A busy life... and My Heart...

0029 – 5 September 2006
A busy life… and My Heart…

Prolog

Hi! Lama tak bersua. Sehingga seakan terlupa adanya laman ini untuk bercerita. Terlupa ‘ adanya ‘tanggungjawab social’ ini yang perluku lunaskan.

Sebetulnya, banyak cerita yang terjadi sepanjang aku mendiamkan diri. Setiap detik yang berlalu pasti ada sesuatu. Hidup penuh bicarakan!

Dan setelah lama tak bersiaran, rasanya semakin hilang kemahiran untuk menulis. Ianya perlu selalu dan kerap!

Menelusuri apa yang pernah kucoretkan selama ini, aku sedar betapa pantasnya masa berlalu. Banyakanya kenangan telah tercipta, hingga kadangkala aku sendiri terlupa.

Dan menelusuri segalanya membuatku sedar sesuatu. Gaya penulisanku di dua zon selesaku amat berbeza. Berbeza isi dan sentimental valuenya.

Di zon 113 – aku lebih bersikap formal. Menceritakan hari-hari yang berlalu. Kerana sememangnya ada hari yang berlalu!

Di zon selesa ku yang satu ini (apa perlu ku namakan?), aku lebih sentimental. Lebih berperasaan. Lebih jiwang. Kerana di zon ini ku rasakan masa seakan terhenti. Dan masa yang berlalu tidak ku rasai. Aku bagaikan tiada daya.

Ini adalah coretan dari zon selesa tidak bernama ini.

Cuti…

Ya, aku di rumah. Menghadapi cuti pertengahan semester. Patutnya ku gembira. Tapi?

Cuti ini menyedarkan aku. Tentang betapa pentingnya kerja-kerja yang bertimbun dan masa yang sibuk kepada diriku. Bila ku diberi peluang untuk rehat sebegini, aku jadi kalut. Sedikit kaget, kerana tiada kerja perlu dilakukan.

Aku hanya menghabiskan masa dengan tidur. Kalau sekali dua, memang menyegarkan, tetapi kalau selalu sangat? Ia menyakitkan.

Aku menjadi semakin tak sihat begini.

Dua situasi berbeza, bila aku sibuk dan senang lenang. Dua rasa berbeza. Dua dunia berlainan.

Ketika sibuk, diri mendambakan rehat. Tapi bila berpeluang, aku letih berehat!

Letih berehat? Bagaimana tu?

Tinggalkan dulu persoalan itu. Aku tak bisa merungkainya sekarang, kerana diri aku sedikit kacau di dalam.

Biarlah aku kembali menulis seperti dulu. Menceritakan hari-harai yang telah ku lalui.

Hurm, di mana ingin ku mulakan?

Last sekali, aku update blog ini ialah pada hari selasa 22 ogos 2006. Ya, tepat dua minggu!

Rabu 23 ogos

Ku rasakan hari itu membawa satu kenangan buatku. Kerana pertama kali dalam hidupku aku menderma darah!

Maybe for some people it is not a big deal, but for me it is!

Aku pernah tidak menjadi menderma darah di KMNS dulu kerana aku makan panadol dua hari sebelumnya. Penat beratur bersama rakan-rakan, berkobar-kobar, tapi hampeh!

So, kiranya rabu itu memang aku layak menderma la!

Aku pergi pun atasa dasar sendiri, malas mengajak kawan-kawan yang lain.

One thing, I realized bout my friends, diorang ni dasar tak reti nak involve apa-apa. Kadang-kadang berbuih mulutku mengajak, namun mereka tak mahu. Masih di dunia mereka sendiri. Amat sukar bila berurusan dengan mereka!

Jadi, hari itu, lepas kelas, aku terus berbasikal ke Canseleri Lama. Isi boring, dan terus diuji. Lepas 30 minit, selesai! Tak payah nak merayu rakan-rakan untuk pergi bersama. Berdiri di atas kaki sendiri la kan!

Seriously, lepas derma darah tu, aku rasa bertambah segar. Tak pening tak de apa-apa. Aku berbasikal balik ke rumah dengan selamat, tak pula pengsan tengah jalan. Makan, rehat sebentar, sibuk berbangga dengan parut lukaku dan semuanya dalam keadaan segar.

Rasanya bagaikan semangatku dicas semula. Tak tahu la darah-darah yang ku dermakan itu darah-darah kotor! (hehe, matilah sapa dapat!)

Bagus juga, hari yang memberi erti. At least lepas ini aku tak ralat lagi bila nak menderma.

Dan misi aku lepas ini – aku nak derma darah aku banyak-banyak! Sebab one thing aku rasa lagi sihat, and another I can help people too. Isn’t that good?

Khamis 24 Ogos

Boleh lah ku katakana hari itu hari professional. Kenapa?

Pada sebelah paginya aku telah berjumpa dengan dekan FKKSA. Menolong rakan mengenai jemputan untuk program MATRESS (program chemical engineering untuk bebudak matriks).

