20 sen...

0142 – 15 November 2007
20 sen…

Pre-entry…

Hawa di Knowledge Management Center (KMC), UMP amat dingin.
Sejuk.
Mencucuk ke tulang belulang.
Mengecutkan segala kelenjar dan otot-otot.

Di UMP ni, nama perpustakaannya eksotik sikit. KMC namanya. Tapi lately, dah ditukar kepada perpustakaan UMP. Mungkin nak mengelakkan kekeliruan di kalangan orang luar. Tapi bagi warga UMP, nama KMC masi tetap di hati.

Aku di situ.
Di KMC.
Studi kononnya.

Sementelah bilik sendiri hanya membolehkan aku terguling terus ke alam mimpi bila aku mula study. Suasana amat tidak membantu di bilik sendiri. Tambahan pula dengan kehadiran laptop kesayangan, dvd yang banyak belum ditonton, aku sering terhanyut.

Jadi hari ini, aku berkeputusan untuk ke KMC. Biarpun tak banyak, sikit dapat masuk pun jadilah. Lagipun, aku sedar, waktu ideal untuk otak aku studi ialah tengah malam ke awal pagi. Pastu esoknya nasiblah, habis aku mengqada’ tido. Nama pun burung hantu kan.

Dah lama tak ke KMC, aku sedikit terlupa bahawa, hawanya memang begini di KMC. Aku yang hanya berbaju T dan berjaket fakulti, sedikit kesejukan.

Memang begini attire yang aku minati. Ringkas. Tak payah nak berkemeja berkolar atau tuck in baju. Peraturan KMC macam hampeh sikit.

Jadi aku memilih untuk berbaju T dan jaket. Kalau lepas ni nak terus merambu, terus buka jaket dan rambuan bermula!

Aku kira rancangan aku berbaju begitu amatlah sempurna. Tapi ia tidak membantu aku di KMC yang berhawa begini.

Sejuk.
Dingin.

Lantas aku berkeputusan untuk ke toilet. Agar lebih lega dan dapat menumpu.

Berjalan ke sana. Dengan penuh kecoveran. Yelah, di KMC ni jelah ramai budak-budak macam-macam kos berkumpul. Asyik ke kuliah, budak kos sendiri je. So cover itu penting!

Berjalan cover dengan cara tangan masuk ke dalam poket jaket fakulti. Try r bayangkan, mesti anda terbayangkan aku poyo giler!

Tapi aku selesa begitu. So no harm done lah. Orang nak cakap apa, lantak lah.

Tapi…
Tangan aku terpegang sesuatu di dalam jaket itu.

Bulat.
Leper.
Keras.

Aku keluarkan ia.
20 sen!

The story...

Lantas aku teringat...

Lab FKKSA, UMP.
Eksperimen sedang berjalan.
Effect of temperature on plug flow reactor.

Eksperimennya mudah, kerana menggunakan model reactor.
Tapi lambat, dan bahannya amat susah disediakan

Reactant di dalam satu tong besar.
Perlu dituangkan ke dalam reactor tersebut.

Penggunaan ethyl acetate yang berbau wangi, sehingga memeningkan menjadi satu cabaran.
Menuntut kami memakai goggle.

Aku tak kisah la kan, boleh je angkat tong yang berat tu ke dalam reactor. Laki kan. Tiba-tiba,

”Kamal, tolong aku angkat tong ni. Pastu masuk dalam reactor tu. Berat r!”

”tak mo aku! Tu keje ko! Bukan dapat pape pun. Lagipun aku dah pening lalok-lalok ni. Benda tu wangi sangat”

”ala. Ko pakai la goggle. Aku g amik kan. Boleh ek? Eh?.”

”wek! Tak mo. Konon comel la buat camtu”

memang aku comel. Ala, nanti aku bagi la pape”

”apa ko nak bagi?”

”erm... erm...”

”cepatlah, aku banyak lagi awek nak dilayan!”

”ish dia ni, poyo betul. Ok lah, aku bagi ko 20 sen!”

”20 sen? Hahaha, macam la aku terpedaya”

“ala, boleh la…boleh ek?”

….

“yelah, yelah… selamat aku baik hari ni”

”thanks”

Aku saja je mengusik. Aku memang akan menolong sahaja.
Ikhlas kan.
Dan aku memang baik kan.
Hahaha.
Setelah aku me
nuang reactant tu ke dalam reactor,

”ok thanks Kamal. Jap ek aku cari 20 sen”

”eh tak yah la. Aku memain je tadi”

”ala, tak pe lah.. eh mana lak duit aku ni.. alamak takde duit kecik la!”

”eheh, tak mo bagi cakap la”

”aku nak bagilah! Jap,jap, ana (bukan nama sebenar), pinjam 20 sen!”

”ha, nah, 20 sen ko”

”ala, 20 sen pun pinjam. Tu pun nak bagi aku”

”ala amik je lah”

”yelah-yelah, aku simpan dalam jaket ni”

”ko wat caption nanti tau bawah 20 sen tu. “20 sen dari Siti (bukan nama sebenar)”

”tak nak! Aku nak letak ”20 sen dari Siti yang dipinjam dari Ana” hahaha”

”apa-apa je lah. Thanks!”

Itulah kisahnya.
Bagaimana 20 sen itu boleh berada di dalam jaket fakulti ku.

Tiap kali aku menyeluk tanganku ke dalam jaket itu, aku teringatkan kisah itu.
Diingatkan, ingat, bukan rindu!

Yang pasti, 20 sen itu akan tetap menjadi memori aku di sini...

Kelakar kan, benda sekecil 20 sen pun mampu mempunyai memori. Tapi tak heran r, kambeng pun mampu buat Tru angau! Dan Diya, aku teringat je ni, bukan rindu tau!

Hahaha!


:::YTBACK!!!:::

5 comments:

aria ayumi said...

hehe. ape salahnya klw rindu? kenangan manis jugak tu. even 'harganya' cuma 20 sen :)

btw, diya sukerk entry 20 kamal nih. so sweet. very sweet actually.

n one more thing, ethyl acetate. ohmigosh! diya masih ingat lagik ms uat eksperimen benda alah tu kat dlm makmal sekolah. sungguh menusuk idung!! wangi? absolutely not. menyakitkan idung org ade ah. huhu

aria ayumi said...

owh yes. baru teringat bau sebenar ethyl tu. ade sket mcm bau belon yg melekit, yg ms kecik2 dulu slalu tiup guna straw kecik. aisehh camne nak explain nih. huhu. abaikan jelah :p

Joey said...

ekekeke....

satu jer...

aku teringat citer Aisah 50 sen...

Lima puluh sen..lima puluh sen


ahahaha


opsss...ni dua puluh sen la pulak ek...

Irina said...

Salam..
Hehe.. Ingat atau rindu? 20 sen? ethyl acetate? hehe.. menarik tul entri kali nih.. =)

PS : Ble nak wat shades of happiness yg baru? =p

teddybearhijo said...

hahaa...

comey neh cite 20 sen nih...
n acam comey ugak pakcik nih...
*matila lalaki yg dikata rumet kite nsem dikata comey pulok oleh kite... muahaha...*

pakcik, shades agi?
pakcik nih, happy sungguh, kite pon tumpang happy same jugak...
dekan lg kah?

ngee...
bila mau banje eskim?
eskim jak pon, xbaek kedekut2...

anti teddy bear kaler ijau jelir2 lidah ungu die kat pakcik tepi tingkap mase pakcik studi lash paper bau tahu!

wakaka...

tulih tau!
hee...
(^^)"