Nescafe bodoh!

0103 – 18 Jun 2007

Nescafe bodoh!


Kes 1

Mulakan cerita, ada la dua kawasan cafeteria di UMP ni. Satu terletak di Unit Kediaman 1, satu lagi dekat Unit Kediaman 2.

UKK 1 ada siswa first year dan siswi, UKK 2 pulak ada siswa tahun kedua ke atas.

Untuk melengkapkan kedua UKK, ada la dua gugusan kafe. Dan di kafe-kafe inilah aku makan tiap hari.

Bertuah jugak jadi siswa, dapat rasa dua-dua kafe dekat Ump ni. Siswi, nak tak nak terpaksa makan kat kawasan kafe yang satu je.

Aku duduk UKK 2. tapi aku suka sangat satu kafe di UKK 1 ni. Kafe air je sebenarnya.

Yang jaga kafe tu Kak Ana namanya. Cun la jugak. Selalu jugak beli air dengan dia. Tapi aku bukan beli sebab dia cun je. Aku beli sebab air dia sedap! Kafe dia pun suka eksperimen air.

Hari tu adalah satu jenis air hijau, namanya air katira. Tapi sedap r, lemak, siap ada selasih lagi. Tu yang aku suka kafe Kak Ana ni.

Dan aku selalulah beli air nescafe dia. Air nescafe dia tak pekat, tak cair. Just nice. Rasa pun tak manis sangat, tak tawar sangat.

Sebab air nescafe dialah aku jadi penagih nescafe!


Kes 2

Aku ni kan suka tengok movie. Dan aku suka beli dvd yang berseason-season supaya aku boleh tengok tiap hari, walau macam mana busy pun aku.

Macam aku cakap dulu, walau aku studi sampai pukul 2 pun, aku akan tengok satu siri movie dalam dvd yang aku beli.

Adalah dua tiga dvd aku beli. Satu yang aku beli adalah Gilmore Girls. 1 to 6 season.

Dah tiap hari tengok, mulalah terpengaruh.

One thing is, watak utama cerita ni, Lorelai Gilmore, gila coffee. Menurut dia, tanpa kaffein dalam salur darah dia satu hari, dia akan mati.

Kata dia la.

Dan bila tengok tiap hari, rasa macam best la pulak minum coffee ni. Nampak dia relieve je bila minum. So aku pun terpengaruh gak.

Yang hampehnya cerita ni, diorang ni kuat makan. Dan pukul 2 pagi tulah, berkeriut-keriut perut aku tengok diorang makan. Lapor aku di pagi hari tengok diorang makan pizza, pasta n so on.

Coffee jangan cakap la, buat aku teringin.


Kajian Kes 1

Dan untuk mencapai matlamat aku atas dua-dua kes di atas, aku seringkali lah minum nescafe dan order di mana saja aku berada. Macam ketagih.

Satu hari tu, aku order dekat UKK2 ni, punyalah pekat. Tak macam Kak Ana punya.

Aku minum pukul 8 camtu. Dan aku takleh tidur sampai pukul 4 pagi!

Aku punyalah berguling atas katil dari pukul 1. Takleh. Pergi mandi. Pun takleh tido.

Last2 aku g kacau housemate aku yang lain. Diorang tengah main game masa tu. So diorang lah layan aku menyumpah Nescafe.

“Nescafe bodoh! Nescafe bodoh!” tu yang aku asyik cakap. Sampai la aku tertidur pukul 4 pagi. Selamat takde kelas esoknya!

Efek 1 – takleh tidur


Kajian Kes 2

Dan dijadikan cerita, sejak hari tu aku semakin lali dengan nescafe, sebab aku minum di mana sahaja. Pagi-pagi pun aku bancuh sendiri. So kiranya aku tak kisah la dah.

Tapi lain pulak efeknya sekarang.

Aku selalu tensen sebab macam-macam. Dan sewaktu lepak kat kafe dengan kawan-kawan aku, aku mulalah melepaskan tensen aku pada nescafe.

Asal tensen je, mau dua gelas nescafe aku beli. Habis lak tu. Bila aku minum, duh, puasnya.

Bila dah lali, aku minum jugak waktu tengah hari.

Efek dia lain pulak. Aku menjadi semakin mengantuk. Terbalik dari yang dulu.

Asal aku tersengguk je dalam kelas, aku cakap kat kawan aku ”Nescafe bodoh punya hal lah ni, tengok, aku dah ngantuk”

Efek 2 – mengantuk la pulak.


Kajian kes 3

Sejak macam tu, aku kurangkan minum nescafe. Aku tak nak banyak caffeine dalam badan.

