malam2 tertentu, ada cerita2 yang aku akan tgk (aku tkde astro, so kureng skit cerita). Bila fikir balik, jahatnya aku, jumpa mak aku hanya untuk makan je. Dan bila aku rasa bersalah mula la aku wat baik – basuh bilik air la, jaga adik aku la, hurm klaka betul!

Cuti ini tak menjana produktiviti. Hanya menjana aku melalui minda. Internet adalah punca... ehm bukan punca, internet give me everythg! Aku suka sekali membaca kisah orang.

Tatau dari mana mulanya, rasanya dari kawan aku masa darjah 2 yang mula mengajar aku baca novel penyiasat (siri salma, siri hadi... hehe), sampai sekarang aku masih lagi minat membaca novel dan komik. Dan internet telah menghubungkan aku lebih kepada semua itu. Melalui blog. Ya, blog yang mana selama ini dianggap diari manusia – apa yang dilalui semua dicoretkan melalui hati, tanpa sekatan. Kalo ada yang nak marah, marah la, sebab ia tempat kita, blog kita! Itu yang aku baca dari kebyakan laman blog.

Dah banyak aku jelajahi. Pelbagai cerita aku selami. Pelbagai karakter diri aku kenal – lelaki, perempuan, ayah orang, mak orang, pelakon, pelawak, pekerja belakang tabir even gay n mak nyah sekalipun. Dari mereka aku mengenal dunia mereka. Ada yang menyukainya, ada yang cuba menyukainya, ada yang masih ragu2 tentang hidup, ada yang menzahirkan kemarahan melalui perkataan, ada yang memulakan bicara melalui kisah masing2 dan tak kurang juga yang hanya menceritakan apa sahaja. Aku hadam kesemuanya dan prosesnya di dalam otakku.

Dan aku rasanya bagaikan telah melihat dunia luar. Baru faham maksudnya – dunia tanpa sempadan. Hanya dengan internet aku memasuki dunia semua orang tanpa mereka sedari. Dan aku kadangkala bersyukur, sebab aku dapat rasakan apa yang aku baca adalah luahan hati mereka yang jujur. Persoalannya, aku bagaikan dah tahu apa yang berlaku di dunia luar, tapi bila aku akan keluar dan menghadapinya? Aku kini memang terasing. Terasing dalam dunia ciptaan ku sendiri.

Memang dulu dunia ini aku ciptakan untuk aku – kerana di dalamnya hanya ada aku dan tiada siapa melainkan aku. Hanya di sini aku amat betul dan tiada siapa dapat mempersoalkan tindakanku. Aku hidup tanpa arah, tanpa tujuan. Memang itu semua aku ciptakan! Melalui lagu2 yang ada aku berkhayal dan berkhayal. Khayalan tingkat tinggi. Tapi itu dulu.

Semakin lama aku dalam dunia ini aku sedar aku hanya memperbodohkan diri sendiri. Ya, mungkin dunia ini memang diperlukan, tapi bukan sepanjang masa seperti ini! Mybe for some time, we need time for ourself but not all the time. (otak aku tiba2 terlintas – takkan mungkin kita bertahan , hidup dalam bersendirian...)

Semakin aku di sini, semakin aku mengerti. Aku hanya mencari jalan untuk menyorokkan kesepian yang aku alami. Tanpa apa2 daya usaha untuk keluar darinya. Mengapa aku begitu?

Aku peratap setia. Semakin aku berfikir, aku sedar, aku selalu meratap perkara yang terjadi. Even benda kecil pun. Tah r, kesedaran untuk berubah dah ada, but i need something to lift me up. Di manakah ia?

Persoalan demi persoalan. Tiadaku temu jawapan. Mungkin masa akan memberitahuku tanpa sedar. Entahlah

Entri ini aku habiskan di sini. Teruskan mengunjung ke sini. I really appreciate your time!

Walaupun aku sedar, tindakan ku mengubah ke laman ini dari friendster blog, mungkin silap, kerana mungkin tiada siapa akan membaca. Aku sudah membuat keputusan itu, dan aku takkan menoleh lagi.

Harap2 adalah pengunjung2 di blog ini.. (perasan di penjuru kanan, ada hits count – aku akan tahu di situ)

Ishh.. macam mengaharap sangat la plak. Ok la bye. Enjoy your life!!!

Wassalam


:::YTBACK!!!:::

Memahami beban...

