Memories of Zone 113

0108 – 27 Jun 2007

Semalam tengok2 gambar lama. Sekali terbuka satu folder ni. Penuh dengan gambar bilik lama, bilik aku kat UMP masa semester 4 yang lepas.

Masa tu konon-kononnya aku nak buat satu post pasal bilik aku ni la. Tu yang gigih semacam kemas sikit bilik (biasa la sedikit sepah… sedikit je!), dan snap snap mana patut.

This entry is dedicated to my previous room, the place where I work to achieve my current achievement that I proud of. Siapa yang tak tahu g baca entry Shades of Happiness. Huhu

Well, jom r tengok bilik kesayangan ku dulu.


Ingat zon 113??? This is it. Zone kedamaian yang aku gambarkan sebagai tempat aku bersendirian, tempat berfikir, tempat melayan perasaan, dan juga tempat untuk menidurkan diri! Huhu.

Masa tu aku rasakan hanya di zon ini aku rasa aman. Aku bebas sebebasnya buat apa sahaja. Inilah zon selesa yang telah aku ciptakan dulu. Nampak ada kertas di situ? Ia tertulis zon 113, tapi aku wat artistik sikit sampai yang membacanya tak dapat tahu apa yang aku tulis. At least aku faham kan.


Di sebelah zon 113 adalah kabinet buku yang aku kurang gunakan sebagai tempat letak buku. Mostly, aku letakkan entertainment aku dekat situ, supaya mudah capai.

Nampak tak ada buku Harry Potter dan DVD-DVD di sebelah katilku itu? Air di bawahnya? Biskut di bawah sekali tu? Itu semua untuk memudahkan aku mencapai di kala aku tengok movie. Memang malas kan.

Er... di drawer kedua tu, sebenarnya buku-buku ’the roomate’. Aku ni baik kan, siap bagi dia kongsi lagi. Tapi apa salahku diperlakukan begitu??? Duh!


Moving on, inilah meja studi aku. Aku jarang sekali studi atas meja ni. Aku ni kiranya reptilia kowt, ada tulang belakang lembut. Aku suka studi atas katil.

So di atas meja ni terdamparlah macam-macam khazanah aku. Belakang tu konon-kononnya gambar kenangan la. Ala bukan selalu tengok pun. Saja je letak.

(tapi bila aku nak keluar, rupanya aku dah rosakkan dinding tu, aku gunakan double tape untuk tampal semuanya, alih2 takleh tanggal, gasaklah sapa yang guna bilikni lepas aku!)


Gambar kenangan. Gambar ngan siti tu wajib letak ok. Print sendiri tu


Ini dedication tipu je ni. Aku suruh kawan aku buatkan. Tapi diorang konon-konon buat senyap-senyap la. Kecoh rumah aku bila aku dapat benda ni. Ala, ada chocholat ferrero rocher je dalamnya.


Stack of books. Inilah subjek-subjek yang aku amik sem lepas. Inilah yang aku usahakan sem lepas. Kenangan tu deh.


Gambar siti. Ala, benda ni dapat percuma dengan kaset dia dulu2. aku memang lama simpan benda ni nak letak atas meja. Atas meja matriks ak leak gak, kat sini aku letak gak. Saja je. Kinda cute.

Notice the aeroplane tu??? Itulah hadiah dari lecturer aku dulu sebab aku dapat markah test paling tinggi dalam kuliah. Huhu. Masa tu main tibai je jawab, ada je salah aku tulis. Tapi dia amik markah yang betul je. So aku dapat la. (tips untuk budak bio, korang tibai je, tulis memacam apa yang korang tau pasal soalan tu, tak dapat banyak, dapat la sikit markah)


Zon 113 at work. Cmni la keadaannya bila aku tengah studi. Aku memang studi atas katil la. Macam best sikit. Gambar aku studi tak de la. Masa studi perlu selesa, so aku pun kiranya ’pakai’ apa yang selesa la. Sensor sket! Huhuhu

Tapi best plak studi situ masa tu. Sebab dah biasa kowt. Begitulah keadaannya bila aku dah suka. Rindu lak tempat tu.


Ni la laptop baru aku. Toshiba. Aku dah lama cakap nak letak gambar kan. So here it is. Boleh la nak guna.

Itulah jelah entry bergambar kita pada kali ini. Beta saja je nak kongsi gambar-gambar bilik beta. Nak kongsi gambar beta tak best lak. Aku baru perasan dowh, aku ni tak lah macam orang tu yang suka snap gambar sendiri tiap masa!

