Air Timun!!!~~~

0296
01 November 2008

Adalah satu kafe di UMP ni...
Pada waktu tuh, dia sibuk eksperimentasikan air-air yang dijualnya...
Macam-macam jus buah-buahan ditry nya...
Ada laici, tembikai, mangga, epal, jambu, carrot,
Nangka pon ada!


Kira ok la, refreshing sket minum air-air itu bila penat studi
Jual pown agak murah, RM1 je
Mana nak dapat???

Masa minyak naik harga baru ni pon, harga dia tak berubah
Thus, kudos to makcik kafe aka Kak Long yang menyediakan service yang berpatutan!!!

Aku suka jugak try macam2 air...

  • Bila rasa nak mencarut – minum carot susu
  • Bila feeling nak western sket – minum air epal
  • Bila nak rasa biasa2 – minum air tembikai
  • Bila rasa nak mabuk sket – minum air mangga
  • Bila feeling yang aku ni jambu – aku pown minum la air jambu!!!

Rahsia kecantikan - minumlah air jambu, supaya anda menjadi jambu!!! hahahaha!


Adalah satu hari ni, ramai orang tengah menunggu air
Aku dengan housemate aku pon tengah tunggu air
Beratur la gak, yang membungkusnya sorang je kan

Pakcik kafe :
Abang nak air apa???

Customer :
Bagi AIR TIMUN bungkus satu!!!

Kawan aku :
Eh Kamal, sini ada jual air timun la...
tak penah try lagi... jom try nak?

Aku :
Air timun??? Apakah???
Biar betul???

Aku pon tengok la pakcik tuh tuang air apa dekat mamat tuh...
Dia tuang AIR TEMBIKAI!!!

Aku :
Eh Ngok!
Air timun tuh, air tembikai la!!!
Kat area Kelantan sana panggil timun tuh tembikai!!!

Kawan aku :
Oh yeah??? Baru tahu... hahaha
Syhh... jangan gtau orang len tau!!!

Aku, tak mensiakan peluang, balik tuh aku gtau semua housemate aku!
18 tahun citer ni takkan habis!!!


Moral of the story – timun equals to tembikai ok... n logik la sket... takkan la ada air timun!!!



:::YTBACK!!!:::

Taman Mimpi, Taman Langitku...

0295
31 Oktober 2008

Kepala yang sarat.
Otak yang berat.

Hati inginkan ketenangan.
Jiwa dambakan kebebasan.
Serabut ini mesti dihapuskan!

Bersiap.
Keluar.
Melarikan diri dari keserabutan.
Mengasingkan diri dari rasa kecamuk itu.

Sekali lagi, hanya aku dan Lisa.
Tanpa arah tujuan.
Hanya membiarkan koordinasi tangan yang memegang stereng.
Kaki yang menekan pedal.
Dan otak yang membuat keputusan.

Persimpangan demi persimpangan.
Membelok mengikut rasa.
Terhenti sebentar bila keliru memilih persimpangan.
Destinasi yang dituju masih lagi samar.

Entah kenapa, hati tergerak ke situ.
Walaupun dulu hati ini menafikan aku untuk ke situ.

Malam ini ia berbeza.
Ia mahu ke situ.

Lantas, aku ke sana.
Tiba.
Mencari parkir.
Keluar.

Angin berhembus menyambutku.
Melangkah.
Mencari tempat berlabuh.
Duduk.

Mendiamkan diri.
Memejamkan mata.
Merasai.

Angin damai berhembus.
Menyapa muka.
Tiada bunyi.
Hanya tenang.

Membuka mata.
Melepaskan nafas berat.
Memerhati ke atas.
Sayang, malam ini tak berbintang.

Damai dirasa.
Ingin lama di situ.
Ingin duduk berteleku.
Ingin menghabiskan masa seadanya.

Tapi aku harus pulang.
Kembali menghadapi semua itu.
Tapi aku pasti aku akan kembali.
Kerana aku damai di sini.

Aku sudah menemukan
Taman mimpi, taman langitku.
Yang ada -
DI BUMI.


