Busy... busy... busy...

0065 – 23 Januari 2006
Busy… busy… busy

Prolog

Hi there!~ selepas seminggu aku tak update blog ni, aku kembali berbunyi.

Its not like that I don’t have any story to shared, but my priority to update this blog has move to second place, after all my responsibilities in this semester that requires me to split my body into three, if I can.

Moreover, in this busy life, I easily got sick, fever. Yelah, belum sempat demem yang sebelumnya sembuh, aku terpaksa berhujan untuk buat program, then here come another fever. Bila demam tu pulak beransur sembuh, aku pulak terpaksa berjaga malam untuk siapkan lab report and assignments.

Sekarang ni jadual aku kembali seperti zaman aku sibuk dulu. Tidur pukul 3, bangun 630. begitulah rutin setiap hari. Dan semakin lama semakin sakit jadinya.

Panjang pulak introduction kali ni. Ye lah, dah lama tak menulis kan.

Ok moving on, what do I want to share for the past week.

Let me see.

Dari Hati ke Hati @ Taman Gelora 200107

Here comes the first program for me fro this semester. Assigned again as the publicity committee. But this time, the task was slightly different.

Instead of usual publicity things – buat logo, desogn banner, publicize melalui memo, aku ada tambah tugas lagi. Buat modul!

Ok let me fill you in what is this program is about. Sebenarnya, ini adalah program kesinambungan atas program tahun lepas dengan anak yatim dari rumah kanak-kank kat Kuantan ni. Objektifnya tak lah jelas sangat, sebab bagi diorang, diorang nak buat kesinambungan je.

Aku secara tak rasminya, memang membangkang projek ni dari awalnya. Sebab terlalu tipikal. Takde pembaharuan. Actually, sejak aku dengar dari kawan aku, projek ini on the list, aku dah mula bantah.

Tapi siapa aku untuk bersuara? Aku bukannya lagi committee kelab tu. Aku mantan je. Setalah aku tolak jawatan naib hari tu, and let them down. Tapi aku tak menyesal tolak jawatan tu, sebab aku tahu mana kemampuan aku. Buat apa aku teruskan kalau aku rasa aku tak mampukan.

Yang aku bengang, sebab aku kena buat modul. Meaning, kalau aku yang kena buat modul, at the same time, indirectly, aku yang kena fikirkan perjalanan program tu. Semuanya aku kena fikirkan, tempat, cuaca, dll. Tambah pulak cuaca memang tak menentu kebelakangan ni, buat kat pantai lagi, dengan anak yatim lagi. Banyak yang kena difikirkan.

Then, at some point, I crack down. Yelah, baik aku yang jadi projek manager macam ni, kalau semua aku kena buat. Maybe, aku ni baik sangat masa tu, aku terima je, sebab aku rasa ni benda lain yang aku selalu buat dalam ajk publisiti. So masa tu aku terima.

Tapi bila try buat, aku bengang. Patutnya diorang dah buat modul ni awal-awal lagi sebelum hantar proposal hari tu. Sekarang ni beban tu diletakkan kat bahu aku, dan aku perlu melakukannya pantas!

Dan di sinilah aku mula mengimbau kembali kenangan bersama prs dulu di semashur. Macam-macam modul aku rangka. Aku brainstorm selama dua jam, then tadaa! Siap! Berguna jugak pengalaman prs aku. But, siapa yang prs baca blog ni sekarang ni – aku tak buat permainan concentration tu ye. Ala yang aku digelar mamat uddang~ tu…

Itu perkara yang berlaku sebelum. Sedang program ini berjalan pun aku tambah bengang.

Malam briefing tu, aku agak demam selepas meredah hujan pergi dan balik kelas (damn, how I wish I got a car!) Aku gagahkan juga ke latihan taekwon-do malam tu untuk buat briefing program esoknya. Somehow, bila buat brifing tu, again, aku rasakan aku lah projek manager. Tapi aku cuma ajk publisiti je.

Then aku tiba-tiba tersedar balik. Tak tersusunnya projek ni. Ajk berterabur. Tiada ajk aktiviti yang uruskan aktiviti. Tiada ajk pendaftaran yang uruskan pendaftaran. Selamat semua tak kisah buat kerja, sebab masing-masing kawan-kawan. Tapi I doubt what is exatly the pm do?



Tibalah hari yang dinantikan sangat (…). Cuaca ala-ala redup yang tak menjanjikan ianya akan baik sepanjang hari. Aku sebenarnya dah cuba hasut MT kelab supaya batalkan program ni, atas alasan cuaca. Tapi apatah pm tu belitkan dekat MT kelab, sampai program ni berjalan kembali.

