0125 – 18 September 2007
Benarlah seperti kata-kata sebahagian blogger, mungkin i just need some time.
So, tiba-tiba datangnya aura untuk aku menaip kembali, aku kembali.
Ini adalah entri pelbagai rasa...
Entri penghargaan
Dari sudut hati Yang Terdalam, aku amat menghargai segala komen dan respon ke atas entri sebelum ini.
Aku memang memeriksa setiap komen di Yang Terdalam setiap hari, sekerap yang boleh, melalui handset aku. GPRS la katakan. Jadi aku boleh membaca komen anda dalam masa yang singkat.
Ada komen anda membuatkan aku terharu, ada yang buat aku tertawa, ada yang buat aku rasa sengal la plak aku ni buat entri sebelum ni.
Macam Azwan kata,”rasa macam nak copy and paste je komen ko sebelum ni kat blog aku bila aku nak tutup blog”
Betul jugak tu. Tiba-tiba aku rasa aku ni sengallah pulak buat entri penuh perasaan hari tu. Hahaha
Tapi one thing that i realise, sometime bila lawat blog orang lain, and he/she in this some sort of situation. Kadang-kadang kita akan sedaya upaya untuk komen dan ‘tinggalkan jejak beruang’ (bak kata cik teddy), dan dalam proses tersebut, kita akan
(ilmiah sungguh perenggan ini, mesti ada yang skip baca kan?)
Apapun, aku tak berminat untuk bertanding mencipta sawang dengan cik teddy. Sekarang ni aku menaip dan update ikut masa aku free. Lagipun aku tau, korang pon bukan free sangat nak baca aku membebel kat sini kan. Huhuhu.
Entri separa gembira, separa bangga
Petang yang panas. Hawa di Dewan Kuliah Utama 1, Universiti Malaysia Pahang agak mendamaikan. Kesejukan dari penyaman udara yang dipasang, sedikit sebanyak menyebabkan otot-otot badan mengecut, dan secara tak langsung, proses ’nature call’ pun ala-ala bermula.
Aku duduk di situ. bersama anak-anak buahku. Bergelak ketawa dan bermesra dengan mereka yang baru saja dilantik, sementelah (sementelah gitu!) anak-anak buah aku sebelum ini terpaksa menarik diri atas sebab beberapa hal. Perjumpaan Sekretariat Expoconvo’07 bersama Mentor-Mentor Bahagian.
Sedikit penat dengan Expoconvo ini sebenarnya. Sekretariat datang dan pergi, perubahan mendadak, working under pressure, dan campur tangan staff yang mengucar ngacirkan segala yang dirancang, menyebabkan aku sedikit terdetik untuk meletakkan jawatan.
Tapi, jauh di sudut hati aku, aku ingin bertahan. Aku mahu melihat ia sebagai cabaran. Jika aku menyerah kalah sekarang, apa akan berlaku bila di luar sana kan, di dalam dunia yang nyata, alam pekerjaan. Aku juga cuba bertahan demi anak-anak buah aku yang masih mengharapkan aku. Jadi aku cuba elakkan dari memikirkan yang aku ingin meletakkan jawatan.
Tiba-tiba, hansetku berbunyi. Aku mengerling screen handsetku. ”uh, sapa ni? Nombor Johor”
Lantas aku mengangkat telefon’
”May i speak to Mr Ahmad Kamal, please”
“Err… speaking..”
“Mr Ahmad Kamal, I’m from Titan Chemical Group Sdn Bhd. Do you have some time now. If it is possible, I want to make some short interview through phone, let say, 10 to 20 minutes. Can you speak right now?”
“Mmm… ok, I quite free right now. Is this the scholarship that I’ve applied for”
“Yes, are you sure you can speak right now?”
“If this is about the scholarship, I think I can’t. From the time I’ve submitted my form, I have received a scholarship from JPA”
“Ok, if that is the case, congratulations. Thank you for your time”
“Thank you for the opportunity”
Wah!! Gila la aku edit perbualan di atas. Hahaha
Sebetulnya, aku banyak merapu dari cakap English yang proper. Tapi ni blog aku kan, so lantaklah nak edit camna kan. Susah jugak aku ni kalau nak kena cakap english secara spontan. Banyak tergagap je.
Apapun, aku agak gembira jugak lah sejak kejadian tu. Rasa macam diri dihargai dan diperlukan pulak. Huhu
Ini entri separa bangga kan. So, aku bangga la gak, dulu punyala mencari-cari lubang mana nak dapat scholar. Rasa tensen dengan kawan-kawan yang tak abis-abis citer pasal apa nak buat guna duit scholar.
