Ayat Keramat

Lama tahan perasaan
Cuba untuk melupakan

Aku mampu
Aku berupaya
Kau sudah hilang dari fikiran

Entah mengapa
Di sudut baris ayat keramat
Huruf dan makraj
Aku menangis
Memikirkan betapa kejam kau lakukan aku

Doa orang teraniaya makbul mungkin

Aku tak mahu berdoa
Kerana aku tak tahu samada aku betul-betul teraniaya
Atau meletakkan diri sebagai mangsa seperti biasa

Entah bila hati ini boleh redha dan memaafkan


:::YTBACK!!!:::

0 comments: