0028 – 21 Ogos 2006
Entri terpanjang Yang Terdalam…
Prolog
Hi there!
Mungkin ini adalah entri terpanjang dalam Yang Terdalam
Kerana, banyak yang aku ingin kongsikan, dan hati ini banyak bicaranya.
Idea untuk menulis cerita ini dah lama, Cuma tak terluah. Feelings are hard to be interpreted by words.
Dan sekali lagi aku ingin mengingatkan, ini adalah entri yang panjang, yang mungkin menjengkelkan bagi sesetengah orang.
So, hentikan pembacaan anda di sini jika anda tidak mahu meneruskan. Anda telah diingatkan!
Ini adalah satu lagi kisah dia, dia dan dia…
21 Ogos 2006
Menjelang 21 ogos 2006. tarikh keramat buat dia.
Juga tarikh bersaksinya satu Malaysia ke atas satu peristiwa yang mungkin akan mencipta sejarahnya yang tersendiri. Tarikh perkahwinannya...
Seriously and frankly say, perasaanku bercampur baur mengenai peristiwa ini. Sukar diterjemah, tapi aku tetap ingin meluah.
Biar semua orang tahu apa yang aku rasa. Biar sedikit sebanyak mereka memahami dan merasainya.
Sekali lagi – hentikan pembacaan anda jika anda tidak mampu menerima aku yang meminatinya…
Anda sekali lagi telah diingatkan!
Semua Tentang Kita, Siti…
Urgh! Pinjam tajuk lagu Peterpan sat…
Mengenali Siti Nurhaliza binti Taruddin dalam sela waktu yang panjang ini. Amat panjang. Hampir 11 tahun.
Permulaannya ketika aku sendiri masih kanak-kanak. Naïf mengenal dunia. Entah kenapa dia menangkap perhatianku.
Permulaan
Muzik-muzik separuh akhir 96. Jerat Percintaan. Hati kanak-kanak kecilku berdetik, biarlah kak siti menang!
Kerana persembahannya menarik perhatianku. Aku ingat lagi, di muzik bridge dia dililit oleh kain oleh penari-penarinya. Simbolik jerat percintaan yang diciptakan.
Dan dia berjaya! Ke Juara Lagu 96.
Zaman itu, Ziana Zain meniti zaman kegemilangannya. Sana sini orang memperkatakan mengenai Ziana.
Tapi bila dia mengalahkan Ziana di dalam pertandingan itu, semua perhatian tertumpu ke arahnya. Meninggalkan Ziana dengan zamannya. Tambahan pula ketika itu Ziana hampir berumah tangga. Jadi era kegemilangannya pun bermula!
Mungkin anda yang membaca sedikit hairan, bagaimana aku di usia yang sekecil itu memahami sepak terajang dunia hiburan. Budak 10 tahun!
Sebenarnya, aku banyak juga didedahkan dengan hiburan. Mengenali Aishah, Feminin dan Amy Mastura. Kerana ketika itu dunia hiburan menarik perhatianku. Jangan ketawa, aku pernah bercita-cita ke sana.
Tapi itu dulu! Sebelum aku matang memikirkan semuanya.
Kini jangan harap aku nak masuk dunia itu! Terlalu penuh pancaroba.
Pendakian
Sedikit demi sedikit dia mendaki tangga. Pelbagai telah dilaluinya. Permulaan kontroversi, dia tidak mahu bergambar dengan lelaki.
Digelar kampung dan sebagainya. Memang tatkala itu dia kampung. Dia sederhana. Dan aku menyukainya begitu. Biarlah sederhana…
Tapi sedikit demi sedikit kontroversi itu berlalu. Orang memperkatakan mengenai kehebatannya. Kemerduan suaranya. Juara lagu 97 sehingga 2003 disinari kehadirannya.
Dan kini bila dia berundur dari arena Juara Lagu, sedikit suram dirasakan.
Aku Cinta Padamu – lagu yang menaikkan lagi popularitinya. Sana sini diperkatakan. Lagu pengenalan bagi warga Indonesia dengan Betapaku Cinta Padamu.
Wajah Kekasih, Usah Diragui, Bisikan Asmara dan Kesilapanku Keegoanmu. Zaman lagu-lagu jiwang. Tak lupa duet pertama dengan Chien Teng – Rindu Antara Kita dan percubaan Siti dalam lagu tradisional dan Inggeris – Sri Mersing dan The Color of My Love.
Kesilapanku, keegoanmu?
Sedikit kenangan mengenai Kesilapanku Keegoanmu. Dahulu aku aktif dalam seni. Pelbagai aku masuk. Koir, drama, taridra, teater dan sebagainya. Sehingga satu tahap aku yakin menyanyi solo.
Kisahnya agak kelakar. Ya, ia membuat aku tersenyum ketika ini. Pertandingan pertama yang sekolahku sertai di luar daerah Gombak. Pertandingan di Barisan Simpanan Nasional Kuala Lumpur. Namanya – Pertandingan tiru gaya artis!
Di hari pertandingan, aku tiada minus one lagu untuk dinyanyikan. Asalnya lagu Pak Pung Pak Mustafe dari 2by2 (jangan gelak, kerana ianya pilihan cikgu).
Jadi, terpaksa aku memilih lagu yang kuhafal. Lantas memilih kesilapanku keegoanmu.
Zaman kanak-kanak. Tak tahu apa itu malu. Menyanyi seperti apa yang kudengar di dalam album.
Pada masa itu, istilah pitching lari, tak guna ruang dan sebagainya belum popular. Aku hanya menginterpretasikan apa yang ku dengar.
Hasilnya terhasillah kanak-kanak yang imitate siti. Bila dia tarik, aku tarik. Sampai satu tahap aku tak sampai, tersekat. Penonton ketawa. Aku buat selamba.
Merasalah jugak jadi artis atas pentas dalam auditorium, dengan lampu pelbagai warna!
Cindai
Zaman berhantu. Cindai. Meneruskan kegemilangan dengan lagu tradisional. Lenggoknya memikatku. Menang di Juara Lagu 98. Dengan aksesori kepala yang teramat berat!
Pujian diberikan kepadanya. Mengembalikan irama melayu akar umbi bangsa ke ruangan komersil. Sehingga kini sekurang-kurangnya orang kenal muzik tradisi.
Namun, dia adalah dia. Dia juga manusia. Tak pernah lari dirundung sedih dan hiba. Pernah menangis bila album Cindai dan Sanggar Mustika dicetak rompak. Meminta perhatian PM. Tapi masyarakat tak mengendah.
Bagiku, dia melahirkan apa yang dia rasa. Anak seni memang penuh pancaroba.
Adiwarna
1998 – Adiwarna muncul. Seleksi lagu pop yang memikat hatiku.
Purnama Merindu, Diari Hatimu, Demi Kasih Sayang, Satu Cinta Dua Jiwa dan Sendiri antara yang popular. Album ini amat aku sukai.
Teringat di kala meneka-neka lirik lagu Purnama Merindu, selepas mendengarnya di radio. Hasilnya, purnama mengambang jadi purnama mengembang!
Seri Balas
Konflik dengan Noraniza Idris. Dikatakan tak sebulu sejak Sukan Komanwel 98, di mana siti telah menyanyikan lagu Dikir Puteri milik Noraniza dengan lenggok yang tidak disukai Kak Ani. Aku pun tak tahu sangat. Sudah terlalu lama…
Di kala itu, muncullah album Seri Balas. Paduan suara keduanya. Menutup ruang ragu dan konflik keduanya. Hati Kama menjadi siulan. Sedikit perasan aku ketika itu. Mengatakan sepatutnya lagu itu bertajuk Hati Kamal! Hehe
Pancawarna.
Meneruskan irama pop. Siapa yang tak kenal Nian di Hati? Engkau Bagaikan Permata? Juga lagu berhantu, Kau Kekasihku?
Muziknya semakin matang. Namun kesukaanku kepada Lembaran Cinta Pudar dan Salju KasihNYA.
Sahmura – Permulaan untuk seribu tahun lagi!
Permulaan millennium.
Malam 31 Disember 1999, dia melancarkannya. Tepat jam 12, permulaan millennium dilengkapkan dengan kehadiran Sahmura. Persis Cleopatra dia menyusun langkah (where r u cleo?)
Sahmura – permulaan untuk seribu tahun lagi, itu katanya.
Balqis, Ya Maulai dan Mahligai Permata antara yang popular.
Kejayaan Balqis sebagai Juara Lagu 2000 juga sudah dijangkakan. Dan pertama kali dalam sejarah, dia menari bersama penari-penarinya.
Ya, itu permulaannya. Jika tidak dia malu-malu. Hasilnya? Juara Lagu 2000!
Safa
2001 menjelang. Tarikh hari jadinya – 11 Januari 2001 dilancarkan Safa. Juga lama web pertamanya siti.nurhaliza.com.
Laman web ini telah ditutup atas sebab-sebab tertentu. Dan aku rasa peminat setia tahu mengapa.
Album ini terlalu istimewa. Hampir kesemua lagunya aku sukai.
Paling? Beradu Di Khayalan. Tiada yang lain. Noktah. Lagu pengenalan hasil kerja Aubrey Suwito oleh siti.
Azimat Cinta, Jalinan Cinta, Percayalah, Lakaran Kehidupan, Kudus Sinarmu, Kau Ku Sayang, Beradu Di Khayalan, Indah Percintaan, Milikmu Teristimewa, Bicara Manis Menghiris Kalbu
Itu semuanya. Yang telah membuai perasaanku. Juga menemani hari-hariku menjelang PMR.
Sanggar Mustika.
Paling memikat Badarsila. Juga semestinya Nirmala. Sedikit hampa bila Nirmala tewas kepada lagu Keliru (Nurul & Ajai) di AJL. Mujur persembahan terbaik. Amat terhibur.
Jangan dilupa kepada Kurik Kundi. Lagu pelbagai bahasa yang dihimpunkan dalam satu lagu. Amat sesuai untuk Citrawarna.
Malaysian Book of Record
Dia dinobatkan oleh Malaysia Book of Record sebagai artis terbanyak memenangi anugerah.
Kata AC dalam AC Di Sini, kalau anugerah siti dileburkan, boleh jadi kereta Kancil! Tergelak sebentar.
Album khas Malaysian Book Record keluar.
2 lagu baru – We’ll Be As One dan Don’t Put My Heart On Hold. Saduran Satu Cinta Dua Jiwa dan Beradu di Khayalan.
Amat meminati keduanya.
Edaran Muzik Aspirasi Semasa atau EMAS.
Pop kontemporari. Sedikit kecewa apabila dua lagu tema filem dimasukkan sekali. Ia sedikit sebayak mengurangkan pemilihan lagu.
Paling memikat? Ku Milikmu. Lagu rancak yang paling aku sukai dari dia. Rasanya tiada lagu lain yang bisa mengatasi lagu ini. Tiada yang lain.
Dan arrangement sewaktu AJL18 amat menyeronokkan. Funky! Juga arrangement jazz yang disuntik di RAH. Aku menyukainya! Terbuai…
Banyak juga lagu popular. Tentunya Bukan Cinta Biasa. Debaran Cinta yang klip videonya bersama Rangga. Juga Airmata Ibu dan Janji Kasih.
Prasasti Seni.
Nama yang pelik. Terpukau dengan layout albumnya. Siti bagaikan puteri hutan!
Dialah Di Hati, Seindah Biasa, Lagu Rindu, dan Pendirianku antara yang popular.
Aku tetap suka Ku Menunggu. Kena dengan situasiku. Yang asyik berkhayal dan menunggu.
KU MENUNGGU
Aidit Alfian/Habsah HassanKu begini seperti selalu
Membilang waktu berlalu
Entah berapa lama aku tak sedarinya
Berapa lama harus menungguAku mimpikan suram cahaya
Bertukar cahaya indah
Semoga tiba hari bersinar ruang hati
Menyuluh arah jalan kembaliKorus
Ku tunggu angin perubahan
Barat utara timur selatan
Meniti doa malam dan siang
Teranyamnya semula ikatan
Sayang semua (nya) hanyalah mimpi
Kenyataannya langit dan bumi
Aku di sini engkau di sana
Sayup jauh terpisah
Entahkan kerana sayangku
Ataupun kerana
sabarku
KumenungguAirmata dan senyuman
Antara mimpi dan harapan
Adalah rindu semilu menghiris kalbu
Yang terlalu menyayangii
Di akhirnya terkorban diri
Menyedari itu aku putuskan
Pasrah segala pada tuhanUlang Korus
Masih lagi seperti selalu
Membilang waktu berlalu
Semoga tiba hari bersinar ruanghati
Menyuluh arah agar kembali
Transkripsi.
Ulasannya ada diblog friensterku. Bacalah kalau rajin.
Inilah killer album darinya. Sukar untuk aku memilih lagu kesukaan. Namun Cuba Untuk Mengerti telah menjadi siulan jiwaku.