For the first time bila aku buat program, aku bangun lambat! Terkocoh-kocoh aku bersiap. Menaiki basikal full speed ke unit kediaman utama. Sebelum bertolak ke sana.

Sampai di sana, aku survey tempat. Kawasan basah, susah nak buat aktiviti. Dan yang mengecewakan, pondok-pondok wakaf yang dikatakan berselerak untuk dijadikan tempat teduh, amat jauh sekali dari kawasan aktiviti. Aku dah mula rasakan, apa kaan jadi kalau hujan?

Sampai di sana, semua peseta macam tak ada kawalan. Baru jumpa laut kan. Takde coordinator yang mengawal semuanya. Tu pun belum anak yatim tu sampai lagi.

Tapi syukur jugak ada yang membantu. Aku tiba-tiba mengambil kuasa veto mengarah dan mensetkan mana yang patut. I wonder where the pm is?

Sampai je anak yatim tu, program bermula. Hujan dah mula rintik-rintik. Aku sebagi pembuat modul mengarahkan semua berpecah ke pondok masing-masing. Dan jarak antara satu kumpulan ke satu kumpulan hamper 100 meter!

Dalam pada itu, dengan separa demamnya, aku memantau perjalanan modul. Ada group yang okj, dan ada group yang tak ok sebab gabungan fasi yang tak berapa pandai nak uruskan group dan anak yatim yang hyperactive. Aku pantau je la. Berlari-lari jugak bila aku kena assist sorang budak ni nak pergi tandas yang 100 meter jauhnya!

Dan soalan cepumas – di manakah pm?

Dia boleh duduk di tengah laman, sambil pegang haller (macam mana nak eja menatang ni?) dan konon-kononnya bahagi-bahagikan makanan! Hampeh, tu kan kerja ajk makanan. Aku sabar lagi.

Then, cuaca baik sekejap. Pm Tanya, kamal nak buat apa lepas ni. Duh, do I have to decide? Who I am, and what position are you? Aku decide je la, buat modul 3 di tengah laman. Main game.

Aku uruskan sebentar. Hyperactivenya budak-budak ni. Tak makan saman! To those yang nak buat program ngan anak yatim lagi, beware. Prepare physically and mentally. Serius warning.

Then di tengah game, hujan kembali. Aku buntu. Pecah balik semua orang. Dan masa ni aku mula hilang sabar. Aku diam je di penjuru sambil makan sandwich yang dibuat oleh mak cik kafe mana tah, yang letak cilia pi dalam sandwich untuk dimakan budak-budak. Tak tahu kenapa, semuanya tak kena.

Then bila cuaca kembali pulih, again pm tanya aku nak buat apa. Darah terus je mengalir ke kepala aku. Marah is not my nature, although dalam kepala aku ayat ni keluar “as far as I am concern u are the pm, then why you ask me, stupid!”. Instead yang keluar “ko kan pm, pergilah uruskan”. At least baik sikit la dari apa yang keluar dari otak aku.

Ajk lain pun sedar aku macam marah, tapi diorang macam biarkan je. Sebab memang pm patut kena.

Dan, akhirnya after a long 3 hours, with cuaca yang tak menentu tu, sesi ngan anak yatim habis. Aku relieve, dan semasa majlis penutupnya, aku sibuk main pasir dengan presiden kelab sengal dekat belakang. Lantaklah apa nak jadi, rude ke apa, keeja aku dah jalan dan aku dah habis tanggungjwab.



Sesi bersambung dengan family day yang kiranya ok la jugak. Bbq, sambut birthday, and snap2 pic2 sengal. Yang ni aku tak kisah sangat, sebab budak-budak kita je.

Tapi what I ask is where is the credibility of the pm? Sampai semua aku kena buat (aku rasa la). Dan aku sedikit kecewa bila MT kelab yang sepatutnya pantau program ni macam lepas tangan. Kalau tak, takkanlah program hampeh ni bias diteruskan.

Dan sebagai akibatnya, post mortem sehari selepasnya, aku tak pergi, sebab aku takut aku banyak mencarut nanti. Walaupun kawan-kawan aku suruh pergi, supaya bagi pengajaran sedikit kat mereka dan keluaraga mereka.

Tapi aku banyak kerja malam tu. Lab report, assignment, plus juara lagu lagi (aku tak dapat tengok…waa!), so I decided not to go la.

