Jangan terkena!!!

0072 – 22 Februari 2006
Jangan terkena!

Pro-entry

Hello there. Hari ni ada la sikit idea nak menulis. Lepas hari-hari untuk settel downkan things dekat permulaan lepas mid sem ni. So here it goes.

I chose this entry to be informative. Well, bergantung jugak la kepada macam mana korang terima. Cos, i hope apa yang aku nak tulis ni boleh dijadikan iktibar dan pengajaran kepada yang membacanya. Saja je nak buatkan kunjungan korang ke blog ni berbaloi.

But, first of all, this is my authority. Aku berhak tulis apa pun. Dan kalau terkena kat batang hidung tu, pandai-pandailah. Korang yang memilih untuk ke sini.

Dan aku tak confirmkan apa yang aku ceritakan ni betul. Again, bergantung kepada cara korang terima. Aku menulis berdasarkan pengalaman.

This maybe not my expertise, so just read and judge yourself. I have the right to write, you have the right to judge. Fair enough for me.

Dan mungkin juga apa yang aku nak ceritakan ni akan buatkan aku nampak bodoh di mata kalian. Lantaklah. Asalkan objektif aku supaya korang tak terkena macam aku tercapai. Tengok, ikhlas dan murni kan tujuan aku? Huhu

Moving on...

How many times i got busted?

Two times!

Berapa banyak dah aku rugi?

RM 300 ++

Semuanya sebab kebodohan aku mungkin dan perdaya-perdaya oleh pihak terbabit.

Kisahnya – Kisah 1

Aku ditahan oleh penjual direct selling dekat KL sentral masa cuti bulan 12 dulu. Dari celcom. Mentioning that he will gave the sim card for free if I stop. Free? Siapa tak teruja.

1 - Aku stop la. Nampak jugak budak cina ni muda lagi. Baru lepas spm, maybe. Baru mula-mula kerja la ni. So aku pun kesian la.

Memandangkan aku pun pernah kerja lepas matriks dulu, i’m kinda feel slightly sentimental when seeing young people working for money. So I gave my full cooperation.

Actually, masa tu pun aku nak cepat. Aku tergesa-gesa. Dah janji ngan kawan dekat Mid. Tapi atas dasar kesian, aku tunggu la.

Seperti biasa, promosi. Bla bla bla. Bagus itu, bagus ini.

Dan di fikiran aku telah ditanamkan bahawa aku akan dapat nombor baru dengan sim kad baru. How naive i was.

2 - Then dia mintak fotostat ic. No big deal, cos dalam fikiran aku maybe untuk registration number. So aku bagi je la. Again, I was naïve.

3 - Then, aku diminta pulak untuk sain some sort of agreement. Aku tak baca betul-betul pun actually, aku nak cepat but at the same time, I want to help this little boy.

So aku pun menurunkan la sain-sain artis aku ke atas kertas-kertas itu. Again, i know i was naive.

4 - Dia mintak rm 5. Untuk apa tah dia cakap, aku tak ingat. Masa tu aku agak ’kaya’ la jugak. Apa la sangat 5 ringgit kan. So aku bagi je la.

Dia ada mention, kalau aku tak suka guna sim ni, aku boleh cancel kan. Maybe aku kena bayar rm 10 je. Aku tak kisah, sebab masa tu aku kaya dan again i was naive, right?

Then bila semua settle, aku pun pergi la jumpa kawan aku. Dalam perjalanan, suddenly aku teringatkan apa yang aku baca kat paper, about kena tipu n so on. Tapi aku buat tak tahu, sebab bagi aku celcom bawah tm, so takkan la nak tipu kan. So aku buat tak tahu je.

Then, bila sampai rumah, aku rasa macam malas lak nak guna nombor tu. Sebab celcom. Ramai kawan aku maxis. So aku simpan je la kad sim tu. Tak bukak pun lagi, still attached dekat kad besar dia.

Aku pun jalani hidup aku macam biasa.

Sehinggalah...

Akhir januari, satu bil sampai rumah aku - Saying that i have to pay RM 90 for the service that I never used.

Rupa-rupanya yang aku sain bagai tu agreement untuk line yang bayar tiap-tiap bulan. Dan rupanya itu bukanlah prepaid, tapi postpaid, meaning bil memang akan sampai tiap-tiap bulan untuk aku bayar. Dan rm 90tu adalah untuk bulan januari, bulan pertama aku sain menatang tu.

Aku cuak. Kalau aku simpan, nanti akan bertambah banyak. Kalau aku guna, aku takut lagi tambah masalah. So aku simpan je kad tu, sehinggalah aku pulang bercuti baru ni, baru aku cancel kan. Tak bukak pun lagi, still attached dekat kad besar dia.

Masa nak cancelkan punyalah susah. Dahlah nak kena cari main celcom center. Kena kuar duit plak tu.

Aku kena bayar berapa? RM 200!