Huhu.

Signing out...


:::YTBACK!!!:::

Bising??? Penyibuk???

0107 – 25 Jun 2007

Well going through some stuff tadi.

Kemas sikit apa yang patut setelah aku hanya main masukkan segala harta pusaka aku ke dalam kotak masa nak balik cuti dulu.

Found out something really interesting. Memorable I may add. And also makes me think over and over again about myself.

What it is?

A stack of post-it.

Alah yang boleh lekat-lekat tu. Ada warna kuning, hijau, biru n so on.

Aku dapat benda-benda ni masa aku g Ledang last semester. Masa tu baru je aku abis final untuk sem 4 tu, dan harapnya aku g sana untuk mereleasekan tension la. Di samping tu nak lepak-lepak, hilangkan benda-benda yang tersumbat kat kepala otak selam ni dengan udara yang segar.

Nak hilangkan penat la kononnya. Tengok2 lagi penat adalah. Well, to view more on my journey there, simply click

Gunung Ledang Mind-Field Journey

Dan dekat sana ni, kiranya ktiviti kitorang adalah macam aktiviti bina diri camtu. Ala-ala motivasi sikit r. Cuma setakat nak namakan journey ni motivasi. Kalau takde pengisian, HEP UMP bukannya bagi nak buat program.

So nak tak nak, selainkitorang menyakitkan otot ke atas sana, adalah aktiviti yang berunsur bina diri ni.

Ada la satu game ni, fasilitator bagilah kitorang seorang 20 post-it ni. Matlamatnya, korang boleh tulis apa saja mengenai orang lain, n korang akan lekatkan dekat orang yang korang tulis tu.

Benda simple je, tapi penat gak nak memikirkan tulis untuk sorang2. lama masa untuk brainstorming je.

Aku cuba tulis sebanyak mungkin untuk semua kawan yang aku kenal la. One thing about me, adalah jugak kawan yang tak popular sangat dekat kalangan kitorang ni, tapi aku berusaha jugak nak tulis untuk dia, tak nak dia rasa left out and tak dapat banyak komen.

Kan aku cakap aku ni selalu sangat fikir pasal orang.

Tapi what did i got???



Post-it – part 1


”Masyih Kamal, naik gunung bagi choc”

”Tinkew Kamal wat air milo + nescafe. Sedap!! Ada UMP”

”Kamal, Sedapnya milo ko! Sakit Perut aku... –Sorry for grabbing your tush- huhu”

”Kamal. Bising tapi menghappykan. Thanks sbb jadi supplier mknan aku. Neslo ko sedap... laen kali buat lg yek”

4 msg yang macam memuji aku. Diorang ni aku perasan dari tulisan, diorang antara yang terapat dengan aku.

Choc

Naik gunung mmg memerlukan energy yang tinggi. So dalam perjalanan mmg aku lah jadi supplier coklat untuk ramai orang. Sebabnya sebelum pergi, aku dah g shopping choc. Aku kan hantu choc.

Neslo

Pasal neslo. Huhu. Memandangkan aku suka neslo, ada satu hari tu diorang tak tahu nak buat air apa. Aku tawarkan diri nak buat air ler.

Aku mana penah buat sekali banyak, selalu buat satu cawan sendiri minum je. Tapi aim aku adalah nak buat air neslo yer. Biar ada rasa milo dan nescafe.

So aku main bancuh je. First letak milo banyak. Nescafe sikit (3 paket 3in1 tu), rasa milo la plak. Aku tambah la nescafe lagi 3 paket. Sekali rasa nescafe la pulak. Aku tambah milo lagi. Tak puas hati lagi. Aku tambah punya tambah, sampailah air aku satu jug tu amatlah pekat. Tapi sedap n ada umph!

Tapi masalahnya, dah nama naik gunung, mana la nak dapat tandas nak memerut. Pas minum n puji2 air aku tu, diorang suma salahkan aku sakit perut. Masing-masing tahan je untuk turun ke bawah esoknya. Selamat malam tu malam last.

So itulah ceritanya pasal air neslo ku itu.

Tush?

Nama naik gunung. Aku naik ngan 3 kawan baik aku ni. Kelab sengal sedunia.

Naik tu payah jugak la, sebab curam.