Aku tak tahu macam mana post mortem tu. Maybe baik-baik je kowt, sebab aku tak nampak potensi ajk lain akan marah-marah macam kalau aku ada kat situ.

Qatar Integrated Industrial Visit, Academic Collaboration and Cultural Exchange (IQVEC’07)

Huhu, gempak tak tajuk. Btw, this is the projek from my faculty, which will be held on this disember at Qatar. But unfortunately, the interview session for this project is a day after my hectic program DHKH tu.

So lepas penat gila main hujan semalamnya, again aku bangun lambat di pagi ahad, dan siap-siap cepat-cepat ke unit kediaman 1. Nak main internet. Nak mencari maklumat pasal Qatar, preaparation for the interview petangnya.

Kira ok la, dapat jugak iklim dia macam mana, time zone, bila merdeka and so on. Dalam pening-pening lalat sebab tak baik demam lagi, aku pergi lah cuba interview tu.

Dan konflik lagi timbul. Dah lah cuak, aku tak tahu nak pakai apa pulak. Apa nak buat, dan macam-macam lagilah. Macam tak prepare langsung.

And somehow, perbezaan smart casual and formal pun aku tak tahu. Msg kawan-kawan bertanya, nak tunggu jawapan punyalah lama. At last, aku pergi jugak pukul 230.

Dalam memo tulis pukul 2 sampai 5. I thought, tak kisahlah ko nak dating pukul berapa. Sebab ada duration time kan. So aku dating je la 230.

Sampai kat dewan majlis, somehow aku dengar ada taklimat tengah diberikan. What? Aku terus patah balik, ingatkan aku dah lewat. Plus, aku terlupa bawak sijil dan untuk kembali 1 km ke rumah di bawah terik mentari memang macam tak best.

So aku lepak bilik kawan aku. Dia suruh jugak aku pergi. At last, semangat dating balik, dan aku kembali 1 km ke rumah ambik sijil. Susun mana yang patut dan as the result the was I, at the dewan majlis at 330 pm.

Masuk-masuk rupanya ramai lagi lewat macam aku. Semua keliru memo yang diorang berikan. (belajar buat memo balik ye!).

Terus kena jawab soalan bertulis. Survivality. Kalau terdampar kat desert, and u have to rank 15 items from high priority to low priority. Aku main taram je. Dahlah lambat, nak fikir banyak lagi?

Dan aku interviewee number 14. Out of 16. lama jugak la aku tunggu, sampai pukul 6.

Dalam penantian, mulut terkumat kamit menyanyi-nyanyi. Hilangkan nervous. Sempat jugak ingatkan balik core value kuktem, 5 elements of soft skills, kalau-kalau diorang tanya. Benda-benda yang aku ignore for the past one and half years! Terpaksa la ingatkan balik.

Dan aku tak tahu eknapa aku nervous sangat, sampai aku tawaf sekeliling dewan majlis yang sejuk tu. Sedangkan dalam tu ada 4 interviewer, semuanya aku kenal. Kawan-kawan aku jugak. Tapi aku tetap nervous.

Dan bila sampai waktu aku masuk, I tell myself, come on kick their asses! Huhu. Confidentkan balik diri, macam aku pernah buat masa interview jpa lepas spm dulu.

Dan things goes well. Aku jawab ok je. Bi or bm. Takde masalah sangat. Dan aku sedikit kagum dengan spontaneity aku cakap bi. Tak macam mock job interview hari tu, aku gagap dan perlukan text. Ini memang spontan. Maybe sebab lately, aku banyak tengok dvd Gilmore Girls kowt.

Semuanya ok, until – what do you feel if your application is not approval?

Sebab aku dah selesa dengan suasana interview tu, aku just slipped out the answer – nothing, life goes on.

Diorang tergelak. Aku diam je. Lantak lah.

Bila keluar baru aku berfikir balik. Bodohnya aku! Hampeh betul. Kalau aku jawab macam tu, nampak sangat aku macam tak nak masuk program ni. Cerita kat kawan-kawan pun diorang kata aku hampeh. Nak buat macam mana, dah berlalu.

Tapi ia menambahkan aku pengalaman dalam interview!

Dan dirisik-risik dari kawan aku yang MT kelab fakulti tu, apa position aku. Out of 16, aku orang ke 9! Yang spoilkan aku adalah ujian bertulis tu, bukannya interview! Dan diorang nak pilih 7 orang je dari semua tu.

