Hidup

0392
31 May 2009

Kadang kadang kan, aku rasa agak terkesan juga, bila pelbagai peristiwa berlaku, melingkari hidup aku kini.

Hidup yang selalu aku gambarkan sebagai - bosan, tak tahu nak buat apa, tiada arah tujuan – kadang kadang selalu memberikan aku sesuatu yang membuatkan hati aku terasa, dan seterusnya menyebabkan aku menjadi sedikit ’sentimental’ tentang hidup.

Semua nak hidup bahagia. Begitu juga aku.
Macam macam yng diinginkan. Melangkaui angkasa.

Tapi yang kunjung tiba hanya sedikit cuma. Kadang kadang keinginan hanya tinggal keinginan. Harus dilupakan supaya hati tak meminta dan seterusnya rasa sakit makin terasa.

Hidup juga selalu memberi sesuatu yang tak dijangka. Ku sangkakan, saat ini aku memerlukan ini, namun ia memberi benda yang lain, yang dalam caranya yang tersendiri, memberi makna baru tentang apa yang aku inginkan.

Mungkinkah keinginan yang selama ini tertanam di dalam hati sekadar keinginan?

Minggu lepas, sesuatu terjadi lagi.
Dan ia mengubah makna keinginan bagi aku.

Jangan bimbang, ianya menggembirakan. Namun, untuk berkongsi di sini, aku tak tahu bagaimana caranya, kerana aku sendiri sedang memproses kejadian itu.

Dan diingatkan, ia bukannya kisah cinta-angau-jiwang-karat yang telah diteka oleh orang ini!

Ini kisah lain.
Lain arah, lain hala tujuan.

Mungkin aku patutnya ke arah ini. Dan apa yang aku inginkan, patut aku landaskan pada apa yang aku dapat.

Sebabnya, jika aku terlalu menginginkan sesuatu, jika aku tidak mendapatnya, aku akan sedikit rasa kecewa. Jadi, lebih baik aku landaskan keinginan aku berdasarkan apa yang aku dapat.

Haha, pening baca entri ini?

Aku lagi pening nak menyusun ayat, menutup apa yang ada. Let this entry be a metaphore to something happy that happened to me, that I want to keep the world from knowing – just to retain its exclusivity.

Siapa tahu, esok lusa aku akan berkongsi. Tapi bukan sekarang.

Hidup ini harus dilandaskan kepadaNYA. DIA yang telah menentukan segala yang telah, sedang dan akan terjadi.

Tapi, mengapa masih culas terhadapNYA???



p.s - and btw, ramai cakap mimpi aku gigi patah tu bawak petanda yang tak baik. but this thing happen after i got that dream. so i guess, mimpi hanya sekadar mimpi???

p.s - speaking of mimpi again, apsal 3 hari in a row, aku mimpi konsert Satu Siti tuh tak best!??? Dem!!! Tuh lambat lagi r!!!





:::YTBACK!!!:::

5 comments:

Alin said...

ok aku kan penyibuk. nak tau gak what happen weh. haha cerita cerita. eh tapi tak payah la cerita nanti u'll jinx it pulak lol.

weh ko taknak belanja aku ke konsert satu siti tu? wlaupun aku bukan peminat siti. haha tapi nak gi gak :D

IamYonna said...

perlu ke promote aku yg comel ini? hahaha standard ah tu :p
aku kan caring :p ngeee

nnt kalau ko rasa nak kongsi, u always have ur blog,pastu ko sentiasa ada readers yg akan baca kisah ko hehe.

kalau taknak share, buat protected entry pastu bg aku password hahaha

n0n0i♥a'n'l said...

HAHAHA..
tak kisah lah tak nak cerita kamal, readers memahami..
as long as you happy.. BAHAGIA.

Semoga kebahagian yang tercipta itu kekal.. aminnnnnnnnnnnn.

p/s: tapi nak tau gak HAHAHAHA

zura lias said...

walaupun akak bukan bz body..tp akak caringg...so..nnti2 nak share..sile le bercerite..akak akan jenguk sini selaku org yg caring maring..hakhakhak...

ahmadkamal said...

JAZLIN - haha, mmg dasar blogger, penyibuk! n ko jangan nak balas ayat soulmate ok...
tak mo la blnja org yang tak minat
tak best, nanti aku teruja sorg2 =p

YONNA - comel ke? tang mana?
caringg la sngt...
mmm tah la... tggu la, malas lak nak share...
tak reti wat protected2 entri ni...

NONOI - laaa baru igt ada org yang betol2 memberi kebebasan dalam menulis... skali dia nak tau gak!

KAK ZURA - haha, kak zura mmg pandai wat ayat lapis2 kan
mcm ayat tak reti masak ri tu...
tggu la masa yang seswai ok