Tapi sekali sekala, macam melepas rindu, nescafe jugak jadi pilihan. Selalunya, nak ganti nescafe aku mintak lah teh o ais.

Dan ini membawa kepada pada hari ini....

Setelah berminggu aku tak minum nescafe, asal teh o ais je, pagi tadi aku try la minum.

Selalunya aku bangun lambat.

Hari ni, sebab test pukul 230, aku bangun la awal. Konon nak studi la.

Lepas subuh lepak jap. Fully awake kul 9.

Lalu bilik housemate aku ni.

Duh bau nescafe...

Rindu lama bertandang kembali.

Aku ke kafe, beli makanan pagi + lunch, sambil order nescafe.

Balik bilik, minum dengan penuh asyiknya.

Rasanya waktu tu jam adalah pukul 1030 kowt.

Dan, apa yang terjadi?

Sejak dari saat itu, aku jadi tak betul. Kepala aku pening. Aku malas nak studi, sedangkan malamnya aku sibuk buat jadual, apa yang nak distudi esoknya.

Aku sibuk main internet dengan kepala yang pening. Aku hop ke blog tu, ke blog ni. Download-download lagu.

Sampailah tiba-tiba, 2 jam sebelum test macam tu, aku tersedar aku buang masa. Aku dengan pening kepalanya, berkeputusan untuk mandi sekali lagi.

Kira lama jugak la aku mandi, sambil ambik syampu, tenyeh kepala yang pening.

Keluar, roomate aku bertanya, ” ko basuh baju ke?”

”Taklah, aku pening ni, nescafe bodoh punya pasal”

Efek 3 – kepala pening, nyaris nak rosakkan test


Konklusinya

Apa ni. Efek nescafe kejap lain, kejap lain.

Ada sapa-sapa pakar, efek kaffein dalam badan? Explain sikit.

Pening aku nescafe ni.

Nescafekah bodoh, atau aku yang bodoh minum nescafe walau tau efek dia tak dapat dijangka.

Tapi macam exciting la pulak.

Minum Nescafe kali ini, dan aku tak tahu apakah efeknya kepada aku.

Huhu macam main teka-teka lak




p/s – anda sedang membaca entry yang ditaip di bawah pengaruh nescafe. Jangan marah ek kalau tak best. Ni semua Nescafe bodoh punya pasal...

p/s – duh, marah orang keje Nescafe. Ampun ya!

p/s - what happened???


:::YTBACK!!!:::

The Final...

0102 – 17 Jun 2007

The Final...

This will be the final…

Credit Hours 3

BKC1113 - ENGINEERING MECHANICS

K10LB 3

Exam Schedule

Date : 18/06/2007

From : 02:30 PM

Until : 05:30 PM

Venue : WDK30

Aku cuak ni. Hasil usaha short sem aku bergantung kepada markah yang akan cuba aku dapat esok.

Curse of happiness telah menyebabkan aku kurang studi dan hasilnya carry mark aku sedikit aku tak puas hati. Aku patut boleh buat lebih baik lagi.

Tapi nak buat camna, kena hadapi jugak.

Yang penting, pagi selasa aku akan terus drive balik ke KL. Nak cuti sepuasnya sebelum mula sem baru nanti.

Harap dapat recharge mana yang patut. Emosional, profesional, and my mental.

Plan nak merayap, duh duit lak…

Abis aku…

Tapi still ada satu plan besar Khamis 21 Jun ni…

Best ke tak, tak tau la...

But, above all, doakan aku untuk paper esok ek!

Harap dapat yang terbaik aku boleh beri!

p/s – kepada yang final gak, Good Luck!

p/s – will be back with entries after this… I hope…



:::YTBACK!!!:::

Just a Ramble...

0101 – 12 Jun 2007

Just a ramble...

Nak tulis, tak nak tulis...

Nak update, tak nak update...

Itu yang difikirkan aku kebelakangan ni.

Tak tahu mana hala punca. Jadual mungkin sedikit padat dari dulu. Dengan final yang kian menjelang tiba.

Isnin depan aku final. Selasa aku akan kembali ke rumah. Harapnya dapatlah aku bercuti sebelum nak mula studi balik 9 julai ni.

Apa yang dah berlaku selama ini?

A lot actually.

Perasaan bangga, perasaan malu, perasaan bengang dan macam-macam lagi lah.

Kejayaan itu aku tak hebahkan kepada umum. Tapi from time to time semua orang tahu. Aku sedikit malu bila semua tahu. Aku tak suka bila aku dipandang begitu. Aku tak suka keadaan bila aku terpaksa buat tiada apa yang berlaku, kerana aku tak suka akan dipandang berlagak atas kejayaan itu. Itu hanya kejayaan pinjaman. Walau pun ada yang kata, inilah masanya kau nak berlagak, atau sedikit show off, bagi aku ini bukanlah jalannya.

