Its 3 am and i'm chill...

0064 – 13 Januari 2006
Its 3 am and I’m chill…

Prologue


Well here I am again, writing my heart out.

It is 3 am in the morning. A chilly night. Rain pouring outside, like it will never stops. I somehow feel cold, but a little calm inside.

Raining = chill

It has been like this for a week. Rains pouring down from sky and it never stopped. Hanya berhenti untuk seketika, kemudian mencurah kembali. Tak tahu apa dah jadi dengan cuaca di sini. Dah seminggu. Serius.

Bila keadaan macam ni, suasana menjadi sejuk. Agak sejuk bagiaku kerana aku kurang tahan sejuk. Ke kelas pun pakai sweater. Berfesyen la sikit. Tapi what’s the point?

Pergi ke kelas meredah hujan, menaiki basikal. Kelas, hujan. Balik kelas, meredah lagi. Mandi untuk elakkan demam. Lepas tu kena pulak g kelas seterusnya, meredah hujan. Macam hampeh kan.

Well at least my immune system works well. Tak selsema, tak demam. Tapi tu sebelum petang tadi la.

Fever

Petang tadi, somehow lepas meredah hujan dari lab, aku rasa pening sangat.

Aku tak nak mengaku aku demam, sebab nanti aku akan demam. Its kind of phychological thing. Kalau aku fakir aku demam, memang aku kan demam. So aku wat tak tau je.

Tapi, time menunggu maghrib aku terlelap. Aku jarang terlelap, sebab aku selalu lelap on purpose. Ini serius aku tak sedar. Sedar pun sebab kawan kejut sebab maghrib.

Masa dihabiskan dengan tidur sejak dari pukul 8 hingga 12. Rasa ok sikit. Pukul 12 baru dinner, makan makanan yang dibeli rakan awalnya.

Yang hampehnya, aku terbangun pukul 12 tu pun sebab lapar la. Dah la lapar, mata nak jugak tidur. Jadi sementara nak betul-betul sedar tu, I was having some kind of minda-separa-sedar thing.

Aku mimpi depan aku ada makanan yang biasa tapi sedap sangat nampaknya. Yang kelakarnya, aku siap ambik gambar makanan tu lagi, nak buat sebelum dan selepas macam blog mr manager (huhu)

Yang hampehnya, bila bangun n pergi bukak makanan yang kawan aku beli, aku hampa. La, ini je ke dia beli? Jauhnya dari mimpi aku tu. Nama pun mimpi!

Nak tak nak telan je la.

Esok sabtu…and weekend?

Esok sabtu. Hari yang mendamaikan. Best tau bile mengetahui ada hari yang boleh bangun lambat, buat plan sesuka hati dan menjelang ahad meratapi plan-plan bodoh yang dibuat untuk hari sbtu. Huhu, biasa la tu.

Esok pagi memang takde plan apa-apa. Petang, maybe nak jog. Malam aku kena splitkan badan aku jadi dua. Satu pergi dialog unit kediaman kedua ni, dan satu lagi pergi training taekwon-do. Dah seminggu tak buat apa-apa. Tapi baju basah la, hujan!

Pagi ahad, dengarnya ada gotong royong perdana. Damn! Hampeh gila. Here goes my weekend. Looks like I only have Saturday morning by myself. Dan aku mungkin mensiakannya, sebab aku tengah stay up tulis blog ni. (huhu)

One thing, kenapa la diorang sibuk-sibuk nak ganggu cuti orang? Buat gotong royong bagai. Bukannya kotor sangat pun. Bilik aku, rumah aku, kira ok je la. Maybe, sebab diorang tengok rumah-rumah lain, sebab tu lah kena sekali. Hampeh!

Dan to those yang kat um or ukm tu, jangan ingat aku nak involve sangat dengan aktiviti ni. Kuktem ni kecik je. Susah nak lari ke mana-mana. Lain lah korang, nak lari gotong royong g mid pun boleh.

Somehow, aku rasa macam time aku cuba lari dari gotong royong asrama masa kat semashur dulu. Dunia kuktem memang kecik macam asrama. Hurm!~

New semester

Talking about other thing, this week kinda hectic actually with the started of all subjects. Slowly they accelerated, and I hope I will not left behind. Nak cuba cope.

Petang tadi baru bergelumang dengan diesel, petrol and charcoal untuk lab. Mungkin combinantion menatang-menatang tu dengan hujan, menyebabkan aku demam sedikit tadi.

Chemical engineering thermo – dah mula. Banyak sangat rumus. Aku dah mula blur. Harapnya aku boleh studi pagi esok! (harapan tinggi nih!, ke harapan tinggal impian?)

Mass transfer, heat transfer – rasanya boleh lagi

Probability n stat – mula2 pening lalat

Titas – projek macam selalu. Aku dah bosan!

Mandarin – kelas tadika dah bermula. Wo she Kamal. Wo jinnian ershei sui. Wo she seln’er ren.

Huhu tah betul tah tidak aku tulis tu!

Tkd – program dari hati ke hati? Aku jadi ajk publisiti lagi for the 7th time! Hampeh tol.


Penutup

And I can see lots more to go. Banyak lagi projek yang diorang mintak aku jadi ajk. Jangan publisiti lagi sudah la!

Hantar borang untuk menambahkan kerja aku cuti 3 bulan nanti. Expoconvo.

So aku dapat jugak habiskan masa aku kat sini, dari meratapi hidup dekat rumah, mencari-cari orang untuk dihubungi, keluar macam orang gila, meratapi macam-macam. (emosional la plak)

Somehow, this semester has broadened my perspective in seeing me as a future engineer.

Seriously, at school I never thought about it. Always want to be a doctor. But everything that happens for a reason right. So just follow the track.

Will be a tough semester. Will try to write more on it. Want to strive to change this blog tone! Ganbatte!


:::YTBACK!!!:::

2 comments:

papik said...

maken lame.
maken banyakkkkkkkk aktiviti anda.=]

Irina said...

Salam..
Dasat gak eh, kul 3 pg update blog.. Hehe.. Kalau aku la, hujan2 tu yang paling sedap tido! =)
Gotong-royong? Hehe.. Mmg teringat balik masa kat semashur.. Ye la, kat situ je yg ak penah terlibat acara gotong-royong nih. Ble dah ke matrik, x penah plak dibuat. Kt ukm pun, kalau ade, mesti time tu aku balik umah!! =p
Neway, ble ko cite psl subjek2 tu, mmg diakui susah.. Nasib baik termo n titas dah lpas. probability n stat baru blajar this sem. Sm2 r kte doa ye..
Pape pun, just nak wish good luck! Take care of ur health.. ye la, kalau dah bergelumang dengan sedara-mara diesel n petrol tu, mmg resipi utk sakit. Apatah lg musim2 ujan camni..

Cewah! Berleter lak ak kat blog ko nih. Maaf ye.. =p