:::YTBACK!!!:::

Bisikan

0294
30 Oktober 2008

Bagi aku, lagu adalah emosi yang dimelodikan.

Aku pernah katakan dulu, yang aku akan meminati lagu jika lirik dan situasinya kena pada aku
Juga lagu yang boleh membuat aku merasa apa yang dilagukan
Dapat menangkap emosi yang dilontarkan
Dapat menyelami ke yang terdalam!

Untuk aku suka lagu, aku lebih tengok pada lirik.
Namun tak bermakna takde lagu yang betul-betul sedap.
Cuma kalau liriknya aku dapat rasa, sehampeh mana pon lagu itu, ia akan menjadi siulan di bibir aku berhari-hari.















Aku open kepada semua jenis lagu.
Pop, Rock, even traditional.
Syaratnya, aku dapat merasa.
Dan aku dapat menerawang bersama penceritaan lagu itu ke dunia lain.

Penyanyi hanya narrator lagu.
Tapi penyanyilah yang memberikan jiwa kepada lagu.

*****
Tadi, aku pasangkan winamp playlist aku secara random.
Jadi keluarlah segala macam bentuk lagu dari lebih 3000++ lagu simpanan aku.
Sambil mendengar, aku buat kerja, melayari internet dan macam-macam lagi.

Yang aku perasan tadi, antara peralihan lagu, ada yang aku sedari, dan ada yang aku tak sedar.
Yang aku tak sedari hanya berlalu begitu sahaja.
Yang aku sedari banyak.

Dan satu persamaannya.

Bisikan.

Mungkin kita lebih senang tertarik dengan lagu yang mula2nya slow, dan kemudian as the song goes by, ia makin menaik dan akhirnya ia memberikan impak terhebat bagi kita yang mendengar.

Aku juga begitu. Aku sukakan bisikan pada permulaan lagu.

Bisikan itu pure.
Suara penyanyi yang natural.
Rasa innocent.
Tanpa ada eksesori2 nada tambahan yang tinggi dan menyakitkan jiwa raga.















Dua lagu yang aku perasan secara random tadi, yang mulanya buatkan aku terhenti seketika.
  • Amy Mastura – Laguku Untukmu (sepanjang lagu, seakan bisikan sahaja)
  • Siti Nurhaliza – Bukan Cinta Biasa (mula2 je, masuk tengah Siti dah mula men tarik2)

Dan aku menaip di dalam playlist aku, mencari lagu2 yang mempunyai kata ‘bisik’ di dalam tajuk lagunya.

Ironinya, antara 3000++ playlist aku, tiga2 lagu adalah nyanyian Siti Nurhaliza.
Dan tiga2nya takde langsung part suara yang berbisik.
Hanya ada suara biasa dan tinggi.
  • Bisikan Hati
  • Bisikan Asmara
  • Hati Berbisik

Bila fikirkan balik, maybe betul juga mende ni.
Kalau tak, takkan Sheila On 7 dulu hits kat Malaysia dengan lagu Sephia.
Lagu tuh kan mula2 slow, pastu rancak, n last skali berikan impak yang best.

Suara berbisik – aku suka suara Melly Goeslow.
Suara dia memang gemersik.

Dan untuk yang lelaki pula, aku senang menangkap suara vokalis kumpulan Kerispatih.
Tah apa tah nama dia.
Tapi permulaan untuk lagu Tapi Bukan Aku, Sebentuk Hati Buat Kekasih dan Bila Rasaku Ini Rasamu menangkap aku.