The curse of happiness do happened, aku tengah merasainya. Tengah berusaha sedaya mungkin untuk membaiki keadaan. I do wish I be more serious from the very beginning!

Emosi tak stabil, cuba memulakan sesuatu, tetapi nampaknya macam tak berpeluang. Terputus sebelum bermula! Mungkin takdirnya hidup ku sendiri.

Profesionalisme versus emosional. Tanggungjawab yang tergalas di bahu berkenaan projek aku, akhirnya membawa aku kepada diri sendiri, Kamal yang emosional. Entah lah, dah cuba sedaya upaya untuk professional, bila begitu, aku dikata tak menjaga emosi orang lain pula. Tak tahu nak buat macam mana sekarang ni.

Cadangan seseorang untuk reward myself, aku ikut. Keluar, sambil itu berharap dapat memulakan sesuatu. Sambil menyelam minum air. Tapi tak berpeluang nampaknya. Banyak jugak aku reward kan diri aku walau kewangan membatasi. Beli baju 4 helai dengan harga rm 70. Memang nampak boros, tapi bila lagi aku nak gembira.

2, 3 hari ni cuba tumpukan diri pada studi, tapi emosi lah. Entahlah sikit demi sedikit menganggu. Dalam usaha membaiki apa yang telah dilakukan, aku juga diganggu emosi yang mengacau.

Duh, entri apa ni.

This is the entry for the sake of updating.

Sori for bothering.

Harapnya cuti 2 minggu yang mendatang ni dapat mengembalikan mood dan perspektif aku atas semua benda.

Dah penat sangat studi agaknya. Aku perlukan rehat!

Nak bercuti, duit takde. Ada sesiapa kenal datin atau datuk yang boleh sponsor aku bercuti?

Duh!


:::YTBACK!!!:::

Tajuknya di tengah...

0100 – 05 Jun 2007

Tajuknya di tengah…

Permulaan…

It all started on last holiday, when suddenly I felt a certain urge to improve myself, for whatever it takes in the upcoming semester of my studies at UMP.

Cuti sebulan yang diberikan membuatkan aku sedar, duniaku bukan hanya untuk berhibur, sedangkan aku mempunyai tanggungjawab ke atasnya, yang akan menentukan masa hadapan aku.

Aku memilih untuk menjadi professional. Kerana bagi aku, aku melihat, aku perlu menjadi profesional untuk menjadi seorang jurutera berjaya. Aku pada masa itu tidak dapat melihat bagaimana relatednya subjek yang aku ambik ketika ini dengan kerjaya yang bakal aku tempuhi.

Ya, memang ada yang berkata, apa yang dipelajari di universiti, hanya 30 peratus akan digunakan di alam pekerjaan. Di alam itu, keperluan untuk adaptasi diri yang tinggi diperlukan.

Namun, aku tersedar pada masa itu, cukupkah aku dalam menyiapkan bekalan yang 30 peratus itu?

Lantas aku putuskan semester yang mendatang aku memerlukan perubahan total. Dari segi study, kehidupan, perhubungan dll.

Pesan PA

Tambahan pula di akhir semester yang sebelumnya, PA aku ada berkata, semester 4 merupakan satu semester yang agak crucial.

Semester itu mempunyai subjek-subjek pre-equisite. Maknanya, jika gagal subjek tersebut, subjek-subjek lain di semester depan tidak boleh diambil. Dia meminta kami lebih menumpukan perhatian kepada pelajaran.

Aku pula, dengan keadaan aku yang telah meletakkan jawatan dari kelab yang aku pegang semasa tahun pertama aku, merasa sedikit lega. Perletakan jawatan itu aku kira bertepatan dengan segalanya. Aku rasakan aku membuat keputusan yang tepat. So, semester yang ,mendatang, aku tidak lagi terikat untuk memastikan keutuhan kelab di universiti ini.

Sosial

Everything that happen for a reason. Dari segi social pula, aku lebih mengutamakan diri. Nature of Kamal, selalu menyusahkan diri untuk menyenangkan orang lain. Aku tak suka berkonfrontasi dan berbeza pendapat. Tapi semester yang mendatang aku mengharapkan kelainan.

Aku kurangkan segala macam distraction. Aku kurangkan sakit hati dengan orang. Aku berbaik dengan roomate aku (well, i slightly regret it now). Aku kurangkan berkonfrontasi dengan rakan serumah. Aku berbaik.

