Realiti

Banyak dah berubah, namun ada yang tetap sama.
Aku masih lagi aku yang dulu.
Yang rindukan laman ini bila terasa sunyi.

Dulu laman ini aku kunjungi bila terasa sepi.
Sehingga satu ketika aku yakin, aku mampu untuk hadapi dunia realiti.
Dan bila realiti sudah menjanjikan sesuatu, laman maya ini aku lupakan.

Kini aku kembali.
Mungkin realiti sudah tak seindah yang diingini?


:::YTBACK!!!:::

Ayat Keramat

Lama tahan perasaan
Cuba untuk melupakan

Aku mampu
Aku berupaya
Kau sudah hilang dari fikiran

Entah mengapa
Di sudut baris ayat keramat
Huruf dan makraj
Aku menangis
Memikirkan betapa kejam kau lakukan aku

Doa orang teraniaya makbul mungkin

Aku tak mahu berdoa
Kerana aku tak tahu samada aku betul-betul teraniaya
Atau meletakkan diri sebagai mangsa seperti biasa

Entah bila hati ini boleh redha dan memaafkan


:::YTBACK!!!:::

MIGHT BE

Call me conservative, but i do feel that updating a blog should be done through laptop and not from mobile phone like this.

But i guess time has changed. I have the access thru my blog from the phone, so why bother all the fuss for the sake of an update?

Lama sebenarnya aplikasi blogger ni ada dalam phone. Hari ni baru try guna

Lama dan acapkali YT memanggil n menyeru. Mungkin ini jalannya?

Besides, kebelakangan ni ramai pulak blogger buat comeback. Macam berjanji.

So for now, i dunno what i should call this, but this MIGHT be a start.

Stress on the MIGHT.

Ehhh, first post for 2012? What happened to me?


:::YTBACK!!!:::

Talking to the Moon

Talking to the Moon
Trying to get to You

In hopes you're on the other side
Talking to me too
Or am I a fool, who sits alone?

Talking to the moon


:::YTBACK!!!:::

Heroes Kembali 2.0

0469
100911

“kamal

dia violin. music instrument (basic) paling sukar. tapi, indah.”


I went “Fuuuuuuuuuuuuuhhh”
Then kembanggggg

Thanks for that weird but sweet compliment…
Told you, I am heroes right!!

sumber: INI


:::YTBACK!!!:::

Heroes Kembali

0468
100911

Aku memang dah lama perasan hal yang ni
"Aku ada ability kenal lagu even dalam dengar dalam masa yang sekejap"
Lebih2 lagi lagu yang aku minat

Contoh, tengah jalan-jalan
Lewati kedai yang pasang lagu
Satu saat sebutan “Haaaaaaaa” aku dapat kenal itu lagu apa

Dan kadang2 bila aku tengok tajuk lagu pon, aku dah humming lagu dia cmna
Contoh bila aku tengok entri NI
Dan aku dah terhumming lagu ini

Ya, ya
Aku tahu
Ini memang kesan kuasa heroes aku yang dormant dulu

Heroes kembalikah aku???


:::YTBACK!!!:::

Made by Malaysians

0467
310811

Aku sayangkan Malaysia
Aku rasa Malaysia mempunyai ciri2 negara yang tak ada pada negara lain
Aku rasa Malaysia unik

Sejak kecil aku disogokkan dengan kebaikan bangsa Malaysia
Ramah, sopan santun, penyayang
Mungkin itulah ciri2 Malaysia yang diwar2kan di media massa

Hinggakan ia menjadi satu ayat yang cliché
Ayat yang selalu diguna pakai
Hingga hilang ‘harga’ ayat2 tersebut kerana kerap kali diucap

Kalau nak buat karangan pasal Malaysia,
Kene sebut melayu, cina india
Hidup harmoni, takde sengketa
Kene sebut bangunan2 kemegahan negara
KLCC dan KL Tower
Makanan2 yang beraneka
Tempat2 pelancongan yang cantik2 belaka
Itu suma

Kan?

Aku pun macam tu
Aku pun tulis ayat2 macam tu
Dan aku pun selalu fikir yang itu pasal Malaysia

Hingga satu tahap, aku dah mula berfikir rasional
Betul ke apa yang dikatakan?
Betul ke itu semua?

Pasal bangunan, makanan dan tempat aku tak nafikan
Tapi betul ke melayu, cina, india hidup tanpa sengketa???

Aku gali dalam diri aku balik
Aku tanya diri sendiri

Ya, mungkin
Tapi hanya pada luaran
Deep down, perasaan tak senang antara kaum masih ada
Deep down, aku selalu perkecilkan kaum lain

Itu aku tanya diri aku
Anda bagaimana?

Lewat kebelakangan ni, ahli2 politik banyak memainkan isu perkauman di media massa
Aku tak nak mengulas sapa benar sapa salah
Tapi kalau betul Malaysia hidup harmoni, mengapa perlu ada itu semua?

Takkah terfikir?

Itu sebabnya, bila aku lihat video di bawah ini, aku kagum
Kagum dengan usaha mamat ini menyatupadukan semua

Aku rasa ini rasa generasi baru

Generasi yang hormat satu sama lain
Bukan memberi gelaran2 tak baik di media massa!
Generasi yang faham perbezaan agama
Bukan memperkecil2kan agama2 yang lain
Generasi yang bertolak ansur
Bukan setiap kali bertelagah, isu agama, isu kaum dipermainkan…

Sometimes,
its amazing to see a 21 yo guy can think all of these
over all politicians in the country…


Ini macam iklan yang selalu kita lihat di TV
Tapi ini lain
Di TV kita tahu itu pelakon2
Tapi ini, kita tahu suara sebenar generasi baru
Yang jujur menghantar respon

Congrats Matluthfi for this awesome video!!!



p/s - Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara ke 54. Merdekakah kita???
p/s2 - something from 'masa silam'


:::YTBACK!!!:::