Dan untuk program itu juga aku telah ke Canseleri Baru yang tak pernah ku jejaki untuk menjemput Dekan bahagian research (aku lupa pula pangkatnya). Rasa macam orang besar pulak hari tu, jumpa macam-macam orang.

Petangnya pula, aku ada appointment dengan hakim kat Mahkamah Syariah Kuantan! Memfailkan tuntutan cerai. Hehe.

Projek Institusi Islam. Kiranya berjaya juga projek itu setelah sekian kali tertangguh.

Cakap pasal projek ini, kiranya aku bengang juga dengan pengurusan kumpulan kami. Memang sengaja aku biarkan mereka buat kerja, baru mereka rasa bagaimana susahnya nak uruskan sesuatu.

Aku kiranya sudah berpengalaman menguruskan projek dan macam-macam, sedangkan mereka duduk studi di bilik. Sekarang rasalah, projek sekecil itu pun mengeluh nak buat.

Tapi tutup cerita. Dah habis pun. Cuma nak buat presentation je. Harap takde apa-apa yang berlaku.

Tapi balik tu sesuatu berlaku juga! Benda nak jadi, aku tak boleh menolak. Terima je lah. Tambahkan pengalaman aku.

Jumaat 25 Ogos

Kelas macam biasa, Cuma aku rasakan sesuatu. Betapa banyaknya aku telah meninggalkan pelajaran!

I’ll try to catch up, that’s my promise, no matter what. Hope my pointer will be better than last semester.

Tanggungjawab datang lagi. Diminta menguruskan publisiti bagi gerai kelab yang akan dibuka pada hujung minggu ini.

Aku buntu pada mulanya. Nak cari idea apa? Memandangkan kewangan kelab yang tak stabil, takkan aku nak melampau-lampau.

Tambahan pula, aku seorang yang nak membuatnya!

Susah sebenarnya kalau nak mintak tolong orang! So I better do it alone. Prepare myself for the future.

Jalannya, aku recyclekan streamer Martial Art Night minggu lepasnya, menjadi satu banner besar! Spray mana patut, dan hasilnya kira ok la memandangkan aku membuatnya seorang diri selama setengah hari.

Kerja publisiti, bukannya aku tak boleh menolak. Tapi ianya terlalu dekat di hati, dan aku ingin lakukannya. So apa lagi!

Sabtu 26 Ogos

Esoknya, bangun agak lewat. Hari sabtu yang mendamaikan, tidur la lebih sikit.

Tapi terkocoh juga bersiap untuk ke astaka. Menghantar laptop untuk simulasi pertama.

Untuk apa?

KUKTEM bercadang untuk mencipta rekod Malaysia. Kiranya sempena penutup bulan kemerdekaan, adalah simulasi sebanyak 504 laptop yang akan membentuk bendera Malaysia.

Camna nak terangkan ya,

Cuma bayangkan je lah setiap skrin laptop akan menjadi fragment of a big flag.

So kiranya aku mesti nak mengambil bahagian. Dapat sijil MBOR tu! Setaraf siti la aku lepas ni!

Tinggalkan laptop di astaka, balik sambung publisiti semalam. Sampaikan aku rasa sedikit tertekan dan pening. Akhirnya meminta juga bantuan housemate. Mujur ok je nak membantu.

Bergegas ke gerai, memasang mana yang patut. Dan jaga gerai sampai malam! Letihnya hidup aku kan?

Tapi best juga. Jual ayam panggang, dadih dan macam-macam alat telekomunikasi.

Terpempan juga tengok seorang rakan mempromosikan barangan. Terdetik di hati kenapalah aku tidak boleh berbuat begitu.

Mengexplore gerai-gerai bersama seorang rakan. Kenangan manis la juga =)

Balik dalam keadaan penat.

Emosi terganggu sedikit apabila seorang rakanku menghilangkan external hard disk ku!

Aku tak kisah hilang, Cuma aku tak suka untuk meminta ganti. Kerana bila konflik begini boleh bergaduh.

Lagipun dia kiranya agak berada, aku yakin dia boleh ganti. Cuma klip-klip dalam tu? Aku cuba sabarkan diri ketika itu, menganggap ianya ujian Tuhan.

Nyaris aku batalkan plan keesokannya!

Stay up sampai pukul 3 membaca presentation yang perlu kubuat keesokannya.

Ahad 27 Ogos

Di saat aku sibuk membuat publisiti gerai seorang diri pada pukul 2 pagi jumaat itu, aku menerima mesej, “Kamal, tolonglah hari ahad ni. Kau je boleh tolong”

Kalau mintak tolong memang mulut manis. Cuba kalau aku yang meminta?

Tapi aku adalah aku. Aku tak menolak. Walau aku tahu aku akan susah nanti.

Lagipun, bila rakan-rakan meminta pertolongan, aku jarang menolak. Kerana ku rasakan akan tiba masanya aku pula akan meminta.

Tapi selalunya tak denya diorang nak membantu. Hurm, baiknya aku ni!