Well, aku rasa segalanya aku cuba ubahkan. Demi sesuatu yang baik di masa hadapan.

The Subjects

The semester started well, when I have been introduced with the subjects of the semester:

Just Lulus/Gagal:

· UHS1011 - SOFT SKILLS 1

· UHF1011 - MANDARIN FOR BEGINNERS

1 kredit hour:

· BKF2731 - BASIC ENGINEERING LAB

2 Kredit hour:

· BKU2032 – PROBABILITY & STATISTICS
UHM2012 - ISLAMIC AND ASIAN CIVILISATIONS 2
BKF2422 - HEAT TRANSFER
BKF2432 – MASS TRANSFER

3 kredit hour:

· BKF2413 - CHEMICAL ENGINEERING THERMODYNAMICS
BKF2343 - MATERIAL & ENERGY BALANCE

The most crucial subjects are the 3 credit hour. It requires lots of determination and concentration.

The strategy

Don’t have actual strategy actually. I felt that I am responsible to each subjects that I took in the semester. So I just give my very best to each subject.

Dalam menguruskan jadualku antara projek luar dan pelajaran, aku sedikit berterima kasih kepada ‘the roomate’. Aku menilainya bukan buruk sahaja sejak ’kejadian itu’. Aku masih rasional. Jika dia bagus, aku katakan bagus.

Bila aku balik dari program yang memenatkan, di semester sebelumnya aku kebiasaan tidur. Berehat. Pulihkan tenaga.

Tapi di semester ini, thanks to him, aku mendapat semangat untuk studi bila melihatkan punggungnya asyik melekat di meja studi.

Eh bukan di meja la. Di kerusi. So aku pun tak nak kalah, terus studi sama.

Kadang-kadang terfikir jugak aku. Dia ni tak de hidup ke. Tiap malam, pagi petang dedicated to study. Nak ajak tengok movie, dengar lagu, jangan harap. Got the picture eh, camna aku hidup dengannya.

So aku studi. Buat assignment lebih awal dari tarikh. Prepare for quiz. Siapkan report.

Pengimbangan

Tapi, in extend to that, aku selalunya tambahkan sedikit hiburan dalam studi aku. Macam aku pasang lagu ke (which later I found out that he don’t like… gosh), atau aku tengok movie.

Aku tak kisah tidur lambat, asalkan hari aku seimbang dari segi semuanya.

Bayangkan, aku balik dari meeting program atau makan-makan atau apa-apa je, lebih kurang pukul 1130 malam. Aku rehat sebentar, sembahyang kalau belum lagi, sampai pukul 12. pukul 12 aku memulakan studi.

Maybe selalunya sampai pukul 2 pagi (pasang lagu sekali lah, but i want to clarify, it was not always lagu SITI!!!), dan later on pukul 2 aku sempat lagi tengok satu movie bersiri like Gilmore Girls or Ally Mc Beal. Had a good laugh n so on, dan aku tidur dalam pukul 3 or 330.

Bangun pukul 630 untuk sembahyang, tidur sebentar balik n siap2 untuk kelas kira-kira 1jam 30 lebih awal. (aku memang takleh siap lambat2, nanti kelam kabut).

Dan pergi kelas. Macam tulah aku cuba imbangkan. Meaning aku takdelah studi je. Projek jalan jugak, studi dijaga n hiburan mesti kena ada.

It went well, I think, without major problem (except the roomie thing). Aku tak mengantuk dalam kelas. Dalam kelas aku boleh tumpu. Sempat jumpa lecturer and so on. So its ok la.

And what is the result of all these???

This entry is entitled The Shades Of Happiness!!!

(aku tahu ada yang skip baca yang kat atas ni. So kalau nak tahu betul-betul apa shades of happiness nya, baik korang baca dari mula balik semula)

Aku mulanya biarkan je satu demi satu result keluar. Rakan-rakan sibuk mengira dan at the same time meratap penurunan pointer diorang. Bagi aku biar semua keluar dulu baru aku kira.

But, satu hari tu, aku tak buat apa, so gatallah kira. Walau masa tu hanya ada satu subjek aku tak kuar lagi. So aku predict la yang paling bagus aku boleh dapat vs yang paling hampeh aku boleh dapat.

Hatiku berdebar. Mukaku tersenyum. Rasa puas menyelinap.

Dekankah aku???

Sungguh aku tak sangka. Selama ini aku sangkakan sukar, tapi tak sangka aku boleh capai.




Ya, secara officialnya aku mendapat kepujian dekan. Mulai dari barisan ini, aku menulis setelah aku mendapat keputusan yang rasmi.

Saksikan sendiri keputusannya, aku berdebar yang amat!