Cuba Untuk Mengerti
by Siti NurhalizaSenilagu: Tengku Shafick (PT
Aquarius Pustaka Music)
Senikata: Tengku Shafick (PT Aquarius Pustaka Music)
Penerbit & Susunan Muzik: Jenny Chin
Dram: Gary Gideon
Gitar:
Aji
Kebod Tambahan: Mac Chew
Suara Latar: Daniel Chen & Chew Paul
Way
Studio Rakaman: Babyboss Studio
Juruadun: Fauzi
MarzukiOh?oh?oh..
Bukankah Semestinya
Cinta Yang Bisa Membuat Bahagia
Namun Kau Yang Tak Pernah Mahu Mengerti
Ertinya Cinta?Tak Habis Ku Berfikir
Sampai Bila Begini, Ku Menanti
Rasakan Indahnya Cinta?(Chorus)
Ku Cuba Selalu Untuk Mengerti
Tapi Tak Mampu Bertahan Lagi
Akanku Jalani Hidup
Mengabdi Cinta Yang Pantas UntukkuIkatan Cinta Sudah Berakhir
Buah Hati kan Menjadi Saksi
Hanya Waktu Menemani
Biar Kenangan Tersimpan DihatiOh?oh?oh?
Mengapa Pertengkaran
Selalu Ada Antara Kita
Dan Begitu Mudahnya Kau Ucap Kata Ingin Berpisah
Seharusnya Kau Tahu, Takkan Semudah Itu
Bila Memang Kau Tulus Mencintaiku?Ulang Chorus (2X)
Kini hanya 3 lagu yang betul-betul akan membuatku terhenti melakukan kerja – Beradu Di Khayalan (Don’t Put My Heart On Hold), Ku Menunggu dan Cuba Untuk Mengerti. Yang lain banyak yang memikat, tapi tak sekuat yang 3 ini.
Mengapa aku menceritakan semua ini?
Kenapa dan mengapa?
Apa rasionalnya?
Kerana aku ingin anda faham betapa banyaknya kenangan yang telah tercipta antara aku dan dia. Kerana aku ingin anda faham mengapa aku akan sedikit emosi bila mengatakan tentang dia.
Walau apa pun terjadi, kenangan itu amat payah untuk diluahkan. Apatah lagi untuk membuang semuanya! 11 tahun telah tercipta, jika aku membuangnya, aku akan terasa kehilangannya!
Ramai telah beralih arah. Suasana aman damai dulu, kini tidak tenteram.
Hanya kerana pilihan hatinya, ramai berpatah arang. Namun aku tahu, di sanubari mereka, mereka masih mengambil kisah. Kerana dia hebat.
Hebat tak dia?
(ini adalah pujian, namun aku sedar dia manusia, dan kehebatannya takkan melebihi Yang Esa, ini hanya pandanganku mengenai manusia lain)
Ya, dia hebat. Dia berbakat. Dia mempunyai rupa. Dia pakej.
Dalam sejarah industri muzik Malaysia dia bakal menjadi lagenda. Pelbagai sejara telah diciptakannya.
Johan Grand Prix di Khazastan, pingat emas di Shanghai, pertama di Australia, Konsert Di Royal Albert Hall, dan macam-macam lagi.
Konsertnya mendapat sambutan, bermulanya di saat 1999, Konsert Mega 2001, Konsert Untukmu Sudir 2002, Konsert Fantasia Tour 2004, RAH, dan macam-macam lagi.
Hebat tak dia?
Dia menjuarai Juara Lagu di usianya 17 tahun! Dan dia telah berada di hadapan orang, membuat persembahan saban waktu, dengan rasa yakin pada diri.
Mampukah kita berada di atas pentas, dan melakukan sepertinya? Ketepikan pasal orang lain, mampukah kita menjadi sepertinya? Yang mengecap kejayaan di usia muda?
Aku sering melihat kejayaannya sebagai pembakar semangat. Dan kadangkala kejayaannya membuatku kuat mengahadapi hari muka.
Dia yakin pada diri sendiri. Dia menghargai setiap peminatnya. Jika anda berjumpa dengannya baru anda rasa. Banyak yang sudah memperkatakan mengenai ini.
Kejayaannya sering membakar semangatku. Betapa kuatnya azam, membuat yang terbaik untuk RAH.
Kadangkala bila aku tertekan, aku fikirkan, bagaimana seorang gadis kampung yang naïf sudah menjadi seorang diva atas usaha kerasnya.
