Positif

0454
010810

Maaf amat lama diam.
Hidup dah berubah, persekitaran dah berubah, prioriti dah berubah
Mungkin YT bukan lagi prioriti kini
Cuma, sekali sekala, teringat kepada YT yang satu ini.

Kesinambungan cerita di entri lepas, aku memutuskan, biarlah ia menjadi rahsia hingga kini
Lagi sikit orang tahu, lagi bagus

Walaupun pernah dalam secara tak sedar, aku merangka2 entri di dalam kepala aku untuk membicarakan soal itu
Tapi setelah dipertimbangkan, biarlah aku simpan sendiri
Dan hanya sebilangan orang yang mengetahui

Tuhan tidak akan menguji di luar batas kemampuan hambanya…

Kata2 itu menjadi penguat bila aku rasa aku hampir jatuh

Dan aku tahu, bagaimana, apa yang membuatkan aku jatuh tak penting
Cuma secepat mana aku bangkit kembali yang penting

Aku cuba untuk berada di ruang positif selama mungkin
Tunjukkan diri kuat, bergembira, bergelak ketawa
Tapi lama kelamaan positif makin jauh untuk dikecapi
Hanya negatif yang menghantui

Duh!

Pada mereka yang sentiasa mendoakan aku, terima kasih
Hanya Tuhan dapat membalas jasa kalian

Maaf, YT bukan lagi prioriti
Tapi siapa tahu, mungkin esok aku kembali…

Jaga diri!


:::YTBACK!!!:::

4 comments:

Liza said...

as usual, deep entry, hang in there bro and take care

n0n0i♥a'n'l said...

U take care too,Kamal ~

Mr Green said...

hehehe... walaupun dah 2 tahun aku x ke sini... ianya masih tetap sama... ada sahaja lah rahsia yg ingin disaspenkan... hehehe

ahmadkamal said...

KAK LIZA & NONOI
thx!!!

MR GREEN
yup, still the same
i guess i didnt change much after all...