Aku pun tak tahu nak cakap apa pada mulanya, walaupun aku sendiri dah tahu pada awalnya range pointer aku.

Rasa puas menyelinap dalam diri. Rasa apa yang diusahakan selama ini terbalas.

Tu pun ada jugak yang aku tak puas hati. Ada satu subjek tu, lagi 1 markah je aku nak a, tapi dapat a- je. So kalau lah aku dapat a, lagi tinggi aku boleh dapat.

I’m no bragging or being too proud about this. Aku bukannya nak berbangga kat korang, aku dapat result macam ni.

Tapi aku menulis, berkongsi kegembiraan ini. Aku menulis supaya nanti satu masa di masa akan datang, aku membaca kembali blog aku, aku dapat merasa bagaimana perasaannya mendapat sedikit kejayaan dalam hidup. Mungkin waktu itu ia akan mendatangkan semangat kepada aku.

The curse of happiness

Despite all good thing happened in this good mood, aku tak nafikan kejayaan ini datang sekali in package, with lots of things.

Pertamanya, perasaan riak. Tengok short sem ni cukuplah, aku rasa malas nak studi, sebab aku rasa aku lebih bagus dari orang lain, sebab aku berjaya mendapat kepujian dekan.

Aku tahu tak sepatutnya aku begitu. Itulah ujiannya. Memang aku tengah berusaha untuk mengatasi rasa ini. Tak patut aku rasa begitu sedangkan aku hanya dipinjamkan sedikit kejayaan.

Satu lagi untuk memastikan ianya berkekalan semester depan menjadi satu tugas yang agak berat. Aku rasa aku perlu mula dari sekarang siapkan diri dan mental untuk cuba usaha yang lebih baik dari ini.

Aku tak nak kejayaan ini stop dekat sini. Aku tak nak sebab aku rasa dah cukup bagus aku kurang usaha.

Doakan aku supaya sentiasa sedar hakikat kejayaan ini.

p/s – aku menulis ni as soon aku dapat tahu keputusan rasmi tu. Aku sungguh excited!

p/s – jangan salah anggap aku ni berlagak ke apa ye, aku hanya berkongsi.

p/s – entri ni dah lama tulis, tapi inilah masa untuk dipublish. So berbaloikah penantian korang atas shades of happiness???

p/s - macam double celebration pulak. Ini adalah entri aku yang ke 100 dalam Yang Terdalam!!! Party!!!~~~


:::YTBACK!!!:::

Moody

0098 – 04 Jun 2007

Moody

Susahkan nak jaga hati orang...

Kadang-kadang aku banyak korbankan kepentingan diri untuk bahagiakan orang lain.

Aku tak suka buat orang sakit hati dan aku tahu ada balasannya kalau buat orang sakit hati. Its a karma thing.

But, sometimes, kalau aku terlalu berusaha nak jaga hati semua orang, ia memakan diri. Jap, bukan sometimes, many times!

Aku penat kadang-kadang bila aku cuba buat orang bahagia tapi aku derita.

I am living in these entire years try to make everybody happy. Aku tak pernah rasa kegembiraan total.

Entahlah, serabut sikit sekarang ni. Just rambling about susahnya nak jaga hati semua orang

I am human. Kemampuan terbatas. So jangan harapkan selamanya aku akan jadi baik je. I sometimes can be the pain in the ass too!

Duh, I should stop here.

Hoping to elaborate more on this later.

If I got the mood.


:::YTBACK!!!:::

Saya Anak Malaysia!!!

0097 – 27 May 2007

Saya Anak Malaysia!

Pre-entry

Bilakah kali terakhir aku terharu hampir menangis, dan aku rasa bersyukur dilahirkan sebagai rakyat Malaysia?

Saat itu sudah lebih setahun berlalu. Aku rasakan perasaan itu adalah di kala aku menyaksikan sendiri VCD ”Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall” di bulan puasa satu tahun yang dahulu.

Aku yang mengenali Siti secara rapat, kerana dia hadir di dalam hidupku setiap hari melalui lagunya merasakan amat bangga dan terharu bila melihat usahanya membuahkan kejayaan yang membanggakan.

Biarpun dihambat kontroversi, berapa ramai sangat rakyat asing melihat persembahannya di London ketika itu, aku tak dapat nafikan perasaan terharu, bangga, keterujaan, dan perasaan wow yang hadir dalam diri aku ketika itu.

Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall

Sebelum penerbangannya ke London, media menyiarkan persiapannya, dengan sesi latihannya yang ketat, sesi fitting baju yang menampakkan ketungkus lumusan setiap designer yang terlibat, sesi penyusunan muzik, sesi promosi, sesi mencari tajaan bagi event tersebut, sehinggakan pada tarikh 1 April 2005 ketika itu, aku merasa sedikit kesal aku tidak berada di London.