Aku bukan meminatinya membabi buta. Dia mempunyai ‘sesuatu’ yang menyentuh hatiku. Dia membuatku tabah menghadapi hari-hari muka.
Tatkala aku tertekan, alunan suaranya membawa aku menerawang jauh kea lam fantasi. Tiada siapa di sisi, dia akan menemaniku.
Jadi kenangan ini telah terlalu banyak diciptakan.
Aku hanya meminati…
Untuk mengikuti orang lain untuk menipu diri sendiri untuk menghukumnya dengan berpaling darinya adalah satu tindakan yang bodoh!
Aku bukan hipokrit. Aku meminatinya atas usahanya. Dia menyentuh hatiku di situ.
Aku tidak meminta yang lain. Kerana aku tahu, hal peribadinya bukan bidang tugasku.
Sesungguhnya untuk membuang kenangan 11 tahun ini dalam meminatinya bagaikan membunuh diri sendiri. Ya, aku betul-betul serius!
Jadi biarkan aku terus meminatinya. Biarpun masyarakat sudah memandang serong. Biarpun kini, meminatinya amat sukar!
Kerana aku ada rasa sendiri dan aku ada rasional sendiri.
Dia banyak membuatkanku berfikir. Berfikir tentang hidup, berfikir tentang manusia. Berfikir tentang halangan di dalam hidup yang perlu dihadapi. Dia memang banyak membuatku berfikir.
Dia hanya manusia…
Dalam kesempurnaan yang ternampak di mata – dia ada rupa, kaya dan ada hidup, dia juga manusia. Tak lari dari kesilapan dan kesalahan.
Mungkin ini ujian Tuhan untuknya. Mungkin juga ini kebahagiaan abadi untuknya. Siapa tahu?
Liputan perkahwinannya meluas. Sehingga ke ceruk cerita di cari. Aku sendiri merasa lemas.
Apatah lagi dia. Bagaimana dia tahan melaluinya?
Ketabahannya
Oleh sebab itu, dia harus tabah. Memanglah siti, aku selalu bermimpi berada seketika di tempatmu. Sehingga aku selami, dan aku rasakan aku takkan mampu menanggungnya setabahmu.
Kau istimewa walaupun orang mengatakan macam-macam. Dan mungkin juga mereka yang sedang membaca entri ini sedikit jengkel dengan kata-kata ini. Kini aku tak peduli!
Masyarakat yang menghukum…
Masyarakat amat terlalu mudah menghukum. Tanpa mengambil kira hati dan perasaan.
Lihat sajalah kes Sharifah Amani sekarang. Hanya kerana sedikit kesilapan, masyarakat seolah-olah mahu membunuh masa depannya. Tak nak bagi dia berlakon? Apa dia nak buat?
Penagih dadah. Kalau masyarakat tak memamdang serong dan bersama membantu, mungkin kerajaan tak payah melantik Mawi sebagai duta Belia Benci Dadah.
Banyak yang telah ku pelajari melalui dia. Dia telah menjadi guru pendamping dalam hidupku.
Pernah aku terdengar "Untuk menjadi peminat siti, anda harus setabah siti". Kini aku tak boleh menyangkal.
Namun ia bukannya mudah. Lantaran masyarakat sudah menghukum. Kenangan yang banyak tercipta, membuatkan sedikit sebanyak aku turut terasa.
Bagaikan diri ini yang diperkatakan dan disakiti. Kerana dia dekat di hati.
Emosionalkah aku? Gilakah aku?
Aku yakin aku rasional. Beradalah di tempatku, baru anda tahu.
Perkahwinannya diancam pelbagai. Fitnah, gossip dan juga telur tembelang yang ingin dibaling ketika menaiki kereta kuda. Sempitnya pemikiran!
Hanya kerana dia memilih untuk tidak mengikuti kata masyarakat, dia dicemuh. Dikatakan perampas. Gila harta.
Satu sahaja. Cuba letakkan diri anda di tempatnya. Bagaimana?
Sedikit cahaya dalam gelita…
Maaf kerana menaip dalam hati yang panas. Aku sudah lama ingin meluah. Tapi tiada siapa yang mampu mendengar.
Kerana hanya aku yang tahu apa yang aku rasa. Dan meluahkan di blog adalah satu cara yang termudah.
Dalam pada kepanasan hatiku, sedikit damai melihatkan senyumannya di samping suami tercinta.