Hari tu tiba-tiba si minah sengal di belakang ku ini nak terjatuh. Sekali dia grab belakang aku. My tush. (tatau g cari kamus deyh)

Aku terkejut. Aku sudah tak teruna lagi!! Kuikuikui. Lepas tu kitorang gelak je. Aku saja je buat, napa ko raba aku? Apa salah aku?

Huhu, memang kitorang sengal


Post it – part 2


”Kamal busuk”

“Kamal jangan malas. TQ for camera”

“Kamal malas cuci pinggan”

”Budak nie cerewet sikit tapi selalu teman aku pi tandas. Hahaha...”

“Kamal, Sori selalu buli ko. Hehe... Thanks!”

“Cakap banyak. Penyibuk”

”Kamal, banyak cakap, bising je. Hehe”


Dan kebanyakan msg adalah sama sahaja bunyi dan tonenya. Tak tahu la main-main ke tak, but deep inside bila baca balik terasa la pulak aku ni.

Msg 1 – naik gunung, peluh mengalir. Memanglah busuk.

Msg 2 – malas ker aku ni?

Msg 3 – aku memang malas cuci pinggan. I admit1 apa guna ada gurls dalam grup kan. Tapi aku bukanke jadi lighting man masa korang cuci pinggan?

Msg 4 – dah la aku teman ko g tandas, jadi tukang suluh, kata aku cerewet lagi??

Msg 5 – bagusnya pembuli mengucapkan terima kasih kepada yang dibuli.

Msg 6 n 7 – dua msg ni la yang buat aku agak terasa. Reality is bitter right.

Aku ni bising sangat ke? Nak aku diam ke?

Aku pernah diam. Semua orang takut.

Seriusly, masa tu aku diam n buat muka masam, gurls cos aku mana berani nak buat lawak dengan aku. Gerun kata diorang.

Aku cuba jugak diam sekali sekala, tapi macam tak best.

Ada keadaanya, bising tu sengaja nak tutupi perbualan yang tergantung kat tengah tengah.

Korg bayangkan, korang tak rapat sangat dengan sorang ni. Korg borak borak, sekali stuck, takde idea nak borak pe. Aku tak suka situasi tu.

Aku pulak dengan drastik buatlah lawak, bagi kitorang macam bind balik n takde rasa janggal.

Tapi itu membuat aku dipanggil bising???

Macam 4 msg di atas tu, maybe sbb diorang dah biasa dengan aku kowt. Dah lali kowt. Tu yang takde apa-apa diorang kata.

Tapi bising ke aku? Penyibuk ek? Haruskah aku berubah??

Hurm.

Former school friends (u-know-who-u-r), comment plzz



p/s – aku makin dah tak biasa la pulak bila jadi blogger dari rumah ni. Sbb ada je cnnction, dan aku kena update. Sbb kalo dekat kolej, tak update is accpetable, tapi dkt rumah dgn cnntion yang laju menderu, tak update, aku lak dibambu. huhu


:::YTBACK!!!:::

Recovery...

0106 – 24 Jun 2007

Recovery…

Setelah mood depresi melampau tadi, kembali ke dunia nyata. Mandi. Turun ke bawah.

Makan malam, sambil membaca paper paginya yang tak sempat dibaca pagi tadi (mak aku selalu beli paper petang2). Kosmo.

Di satu ruangan. Aku terpempan. Kata-kata hikmat.


"Orang yang berasa dirinya terlalu kesepian, paling teguh berpegang pada khayalnya"

Aristotle, pendeta Yunani


Serta merta sebilah panah menusuk jantungku. Tepat sekali panahannya.

Aku memang sering memandang diri aku sebagai manusia kesepian.

Well, it must change now. It must!

Now I feel better.

So, anggap je la entri sebelum ini tiada. I’m ok now.

There are more to life!



p/s – dan bukak pulak video2 yang baru ku download. Ada satu video ni.

The Corrs – Everybody Hurts.

The lyrics is so comforting. Macam my life has been sung by Andrea Corr. Best gila.