Esoknya aku menatap akhbar. Kosmo. ”Siti memukau” itu captionnya. Hatiku bertanya ”sepukau mana?”

Jawapanku hanya terjawab enam bulan kemudian, ketika aku mendapatkan VCD itu. Memang aku nantikan, dan aku rasa mungkin aku juga antara yang terawal untuk mendapatkannya. Setiap hari aku ke kedai untuk bertanyakannya.

Melihatkan konsert tersebut berlangsung dari laptopku, dengan volume yang terkuat boleh aku attachkan ke earphoneku, aku menyusuri bersama Siti dalam setiap lengkok lagunya. Aku mencari-cari juga ruang di mana di cuba berbahasa Inggeris, juga meneliti berapa ramai rakyat asing yang hadir.

Aku yang mengenali setiap lagunya, terkejut dengan susunan muzik yang lain dari yang lain dan akhirnya menampakkan eksklusifnya konsertnya di sana. Aku yang mengetahui susunan muzik dan vokal di dalam albumnya bagaimana, dapat merasakan kelaianan, dan usaha yang dibuat oleh mereka yang terlibat.

10 tahun yang manis

Dan di kala Siti mengucapkan ”10 years ago, saya record album pertama saya, Jerat Percintaan. Tonight, on 1st of April, bukan April Fool, I’m celebrating my 10 years anniversary, with all of you”, aku hanya diam.

Satu perasaan hadir bila bait pertama lagu Jerat Percintaan dinyanyikannya malam itu. Rasa sebak. Rasa melihat bagaimana lagu itu merupakan permulaannya di bidang seni, lagu itu merupakan titik mula untuk kejayaannya pada masa itu. Lagu itu merupakan perkenalan aku dengannya, dan juga lagu itu jualah yang memperkenalkannya kepada Malaysia.

Aku tak dapat gambarkan perasaannya ketika itu. 10 tahun dulu ketika lagu itu dinyanyikan, dia tak punya apa-apa. Ketika itu, 10 tahun kemudiannya, dia ada segalanya. Award yang bertimbun, pencapaian demi pencapaian dan sanjungan dari masyarakat.

Terharu

Aku terharu. Hampir menangis. Di situ, aku jadikan usahanya sebagai pendorong aku. Kalau Siti boleh buat, kenapa tidak aku, bisik hatiku. Dan aku secara tak langsung menjadi lebih rajin sejak dari hati itu.

Dia mengajarku semuanya bukan mustahil untuk dilakukan. Dan dalam dia melakukannya dia tidak lupakan asal usulnya. Malaysia.

Dia membawa bersama tarian Malaysia ke mata dunia, lagu Malaysia, busana Malaysia. Hatiku tak semena-mena menyatakan aku bangga menjadi anak Malaysia yang melihat kejayaan seorang lagi anak Malaysia memasyurkan Malaysia!

Iklan

Aku tahu anda loya loya membaca mengenai kisah Siti di sini.

Peduli hapa aku. Itu aku rasa dan ini blog aku. Kalau tak suka, jangan baca!

KLCC – Kuala Lumpur City Centre

Itu kisah dulu. Setahun dulu.

Hari ini berbeza. Hasrat sebelumnya, ingin menghabiskan masa menonton movie. Pergi ke bilik rakan untuk copy kan macam-macam movie. Segala yang dia ada untuk dimasukkan ke dalam external hard disk ku. Aku mengexplore semua yang dia ada.

Tibalah di satu file ”National Geographic - KLCC In The Making”. Aku tertarik untuk mengambilnya. Ingin juga aku ketahui apa yang terjadi di kala KLCC dalam pembinaannya.

Balik ke bilik. Membuka laptop, membuka file tersebut. Bermulalah satu lagi perjalanan di mana akhirnya aku merasa teramat bangga menjadi anak Malaysia.

KLCC – Kuala Lumpur City Centre nama diberi. Deskripsi yang diberikan National Geographic yang asalnya dari Amerika mengenai Malaysia pada awalnya sedikit memanaskan hatiku.

Permulaannya dinyatakan perlumbaan demi perlumbaan yang dilakukan oleh masyarakat dunia untuk membina pencakar langit. Semuanya bersaing untuk memnunjukkan kepada dunia satu simbol kestabilan politik, kekuatan pemerintah, dan kemajuan yang dicapai oleh setiap bangsa.

