2 Situasi...

0376
19 April 2009

Situasi 1

“Ko rasa2, lepas kita ni, kita akan hang out lagi camni tak?
Masing2 ngan hidup masing2, ko akan balas tak msg2 aku?”
“Erm…”
“Ala, cakap je.
Aku tak kisah”
“Tah la.
Tak kowt”
“Ok, good to know”


Situasi 2

Something happened. Now 'the' conversation:

“Do I still fit in your story?”
“Fit in?”
“Yeah.
Do you need me in your story?
Or I am just a chapter?”
“I need you.
I need you as my best friend”

“Ok”


2 situasi berbeza.
2 ekspektasi pengakhiran yang berbeza.

Namun, keduanya mempunyai kesudahan yang amat berbeza dari ekspektasi
Situasi 1 expected something worse will come out of it, but till now we are cool
So cool!
Situasi 2 is vice versa
Too vice versa!

Ironi eh?


Memang la kita manusia tak mampu meramal masa depan!


:::YTBACK!!!:::

Awesomeness...

0375
11 April 2009

Awesomeness:
when I get sad,
I stop being sad

and be awesome instead.
True story

- Barney Stinson
-
- How I Met Your Mother -



















































p.s – great philosophy, dun u think? Huhu
p.s - and i believe i am awesome!!! lalalalalala


:::YTBACK!!!:::

Just an entry...

0374
10 April 2009


Hi there again
Macam biasa, tak sedar masa berlalu sebab banyak sangat mende nak didahulukan berbanding blog
But hey, its weekend now
Thus I allow my self to blog something for YT

Actually, again, like always, there are so many things to say
It keep drafting in my mind, like konon2nya aku ada teknologi nak update blog dari otak aku ni
At last, bila tak de masa nak menaip, draf dalam otak hanya tinggal draf
Hurm…

Currently, living the last moments in UMP
Tak sangka pulak, setelah hampir 4 tahun lebih di sini, dah nak habis dah
Satu per satu projek ditamatkan, satu persatu assignment dihantar, macam menggambarkan masa untuk berada di UMP semakin singkat
Satu perasaan yang pelik terasa bila tirai di UMP semakin berlabuh

Like I said, I have a draft in my head
But I don’t want to write it now
Cos if I write it now, i will not satisfied with results, as the words are not flowing like it supposed to do

Thus, consider this entry sebagai entry biasa, di mana aku mencari kembali ‘roh’ untuk menaip

With that, will update later ok!


:::YTBACK!!!:::

The Abstract

0373
07 April 2009

Dear valuable readers,

Just done my last editing session of my last minute abstract for my thesis, before I want to submit it to my SV this afternoon.

Kinda busy with lot of things, cramping my muscles into something that not my muscle. (dah, mula merepek dah)

Btw, just see through and compare these two abstracts- one in English and one in BM.

Spot the differences, similarities and anything that you can discuss regarding this matter.

I will discuss and give some insights later.

Thank you.


EFFECTS OF TRANSMEMBRANE PRESSURE (TMP) ON THE PERFORMANCE OF ULTRAFILTRATION (UF) MEMBRANE OF SOY PROTEIN

Ahmad Kamal Hassan and Sureena Abdullah
Faculty of Chemical & Natural Resources Engineering
Universiti Malaysia Pahang, Lebuhraya Tun Razak, 26300, Kuantan, Pahang
Email: ahmadkamal86@gmail.com,sureena@ump.edu.my


Abstract

The use of membrane separations using ultrafiltration (UF) in the fractionation of soy protein from soy milk has generated considerable interest, recently. Compared to traditional methods, UF gives higher yield and superior functional properties of the soy protein, and also allows the recovery of active soybean trypsin inhibitor (STI) for medical purposes. The performance of the ultrafiltration (UF) membrane; in term of permeate flux, concentration of protein transmitted and retention ratio, by manipulating transmembrane pressure (TMP) to fractionate soy protein from soy milk is studied. Commercial soy milk samples have been centrifuged and introduced to the ultrafiltration system at various TMP value. Data from permeate flux, concentration of protein transmitted and retention ratio have been manipulated to get the performance of the ultrafiltration membrane. Based on the results, the range of effective TMP to fractionate soy protein from soy milk is between 15 to 20 psi. In this TMP range, the permeate flux is between 25 and 30 LMH, the concentration of protein transmitted is acceptable; between 1.38 and 2. 85 mg/mL and the retention ratio is 90%.