And now, I feel a little regret. Macam buang masa je aku pergi sana. Dan kalau dia tanya apa aku rasa kalau tak dapat projek ni, sekali lagi, aku akan jawab – aku rasa bengang sebab buat penat je aku bangun awal pagi dengan separa demam, pening-pening nak pakai baju apa dan berkayuh basikal tengah panas, at last aku spoil jugak.

Dan untuk repay masa yang buang dekat situ petang tu, malamnya aku terpaksa lupakan juara lagu, mengadap lab report and assignment. Dan semuanya berakhir pada pukul 3 pagi!

Penutup

Here it goes again. Hidup sudah kembali sibuk. Aku dah tak kisah dah, aku sunyi ke apa, sebab hidup aku dah berjalan dengan tanggungjawab-tanggungjawab ni semua.

Sebenarnya, banyak lagi nak cerita, tapi aku tahu seksa nak baca panjang-panjang ni kan. Plus, lepas ni ada keje. So bye for now~!

p/s – to those yang bagi komen, tq. Aku sempat check komen korang melalui gprs melalui nokia 3120 aku je. Huhuhu.

p/s – dah penat aku menaip ni, tak reti-reti nak komen??? huhu


:::YTBACK!!!:::

Its 3 am and i'm chill...

0064 – 13 Januari 2006
Its 3 am and I’m chill…

Prologue


Well here I am again, writing my heart out.

It is 3 am in the morning. A chilly night. Rain pouring outside, like it will never stops. I somehow feel cold, but a little calm inside.

Raining = chill

It has been like this for a week. Rains pouring down from sky and it never stopped. Hanya berhenti untuk seketika, kemudian mencurah kembali. Tak tahu apa dah jadi dengan cuaca di sini. Dah seminggu. Serius.

Bila keadaan macam ni, suasana menjadi sejuk. Agak sejuk bagiaku kerana aku kurang tahan sejuk. Ke kelas pun pakai sweater. Berfesyen la sikit. Tapi what’s the point?

Pergi ke kelas meredah hujan, menaiki basikal. Kelas, hujan. Balik kelas, meredah lagi. Mandi untuk elakkan demam. Lepas tu kena pulak g kelas seterusnya, meredah hujan. Macam hampeh kan.

Well at least my immune system works well. Tak selsema, tak demam. Tapi tu sebelum petang tadi la.

Fever

Petang tadi, somehow lepas meredah hujan dari lab, aku rasa pening sangat.

Aku tak nak mengaku aku demam, sebab nanti aku akan demam. Its kind of phychological thing. Kalau aku fakir aku demam, memang aku kan demam. So aku wat tak tau je.

Tapi, time menunggu maghrib aku terlelap. Aku jarang terlelap, sebab aku selalu lelap on purpose. Ini serius aku tak sedar. Sedar pun sebab kawan kejut sebab maghrib.

Masa dihabiskan dengan tidur sejak dari pukul 8 hingga 12. Rasa ok sikit. Pukul 12 baru dinner, makan makanan yang dibeli rakan awalnya.

Yang hampehnya, aku terbangun pukul 12 tu pun sebab lapar la. Dah la lapar, mata nak jugak tidur. Jadi sementara nak betul-betul sedar tu, I was having some kind of minda-separa-sedar thing.

Aku mimpi depan aku ada makanan yang biasa tapi sedap sangat nampaknya. Yang kelakarnya, aku siap ambik gambar makanan tu lagi, nak buat sebelum dan selepas macam blog mr manager (huhu)

Yang hampehnya, bila bangun n pergi bukak makanan yang kawan aku beli, aku hampa. La, ini je ke dia beli? Jauhnya dari mimpi aku tu. Nama pun mimpi!

Nak tak nak telan je la.

Esok sabtu…and weekend?

Esok sabtu. Hari yang mendamaikan. Best tau bile mengetahui ada hari yang boleh bangun lambat, buat plan sesuka hati dan menjelang ahad meratapi plan-plan bodoh yang dibuat untuk hari sbtu. Huhu, biasa la tu.

Esok pagi memang takde plan apa-apa. Petang, maybe nak jog. Malam aku kena splitkan badan aku jadi dua. Satu pergi dialog unit kediaman kedua ni, dan satu lagi pergi training taekwon-do. Dah seminggu tak buat apa-apa. Tapi baju basah la, hujan!