Mulanya hanya bangsa Eropah yang mendahului. Tibalah deskripsi mengenai Malaysia. Dinyatakan betapa sebuah negara underdog yang ingin mengatasi negara-negara lain dengan membina KLCC. Aku panas hati bila digambarkan yang Malaysia terlalu berkhayal tinggi untuk mencapai segalanya.

KLCC yang ku abaikan...

KLCC yang kita kenali. Aku kenalinya dengan nama pusat hiburan. Sementelah aku SPM dulu, itulah pusat yang aku sering kunjungi, kerana aku mengambil kursus bahasa inggeris di British Council berdekatan dengan KLCC.

Aku tak kisah bagaimana ianya di bina. Aku tak kisah selamat kah bangunan ini. Aku tak kisah semuanya, kerana aku tak tahu. Aku tak kisah orang asing menganggap KLCC satu bangunan yang unik.

Kalau aku disuruh menulis karangan mengenai keunikan Malaysia, aku pasti akan bercerita mengenai KLCC. Itu dan ini. Tapi aku itu hanya sekadar pelengkap tulisan. Bagai satu skrip, jika anda ingin menulis mengenai Malaysia, anda harus includekan KLCC sebagai salah satu tajuk, jika tak anda tak lulus.

Itu hanya sekadar skrip yang aku tak ketahui maksudnya. Aku sedikit tertawa bila melihat betapa pelancong asing bersusah payah mengangkap gambar KLCC. Bagi aku apalah sangat.

Aku mengabaikan KLCC. I took KLCC for granted. Aku tak menghiraukannya. Bagi aku KLCC itu memang ada di situ. Mereka telah membinanya, apa aku nak kisah.

Melihatkan file ini aku terkesima. Perasaan yang sama bila melihat Siti setahun dulu datang kembali.

Tak ku sangka di sebalik rupa KLCC yang sedemikian rupa, permulaannya cukup getir. Hasil usaha ramai pihak telah melekatakkan KLCC di bumi Malaysia yang menyebabkan kini kita dikenali seantero dunia.

Dilema PM

Idea pencakar langit memang didorong rasa egois. Semua ingin menjadi yang nombor satu. Mungkin Tun Dr Mahathir Mohamed pun sedikit ego dalam perkara ini. Tapi aku melihat egonya bertempat. Dia meletakkan ego itu untuk mempromosikan Malaysia untuk menjadikan dunia memandang Malaysia.

Tiba-tiba aku rasa teramat bangga mendapat perdana menteri berpandangan jauh sepertinya. Sedangkan selama ini di bawahnya, aku tak habis-habis juga mengutuk tindakannya. Rasa tak pernah puas. Bawah Pak Lah ni pun sama kan.

Dilema Perdana Menteri. Kasihan aku ada mereka. Tapi walau apapun aku salute mereka menjalankan negara ini. Kudos to them!

Faktor penghalang pembinaan KLCC – pelan, masa, asas, bahan, pergerakan, keselamatan, dan macam macam lagi diambil kira. Aku membandingkan dengan aku. Mungkin aku tak terfikirkan kesemuanya.

  • Pelan

Berbalik kepada KLCC. Tahu tak untuk membina pelan lakaran KLCC yang sekarang ini mengambil masa hampir setahun? Sedikit terkilan jugak bila melihat banyak yang terlibat adalah pakar luar. Tapi untuk permulaan rasanya tak salah kan.

Rekaan yang pertama dikatakan tidak bercirikan Malaysia. Dihantar ditolak dihantar ditolak. Sehinggalah 8 bulan. Akhirnya PM sendiri yang membina lakaran kasarnya, dan ditambah oleh perekanya dan jadilah rekaannya seperti sekarang.

  • Masa

Masa adalah emas kata orang. KLCC hanya dibenarkan dibina dalam masa 6 tahun. Jika tidak Malaysia akan mengalami kerugian yang besar. Namun masa untuk bangunan sebegini patutnya 8 tahun.

Solutionnya – projek ini diberikan kepada 2. menara 1 dan 2. kepada 2 pengurus. Mereka berlumba untuk menyiapkannya. Hanya dengan persaingan, masa akan dapat ditepati. Nature lah kan, perasaan cemburu akan membuat manusia membuat sesuatu yang tak diduga.

Persaingan yang sengit menjadikan masa mencemburui mereka. Mereka bergerak tanpa henti 24 jam 7 hari seminggu. Satu tekanan yang hebat.

  • Asas

Faktor kedua, asas. Asas KLCC pada asalnya tidak kukuh. Ia dirancang dibina di atas satu kawasan batu kapur yang rapuh. Salah satu menara juga asalnya dibina di cerun batu kapur yang boleh membawa ketidakstabilan atas kedua-dua menara.