Cari di Imeem untuk diletakkan dekat blog ni, takde pulak,. Yang ada cuma promo je. Apapun, enjoy lirik dia. (best kalau dengar dengan full speaker dalam bilik gelap, duh syahdu je)



The Corrs – Everybody Hurts

When your day is long

And the night

The night is yours alone

When you're sure you've had enough of this life

Well hang on

Don't let yourself go

Cause everybody cries

And everybody hurts

Sometimes

Sometimes everything is wrong

Now it's time to sing along

(When your day is night alone)

Hold on, hold on

(If you feel like letting go)

Hold on

If you think you've had too much of this life

Well hang on

Cause everybody hurts

Take comfort in your friends

Everybody hurts

Don't throw your hand

Oh, no

Don't throw your hand

When you feel like you're alone

No, no, no, you're not alone

If you're on your own

In this life

The days and nights are long

When you think you've had too much

Of this life

To hang on

Well, everybody hurts

Sometimes, everybody cries

And everybody hurts

Sometimes

And everybody hurts

Sometimes

So, hold on, hold on

Hold on, hold on

Hold on, hold on

Hold on, hold on

(Everybody hurts

You are not alone)


:::YTBACK!!!:::

Am I Being Paranoid???

0105 – 23 Jun 2007

Am I Being Paranoid???

Pernah tak korang rasa, korang sayang sangat dekat seseorang ni, tapi at the same time korang dapat rasa yang dia macam nak tak nak je layan korang?

Tak kisah la kekasih ke atau kawan-kawan. The case is still the same.

Korang suka dia. Dia boleh buat korang bahagia. Dia boleh buat korang happy. Dia boleh buat korang rasa korang lah yang terbest kat dunia ni.

Yeah, dialah segalanya.

Perhubungan korang dengannya on and off. Kadang-kadang korang dilayan dengan begitu baik, sehingga korang rasakan dia pun ada sama rasa macam korang.

Tapi mostly, korang yang banyak memulakan, korang yang banyak berusaha untuk menyegarkan perhubungan. Sedangkan dia buat endah tak endah.

Most of the time, every 3 messages, only one been replied non-whole-hearthedly. Most of the time jugak korang rasa sakit hati bila diperlakukan begitu, tapi korang still sayang to let go, and still berharap somehow, someday it will change. It is the matter of time, u said.

Korang sayangkan dia. Korang inginkan dia. Korang ingin bahagia bersamanya, tapi korang tak mampu. Korang dilayan bila diperlukan. Bila tidak diperlukan, korang dilayan bagai sampah.



Tapi still, korang sayang nak melepaskan. Sehingga korang membuat banyak perubahan atas diri korang supaya dia terus kekal rasa senang dengan korang. Korang tak kisah berhabis untuknya, dan korang tak kisah segalanya untuknya.

Kebanyakan masa korang dikhayalkan dengan khayalan indah, yang dia akan melayan korang sebaiknya. Dengan ikhlas, bukan hanya pada masa tertentu.

Kadangkala, korang rasa dia semakin menyampah dengan korang. Mungkin kerana korang sendiri dapat rasakan dari cara dia melayan korang. Tapi still, korang tak endahkan, dan korang semakin mengatur strategi untuk membuatkan korang dilayan sebaiknya.

Banyak kali juga korang tak endahkan untuk memikirkan perkara ini. Kerana bagi korang, bila difikirkan semakin banyak korang sakit hati, semakin banyak perkara buruk yang korang boleh bayangkan berlaku. Korang tak nak terlalu berfikir.

Tapi still, itulah yang korang fikirkan setiap hari. Itulah yang korang ingatkan.

Korang bengang sebenarnya, tapi korang terlalu sayang untuk melepaskan.

Pernah tak?

Tak tahu nak cakap pe. Hanya ingin meluah bagaimana rasanya harga diri dipermainkan, dicari bila perlu, diketepikan bila tak perlu.

Or am i a freak?

Just want to share the feeling.


:::YTBACK!!!:::

Perkara kecil yang ku bengangkan dan saja diperbesarkan...

0104 – 22 Jun 2007

Perkara kecil yang ku bengangkan dan saja diperbesarkan…

Pre-entri

Lewat kebelakangan ni, aku semakin banyak cuba mengenali orang-oarng baru yang mungkin boleh membawa kebahagiaan kepadaku.

Mungkin juga kerana ketiadaan orang-orang lama yang aku senangi, kalau ada pun mereka sukra dihubungi. Jadi, aku sendiri, mahu tidak mahu terpaksa adapt dengan keadan yang berlaku, dan menjadikan diriku sendiri cuba untuk mengenali muka-muka baru.

Orang kata berkawan biar seribu, berkasih biar satu. Duh, silap peribahasa pulak. Makan dalam beb. Hehe.