Mungkin ini agaknya strategi pembuat lagu Indonesia.
Mereka menggunakan elemen bisikan.
Lagu Bukan Cinta Biasa pon ciptaan Indonesia kan.
(Dewiq tuh rupanya perempuan! Baru tau…)

Point aku untuk entri ini adalah:

Aku suka suara itu yang berbisik…
Walau hanya bisikan, impaknya menusuk yang terdalam…
Tak perlu nada yang tinggi menyesakkan nafas, cuma bisikan sudah mampu membuat aku merasa apa yang dirasa…
Bisikan lebih menggambarkan apa yang dilaluinya, apa yang dirasanya…

Mungkin yang ku cari adalah
Kejujuran dalam menyampaikan

Kejujuran dalam menzahirkan

Jika menjerit dengan nada yang tinggi pun tujuannya tak dinampak buat apa?
Lebih baik berbisik dari meneriak…

Jadi, untuk mendapat perhatian aku selepas ini, berbisiklah.
Jangan meneriak!

Contoh:

“Kamal, bila mau update???!!!”

Kan lebih baik begini:

*dekat di telinga*
*hembus sedikit nafas*
“Sayang… bila mau update???”

Aku pasti tertawan!!!


Hahahaha


p.s - ada yang menegur through skype, cakap playlist yang mainkan jiwang sahaja. bukan seorang, tetapi dua orang! dah pasang secara random, lagu yang keluar, itu yang aku dengar....
grrrr


:::YTBACK!!!:::

The Day When I Lost Myself

0293
29 Oktober 2008

*currently hearing all happy songs in my laptop, need a certain urge to shake all this depressions away*

Sibuk berfikir, perlu ke kisah ini diceritakan? Berfikir dan berfikir.

Dun get me wrong. There’s nothing ‘scandalous’ or ‘sensored’ in this story. But after knowing and making this thing unprivate, I seems a little bit startle when I want to type something. Maybe knowing that there are ‘people’ who are around me might be reading this.

Until at some point, I thought, what the hell. This is my blog. Thus, this is the story I want to share…

Setelah hampir 2, 3, 4 eh ke 5 hari aku rasa macam tak betul sket, aku mula merasa tertekan yang amat. Tak tahu ke mana nak dihala, tak tahu nak salahkan siapa. Tak tahu nak cerita pada siapa, adakah itu sesiapa?

Thus, I was desperate to release all this tension away. Napa tension?
Tah aku pown tatau.

Well, maybe aku tahu. Tapi biarlah wat2 tatau. Susah nak cerita. N lagi satu kalo aku mula berfikir, I tend to overthink. Thus, kita assume wat2 tatau je la ok…

3, 4 hari tak keluar dari bilik, dari rumah. Keluar pon hanya untuk ke kafe di depan rumah ni untuk makan, dan terus sambung duduk dalam bilik macam orang gila layan movie. Hasilnya, habislah 3 season How I Met Your Mother aku layan. Dan aku mula mencari cerita lain lagi untuk dihabiskan! Macam takde life pulak… tapi, ada ke?

Aku mula terfikir, sampai bila mau gini? Apa yang ko nak ni? Apa yang ko nak buat? Takkan ko nak biarkan diri ko begini selamanya?

Aku terus bangkit. Dalam otak ada macam2 plan gila. Pelbagai. Nak buat macam2 agar akhirnya aku merasa selesa.

Tapi tak pown.

Aku mua terfikir, nak ajak sapa pulak nak wat semua keje giler ini? Kalo kat rumah ada je kawan yang on call, sanggup diseret ke mana aku mau pergi. Tapi di sini? Siapa?

Aku decide untuk kuar sorang. How uncool it was.

But the plan seems perfect at that time. So off I went.

Lepas sembahyang Isyak, around 830 aku mula keluar. Arah ke mana? Biarlah Lisa dan kaki ku di pedal yang ditentukan. Dalam otak aku, takde satu tempat yang spesifik.

Aku mencari ketenangan.

Singgah di stesen minyak. Topup makanan Lisa. Jumpa seseorang.

Dia bertanya aku mahu ke mana. Aku buat acuh tak acuh menjawab. Dia tanya lagi, samada aku sorang je. Aku jawab seadanya.

Tiba2 dia ajak lepak kat my favourite place. Kedai makan yang memang telah lama aku idamkan, tapi tak boleh pergi sebab banyak keje, and well, takde sapa mau ikut sebab diowang kata mahal.