Sekarang, tiba-tiba semua datang menderu. Yang JPA tu siap dapat tawaran lagi, bukan aku apply. Kiranya aku tak lalui apa-apa interview pun. Sebab fakulti yang bagi nama kowt. Yang Titan ni pulak, aku rasa bangga sebab bagi aku susah gak nak dapat oppurtunity dari syarikat Kimia yang swasta dan agak besar la. So the feelings has lift me up in the sky.
Tapi sedikit hampa, kalau lah Titan ni awal sikit, tak yah la aku kena berkhidmat dengan kerajaan selama 6 tahun. Dan sebab dia swasta, maybe keje nanti lagi best kowt. Tah aku tak tau, aku cakap maybe je.
Bila fikir balik, kalau aku amik pulak, mau aku kena tindakan mahkamah oleh kerajaan. Kan dah tandatangan perjanjian semua bagai.
Takpelah, at least, aku dapat gak scholar. Walau aku duduk dalam negara je, tanpa ada kabel, semua atas usaha aku sendiri.
Alhamdulillah!
Cuma, biasalah the curse of happiness do happen. Aku jadi malas! Dah sedar ni. Bilalah nak berubah.
Entri yang penuh bertanggungjawab
Expoconvo 07. Satu keluhan berat aku utarakan.
Memegang jawatan dah lama. Agak lama la. Dari bulan 4 lagi.
Kerja banyak gak dah buat. Dah sampai tahap maksima, dah sampai tahap membayangkan hari kejadian macam mana.
Tapi bila je dibawak ke pihak atasan universiti, kena rejek. Alasan semuanya macam tak munasabah. Dan diorang suruh alter macam-macam sampai kebanyakan sekretariat dah moral down. Teramatlah down!
Aku pun down gak. Sampai rasa nak letak jawatan je. Sebab sakit hati, hasil usaha selama 2 3 bulan, tiba-tiba staff UMP yang baru je mula dilantik minggu lepas, terus ubah semuanya. Kiranya diorang ni dahlah masuk lambat dalam organisasi, terus nak jadi kepala!
Program-program pun banyak ditukar. Dari hari yang patutnya jadi hari yang best untuk kitorang, jadi hari yang agak membosankan sebab program yang terpaksa ditukar. Hurm!
Apapun, aku kena gak bertahan. Takkan nak biarkan anak buah aku terkapai-kapai. Selamat ada jugak yang masih bertahan.
Panas terik, hujan badai, kita lalui bersama eh?
Huhu
Tanggungjawab satu lagi, aku perlu studi!!!
Studi, studi, studi!!!
Asik wat2 lupa je. Asik bertangguh. Geram aku!
Entri keinsafan dan takziah
Dalam pada aku bergembira sakan buat Medley Merdeka Gila hari tu, aku dapat satu mesej.
”Al Fatihah. Mak kawan kita, XXX baru saja meninggalkan dunia sebentar tadi. Harap dapat beritahu yang lain, sedekahkanlah Al Fatihah”
Terberhenti gak aku bila baca mesej tu. Aku kesian gila dekat kawan aku tu.
Semester lepas, sebelum puasa jugak, bapak dia meninggal dunia. Semester ni, sebelum puasa jugak, mak dia pulak pergi.
Aku tengok dia betul-betul tabah hadapi. Dia buat macam biasa je. Jalankan tanggungjawab macam biasa.
Walau kadang-kadang aku tahu, mesti dia rasa sedih. Sekarang ni tinggal adik beradik je. Harap dia akan terus tabah la.
Ada dengar gak sedikit masalah yang dia hadapi. Aku harap dia still OK je la.
Ini wat aku berfikir, kalau jadi kat aku macam mana? Hurm
Apapun, kitorang dah organise satu majlis tahlil hari Jumaat lepas. Kinda dejavu actually, sem lepas untuk bapak dia, sem ni untuk mak dia pulak.
Selamat plan last minute ni pun agak berjaya. Aku bagi-bagi je kerja antara kawan sekelas. Hari isnin mula bagi tugas last minute, hari khamis, makanan, tempat, alatan, jemputan, tikar, yasin semua dah siap. Memang satu kerjasama yang baik!
Bagus jugak bila ada kawan-kawan yang prihatin untuk membantu.
Entri kesyukuran
Aku bersyukur, aku masih lagi bernafas di Ramadhan yang baru ini.
Di akhir Ramadhan yang lepas, aku tertanya gak, adakah aku sempat sampai ke Ramadhan ini. Sebab masa tu, rasanya banyak gak dosa aku buat di bulan Ramadhan.