Solutionnya – pelan dialihkan 60 meter ke kawasan lembut. Dirancangkan untuk membina asas yang baru, yang secara tak langsung menambahkan masa untuk membina KLCC.

  • Bahan

Bahan pula menjadi isu apabila Malaysia kekurangan industri keluli untuk menampung projek ini. Yang Malaysia ada adalah konkrit. Satu eksperimen dibuat untuk mengkaji kekuatan konkrit ini. Pelbagai jenis campuran dibuat untuk menampung beban menara ini. Akhirnya mereka berjaya memperoleh campuran yang sesuai.

Masalah timbul bila semakan dari semasa ke semasa dibuat, terdapat satu tingkat dibuat dengan campuran yang salah. Tingkat itu terpaksa dirobohkan. Satu perobohan sebelum menara itu selamat dibina!

  • Pergerakan

Faktor pergerakan pula menjadi isu. Digambarkan rakyat Malaysia tidak suka untuk bergerak sepantas rakyat Amerika. Jadi lif berkuasa laju tidak sesuai digunakan. Jika hendak mewujudkan lif yang banyak pula memakan ruang.

Solutionnya – lif dual digunakan. Maksudnya 2 lif akan bergerak serentak di antara satu sama lain. Itu yang menyebabkan jika anda ingin naik ke tingkat genap anda kena ke bahagian lain, jika anda ingin ke tingkat ganjil anda ingin kebahagian lain.

  • Keselamatan

Keselamatan. Jika berlaku kebakaran apa akan terjadi kepada KLCC? Adakah ia akan memerangkap dan membunuh ribuan orang di dalamnya?

Solutionnya – satu jambatan dibina di tengah-tengahnya. Supaya jika satu menara menghadapi masalah satu lagi boleh membantu.

  • Cuaca

Cuaca pula memberi tekanan. Di kala mereka menaikkan jambatan itu dari tanah, kilat sabung menyabung menyebabkan elektrik terputus dan sistem hidraulik tak boleh berfungsi. Selama beberapa jam, jambatan itu tergantung di tengah-tengah dua menara.

Terpegun

Pelbagai masalah mereka hadapi. Dan mereka perlu membuat keputusan dengan cepat dan bijak. Kiranya di kala saat itu berlaku, apa penyelesaiannya.

Aku sedikit terpegun melihatkan bebanan masalah yang mereka hadapi dalam pembinaannya. Aku kagum dengan cara mereka bergerak dalam sela masa yang tetap, dengan pelbagai masalah yang menganggu gugat kelancaran proses mereka.

Hinggakan di saat menara itu ditunjukkan siap, aku menjerit kecil. Aku rasakan bagaikan aku yang berjaya menghadapi semua masalah itu.

Di saat aku menyaksikannya, aku rasakan selama ini aku memandang KLCC sebagai satu binaan yang kukuh, sedangkan sebenarnya peluang untuk bangunan ini runtuh dalam sekelip mata adalah mudah.

Despite all that, mereka berjaya mengatasinya. Aku kini lebih menghargai KLCC. Tapi tak de lah lepas ni aku pergi KLCC siap peluk cium bagai.

Aku bangga dapat melihat satu lagi usaha mega dalam negara yang kini terkenal di seluruh dunia. Selama ini aku tak menyedarinya, kini aku amt menghargai.

Reality-in-action

Realitinya, file ini menggambarkan bagaimana kemungkinan yang akan berlaku kepada aku di dalam projek Expoconvo’07 aku tu. Menjadi ketua, aku perlu prepare dari segi mental mengenai segala masalah yang mendatang.

Mungkin aku boleh jadikan kejayaan Siti dan KLCC sebagai pendorong.

Post-entry

Kepada yang letih membaca dan hairan kenapalah aku teruja sangat ketika ini, anda perlu lihat sendiri file ini. Baru anda rasa bagaimana.

Jika anda tiada rasa, baik tak yah jadi rakyat Malaysia lah.

Aku bangga dengan negaraku yang unik ini. Muka buminya, budaya, dan segalan-galanya.

Marilah sama-sama meraikan kemerdekaan bumi bertuah ini yang ke 50.

Aku bangga menjadi rakyat Malaysia!

p/s – aku bukanlah patriotik sangat, tapi ini adalah hasil file ini. Seperti aku cakapkan tadi, anda perlu melihatnya sendiri dan rasa sendiri.

Dan aku tahu mungkin entri ini akan dikutuk, sebab tak cool kan semangat patriotik ni. Lantaklah anda. Adakalanya kita perlu jadi tak cool untuk menghargai sesuatu.


:::YTBACK!!!:::