But, one thing, bila aku cuba untuk mengenali rakan-rakan baru ni, i can’t keep myself from noticing, there is one similarity. Tak tahu aku je yang terperasan, tapi aku dapat perasan la.

Check it out.

Situasi 1

Expoconvo’07 UMP. Tanggungjawab aku. Matlamat aku. Walau kerjanya sdah sedikit berjalan, banyak juga yang perlu masih dilakukan.

Tarikhnya sudah dilambatkan ke bulan 12. banyak juga perubahan kecil yang sedikit mengugat jadual kerja, dan akhirnya profesionalisme aku sendiri. Mungkin juga saat itu aku sudah terlalu penat dengan kerja yang bertimbun, dan aku mula kurang mengawal profesionalisme dan lebih emosional.

Biarkan dulu perkara itu.

One thing is, aku cuba la rapat dengan rakan sejawatan aku. Kiranya dia ni di bawah aku dalam organisasi expoconvo tu. A girl.

Kinda cute. Minat gak la nak kenal rapat. Korek punya korek, dah berpunya rupanya. Duh, why i am always falling for someone else’s girl? Diorang yang couple awal sangat ke, atau aku yang lambat sangat?

Apa pun, aku cuba jugak rapatinya. Nak rapat sangat, kang takut dia yang keliru memilih antara dua. Ceh.

Tapi aku berbaik dengan dia. Dia melayan. Kinda ok la. Best jugak ada yang melayan ni. Aku rasa dia pun tahu niat aku. Tapi aku tahu dia terikat.

Cara untuk aku rapatinya, gunakan aset yang ada. Kereta aku.

Selalu mengajaknya ke pasar malam. Tu pun, dia diescort oleh orang ketiga, keempat dan kelima. So bukan kami berdua je la. Dan di dalam keretalah, bermulanya perbualan yang aku maksudkan.

”Kamal, ko anak ke berapa ek? Ko berapa adik beradik?”

”Er... Kenapa tanya? Ko rasa?”

”Sajalah nak tau. Takkan tak boleh”

”Urm... ko rasa?”

”Tah lah, tapi yang penting ko bukan anak pertama!”

Duh!

”Well, in fact, aku anak pertama la. Aku ada lagi satu adik lelaki belajar kat UTP, satu adik perempuan sekolah menengah and satu lagi lelaki, baru 3 tahun dekat rumah”

“Betul ke ni??? Hahahahaha, muka macam anak last je”

Ceh!

Situasi 2

Plan besar masa cuti yang aku cakapkan dulu. Khamis 21 jun 2007. besar la jugak, banyak yang berlaku.

Perasaan bercambur baur, best, cemas, kaget, takut, best balik, malu. Semua ada la.

Berjumpa kawan lama je sebenarnya. Tak la lama sangat, kenal pun tahun lepas. Cuma sebab dah setahun tak jumpa kowt.

Then, mulalah ’the conversation’

”Hey dude, kat umah ko free tak. Ingat nak lepak sana jap”

”Ala, kat umah aku ada parents la. Lagipun adik aku ada kat umah. Nak lepak pn bilik aku je, mana best”

”Ko berapa adik beradik ek”

”4. tapi sekarang adik perempuan ngan yang kecik je kat umah. Sorang dah balik U dia”

”Heh, ko anak pertama ke? La, ingat kan apa”

”Abis? Aku tak layak jadi anak pertama ke?”

”Takdela, muka ko macam budak-budak!”

”Ala, abes aku nak buat macam mana”

”Betul gak”

Situasi 3

Duduk dia di hadapan komputer. Melayari internet.

Bosan dengan kerja yang dilakukan mungkin. Terus membuka laman web Yang Terdalam.

”Eh ada entri baru lah. Apalah dia ni nak bebelkan” bisik hatinya.

Membacanya. Membaca situasi 1. membaca situasi 2.

“Laa… Kamal ni anak pertama ke. Huhuhuhuhuhahaha”

Ya. Itulah anda yang sedang membaca!

Jalinan situasi

Ya, aku memang anak pertama dari 4 beradik. In fact, aku adalh cucu pertama dalam keluarga aku.

Mengejutkan?

Ada seorang adik muda 2 tahun dari aku. Di UTP sekarang. Adik kedua tengah tingkatan 2, dan yang kecik nak masuk 4 tahun dah.

Dan dalam keluarga besar aku, akulah yang pertama, cucu pertama yang menjadi kesayangan keluarga aku. Kesayangan ke?