Syukur sempat. Dan aku berazam untuk berubah sedikit demi sedikit. Azam pertama, puasa dan solat tarawikh penuh! Hahaha. Pengawalan hawa nafsu. Hurm!
Cita-cita tinggi ni. Harap berjaya.
Apapun, kepada semua, selamat berpuasa!
Pose, jangan tak pose.
Yang pompuan lak, jangan asik bagi alasan cuti je. Ada gak aku jumpa, saja je bagi alasan cuti, tapi sebenarnya tak. Tak mo komen lebeh la. =p
Entri angau? huhuhu
Eh eh, apa plak entri ni ada.
Ada ke entri ini? Adakah rasa ini?
Err... testing mic one two three!
Music please!!!
Berlindung di sebalik wajah selamba
Bagai tiada apa perasaan
Di antara kita berdua
Lucunya dalam saling berpura-pura
Semua orang tahu kau dan aku
Masing-masing punya rasa yang serupa
Main tarik tali
Malu mahu memulakan luahan hati kita
Main tarik tali
Masih menanti siapa mulakan dulu
Dilema di dalam permainan ini
Masa terasa panjang hingga membuatku tak tahan
Tertekan
Lakonan ini semakin membebankan
Terasa ingin saja aku terus terang
Tentang perasaan ku kepadamu
Main tarik tali
Malu mahu memulakan luahan hati kita
Main tarik tali
Masih menanti siapa mula dulu
Kau atau aku
Memulanya dulu
Ruangan empat muka dinding keliling
Makin menghimpit kala menanti panggilan darimu
Berdering
Mengharap engkau jua sedang begini
Dalam keluh kesah menantikan
Perucapan yang ku cinta padamu
Main tarik tali
Malu mahu memulakan luahan hati kita
Main tarik tali
Masih menanti siapa mulakan dulu kita
Main tarik tali
Malu mahu memulakan luahan hati kita
Main tarik tali
Masih menanti siapa mula dulu
Kau atau aku
Memulanya dulu (2x)
Thanks Elyana, sebab memudahkan kerja. Tak yah beta menaip. Main copy paste je! Hahaha, blogger yang makin malas.
To all, thanks and sori sebab lama menyepi. Semua bergantung kepada masa dan tanggungjawab.
CioaW!
6 comments:
hey there. nice blog u have here. selamat berpuasa to u :)
nice comeback...
anyway....pasal nak menyanyi sesama tuh...bleh aja
maybe we can have much fun than me and green have!!!
:)
baeu ak dapat buka blog koooh..
ak baca jerk..pepning..panjang sangat..wahahahah!!
ohoho...
terharu gak la...
for da 1st time ada org mention nama aku dlm blog dia
ni yg rasa kna komen slalu kt sni nih
ngeh3...
btw, tahniah
for dat scholarship of urs...
n for everything dat u hav found selama masa 'berehat' ko nih
agree with u, xyah la nk lawan bersawang ngan dak kecik tuh
just update ur blog ikut keselesaan, kalo nk nulih, ada la baru. kalo xde mood, just biar je
like my father say la, jgn jadikn benda nih as satu kekangan kt kita
this thing should be our sanctuary, where we can having fun doing it, so xde maknala kalo kita updet sbb dak kecik tuh bising2, ngeh3... =P
all da best for whatever u du, n slamat berpuasa gak...
=)
slm... yay!!!!!! akhirnye I still have you in the virtual reality! =)
this is my trying times.. i lose friends quickly.. but in the same time, foster stronger old friendship..
hmm.. quite tough sal expoconvo tu.. baru nk ckp, "sape suro ko gatal sgt nk p jd pengarah?" tp x jd..
sebab aku pun cm ko jgk.. ske sgt jd bz man. sian yana, nak jumpa aku dari hari tu lagi, xterjumpa sbb bz sgt2...
and i will become busier this week. =)
uh...
*pakcik nampak keding2 jak dlm gamba itu... hum~*
huu, entri pelbagai rase katenyer... hum2... owh, ade ati ngumpat2 me disini? cheh, duit rayer lebeh~! hee... ohohh, owang atas nuuu... kemain memanggil me dak kecik? cheh, mukol kang bau tau... sapa lagi.. sapa lagi mau dipukol... hum~ [cakapla pakcik leyh menang kalu tanding sawang2 ngan me... ehehe...]
huhuu, ngatkan tol2 la kamo speaking2 itu... ceh~ papepon, tahnia gak, tp sayang owk lambat... hum2... xpela tuh... (^^)" pakcik, rerajin stadi eyh... hum...
huh... nape laki ske ngat ek ckp2 pasal pompuan xpose niyh... ish...
hum...
Post a Comment