0197
19 April 2008
Dalam hidup ni, kita tak leh lari dari teguran…
Sama ada ditegur, atau menegur...
Aku acapkali mengalami teguran…
Aku acap kali ditegur…
Ada teguran diberi secara sinis...
Ada teguran diberi secara terus…
Ada terguran diberi secara sedikit berselindung…
Apa pun caranya, ia tetap teguran...
Dan aku menghargai setiap teguran,,,
Melalui teguran, kita boleh perbaiki diri kita ke arah yang lebih baik…
Ketepikan rasa malu, marah, bila ditegur…
Fokuskan kepada isi teguran itu...
Dan ubah dan perbaiki jika perlu...
Bukankah itu sebenarnya objektif teguran???
Cuma, di sini aku nak highlighkan mengenai sesuatu…
Orang Yang Menegur…
Secara jujurnya, aku akui, aku jarang menegur…
Kerana aku merasakan, aku bukanlah orang yang terbaik untuk menegur…
Dan aku sedar aku bukanlah bagus sangat untuk menegur...
Tapi ada ketika, bila keadaan memaksa, aku terpaksa beri teguran...
Dan di situ memang aku memerlukan skill yang tinggi untuk memberikan teguran...
Aku sebagai manusia yang acapkali ditegur faham perasaan mereka yang ditegur...
Mereka akan rasa sedikit malu dan marah kerana ditegur...
Jadi, aku perlu mempunyai skill untuk mengurangkan rasa malu dan marah mereka itu...
Aku perlu terangkan dengan jelas, kesannya perbuatan mereka jika mereka tidak berubah...
Aku akan cuba sedaya upaya buat mereka faham kenapa aku menegur...
Dan aku akan sedaya upaya highlightkan, aku menegur bukan kerana aku terlampau bagus, aku sama je dengan yang ditegur,
Cuma bezanya aku nampak sesuatu untuk ditegur...
Jadi, aku pun menegur...
Dan, selama ini, aku kira, bila aku menegur, ramai yang boleh menerima...
Ada yang tak terima pon, selepas beberapa lama, mereka boleh menerima...
Kerana aku tahu, aku menegur kerana niat aku ikhlas untuk memperbaiki keadaan...
Aku bukan ada agenda tersendiri...
Cuma...
Aku kadang-kadang tak faham dengan orang yang menegur ini...
Kadang-kadang mereka angkuh, terlalu angkuh...
Menegur dengan cara yang menjengkelkan...
Menjatuhkan maruah, mengguris perasaan...
Adakah motif tersembunyi?
Atas dasar apakah anda menegur?
Sepatutnya, kita kembali kepada yang asas...
Kita menegur untuk memperbaiki keadaan...
Manusia tak sama, berlainan latar belakang dan pendapat...
Anda menegur tak semestinya anda seratus peratus betul...
Mungkin anda menegur berdasarkan pendapat anda, bukan pendapat orang lain...
Jalan yang terbaik ialah, bila menegur, letakkan diri anda di tempat orang yang ditegur...
Adakah teguran anda boleh diterima dengan jelas...
Atau anda hanya lebih mengguriskan perasaannya dari menyampaikan isi teguran tersebut...
Ingat asasnya, teguran adalah untuk memperbaiki keadaan, bukan merosakkan...
Jika anda menegur secara radikal, membuta tuli, menjatuhkan maruah, melabelkan yang ditegur dengan sesuatu benda, dapatkah teguran anda difahami???
Teguran...
Memerlukan skill yang tinggi untuk dilakukan...
Tak kisahlah yang menegur atau yang ditegur...
Sama-sama tidak sempurna di bumi Tuhan ini...
Fikirkan kekurangan diri, jangan menegur membuta tuli...
Dan aku terbuka, jika ada yang ingin menegur entri ini...
Tapi biarlah betul dengan caranya...
p/s – thanks Mr Final kerana memberikan aku ’gelombang’ untuk update entri ini... harap aku tak backing ko dekat chatroom tuh, aku backup ko dengan entri... amacam? Bagus tak beta nih? Eheh! (rosak tone analitikal aku kan Hilman!) =)