Pagi ahad, dengarnya ada gotong royong perdana. Damn! Hampeh gila. Here goes my weekend. Looks like I only have Saturday morning by myself. Dan aku mungkin mensiakannya, sebab aku tengah stay up tulis blog ni. (huhu)

One thing, kenapa la diorang sibuk-sibuk nak ganggu cuti orang? Buat gotong royong bagai. Bukannya kotor sangat pun. Bilik aku, rumah aku, kira ok je la. Maybe, sebab diorang tengok rumah-rumah lain, sebab tu lah kena sekali. Hampeh!

Dan to those yang kat um or ukm tu, jangan ingat aku nak involve sangat dengan aktiviti ni. Kuktem ni kecik je. Susah nak lari ke mana-mana. Lain lah korang, nak lari gotong royong g mid pun boleh.

Somehow, aku rasa macam time aku cuba lari dari gotong royong asrama masa kat semashur dulu. Dunia kuktem memang kecik macam asrama. Hurm!~

New semester

Talking about other thing, this week kinda hectic actually with the started of all subjects. Slowly they accelerated, and I hope I will not left behind. Nak cuba cope.

Petang tadi baru bergelumang dengan diesel, petrol and charcoal untuk lab. Mungkin combinantion menatang-menatang tu dengan hujan, menyebabkan aku demam sedikit tadi.

Chemical engineering thermo – dah mula. Banyak sangat rumus. Aku dah mula blur. Harapnya aku boleh studi pagi esok! (harapan tinggi nih!, ke harapan tinggal impian?)

Mass transfer, heat transfer – rasanya boleh lagi

Probability n stat – mula2 pening lalat

Titas – projek macam selalu. Aku dah bosan!

Mandarin – kelas tadika dah bermula. Wo she Kamal. Wo jinnian ershei sui. Wo she seln’er ren.

Huhu tah betul tah tidak aku tulis tu!

Tkd – program dari hati ke hati? Aku jadi ajk publisiti lagi for the 7th time! Hampeh tol.


Penutup

And I can see lots more to go. Banyak lagi projek yang diorang mintak aku jadi ajk. Jangan publisiti lagi sudah la!

Hantar borang untuk menambahkan kerja aku cuti 3 bulan nanti. Expoconvo.

So aku dapat jugak habiskan masa aku kat sini, dari meratapi hidup dekat rumah, mencari-cari orang untuk dihubungi, keluar macam orang gila, meratapi macam-macam. (emosional la plak)

Somehow, this semester has broadened my perspective in seeing me as a future engineer.

Seriously, at school I never thought about it. Always want to be a doctor. But everything that happens for a reason right. So just follow the track.

Will be a tough semester. Will try to write more on it. Want to strive to change this blog tone! Ganbatte!


:::YTBACK!!!:::

Aku keliru...

0063 – 10 Januari 2006
Aku keliru…

Prolog

Manusia ni pelik kan? Sukar dipuaskan, selalu mencari apa yang tiada dan selalu melupakan apa yang telah ada. Hingga semuanya berlalu, baru terasa kehilangannya.

I’m writing from the human point of view. I am human and I have right to talk what I want at any place, and certainly at this place the authority is mine. So tak salah aku berperspektif dan berkata-kata. Kerana semuanya realiti.

Sebenarnya susah nak menulis blog ni. Idea akan datang mencurah-curah bila takde di depan computer, tapi bila dah masuk ke application word je, semua lesap. Ayat-ayat yang cantik berbunga-bunga tu semua hilang.

Ingin memiliki…

Well, briefly, I am human. Memang la aku manusia kan. I have desire to have more in everything. Strong desire!

Aku mempunyai rasa untuk memiliki semuanya. Semua yang aku minati. Semua yang aku sukai. Walau kadang-kadang nampak amat jauh dari tangan, tapi aku sering membayangkan aku memilikinya. Sering berkhayal, namun, jarang sekali aku memperolehinya.

Rasa ingin memiliki itu kadangkala juga mengaburi apa yang aku sudah miliki. Bila aku kehilangannya baru aku terasa. They say u’ll never miss the water till its gone, right.

Kisahnya?

Kisahnya, entahlah. Bagaimana aku nak memulakannya ya.

Begini la. Sejak dari tahun baru hari tu aku berhubungan dengan seseorang. Seseorang yang telah menceriakan hari-hari aku ketika itu. Everythings gone well when I don’t put much thought on it. Semuanya damai.

Sehinggalah otak aku ni mula berfikir. Adakah apa yang aku buat ini betul? Adakah ini yang aku mahukan? Adakah dia yang aku mahukan? Atau dia hanya ku anggap sebagai pengganti bagi semua rasa ingin memiliki yang aku tak dapat perolehi?