Abstrak

Proses pemisahan membran menggunakan ultraturasan (UF) dalam memisahkan protein soya dari susu soya semakin mendapat perhatian lewat kebelakangan ini. Berbanding dengan cara tradisional, UF memberikan hasil yang banyak dan ciri berfungsi protein soya yang tinggi, di samping membenarkan perencat tripsin kacang soya untuk dikumpulkan. Prestasi membran ultraturasan dengan memanipulasikan tekanan antara membran (TMP) untuk memisahkan protein soya dari susu soya melalui fluks; kepekatan protein menembusi membran, dan nisbah penolakan membran, adalah dikaji. Susu soya komersil yang telah diempar diperkenalkan dengan sistem ultraturasan pada nilai TMP yang pelbagai. Maklumat dari fluks; kepekatan protein menembusi membran, dan nisbah penolakan membran telah dimanipulasikan untuk mendapatkan gambaran mengenai prestasi membran ultraturasan. Berdasarkan keputusan, julat efektif TMP adalah antara 15 dan 20 psi. Dalam julat tersebut, nilai fluks adalah antara 25 dan 30 LMH, kepekatan protein menembusi membran adalah antara 1.38 dan 2.85 mg/mL dan nisbah penolakan membran adalah 90%.

Keywords: ultrafiltration (UF), transmembrane pressure (TMP), soy protein, soy milk


p.s - u free to correct me if anything wrong in grammar or tatabahasa. beta pon bukannya pandai sangat berbahasa! =p


:::YTBACK!!!:::

Walau Hanya Mimpi Cuma...

0372
04 April 2009


Sejak aku dah habis presentation PSM hari tuh, aku dapati,
tidur aku makin nyenyak.

Bukanlah nak kata, habis presentation, habis segala kerja.

Banyak lagi tanggungjawab yang perlu aku lunaskan.

In fact, teramat banyak, sampai kadang2 terkejar2 nak melakukan kerja.


Tapi aku dapat rasakan perbezaannya.

Makin nyenyak, dan bangun pon dalam keadaan segar.


Dan yang paling nyata, tidurku kerap kali didatangi
mimpi
Mimpi yang best2 lak tuh!















One thing about dream is, aku rasa dalam mimpi,
kita adalah kita yang sebenarnya

Segala rasa yang kita rasa dalam hati kita, akan tertafsir dalam mimpi

Takde lah cover2 macam alam reality kan


Contohnya
, dalam reality, aku ada tak suka sorang ni
Tapi, aku masih cover, buat2 baik, walau dalam hati aku sumpah seranah tak suka kat dia.


Dalam mimpi pula berbeza.

Aku pernah mimpi, aku terajang muka dia guna boot tentera tuh, sambil lenyek2 muka da sekuat hati

Itu gambaran ketaksukaan aku kepada dia kan..

In a way…


Baiknya mimpi sebegitu, ia memberi aku escapism

Sekarang ni, bila aku jumpa je budak yang aku tak suka ni, dalam minda separa sedar aku, aku teringatkan yang dalam mimpi aku dah lanyak2 muka dia

Dan ia menyebabkan aku lagi senang cover perasaan marah dari membuak2

So, kira bagus la kan.





















Baru2 ni, aku bermimpi

Mimpi yang best sekali.


Walau tak pernah aku cerita pada sesiapa di alam realiti, aku kerap kali berkhayalkan tentang perkara ini

Berkhayal yang aku dapat mencapainya, dapat melaluinya

Indahnya saat itu!


Di alam reality, the possibility of the dream to come true is none

In fact, kalo ada percentage pon, amatlah rendah

Mungkin takkan berlaku pon


Tak pasti kenapa aku berkata begitu

Sebab selalunya, apa yang aku nak, aku akan cuba dapatkan

But this thing, I dunno

Nasib bagai asyik tak menyebelahi aku…


Tapi, malam itu, aku bermimpi, ianya terjadi

Amat indah mimpinya

Dan aku terbuai

Terhanyut ke alam khayalan tak bertepi

Melayang ke awangan!


Bangunku, dengan senyuman terukir di bibir

A sense of dejavu muncul bila aku mengingatkan tentang apa yang telah aku mimpikan


Biarpon di alam realiti, perkara itu tak mungkin tercapai

My dream has come true in my dream

Ironi right?