Untuk something yang aku tak guna, dan sebab kebodohan dan kebaikan hati aku masa tu.

Rugi! Rugi!

Kisahnya – kisah 2

Actually, kisah ni dah lama. Masa matriks dulu. But the topic is still the same - I was naive and because of that I got busted and at last aku kerugian.

Ada promotion dekat library matriks tu. Promosi pelancongan. Macam diberikan harga student untuk semua tempat yang kita pergi.

Dan diberi jugak macam-macam kelebihan bila kita guna macam-macam pengangkutan awam, bas, kapal terbang dan sebagainya, sebab kita boleh dapat balik 10++ % dari harga tiket yang dibelanjakan. Dan macam-macam lagi yang diberi promosi, kad kfc dan sebagainya.

Katanya untuk menggalakkan pelancongan di kalangan student dengan harga yang murah. Kalau aku cakap nama syarikatnya, mesti ramai tahu, sebab banyak yang masuk dengan promosi ni.

Ayat manis oleh orang yang mempromosi. Macam-macam ditaburkan. Dan untuk semua kelebihan yang ditawarkan kena bayar RM 100 ++.

Dan again, i was naive, dan masa matriks kan agak kaya, nilai tu macam tiada harga. So aku join je la.

After a year, macam tak berbaloi pun masuk. Segala kelbihan yang diberikan tu, ada had masa, dan ada syarat-syarat tertentu.

Dan akhirnya, memang aku rasakan aku kerugian sebab aku tak gunakan langsung pun servis yang diberikan sebab susah nak guna. Lagi menyusahkan dari menyenangkan.

Rugi! Rugi!

Elaboration...

Tak faham dengan apa yang aku ceritakan?

Maybe sebab itu menampakkan kebodohan aku, so aku agak berselindung kot. Ok, aku cuba explain.

I know i was naive. Aku tahu aku ni baik sangat. Aku tahu aku lupa diri bila aku sedikit ’kaya’. Dan aku tahu aku tak berfikir panjang.

Tak yah bagitahu lagi, aku dah tahu.

Dan kali ni aku nak lepas kan geram dengan bagitahu salah di pihak yang satu lagi pula ya. Allow me?

Menurut rakan-rakan aku, ramai yang kena dengan promosi-promosi seperti di atas. Alah, dalam paper pun banyak.

Bila diterangkan, tak dihighlightkan apa yang akan kita kena bayar, atau bagaimana perjalanan servis yang ditawarkan. Banyak rules yang dihiddenkan.

Dan si penjual pula, demi menjual produk mereka, kadang-kadang ayat je manis. Tak semua informasi diberikan kepada pengguna. Semata-mata produk dijual, dan kerja berjalan kan. Dan akibatnya ramai yang terkena dan tertipu.

Aku bukan nak salahkan mana-mana pihak. Seperti yang aku katakan tadi, aku sedar aku pun salah jugak, for being too kind and too naive. Pengalaman terkena ini mematangkan dan memberi pengajaran.

Tapi aku tak boleh menolak kemungkinan, aku terkena pun sebab cara pendekatan promosi yang dibuat yang kurang sesuai dan mudah menjerat pengguna.

Bila difikirkan, ramai lagi boleh terkena macam aku.

Logik ke untuk menyuruh budak belasan tahun menerangkan agreement pembayaran yang dia sendiri tidak faham, kepada pengguna, yang akan menyebabkan mereka menanggung kerugian hampir ratusan ringgit?

Dan relevan ke kalau kita diterangkan mengenai pelbagai informasi tapi ada yang disimpan dan tak diterangkan, sehinggakan kita tertindas?

Memang penindasan pengguna! (emo kejap)

Takdelah, maksud aku, ramai jugak student yang kelabu mata bila ayat-ayat manis seperti benda ni f.o.c, anda bayar kurang dan sebagainya.

Hidup studentkan bergelumang duit, so apa-apa promosi untuk kurangkan penggunaan duit memang boleh menarik student. Dan buktinya, ramai student yang terkena.

Aku ragui setiap promosi yang dibuat, adakah telus, atau berdasarkan keuntungan semata-mata. Macam sim kad tu, mulanya dia cakap free sahaja. Aku ingatkan prepaid, so kalau aku tak nak guna, boleh lah matikan. Rupanya untuk telefon line.

Melihat dari sudut syarikat, memang la promosi begini bagus dan menguntungkan mereka. Sekarang ni kan ramai pengguna bil dah beralih ke prepaid, syarikat telekomunikasi bagaikan tiada pendapatan tetap yang boleh dijangkakan, sebab penjualan prepaid bukannya tetap macam orang yang guna bil. Kalau bil, orang kena bayar tiap-tiap bulan. So memang pendapatan yang agak tetap la untuk syarikat.

Dan bila ramai beralih ke prepaid, so syarikat maybe cuak takde pendapatan tetap, pastu buatlah promosi macam ni. Dengan pendekatan yang bagi aku sedikit salah dan menjerat pengguna.

