Aku keliru...

0063 – 10 Januari 2006
Aku keliru…

Prolog

Manusia ni pelik kan? Sukar dipuaskan, selalu mencari apa yang tiada dan selalu melupakan apa yang telah ada. Hingga semuanya berlalu, baru terasa kehilangannya.

I’m writing from the human point of view. I am human and I have right to talk what I want at any place, and certainly at this place the authority is mine. So tak salah aku berperspektif dan berkata-kata. Kerana semuanya realiti.

Sebenarnya susah nak menulis blog ni. Idea akan datang mencurah-curah bila takde di depan computer, tapi bila dah masuk ke application word je, semua lesap. Ayat-ayat yang cantik berbunga-bunga tu semua hilang.

Ingin memiliki…

Well, briefly, I am human. Memang la aku manusia kan. I have desire to have more in everything. Strong desire!

Aku mempunyai rasa untuk memiliki semuanya. Semua yang aku minati. Semua yang aku sukai. Walau kadang-kadang nampak amat jauh dari tangan, tapi aku sering membayangkan aku memilikinya. Sering berkhayal, namun, jarang sekali aku memperolehinya.

Rasa ingin memiliki itu kadangkala juga mengaburi apa yang aku sudah miliki. Bila aku kehilangannya baru aku terasa. They say u’ll never miss the water till its gone, right.

Kisahnya?

Kisahnya, entahlah. Bagaimana aku nak memulakannya ya.

Begini la. Sejak dari tahun baru hari tu aku berhubungan dengan seseorang. Seseorang yang telah menceriakan hari-hari aku ketika itu. Everythings gone well when I don’t put much thought on it. Semuanya damai.

Sehinggalah otak aku ni mula berfikir. Adakah apa yang aku buat ini betul? Adakah ini yang aku mahukan? Adakah dia yang aku mahukan? Atau dia hanya ku anggap sebagai pengganti bagi semua rasa ingin memiliki yang aku tak dapat perolehi?

Adakah dia yang ku cari? adakah aku menjadikan dia sebagai pelepas dendam kepada semua yang aku tak boleh miliki?

Sampai satu saat, aku terpempan. Aku rasa ragu-ragu. Aku tak mahu meneruskan. Biarlah semuanya begini ketika ini. At least no further harm done.

Tapi…

Tapi bila dia tiada pula, aku rasakan sunyi. Kerana walaupun tak lama, tak sampai seminggu pun, dia yang telah menceriakan hari-hari aku. Yang sering membuatkanku gembira.

Rasa seronok sebenarnya bila memikirkan di hujung dunia sana, ada seseorang yang menunggu khabar berita dari aku tanpa jemu, menunggu aku membalas sms nya tanpa rasa ragu-ragu, dan menunggu aku dan melayani aku.

Rasa itu sungguh seronok.

Tapi aku keliru. Adakah aku hanya ingin merasakan perasaan seronok itu, sehingga aku mencipta perasaan aku kepadanya? Perlukah semua itu? Adakah aku menipu diri sendiri?

Seriously, aku keliru. Aku tak tahu bagaimana nak meneruskan. Nak aku katakan padanya aku sudah tak berminat, aku tak sanggup. Kerana dia melayanku dengan begitu baik. Tapi pada masa yang sama, aku tak nak aku mempergunakannya untuk kepentingan aku. Mencipta perasaan untuknya semata-mata kepentingan perasaanku.

Entahlah.

Buat masa ini aku menjarangkan berhubungan dengannya. Aku ingin berfikir betul-betul. Aku tak nak aku terluka atau lebih teruk, dia yang terluka.

Aku tengah keliru. Tapi sekurang-kurangnya aku memuji diri sendiri dengan dapat sedar dari terus dibuai fantasi. Sekurang-kurangnya aku sedar.

Kami kini kawan. Lebih dari itu, biar masa menentukan. Kerana lebih banyak rasa yang salah dari rasa yang betul.

Sentimental

Pada masa yang sama, kini, tanpa dia, atau sesiapa sahaja, aku sunyi. Mencari-cari di mana nak bawa diri. Takkan nak menyendiri lagi, melawat taman langit setiap hari. Aku sudah bosan begini.

Dan yang hampehnya, aku mula lah memikirkan kembali kenangan-kenangan lama yang membunuh perasaanku. Aku amat berharap semuanya kembali lagi, aku sering membayangkannya. Walau pada zahirnya, I have move on, but somehow I don’t lose up hope. Mungkinkan yang lalu kembali?

Itulah yang aku katakan. Aku manusia, aku sukar dipuaskan, aku selalu mencari apa yang tiada, aku sering mengabaikan apa yang ada.

Entahlah, entahlah, entahlah

Aku keliru.

p/s – semakin ramai membaca blog ini nampaknya. Dan yang paling aku ingin jauhkan ialah rakan sekuliahku! Aduh, susah la nak terus berterus terang di sini. Takkan nak bukak blog anynomous pulak?

To those people, harap anda tak bersikap judgemental. Aku di luar dan aku di Yang Terdalam amat berbeza, walau aku orang yang sama. So jangan buatkan aku merasa janggal untuk bergaul dengan korang di luar. Ok?

Tapi seriously, aku hargai usaha korang untuk ke blog ini, walaupun connection KUKTEM yang teruk ini. Trimas!

p/s – hujan di Kuantan ini sudah tak berhenti-henti sejak 3 hari yang lalu. Baju aku basah je. Aku tak tahu nak gambarkan macam mana, tapi di sini suasana amat lembab! Aku mengantuk… =)


:::YTBACK!!!:::

4 comments:

Hilman Nordin said...

well.. klu x ko yg dtg blog aku.. xde la sesape nk dtg lg.. yg len byk anonymous. dtg and lurking in the darkness. they like reading but.. senyap jer.. and there are people out there go to ur blog just to noe more bout you..

kdg2.. aku pun rse mcm tu.. nk je aku wat yg ble view aku nyer page ni friends jer.. sbb setting aku skang public.. sesapa pun ble tgk.. wlupun xde akaun yahoo.. and i go great mile to advertise my page in my frenster space. jd.. ++ lg la lurkers..

hmmm.. ble bce entry ni.. ada satu advice. if it is about a girl.. betta think about it b4 taking any actions. think as deep as u can, wat istikharah klu bleh.. org cakap.. love is about giving and relationship is about communication.. both love n rltnshp needs u to be committed.

lastly.. klu da jodoh.. x kemana.. xya pk skang pun xpe.. huhu.. salam.

Red Mummy said...

akak x penah miss tp jarang letak msg...cuma ko je yg x jengah jenguk akak dik.

Irina said...

agree with hilman.. you guys are the only ones who comes 'menjenguk' my blog AND leaves comments.. hehe.. at least, when reading them, we feel that our hard work (hm? susah ke nak update blog?? definitely! =p) has paid off..

entri emo? well, it is your blog, and somehow, cara ko menulis mmg kreatif sampai aku 'hooked'!! hee..

anyway, cheer up, man.. and take care, k.. =)

bro said...

hmm.. bila keliru tu maknanya ada cinta.. yo lah tu..

camno lagu Yani ngan diddy..

bila berdua rasa mesra tapi tak bermakna ku cinta.. hmm lebih kurang la gitu bunyinya..

so, be happy just as friends and dont push the limit if you yourself are not so sure.. yg merananya diri sendiri nanti