Adakah dia yang ku cari? adakah aku menjadikan dia sebagai pelepas dendam kepada semua yang aku tak boleh miliki?

Sampai satu saat, aku terpempan. Aku rasa ragu-ragu. Aku tak mahu meneruskan. Biarlah semuanya begini ketika ini. At least no further harm done.

Tapi…

Tapi bila dia tiada pula, aku rasakan sunyi. Kerana walaupun tak lama, tak sampai seminggu pun, dia yang telah menceriakan hari-hari aku. Yang sering membuatkanku gembira.

Rasa seronok sebenarnya bila memikirkan di hujung dunia sana, ada seseorang yang menunggu khabar berita dari aku tanpa jemu, menunggu aku membalas sms nya tanpa rasa ragu-ragu, dan menunggu aku dan melayani aku.

Rasa itu sungguh seronok.

Tapi aku keliru. Adakah aku hanya ingin merasakan perasaan seronok itu, sehingga aku mencipta perasaan aku kepadanya? Perlukah semua itu? Adakah aku menipu diri sendiri?

Seriously, aku keliru. Aku tak tahu bagaimana nak meneruskan. Nak aku katakan padanya aku sudah tak berminat, aku tak sanggup. Kerana dia melayanku dengan begitu baik. Tapi pada masa yang sama, aku tak nak aku mempergunakannya untuk kepentingan aku. Mencipta perasaan untuknya semata-mata kepentingan perasaanku.

Entahlah.

Buat masa ini aku menjarangkan berhubungan dengannya. Aku ingin berfikir betul-betul. Aku tak nak aku terluka atau lebih teruk, dia yang terluka.

Aku tengah keliru. Tapi sekurang-kurangnya aku memuji diri sendiri dengan dapat sedar dari terus dibuai fantasi. Sekurang-kurangnya aku sedar.

Kami kini kawan. Lebih dari itu, biar masa menentukan. Kerana lebih banyak rasa yang salah dari rasa yang betul.

Sentimental

Pada masa yang sama, kini, tanpa dia, atau sesiapa sahaja, aku sunyi. Mencari-cari di mana nak bawa diri. Takkan nak menyendiri lagi, melawat taman langit setiap hari. Aku sudah bosan begini.

Dan yang hampehnya, aku mula lah memikirkan kembali kenangan-kenangan lama yang membunuh perasaanku. Aku amat berharap semuanya kembali lagi, aku sering membayangkannya. Walau pada zahirnya, I have move on, but somehow I don’t lose up hope. Mungkinkan yang lalu kembali?

Itulah yang aku katakan. Aku manusia, aku sukar dipuaskan, aku selalu mencari apa yang tiada, aku sering mengabaikan apa yang ada.

Entahlah, entahlah, entahlah

Aku keliru.

p/s – semakin ramai membaca blog ini nampaknya. Dan yang paling aku ingin jauhkan ialah rakan sekuliahku! Aduh, susah la nak terus berterus terang di sini. Takkan nak bukak blog anynomous pulak?

To those people, harap anda tak bersikap judgemental. Aku di luar dan aku di Yang Terdalam amat berbeza, walau aku orang yang sama. So jangan buatkan aku merasa janggal untuk bergaul dengan korang di luar. Ok?

Tapi seriously, aku hargai usaha korang untuk ke blog ini, walaupun connection KUKTEM yang teruk ini. Trimas!

p/s – hujan di Kuantan ini sudah tak berhenti-henti sejak 3 hari yang lalu. Baju aku basah je. Aku tak tahu nak gambarkan macam mana, tapi di sini suasana amat lembab! Aku mengantuk… =)


:::YTBACK!!!:::

Funny funny things!~

0062 – 07 Januari 2007
Funny funny things!~


Life is full of funny ands unexpected things right? When I realized this I can’t keep myself from thinking and yet smiling.

Here is the story.

Prolog

(Sila baca perenggan berikut dalam satu nafas… huhu)
Ingat tak lagi dalam sela waktu ini aku sering menulis mengenai beberapa kehilangan, kecundangnya perhubungan, dan aku sering menulisnya dalam keadaan tertekan dan membuatkan orang yang membacanya merasa amat kesian seterusnya memberi gambaran bahawa aku ini seorang yang mudah terluka dan blog ini adalah blog yang kecewa tonenya?

Ingat tak?

Ya, aku akui itu semua benar. Kerana tiadanya tempat aku meluah, blog inilah jadi mangsa. Dan sesiapa yang membaca akan merasa kesian kat aku dan menganggap aku ni fragile.