Bertolak awal ke Canseleri Lama. 715 am! Tidur dahlah lambat. Tengok-tengok seorang pun takde! Geram aku!

Well, I’m just a cameraman. So apa taraf aku nak marah-marah. Lagipun kawan aku tengah susah, so aku diam je lah. Takut tambahkan masalah pulak. Ikhlaskan hati…

Dalam kepenatan aku menunggu. Dan bila tiba tugas aku, aku merakam. Rakamkan Mock Job Interview dari industri.

Bila aku merakam baru aku sedar kalau aku ikhlas, perkara baik akan berlaku. Beradanya aku di situ, sebagai pemerhati. Dan aku juga belajar.

Dari lensa kamera itu, dapat aku lihat bagaimana proses interview dijalankan. Oleh industri pulak tu! Kiranya aku tengok live!

Dapat juga aku belajar sedikit demi sedikit demi bekalan masa hadapan. Memang banyak input yang aku dapat.

Walau pada awalnya tugasku dikatakan berakhir pukul 10 pagi, tapi akhirnya berakhir pukul 1 petang! Tapi aku rasakan berbaloi, kerana banyak yang aku pelajari, dan aku sudah berkenalan dengan macam-macam orang.

Dan dapat sijil pulak tu! Jadi cameraman terjun pun dapat sijil dari HEP! Huhu!

Balik ke rumah dengan penat. Tido. Mesej masuk memanggilku ke gerai. Waa!!!

Merayu mereka, mengatakan aku penat sangat. Teramat. Sejak dari rabu lagi bagaikan tanggungjawab tak berhenti. Pelajaran makin terumbang.

Mujur mereka mengerti. Kiranya aku bebas dari jaga gerai.

Malam ku menjenguk juga. Pulang awal kerana ada discussion yang perlu diikuti.

Sedikit bengang bila sampai ke rumah. Macam aku sahaja yang menepati jadual. Bayangkan 50 minit lewat!

Hello, u are dealing with a busy man right now! Hormatlah sikit waktu orang!

Bukannya aku abaikan tanggungjawab aku pun. Aku yang kena bentangkan tajuk sanggup stay up sampai pukul 3, tapi diorang tak reti hormat.

So, what can I say. Mengamuk la jugak aku malam tu. But cepat-cepat jadi professional.

Bentangkan tajuk dengan selamba dan biasa. Berbaloi stay up.

Isnin, Selasa, Rabu

Putaran waktu. Biasa sahaja, tiada yang terlalu menarik.

Emosi naik turun. Konflik tenggelam timbul.

Khamis menjelang!

Here we come Genting~!!!

Turun KL pukul 10 pagi. Naik ke Genting pukul 1. Sampai pukul 2. Check in hotel dan rehat-rehat.

Pukul 4 menjelajah segalanya. Berpecah kerana semua nak tunjuk kepala masing-masing! Syukur masih ada yang sekepala. (tahan geram kejap)

Tangkap gambar, lepak-lepak, main-main. Macam-macam la.

Balik ke bilik, kongsi 9 orang. Berhimpit jugak la tidur. Asal boleh…

Bangun pagi, naik kereta kabel lagi ke atas, ke Snow World!

Feeling salji sikit! Tangkap gambar lagi. Dan macam-macam

Konflik sikit lagi (wat tak tahu je)

Dan balik.

Baru sedar – I’m broke!

Jumaat, Sabtu, Ahad

I’m broke and tired.

So I just laid on my bed, resting myself. Want to go out, but I’m broke.

Bosan. Main internet.

Terkena virus! Rosakkan connection aku!

Geram dan bosan.

Decide to go back to KUKTEM early!

Lenyapkan kebosanan ini, dan bersiap sedia untuk 3 test minggu depan – Fluid Mechanics, Thermodynamics dan Microbiology.

So that how it was.

Isnin dan selasa

Nothing much to say.

I’m tired and bored.

Dan aku akan kembali ke sana khamis ini!

Tak pernah aku merasa seteruja ini untuk kembali!

Penutup

Aku penat, tapi ingin menulis. Otak bercelaru, tapi nak susun ayat. Aku ingin ceritaku didengar dan difahami, tapi tak mampu menzahirkannya.

Hurm! Apakah

p/s – am I falling for another? No more Dealova, I has become a history in my life. Now it is My Heart! (promosi - filem Heart akan ditayangkan 7 September ini!). Aku pun tak tahu mana hujung pangkalnya, tiba-tiba ia hadir. Aku pun tak tahu apa perasaanku sebetulnya, biarlah masa yang menentukan.

My Heart
by Irwansyah & Acha Septriasa


disini kau dan aku
terbiasa bersama
menjalani kasih sayang
bahagia kudenganmu

pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita

bila kita mencintai yg lain
mungkinkah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang

if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all
wouldn’t reach my love
even just one night
our love will stay in my heart
my heart

pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita


:::YTBACK!!!:::

0 comments: