0027 – 17 Ogos 2006
Depression mode & entri tunggang langgang
Prolog
Dari zon 113.
Berkeinginan untuk menulis lantaran tiada siapa di sisi untuk mendengar. Lantas, blog ini ku jadikan sasaran.
First of all, maaf jika kunjungan anda ke blog ini kali ini tidak berbaloi. Kerana ini entri yang berkecamuk. kerana aku depress.
Bukannya aku tidak mahu menceritakan kisah-kisah gembira sepanjang hidupku. Tapi realitinya yang membuatkanku begini.
Aku, walau aku gembira, aku telah lama melatih diri untuk tidak terlampau gembira. Macam mana tu?
Entah kenapa, sejak dari dulu kegembiraanku aku bataskan. Kerana bagiku, kegembiraan takkan kekal. Ia mudah digantikan dengan kesedihan dalam sekelip mata.
Aku juga faham kegembiraan yang diberikan kadangkala merupakan satu ujian. Sama ada aku lulus atau tidak.
Jadi sebeb itulah di Yang Terdalam anda dapat melihat kamal yang sedih, kamal yang murung, kamal yang sering depressi. Kerana aku tidak mahu diriku terlampau gembira. Biarlah kegembiraan itu berpada.
Kisahnya…
Semalam, bangun pagi dengan perasaan depress. Tak tahu kenapa.
Malam sebelumnya aku tidur lambat, membantu publisiti bagi Martial Art Night ahad ini. Tugasan yang diberi last minute. Aku hanya membantu mana yang termampu.
Lagipun ia berkaitan dengan benda-benda kreatif yang sememangnya aku suka. Jadi bila ditanyakan bolehkah aku membantu, terus aku katakana iya, walaupun ia mungkin mengugat rutin harianku.
Ya, hari semalam dimulakan dengan depresi. Aku menyalahkan segala-galanya. Yang terlihat di mata, semuanya aku persalahkan. Kerana tidak memahamiku. Entah kenapa, aku tak tahu.
Aku mungkin boleh jadi hakuna matata, bak kata kawanku. Pada luaran mungkin mudah. Namun di Yang Terdalam amat payah. Kerana perasaan ini subjektif. Bercampur baur membentuk satu sebatian pelik yang tidak boleh diklasifikasikan jenisnya. Jika ingin dikaji mengambil masa.
X Kekal
Aku rasakan semua yang ada di sekelilingku tidak kekal. Dahulunya aku ada benda itu, kini aku kehilangannya.
Aku memang kurang pandai menyesuaikan diri dengan perubahan. Aku lambat. Jadi, bila perubahan berlaku, aku mengambil masa untuk menginterpretasikan diriku sendiri. The process of adaptation is very tiring and requires me to think a lot.
Seperti biasa antidepressantnya ialah tidur. Amat menyegarkan. Dan menyenangkan. Kini aku sedikit tenang.
Peristiwa pagi tadi membuat aku berfikir. Kekalkah semua yang ada di sisi kita?
Memang jika diteliti dari sudut agama, semuanya tidak kekal. Hanya Allah yang Esa yang kekal abadi. Maksud soalan aku – sejauh mana kekalnya apa yang kita ada? Apakah kita akan kehilangannya esok hari? Entahlah.
Aku pernah ada kawan yang begitu baik dan memahami. Yang menemani jalan-jalanku. Yang menceriakan hari-hariku. Dia cuba memahamiku dan aku cuba memahaminya. Kami dapat berkerjasama dengan baik sekali. Segalanya tenang. Tapi ia tidak kekal. Kini kami semakin menjauh. Maybe not totally, tapi sedikit demi sedikit. Aku dapat rasakan kehilangan itu secara beransur-ansur.
Aku pernah ada suasana yang tenang dan mendamaikan. Tapi ia tidak kekal. Seringkali digugah dengan suasana yang menguji.
Aku pernah ada keyakinan di atas kekuatan dan kemampuan diriku. Sehingga aku tidak gentar walau apa yang mendatang. Tapi ia tidak kekal. Kini aku bagaikan terlalu berusaha untuk meyakinkan diri sendiri atas kebolehan diri.
Hurm
Memang hidup penuh bicara kan. Banyak yang dirasa. Datang dan pergi. Tidak kekal.
Kadangkala terfikir juga bagaimana akan ku lalui hari-hari muka? Dengan tiada jaminan di masa hadapan. Dan di sini, jawapannya terus kepada Sang Pencipta, yang mempunyai segala jawapan.
Entahlah.
Manusia pelbagai ragam. Diciptakan dengan unik tiap satunya.
Percayalah, kita takkan bisa memahami antara satu sama lain dengan sepenuhnya. Kerana kita berbeza.
Kita hanya dapat menyesuaikan perbezaan tersebut melalui toleransi. Tiadanya toleransi, kita mati.
Pengutuk & yang dikutuk…
Ramai yang mengutuk dan mengeji, pada pandangan aku bukannya layak untuk memberikan pendapat.
Melalui kaca mata dan minda mereka, perkara yang keji patut dikeji,. Bagiku, ia boleh diperbaiki. Aku percaya pada peluang kedua.
Kadangkala aku tak faham kenapa kita mudah mencela sesuatu kejadian. Atau sesuatu keadaan. Bukankah kita diciptakan dengan kisah dan bicara yang tersendiri?
Kadangkala yang dicela lebihbaik dari si pencela. Yang hanya tahu mengeluarkan kata-kata tapi tidak tahu menilai diri.
Penutup
Aku rasakan aku tinggalkan entri ini di sini.
Maaf, kerana entri ini agak bercampur aduk, kerana aku sedang depresi dan banyak yang ingin aku ceritakan.
Banyak yang ingin aku kongsikan, tetapi terlalu sedikit kekuatan untuk meluahkan.
Terima kasih kerana bertandang dan memberi komen.
Wassalam
0 comments:
Post a Comment