Akulah yang dijadikann baha eksperimen. Kalau segala benda yang tak baik, berlaku kat aku dulu, dan yang selepas aku tak yah la ulangi benda yang sama.

Aku lah yang dipertanggungjawabkan dengan macam-macam. Di rumah, di rumah nenek aku. Tension begini kadang-kadang.

Tanggungjawab & expectation

Expectation untuk aku juga amatlah besar. Perkara yang paling aku ingat ialah lepas aku spm dulu.

Masa tu, famili aku berkumpul di rumah nenek aku. Dari 5 keluarga sebelah mak aku, adalah 3 keluarga berkumpul di rumah nenek aku tu.

Yang paling aku bengang, malam tu, diorang semua memberi macam-macam jalan untuk aku ikut, supaya aku kononnya akan berjaya.

Seorang paksu aku ni, maybe tak pernah masuk universiti pun. Dia kerja dekat Mas. Gaji dia besar la jugak jadi technician.

Katanya ”Kamal, ko tak yah masuk universiti pun takpe. Paksu boleh tolong ko masuk MAS. Gaji besar. Ada orang dalam lagi. Senang la ko dapat”

Aku yang masa itu amat tidak meminati kejuruteraan mekanikal diam diri je. Buat-buat dengar.

Satu keluarga mak long akuni. Suaminya ada kelulusan. Taraf hidup diorang pun lagi tinggi dari kitorang yang lain.

Pak longku berkata ”Kamal, dengan result yang macam ni. Ko bagus mintak universitii uar negara. Medic ke. Apa-apa jelah. Masuk universiti dulu”

Aku sengih.

Tiba pulak mak aku.

”Takpe, biarlah dia masuk matriks. Dari situ baru dia mula tahu semuanya”

Dan diorang bertekak dalam nada yang baik tentang MASA DEPAN AKU.

Aku balik tu punyalah bengang. Rasa macam aku ni milik semua orang, kena ikut apa yang diorang nak.

Last-last aku ikut mak aku jugak. Lagipun dia sendiri tahu kewangan aku macam mana, tahu otak aku macam mana, so aku masuk matriks la.

My point is...

My point is, tanggungjawab jadi anak pertama dan cucu pertama ni, aku macam kena jadi contoh dekat yang bawah aku. Walaupun rasanya, aku dah jadikan contoh yang terbaik dah, tapi still, kadang-kadang expextation melampau.

Salah aku ke kalau muka aku macam budak-budak. Maybe perangai aku sedikit manja bila di luar,

Tu semua adalah refleksi kepada apa yang perlu aku lalui. Di rumah, i have to be the toughest, tangunjawab besar, yang boleh dipercayai.

Tu yang di luar, aku sedikit relaks, penat berada dirumah dengan tanggungjawab yang menimbun.

Tak patut pun aku marah bila orang cakap aku anak tu ke ni. Tapi, aku terasa sikit sebab, macam la aku tak layak.

Selama ni, banyak jugak aku perhatikan, jadi anak pertama ni amatlah sukar. Sakitnya. Itu jugak yang anak kedua ketiga akan cakapkan? Semua dengan perspektif masing-masing.

Tak yah la buang masa komen dengan kita bertelagah pendapat mengenai tanggungjawab siapa lebih besar. Semua ada pendapat masing-masing. Perkara ni dah lama dipertelagahkan orang. Lame topic la.

Post-entry

Apapun aku tetap aku. Selama ini walau orang tak memperakuinya, aku masih lagi berdiri sebagai anak pertama di atas kaki aku sendiri.

Aku lalui hidup dengan pilihan aku. Segala expectation mereka tu aku jadikan sebagai maklumat tambahan dalam aku menentukan hidup.

Apa ada pada rupa luaran. Ya, itulah yang senang diperhatikan untuk menilai seseorang kan.

Yang di dalam sukar untuk eklihatan. Jati diri, personaliti, siapa dia sebenarnya. Sukar dilihat.

Itu di Yang Terdalam

p/s – penat lak kena bambu tak update.

p/s – later on masa cuti ni, baru aku sedar ramai gila silent reader, antara kawan-kawan lama yang baca Yang Terdalam. Kira aku tak yah update sangat pasal hidup aku kat diorang. Dorang akan cakap, ”aku dah tau dah, aku baca kat blog ko”. Dah baca tak reti nak komen! huhu


:::YTBACK!!!:::