Kelakarkan??? [re-publish]

0422
05 September 2009


Aku terasa malas mengupdate...
Aku terasa.
Amat terasa.
Noktah.

Hidup terasa bagai perulangan
Yang beza cuma situasi dan keadaan
Dan juga pihak-pihak berkaitan

Lantas teringat semula entri lama yang pernah dipublish dulu

. 0289 . 25 Oktober 2008 .

Kelakarkan???

Bila dia di depan mata.
Kita buat endah tak endah.
Layan acuh tak acuh.
Buat biasa saja.
Buat tak tahu.

Kerana bagi kita, dia ada.
Dia ada.
Dan kita rasakan dia kekal di situ.

Adakah kita hargainya?
Mungkin…
Tapi tak sepenuhnya…

Kelakarkan???

Bila tiba-tiba dia hilang
Kita mengagau.
Mencari di manakah dia.
Merinduinya.
Berharap dia kembali kepada kita.
Melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan dia kembali.
Amat-amat terasa kehilangannya.

Kelakarkan???

Bila dia akhirnya kembali kepada kita.
Dia datang kembali setelah sekian lama dirindui.
Setelah lama kita mencari.
Ya, dia kembali.

Kita pula, kembalinya dia tak dipeduli.
Buat seperti biasa sahaja.
Buat tak tahu.

Kerana bagi kita, dia ada.
Dia ada.
Dan kita rasakan dia kekal di situ.

Ya, dia telah kembali.
Kembalinya dia kerana kasihan melihat kita mencari.
Namun, hatinya terguris kerana kembali atau tidaknya dia, sama sahaja.

Adakah kita hargainya?
Mungkin…
Tapi tak sepenuhnya…

Apa akan terjadi kalau dia pergi lagi kali ini untuk selamanya?
Apakah kita akan kembali merasa kehilangan?
Apakah kita akan kembali mencarinya?
Apakah kita akan merinduinya?

Kelakarkan???
Kelakarkan???
Kelakarkan???

Marilah kita tertawa!!!

p.s – hargailah dia sebelum dia membuat keputusan untuk pergi selamanya…



p.s - ku rela… biar betapa ku perit tertusuk duri… jalan berliku tiada bertepi… ku percaya tidak sia sia aku diuji… ada hikmah yang pasti
(ku percaya ada cinta – siti nurhaliza)



:::YTBACK!!!:::

11 comments:

Diya said...

Pehal ni Kamal? Ex mintak rujuk ke apa? Huhu.

Azie.Fauzi said...

masa ada ni..kena la jaga elok2 kan..esok kalau dah tak ada..tak payah meraung2 mencari...buang masa je kan...**pesanan khidmat diri sendiri..hehe**

Joey said...

it really feels funny..

not because of the entry...

Just because the date...

Ain't it funny????..hahaha

eim said...

alahai ciannya..
tengah sedih yeh???
sabar yeh...

Max J. Potter said...

kamu emotionally down-kah, kamal?

and my word ver. is 'lables'?

Princess Liyana said...

Alaahai tkmo sedih2 ok? cheer up :)

hans said...

hidup ini kadang2 berulang dan setiap kejadian yg berulang itu kadang2 tidak dapat diselesaikan dengan kaedah yang sama
itulah kehidupan yg penuh dgn cabaran

ahmadkamal said...

DK - takde maknanya mintak rujuk.. dia dah bahagia dengan orang len.. eceh!!!

MUMMYMYRA - bagus2... dengan diri sndri pon kene berkhidmat... =p

JOEY - ada apa dengan tarikh???

IEM - ini bukan sedih.. ini entri republish yang menggambarkan perulangan yang berlaku dalam hidup...

KAK NANI - saya baik2 saja kak... n i dun get the version of your word tuh...

PRINCESS - apsal sume org igt beta sedih ek???

HANS - yerp... terima kasih kerana berkongsi ayat2 itu
ada kebenarannya di situ... =p

Joey said...

sebab...itu hannah tan, ciara, tambah lagi katy perry ngan tiz zaqyah (nur kasih) pun rasa funny ngan tarikh entry itu...

hehehe :)

ahmadkamal said...

JOEY - lantak laaa... tak penting pon tarikh tuh bagi aku...

n0n0i♥a'n'l said...

Kamal.. Selamat Hari Raya.. aik lama sangat tak update blog ni T__T
Hopefully everything OK there...

Maaf zahir & batik =)
Semoga berbahagia di hari raya.