But it was fantastic!


Sekarang ini, biarkan aku sendiri

Aku ingin mengingat balik segala rasa dan kisah di dalam mimpi itu


Biarkan aku terbuai...
Biarkan aku hanyut...
Biarkan aku berkhayal...
Biarkan aku melayang...

Walau hanya mimpi cuma…



p.s - Yang Terdalam - switch on the dreamy mode, as reality is too far away...


:::YTBACK!!!:::

Bencinta

0371
31 March 2009

Dah seminggu tak update?
Wah, cepatnya masa berlalu!!!

Busy dengan macam2
Macam2 benda boleh diceritakan
Tapi pelan2 kayuh ya!

Sekarang mari layan entri pemanas blog
Lagu single terbaru dari Faizal Tahir

Ditujukan khas buat seseorang yang aku tengah ’panas’ ni
Panas
Teramat panas

Hayati lirik
Fahami maksud yang ingin ku sampaikan...

Siapa?
Dulik hapa!!!
Jangan busy body!!!

Yang penting, harap faham la ye!

Bencinta
by Faizal Tahir

Benarkanku tuk berbicara
Bicara terus ke hatimu…
Hatimu..

Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi tanpa mendengar ku
Begitu mudah untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku
Untuk kamu

Ingatkah lagi waktu kau bersamaku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku mahu kau tahu
Aku cinta padamu
Benci padamu
Cinta padamu

Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku

Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu

Aku tahu
Engkau tahu apa yang mataku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu???

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedangkan aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta padamu
Benci padamu
Cinta padamu

Sakitnya aku membenci kamu
Sakit lagi mencintaimu
Dan aku pergi tapi kembali
Benci aku mencintai dirimu

Ku benci... kamu…
Aku cinta... kamu…

p/s – cukup panaskah ini entri?


:::YTBACK!!!:::

Mak Dara vs Kassim Selamat

0370
24 March 2009

Hello there…
Dah berapa hari beta tak ke udara?
Oh, dekat 5 hari...

Ada hari2 yang beta tak update sebab beta busy buat keje...
Ada hari2 yang beta tak update sebab beta busy merambu...
Ada hari2 yang beta tak update sebab beta busy melayan kemalasan dalam diri ini...

Kerja memang banyak
Mungkin kalau nak dihitung, macam takkan habis

Tapi, aku positif dapat habiskannya in time
Cuma antara aku sewel atau senget sikit je
Memang menguji fizikal dan mental

Oh ya,
Esok, aku akan present PSM aku
Dengan tajuk “Effects of Transmembrane Pressure (TMP) on the Performance of Ultrafiltration (UF) Membrane of Soy Protein”

Mengikut jadual, aku akan present pada pukul 320 hingga 340 petang
Dan di YBK10 – Blok Y, Bilik Kuliah 10

Panels?
Will go about that later…

Sebenarnya, dari minggu lepas aku sibuk membuat draf untuk thesisku yang satu ini
Dan juga draf slide untuk present rabu ni
Semuanya telah dihantar ke SV pada sabtu lepas melalui emel
Sebab semuanya perlukan pengesahan dia

Menjelang isnin, aku melawat SV
Dengan harapan nak tengok apa2 komen dari dia
Rupanya dia busy dengan pelbagai kerja dan tak sempat nak usya kerja2 aku

Tadi, aku ke bilik dia, dia sudah approvekan slide presentation aku
Cuma draf2 thesis, hari jumaat ni baru aku dipanggil menghadap sekali lagi di biliknya

Alhamdulillah, takde banyak yang dia komen
Cuma kena betulkan sikit ayat2 untuk presentasi menjadi ok

Korang tau tak, PSM ni ada karma tau tak
Karma, qada’ dan qadar, pembalasan, macam-macam nama la

Sejak dari lab work, sampai la lani, ada je mende2 yang kita patut jaga tingkah laku dan perbuatan
Kalau tak, rasa la ko pembalasannya!
Nangis tak berlagu nanti

Korang pon tau kan, aku ni jenis poyo, suka gelakkan orang dan buat2 lawak
Dan i just being myself

But...
Waa nanges aku!