The idea seems intrigued at that time. But wrong timing brother. I got another plan.

Apa plan aku?

Tah, aku pown tak pasti.

Dia perasan aku isi minyak agak banyak malam tuh. Dia perasan muka aku agak masam, monyok, tatau nak react macam mana, n macam high. Dia sempat pesan, jangan buat mende merepek2.

Aku tersenyum sinis.

Aku dan Lisa meneruskan perjalanan. Tah mana aku berjalan, aku rasa nak belok, aku belok. Bawak selaju yang mungkin. Kat lorong tengah.

Tiba2 ada satu mercun meletup kat depan aku. Kat lorong tengah pulak tuh. Tak nampak pulak siapa baling.

Aku ambik dia sebagai amaran supaya slow down, aku pown slow down.

Perut berkeriut. Lapar.

Mengidam KFC. Berfikir di mana KFC. Di mana yang mungkin tak ramai orang dan aku boleh makan dengan tenang tanpa terserempak dengan orang2 yang aku kenal?

Tengok jam. 915.

Ah, ke ECM saja. Mesti takde orang yang aku kenal di sana.

Lagipun KFC. Sapa pergi lagi?

Masuk ECM. Lif ke KFC. Makan.

Otak aku ingin melakukan pelbagai lagi kerja gila. Amat2 gila.

Nampak kedai dvd. Berfikir samada aku cukup duit tak around rm 100++ untuk beli set DVD yang boleh membuatkan aku sambung tengok berhari2 lamanya.

Selamat DVD Friends yang aku nak takde. Kalo tak, memang aku bazirkan RM100++ di akhir semester yang sepatutnya aku simpan duit.

Sedar2 ECM nak tutup dah. Hasrat mau ke Baskin Robin untuk beli aiskrim tak tercapai.

Nampak Big Apple Donut masih buka. Masuk.

Pesan 6.

2 Alienz, 2 Say Cheese, 1 Duran Duran, 1 Almond.

Balik.

Mungkin sebab perut sudah kenyang. Mungkin sebab aku malas nak berfikir dah. Mungkin sebab kerja yang bertimbun di UMP, aku terus menuju pulang.

Semua kerja gila, idea gila untuk stay out sorang2 kat tepi pantai TC, lepak2 dekat Mc D TC, memandu ke Terengganu, ke Gebeng melihat flare flame kilang kat sana, tempah satu bilik dekat Hotel Grand Continental untuk tidur selama 2, 3 jam, tengok sunrise dekat Balok, semuanya!

Semuanya terkubur.

Yang aku tahu, sampai di UMP, aku suruh kawan aku buat Nescafe O pekat, dan kami 3 orang makan Big Apple Donut aku.

Tak pasal2 aku terbelanja kawan2 aku sebab aku tertekan.
Duh!

Dan, kesan Nescafe o pekat dan manis itu, malam itu aku tidur pukul 5 pagi! Subuh still terbangun dengan kepala berpusing, dan tido balik.

Duh, dah macam mabuk pulak.



p.s – when I am typing all these, otak aku tengah berfikir macam2 idea gila. Aku tatau kenapa kebelakangan ni jadi macam ni. Adakah sebab aku lapar? Adakah sebab aku tertekan? Adakah sebab aku banyak kerja? Adakah sebab aku perlukan cuti? Aku tak pasti.

Maybe, lepas ni, aku buat kerja2 gila itu kowt. Maybe. Aku tatau.


:::YTBACK!!!:::

Kisah Mr Froggy...

0292
27 Oktober 2008

Depressed over last entry???

Well don’t be, cos this is something to be celebrated!

Remember Mr Froggy???















Mr Froggy

Ala, tabung adik aku si Hafiz tuh yang aku songlap sebab aku malas beli tabung baru, lepas tabung aku pecah sem lepas tuh!

Sampai sekarang si hafiz tuh sibuk tanya mana tabung dia. Aku buat derk je.

Dan, tiba2 lak setelah bawak dia ke sini, ada lak orang menamakannya Mr Froggy. Layankan aja!

