Kerja

0440

07 April 2010

Masuk dalam alam pekerjaan ini, kadang-kadang boleh membuka mata
Boleh mengajar kita untuk mengetahui benda yang tak pernah kita ketahui sebelum ini
Pengalaman adalah sesuatu yang dipunya, pahit manis pun ia, ada sesuatu yang member pengajaran

Sejak mula bekerja ini, dunia aku berputar tentang kerja
Orang-orang yang aku temui, adalah orang-orang kerja
Masa-masa yang aku ada, dihabiskan di tempat kerja
Duniaku kini, kerja kerja kerja

Cuma sekali sekala di hujung minggu, aku berjumpa dengan mereka-mereka
Itu pun jikalau hujung minggu itu tidak ku habiskan dengan pulang ke kampong, ataupun menqada’ tidur
Jika tidak, semuanya berkisar tentang kerja

Aku tak kisah semuanya
Maybe ada yang kata aku takde life, aku tak peduli
Aku senang begini
Bagi aku, waktu beginilah perlu aku tumpukan untuk membina karier
Walau dari bawah sekali pun

Tambahan pula, masa aku tidak banyak tercuri untuk benda-benda lain
Contohnya, soal hati dan perasaan

Namun, dalam masa yang sama, aku masih manusia
Punya semua itu
Dan kadangkala, di tengah-tengah kesibukan kerja, hati ini tercuit jua

Hendak buat bagaimana, focus aku tidak ke situ
Ada memikirkan, tapi tidak mahu bertindak

Mungkin jua, sudah malas
Sudah letih
Sudah lelah
Dengan perkara-perkara untuk menjaga soal hati dan perasaan
Mungkin lah…

Dalam pada bekerja, banyak orang yang aku jumpa
Ada yang begini, ada yang begitu
Manusia pelbagai ragam, melakukan kerja yang sama, tapi mempunyai kehidupan yang berbeza

Mungkin kerana dunia aku adalah kerja, aku memerhatikan warna warni mereka
Ada yang cantik warnanya, menyenangkan!
Ada pula, cuma sekilas pandang, aku sudah merasa jelak

Aku bukanlah mudah untuk tidak suka pada seseorang
Aku lebih kepada menerima mereka seadanya
Walau betapa peliknya seseorang itu, aku tak kira
Asalkan boleh berkompromi dan berinteraksi

Macam biasa, ada yang aku tak puas hati juga
Macam biasa, orang-orang begini adalah orang-orang yang mempunyai ciri yang sama
Macam la tak biasa!

Kadang-kadang tak faham
Kenapa wujudnya manusia-manusia berlagak yang poyo bagai nak rak, tapi habuk pon takde?
Konon dari tempat yang bagus-bagus, otak yang bagus-bagus
Mentaliti, tetap terkebawah

Pung pang sini sana cakap itu ini tak bagus
Tapi tanggungjawab sendiri diabaikan
Dan, dalam masa yang sama, cari tanggungjawab lain, yang kononnya lebih mendatangkan hasil
Dan, akhirnya, tanggungjawab sendiri tak terlunas
Menyebabkan semua yang tak berkaitan terbabit sama

Mana kau datang, itu hanya sejarah
Apa kau lalui, itu hanya sejarah
Apa yang kau banggakan, itu hanya sejarah

Yang kini?
Yang kau lalui kini?
Yang kau ciptakan kini?
Bukankah bakal menjadi sejarah untuk masa hadapan?
Tapi, mengapa kau masih mendabik dada, kononnya kau yang terbaik, atas sejarah-sejarah kau dahulu

Masa kini
Saat ini
Hari ini
Apa usaha kau?

Aku benci dengan orang-orang begini
Entah kenapa, benci!
Jelak!
Mual!

Argh, sudah la!
Malas nak fikir!


:::YTBACK!!!:::

6 comments:

Hilman Nordin said...

ni kang hang kawen ngan orang tempat kerja jugak nih!~ LOL!

teruskan berusaha!

~naDieY~ said...

SETUJU NGN ENTRI NI....

SETUJU NGN HILMAN JUGEK...

CHAIYOK KAMAL CHAIYOK...

=P

khairul najmi said...

risau plak aku time nak kerja nnt. camne ler ek??? tak lama pun lagi setahun jer nak habis blajar. bagi aku ler pakcik time muda2 ni ler kita push diri kita sampai limit dan bila hari tua nnt tak kena kerja keras lagi.

tentang hati tu rilex ar pakcik ko muda lagi kan tak sampai lagi 25. aku percaya one day ko jumpa gak yg terbaik untuk ko. jgn gopoh gapah.

kerja leklok pakcik n aku doakan yg terbaik buat pakcik!!!

victoire said...

macam-macam la ko nih mat kome.
berminggu aku tunggu takde entry.
nah hamek 2 entry. panjang gabeng.
letih aram kan keje.
tiap2 ari pagi petang.
aku 630 turun smp bilik kul 7 mlm intern ni.

Liza said...

takpe dik, dah lama2 nanti, immune jer

ahmadkamal said...

HILMAN - haha... byk laki la kompeni ni...

NADIEY - thx!!!

NAJMI - thx komen pepanjang... terharu! huhu
btol2... muda2 ni la nak push abes2an...
slow2 kayuh, insyaAllah rezaki ada!

KERI - lek keri.. pengalaman tuh!
aku tulih bila nak tulih..
tu la jadi lagu tuh...

KAK LIZA - thx kak... biasa la, pengalaman pertama... baruuu lagi! =p