Aku sudah katakan, aku amat hargai perhubungan, ukhuwah yang telah terbina. Dan bila ianya pergi, aku mencari-cari ke mana hilangnya, apa salah aku yang membuat semuanya pergi.

Di dalam sela waktu aku mencari itulah aku akan menjadi sarcastic, aku lebih mencari kesalahan diri, dan aku merayu-rayu agar yang di belakang akan kembali lagi.

Dan itulah sebabnya banyak entri di dalam blog ini bertemakan itu – entri depresi melarat!

Tapi hari ini…

Tapi hari ini entah kenapa aku rasakan berlainan. Dan aku sedang menaip dengan keadaan tersenyum. Di hati mungkin sedikit kejam rasanya. Aku tersenyum sinis sebenarnya.

Memanglah di dalam waktu aku berduka cita, aku amat tak betul. I’m dealing with the situation badly in order to find ways to moving on. I have to move on somehow, cos I don’t want to be dying because of the past.

Dan selalunya aku memang dapat move on. It just the matter of time. Sama ada lambat atau cepat. Dan selalunya aku dapat melupakan apa yang terjadi dan somehow hari-hari yang mendatang lebih membawa keceriaan kepadaku.

Itulah aku selalu percaya, setiap yang berlaku ada hikmahnya, dan aku memang merasai hikmah itu. Sekurang-kurangnya aku semakin berpengalaman bila berhadapan dengan benda-benda seperti ini di akan datang.

Jadi, apa yang buat aku tersenyum?

Huhu, setelah panjang lebar berceloteh, aku ingin bercerita.

Semester baru sudah bermula. And thanks for the experiences I had back during the holiday, I somehow managed to face the obstacles this semester more confidently and brightly. Dan aku perasan rakan di sekelilingku juga perasan perubahanku ini.

Aku buat seperti biasa. Dan aku mula jadi jujur pada diri sendiri. Meaning, kalau ada benda aku tak suka, aku akan suarakan, dan kalau aku suka, aku akan cuba dapatkan.

Things went well on the first week of this semester. Until something happened!

Sebenarnya perkara kecik je pun, tapi aku kan memang selalu perasan. Dan orang kata, kadang-kadang perkara kecik la yang akan membawa kepada perkara besar.

Cuti hari tu kan dah mengajarku supaya jangan mengabaikan perkara kecil. Last2, melepas, macam that physics girl masa matriks (masih rasa rugi!). tu lah pasal, semester baru ni, antenna aku macam lebih peka kepada anything peculiar.

I will not mentioning anything, who they are, and what they did. Cos I know somehow, someone related might be reading this.

Hintnya, mereka adalah yang pernah menghiasai hariku dulu, dan kehilangan mereka pernah buat aku merana.

Karma

Tapi yang kelakarnya, ia seakan hukum karma. Dulu aku meminta perhatian dari mereka, kini entah kenapa, mereka seakan-akan meminta-minta perhatian dariku.

Takde la meminta perhatian melampau, tapi setelah mereka mengabaikan aku sebelum ini, seucap kata hi dari mereka sudah memadai. Sebab dulu mereka telah menutup segala pintu untuk aku berhubung, dan kini mereka yang menghubungiku, bukan kah itu sesuatu?

Aku ni jenis I-will-forgive-but-I-will-not-forget. So aku layan mereka macam biasa je, walau di hati ni nak je balas dendam macam apa mereka buat kat aku dulu. Yelah, aku nak jugak tengok macam mana mereka lalui apa yang aku lalui.

Tapi aku kan baik, aku layan je seperti biasa, walau aku pernah terluka dengan mereka. Dan ‘kepulangan’ mereka ke sisiku, membuatkan aku merasa kelakar dan pelik.

Aku akui aku memang menantikan kehadiran mereka kembali di sisiku, tapi rasa itu hanya sedikit. Aku dah teruskan hidup aku.

Tapi, seperti yang aku katakan tadi, kehadiran mereka kembali disisiku membuatku berfikir, pada masa yang sama hati-hati.

Adakah kembalinya mereka untuk menebus kesalahan lalu? Atau adakah mereka juga rindu kepadaku? Adakah kepulangan ini untuk selamanya? Atau adakah ianya sekadar untuk menguji?

Biarkan masa menjawab soalan itu.