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh dan salam sejahtera


Dah lama tak update blog (kedua2nya – fs n blogger ni). Memang macam2 sebenarnya untuk diceritakan, tapi entahlah kenapa rasa malas menguasai diri (memang semakin cuti semakin malas). Tatau la camna nanti nak mulakan rutin harian kembali di Kuktem

Sebenarnya tak tahu nak cerita apa ni. (alah tulis je cmtu, nanti pasni panjang jugak post ni... hehe). Tau tak bilakah masanya yang paling banyak idea dan keinginan untuk update blog? Masa aku nak lelapkan mata. Y?

Tah lah, maybe masa tu sambil mencari gelombang tidur yang sesuai, aku mula berfikir siapa aku, apa aku dah buat, apa aku nak buat, apa aku nak jadi, apa sepatutnya aku jadi, apa yang patut aku fikirkan dan macam2 lagi. In that moment, there are so many questions keep moving in and out my head, dan macam2 topik aku bincangkan dengan diri (told u i’m a thinker... i guess) masa tu lah segala2nya ingin aku ceritakan, tapi pada siapa?

Dah bosan sebenarnya asyik luahkan perasaan pada diri sendiri je, sampai bilakah masanya akan diluahkan kepada orang lain? Hurm, just through this blog finally i manage to do something...

Apa yang aku lakukan sepanjang cuti ni? Rasanya tidur, bangun, makan, main internet, tidur balik dan itu saja! The routine keep repeating over and over again until suddenly i realised, i’ve been home for a month with nothing i achieve to be prud of. Adakah masa cuti ni masa aku lepaskan segala2nya. Entahlah, kalo fikirkan dari sudut positif, i should wake up and rise again. But, dunno y i’m not into it.

Melayari internet sudah menjadi kemestian padaku tiap2 hari. Sejak ada broadband wireless kat umah ni, rasanya macam2 aku dah explore. But i keep my exploration process to sites which i like most. Kadang2 macam orang bodoh pon ada, keep masuk laman web yang sama every hour, to check if there is any update from the previous one. Silly huh? Like i have no life.

But the think i want to share is, i keep visiting sites on topics which i like most – entertainment and pov. Macam2 laman aku dah bukak sampai la aku kepada laman2 web bloggers2 lain yang berkaitan dengan hiburan. Macam2 bloggers aku dah jumpa – student, someone from entertainment field, dan macam2 lagi. One think i can see from all of them, why do they blog is to fullfill their nedds – to speak up!

Sometimes in life, we dont have chance to speak up ourselves, dan mereka mengambil blog2 ni untuk meluahkan apa yang terdalam. Yang terdalam, yang tak nampak di mata, yang terzahir di hati. Yang mereka tak mampu luahkan di luar, tapi yang mereka rasakan. Yang mereka ingin katakan, tapi tidak bepeluang. Hurm – i think i’m one of them. From their blog, they said about something funny happened to them, apa yang diorang bengangkan, pandangan diorang mengenai orang ni, orang tu dan macam2 lagi yang berlaku.

Its good actually to have place to shout out our mind. Hidup ni kadang2 tak melengkapi benda yang satu ni. Kita mencari2 kepada siapa kita nak cakapkan perasaan kita. Bagi yang dah bercouple mybe kepada couple masing2, tu pon mesti ada rahsia yang tersimpan. Bagi yang ada kwan, maybe kepada kwan. Ibubapa n so on. Tapi kalo yang takde sapa2?

Aku dah puas mencari, namun tak ketemui. So i’ve created this place to fullfill my needs. Pernah ditanya secara tak langsung oleh seseorang kenapa nak blog? Manfaat sangat ke? Well, diff people have diff pov. For me it helps me, so who cares..

Menaip memang susah nak gambarkan segalanya. Kalolah aku dapat rakam apa yang otak aku fikirkan masa sebelum tidur, mesti blog ni lagi best.

Well, ini adalah permulaan untuk memecah tembok malas dalam cuti ni. Maybe lepas ni aku akan update selalu. (i must find something to do, unless i’ll do nothing)
K, enjoy ur day!

Wassalam


P/s - Mybe lagu ni menggambarkan segala2 yang aku rasakan...


Membebaniku
by PeterPan

Tertidur lagi
Masih menangis dalam sela waktu
Dan tanganku ini
Masih memegang erat kepalaku
Uh.. uh..uh.. kepalaku

Semua yang membebaniku
Sungguh membebaniku
Sungguh membebaniku
Sungguh membebaniku

Lemah tetap menari
Langkahku
Mencoba tetap berdiri
Kumenangis
Masih tetap mencari jalanku,
Memahami beban itu


:::YTBACK!!!:::

Picture with her...

Maybe tis is just a pic... but a pic does give thousands of intrepretation right??? Just wat to share.


Free Image Hosting at <a href= Click thumbnail for bigger version


:::YTBACK!!!:::