Well, setelah sekian lama, Mr Froggy telah berjaya mengeluarkan hasil















Hasil pertama – RM 50++




















Hasil kedua – RM 40++

Dua2 hasil aku masukkan ke dalam ASB aku. Simpanan untuk masa depan kan.
(untuk kahwen nanti ke, huhuhu)

Kaedahnya, aku tetapkan satu hari aku belanja berapa. Kononnya RM 10.

So, at the end of the day, kalo ada lebih, aku tak bawak ke hari selepasnya, aku terus masuk ke dalam menatang hijau ini.

Dan, setelah sebulan, walla!!!

Sapa kata simpan tuh susah. Kene konsisten je!

So harapnya lepas ni Mr Froggy akan terus membuahkan hasil!!!

And for last, got this after I help someone on her PSM project.















Tolong ikhlas je, but dia dah bagi, amik aja!!!
Huhuhu



:::YTBACK!!!:::

Lalalalalala!!!~~~

0291
26 Oktober 2008

Guess the old me is coming back.

Not in the full form though, it is still half-like, with something missing from the old one. But, I certainly feel it’s coming back.

Hearing songs with heart. Make me travel a great distance, floating in the air, until at last I reach somewhere where I feel peace inside. This feeling has been ceased away over time, and its coming back! Damn!

Dunno what happened, living these 3 days in bed, barely touch my feet outside this room, outside this house. With Lisa left unstarted, I bet she’ll take some time before it can move freely when I want to. Hearing songs, watching movies, sleep. Not productive. Just enjoying my sweet little time here, which I know, I will regret it later, cos there are so much things to be done before Tuesday. Plus, this is the start of the study week. Damn!

Wonder, why on earth at this time, me become me. There are so much untold secret that should have been left untold. Thus, to keep the silence is necessary.

To all, who are happy and healthy, lives your life to the fullest k. cause when the moody side kicks in, you don’t have any time to get productive, you’ll used most of your time mourning something that has not been there in the first place!

Tired of entry like this?

Well, I think it’ll get better, soon I get better too.

Tomorrow perhaps!

For now, let me enjoy the moody side, before burying it deep inside, untouchable by sight!



:::YTBACK!!!:::

Kelakarkan???

0289
25 Oktober 2008

Kelakarkan???

Bila dia di depan mata.
Kita buat endah tak endah.
Layan acuh tak acuh.
Buat biasa saja.
Buat tak tahu.

Kerana bagi kita, dia ada.
Dia ada.
Dan kita rasakan dia kekal di situ.

Adakah kita hargainya?
Mungkin…
Tapi tak sepenuhnya…

Kelakarkan???

Bila tiba-tiba dia hilang
Kita mengagau.
Mencari di manakah dia.
Merinduinya.
Berharap dia kembali kepada kita.
Melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan dia kembali.
Amat-amat terasa kehilangannya.

Kelakarkan???

Bila dia akhirnya kembali kepada kita.
Dia datang kembali setelah sekian lama dirindui.
Setelah lama kita mencari.
Ya, dia kembali.

Kita pula, kembalinya dia tak dipeduli.
Buat seperti biasa sahaja.
Buat tak tahu.

Kerana bagi kita, dia ada.
Dia ada.
Dan kita rasakan dia kekal di situ.

Ya, dia telah kembali.
Kembalinya dia kerana kasihan melihat kita mencari.
Namun, hatinya terguris kerana kembali atau tidaknya dia, sama sahaja.

Adakah kita hargainya?
Mungkin…
Tapi tak sepenuhnya…

Apa akan terjadi kalau dia pergi lagi kali ini untuk selamanya?
Apakah kita akan kembali merasa kehilangan?
Apakah kita akan kembali mencarinya?
Apakah kita akan merinduinya?

Kelakarkan???
Kelakarkan???
Kelakarkan???

Marilah kita tertawa!!!



p.s – hargailah dia sebelum dia membuat keputusan untuk pergi selamanya…




:::YTBACK!!!:::