Rasanya ianya bukan palsu atau pura-pura. Ia tulus dari hatinya. Dia bahagia, aku pun gembira.
Menelefon Dora di KL. Rupanya dia pergi ke majlis berinai semalam. Dan menurutnya siti tetap siti yang dulu. Amat peramah.
Siti turut mengatakan dia takkan berubah. Jangan memanggilnya datin, panggil sahaja macam dulu.
"Datang berlindung waktu susah dan senang, tumpang berlindung waktu susah dan senang"
Itulah moto di laman web rasminya yang terbaru, sitizone.com
Kini ianya telah direhatkan, kerana pelbagai pihak cuba menangguk di air keruh menganai peristiwa ini.
Penutupan laman web ini sedikit sebanyak menyakitkan aku. Kerana aku banyak mencipta dan berjumpa kawan baru di sini. Kini siapa yang tinggal?
Dora, itupun kami jarang berhubungan, hanya melalui mesej dan blog. Di mana Cleo? Mr Frodo? Gojen? Pattzi? Zaffira?
Ikatan yang terbina terpaksa direhatkan kerana laman web itu ditutup. Nak buat macam mana, kalau ia dibuka pun masyarakat hanya akan mencemuh.
Membaca mesej untuk siti saban hari amat menyakitkan. Komen- komen yang amat tidak menjaga sensitivity dan perasaannya.
Siti & kita…
Sebetulnya, anda hanya mengenali siti dari akhbar dan majalah. Namun itu sudah cukup untuk membuatkan dia milik masyarakat, siapa lagi yang sibuk diperkatakan bulan Ogos ini?
Bukan kemerdekaan negara, tapi perkahwinan dia. Bila cerita-cerita ini diketahui, mulalah masyarakat memberi respon.
"Fuyoo!!! Mahal gila kahwin." "Ala, feeling Cinderella la tu, nak naik kereta kuda"
Dan macam-macam lagilah.
Peribadinya menjadi milik masyarakat. Bila dia bertindak di luar jangkauan pemikiran mereka, mula mereka melenting. Kita bagaikan pengaturcara hidupnya.
Sempitnya hidup insan bernama Siti Nurhaliza binti Taruddin!
Bila anda berjumpa dengannya baru anda dapat merasakan ketulusan hatinya. Walau sedikit masa yang dia luangkan bersamaku, bagaikan kami sudah berurusan lama.
Sampai bila dia nak menjaga hati kita semua? Kini biarlah dia menurut kata hatinya. Kerana dia berhak!
Epilog
Entri ini ku akhirkan di sini.
Walau apa pun, aku meminta maaf jika tulisanku menyakitkan yang membaca.
Kerana kita manusia yang diciptakan berbeza-beza. Pengalaman kita berbeza. Mentality kita berbeza. Perspektif kita berbeza.
Cuma toleransi kepada hati dan perasaan orang lain.
Hidup cuma sebentar. Apa guna dihabiskan untuk berdengki dan memikirkan untuk menjatuhkan orang lain?
Beri setiap individu peluang untuk hidup. Kerana dia, mereka dan kita berhak untuk menentukan hidup kita sendiri!
Kisah ini amat panjang. Rupanya luahan di blog juga tak mampu menceritakan segalanya. Bisakah kenangan 11 tahun dibunuh begitu sahaja?
Apa yang pasti, aku akan tetap di sini, berdiam diri dan memerhati. Sokongan akan tetap ku beri, memikirkan selama ini dia menceriakan hidupku, walau mungkin di hatinya sedikit hiba.
Ini adalah sedikit sumbanganku kepadanya. Biarlah dia kini bahagia dengan dunianya. Bila lagi kita hendak membiarkan dia bahagia?
To siti, you’ve accompany me throughout these days, and you’ll still be. What
ever people say, believe in your heart, and do what you want. No matter what, we
are still here with you (although many have backed up)
Selamat Pengantin Baru Siti Nurhaliza & Khalid Muhamad Jiwa!
sugite kita hibi zenbu de
All the days that have passed up to now
ima no atashi nan da yo
have made the current me
kantan ni ikanai kara
It's because things aren't simple,
ikite yukeru
that I can go on living.YUI - LIFE
Wassalam
2 comments:
da best ever blog i've been read bout my lovely singer in my life 'Datin Siti Nurhaliza'....keep it up dude..
tq anonymous... keep visiting yeah!
Post a Comment