Mari kita tengok contoh2 kes untuk PSM kali ini:

*****Kes 1*****

Hari tuh, di lab, kawan aku sibuk mengatakan pasal dia tak boleh start eksperimen lagi sebab alatan tak cukup.

Aku lak cakap, ”ala, tipu la tak cukup. Boleh je kan nak buat. Ko tak cukup lampu je, ko boleh beli la UV lamp dekat kedai lampu biasa”

“Ada ke kat kedai lampu?”

”Tah... aku bajek je ada”

“Habis laaa... extend la aku sem ni...”

Dengan riak dan takkabuurrrnya aku bercakap, “takpe2, aku nak habis dah, nanti sem depan aku lawat ko ye kat sini”

DUH!

Esoknya kan.. alat yang aku gunakan rosak!
Sampai aku punya eksperimen takleh jalan seminggu!

Terus aku g jumpa kawan aku tuh, merayu mintak maap
macam Mak Dara dalam filem Ibu Mertuaku!



*****Kes 2*****

Aku cerita la pasal alat aku rosak kat sorang ’kekasih gelap’ di lab tuh
Sebab masa tuh aku dah tensen sangat aku tak leh run dekat seminggu gak

Si KG ni lak, macam biasa, perasan comel, gelakkan aku.
Siap cakap, ”Padan muka! Siapa suh gelakkan orang!”

Esoknya, dia tak leh run eksperimen satu hari sebab ramai orang guna!

Dengan muka yang dah hilang comel dah,
dia datang dan mintak maap kat aku....

Nama pon kekasih gelap, maafkan sajalah...


*****Kes 3*****

Sebab aku dah selesa, eksperimen aku dah boleh jalan, aku macam dah lupa2 kes no 1 tuh

Kawan lain la pulak, sibuk bising pasal SV dia.
Bahan kimia tak sampai, SV tak mahu tolong, last2 dia kene tukar sikit tajuk dia jadi lain

Kawan aku: “Ada ke patut, dia tengok proposal aku, tanda sini sana suh aku tukar dengan mende len. Boleh dia cakap ‘sikit jet uh….’ bengang aku!”

Aku lak, terus amik proposal dia, belek2
Berlagak macam SV dia…
“Alah, awak tukar sini, sini, sini, dan sini... sini juga... ALAH... SIKIT JE TUHHH!”

Kawan aku buat muka bengang ngan aku

Esoknya, alat aku kembali rosak!
Siot je!

Terus aku kembali memakai baju kebaya menjadi Mak Dara,
meminta maaf kepada Kassim Selamat!



*****Kes 4*****

Sejak dah 2 kali jadi kat aku, aku mula berhati2
Jaga tingkah laku
Jaga tutur kata

Sebab kalo tersalah langkah, aku yang kene balik
Saket nanti

Melayu mudah lupa... kan?
Aku mula lupa...

Pagi tadi, kawan2 aku, 2 3 orang la bising, sambil berharap, ”mintak2 aku tak delah present depan prof esok!”

Diowang cuak, sebab sebelum ni diowang present depan seorang prof ni.
Nama pon prof, cepat je la dia tangkap kesalahan kita.

Aku lak, seperti biasa, menjadi poyo sebab slide dah diapprove SV, dan aku rasa macam dah redi, terus menjawab:

”Hahahahaha.... ala... lek la... prof pon manusia biasa gak... tak yah la cuak2… hahahahaha”
sambil gelak dengan nada menjengkelkan.

Diowang buat muka bengang ngn aku.

Tiba masanya, aku check memo tadi, nak tahu siapakah panel aku.

Mataku memandang.
Tertancap di situ.
Terpaku.

PROF???

Argh!!!!
Aku lak dapat kene present depan prof itu
Dari mula2 aku rasa dah redi, terus aku cuak
Malam ni macam2 aku kene prepare, takut sangkut masa nak menjawab!

Dalam hati aku berkata, PADAN MUKA AKU!!!

Persoalannya, perlukah aku kembali menyarungkan
baju kebaya itu untuk menjadi Mak Dara,
meminta maaf kepada Kassimssss (plural) Selamat itu????


Waaa!!!

Doakan aku ek beb!


p.s - bercakap pasal Kassim Selamat, mata aku pon dah macam hampeh je ni... panda, Kassim Selamat... apa lagi adjektif yang boleh menggambarkan mata???


:::YTBACK!!!:::