Aku sekarang ni macam dah tak boleh percaya apa-apa lagi dah. Sebab dah terkena hampir RM 300. rugi dan menyesal rasanya.

Tapi pengalaman ni, macam aku cakap tadi, mematangkan.

Multilevel marketing???

Lagi satu yang aku tak percaya – multilevel marketing.

Entahlah, terpulang korang nak percaya benda tu ke tak, tapi aku, di blog aku sendiri, aku mengatakan yang aku tak percaya.

Macam-macam kan keluar kat paper, swisscash la dan macam-macam lagi. Ada jugak satu dua pengalaman yang buatkan aku tak percaya.

Ada sekali tu, kitorang nyaris nak laburkan duit kelab ke dalam syarikat sebegini sebab terpedaya dengan untung yang dijanjikan. Semuanya sebab kelabu mata dengan duit.

Sapa yang tak nak, bayar certain amount, then tunggu duit dilaburkan, lepas beberapa masa duit beranak-pinak, hasil pelaburan yang dibuat.

Persoalannya, pelaburan yang dibuat tu halalkah? Buatnya dilaburkan ke kilang arak, ladang menternak babi ke, bukankah duit yang kita terima tu haram?

Aku bukan expert bahagian ni. Aku bercakap melalui pengalaman. Cakap la macam mana pun, syarikat pelaburan tu diapprove oleh pak lah ke, atau sebagainya, sekarang aku tak percaya.

Sebab aku dah terkena.

Semuanya sebab aku ni naive, promosi yang berat sebelah dan juga kelabu mata nakkan duit banyak.

Sekarang ni mind set aku – tak de duit datang bergolek. Kalau aku nak bukak business pun, biarlah business tu aku nampak. Jual kopok lekor pun takpe.

Kalau senang macam tu je dapat duit, baik semua orang tak yah kerja 9-5 tiap hari, baik semua lepak rumah goyang kaki je.

Memang ada yang dibuktikan berjaya dengan cara di atas. Tapi, sapa tahu, maybe it is also part of the promotion? Maybe syarikat tu berjayakan beberapa orang supaya dapat tipu orang lain?

Post-entry

Itu lah yang aku rasa lepas terkena. Aku menulis sebab bengang dan aku tak nak orang lain terkena sama.

Biarlah kita hidup dengan sederhana dan takde duit yang melimpah ruah, dari duit yang didapati tak diketahui sumbernya dan hasil penindasan terhadap orang lain.

Again, i stress that, aku tahu aku ni blur bab-bab macam ni. Aku bukannya expert. So kalau nak komen, tak yah la remind me about how stupid i was, maybe korang noleh komen dengan tambahkan pengalaman korang masing-masing.

Dan mana la tahu kowtnya, ceo syarikat multilevel marketing baca benda ni, aku bukannya expert, aku bercakap melalui pengalaman. Macam apek cakap ”Experience is not the best teacher, it is the only teacher”. I do believe in that. Tak rasa tak tahu.

Dan harapnya jangan ada yang terkena lagi macam aku la ye! Sakit wei! RM 300 buat belanja awek lagi bagus.

Opss... aku ada awek ke? Waaa!~

p/s – panjang dan merapu la plak entri ni. Tulah banyak yang aku nak luahkan, sampai tak terorganise. Sori la ye. Harap tak de yang terkena. Berhati-hati!

p/s - i'm aware that someone has tagged me... later on k... sush sikit nak update blog



:::YTBACK!!!:::

2 comments:

Joey said...

huhuhu....i'm the one yang selalu terperangkap ngan benda2 cam ni....bleh carik duit tanpa perlu buat apa2....tapi satu apa pun tak dapat.....

kengkadang terfikir...adakah sebab kita vulnerable...sebab tuh mudah sangat kena tipu...anyway.....just muy thought....

Irina said...

Salam..

Hehe.. Maafla Kamal, lama x comment.. Sbenarnya, slalu gak jenguk blog hang ni, smlm pun ada bukak, tp x update lagi.. Hehe.. Yg entri "Habis dah" tu, sowy ye.. Ingatkan dah komen, rupanya x.. Ahaks.. Maafkan beta.. =p

Psl entri kali ni, mmg informative. Jgn risau Kamal, ak x rasa apa yang ko alami tu satu benda yang stupid. Rasanya, sume org pun, wlau camne berhati2 pun, mesti penah terkena benda2 macam nih. It's not that we're stupid, it's more towards us being naive (yela, contohnya kte fikir, ala, xkan la bdak/org ni nak tipu, nampak muka/perangai cam baik/leh dipercayai. lebih2 lagi kalau cam Sellkom tu.. Mmg x sangka.) and wanting to save money (just like you said earlier).

Tp, wow, rm300?? Byk tu.. Mesti ko tensen, kan? Xpe, duit dah msk kan skarang?? Ble lg nak blanja? =p