Penutup

Tapi di saat ini, aku mengakui – life is full of funny and unexpected things, and what-you-give-you-get-back theory can be applied under some circumstances =)

p/s – kalau tak faham maaflah ye, ini entri yang agak selindung.

p/s – entri ini secara tak langsung menunjukkan aku mengakui apa yang pernah dikomen oleh seseorang, bro. A great comment actually, thanks bro!

Passion is splendid,
but..the small reassuring touch,
the little kiss in passing,
the smile and the wink,
the "hi" in SMS,the daft surprise
- these are what endure and make life a joy..


I agree. We should enjoy life no matter what, and endure every tiny pieces of it!

Adios!~


:::YTBACK!!!:::

Well...its New Year lah! TMM07 and Something to Remember...

0061 – 01 Januari 2006
Well… its New Year lah! TMM07 and Something to Remember…

010107

Well it is New Year, but my day begins as usual, late!

It holiday, so what the fuss to get up so early? Lain lah kalau kuliah ke. Typical kamal right.

Tapi aku bangun gak agak awal sebab aku ada plan untuk berjumpa seseorang pagi ni dekat Mid Valley.

That place again? Huhu, kinda scary at first sebab takut aku crack down at that place. Tapi memikirkan kawan aku tu turun jauh dari Seremban semata-mata nak berjumpa dengan aku, aku pergi je lah Mid Valley – the place of the Maha Karya Cinta.

It good to get up early too actually. Seeing things move on on the beginning of the year is interesting. Well seeing human being is interesting too. Macam-macam ragam.

Dan untuk keluar biasa la, dari Selayang ni aku kena melakukan acara lompat kijang dari satu transport ke satu transport yang lain. Bila lah nak ada transport sendiri… (ada harapan ke?)

It begun with my father took me to the nearest bus stop, yang boleh mengurangkan satu bas perjalanan. Dari situ aku sampai ke monorel di Titiwangsa. Dari situ aku ke KL Sentral dan akhir sekali aku naik Komuter ke Mid Valleyt. Well that scary place.

TMM07

Yang interestingnya, sepanjang acara lompatan itu, aku tak boleh lari dari pandang foreigners yang beramai-ramai melawat KL. Baru teringat it is the started of TMM07. macam-macam gelagat la.

Ada satu keluarga Indonesia ni begitu jakun tengok monorel bergerak. “Eh, tadi dia lalu sebelah kiri, sekarang lalu sebelah kanan pulak”. Aku sengih je. Titiwangsa kan stesen terakhir monorel, so untuk berpatah balik, landasannya akan bergerak ke sebelah satu lagi secara automatic.

Memang aku mula-mula dulu jakun jugak nak tengok benda tu bertukar. Tapi sekarang dah selalu, takdelah rasa sangat. Tapi diorang memang jakun gila!

And one thing I hate about foreigners ni, diorang ni pandai sangat! Ya memang aku bengang sebab diorang pandai. Sebab apa?

Huhu, sejak dari dulu lagi, masa aku naik bas yang selalu ke Batu Caves, aku selalu jumpa foreigners macam ni. Sejak dari itu, aku asyik rasa teruja nak cakap dengan mereka dalam BI. Huhu. Kadang2 tu aku siap praktis di dalam hati macam mana nak terangkan kawasan KL ni kat diorang.

Tapi diorang tak tanya apa-apa pun sebab diorang pandai sangat! So takkan aku nak wat2 baik plak. Kang dia kata aku ni cuba tipu diorang pulak. Kan bagus kalau diorang boleh tanya apa-apa kat aku. Huhu

Something to Remember…

Kawan aku lambat sikit, so aku mula lah explore seorang diri. Dan di mana aku mulakannya? Di mph lagi! Huhu. Memang aku crack down sikit. Tapi yang bagusnya aku rasa dah kurang sikit lah rasa sedih bila lalu kat tempat tu. Maybe, I have move on.

And the day went well, and it is certainly something to remember! Dunno y, but I feel happy inside. Somehow, after we hang out together I feel confident and there are feelings that I can’t picture it out. To my friend, thank you for the day.

Dan sekarang aku hanya nak menulis kisah ini agar aku ingat di masa akan datang. Memang sesuatu untuk dikenang.

New Semester!!

Besok aku akan kembali ke kuktem pukul 10 pagi dari Pekeliling. Rasa best pulak nak mula semester baru ni. Nak usaha lebih-lebih dan nak ada hidup yang lebih best!

Dan hari ini di tahun baru, aku gembira. Ianya memang hari yang teramat gembira buat aku di tahun baru. Dan aku harap sepanjang tahun ini mendatangkan kegembiraan kepadaku.


:::YTBACK!!!:::