Her...

p/s - baru aku perasan aku teruploadkan entri yang aku taip selepas aku taip entri ni. well, as usual, ignore the tone if you dont like it, you have the choice to accept it or not...

0070 – 09 Februari 2007
Her…

This entry is dedicated to her. Her, her and her. Nothing but her.

I seldom talking openly about her. Cause it is something that lies deepest in my heart, and I thought it is too personally for me to publish it for the world to see. But not anymore.

Entah kenapa aku ingin bercerita. Mungkin inilah kisah yang buat aku tergerak untuk tulis blog, dengan harapan at some point, she will know what I feel.

Living in denial for a year, meeting someone on and off, gone to the wrong directions, making turns, just to forget and to restrain myself from thinking about her. Banyak perkara separa bodoh yang telah aku lakukan semata-mata untuk melupakan segala rasa untuknya.

Tak ku nafikan, dia amat tinggi tarafnya. Dan dialah cabaran untukku memiliki. Sayangnya, dia terlebih dahulu dimiliki, dan untuk mencuri milik seseorang, mahupun untuk merampas bukanlah diriku. Aku terlalu baik untuk berbuat demikian.

Segalanya aku dasarkan pada dia. Aku biarkan dia buat keputusan. Aku hanya mampu untuk berdampingan dan menyatakan kewujudanku di sisinya. Aku tak mahu dia merasa tertekan dengan kehadiranku, dan aku tak mahu dia susah keranaku.

Aku biarkan dia memilih. Mungkin nyata aku bukan pilihan kerana ada yang lebih dekat di hatinya. Ada yang lebih dahulu di hatinya. Ada yang lebih baik di hatinya. Ada yang lebih lelaki di hatinya. Aku siapalah.

Sudah setahun berlalu, rasa itu datang dan pergi. Mulanya aku berkemampuan untuk menidakkannya. Di tengahnya aku sedikit rapuh dan sunyi kerana aku cuba menjauhkan diri darinya. Sehinggalah aku memilih jalan yang salah, dan bertemu dengan beberapa orang yang aku rasakan mampu membuatkan aku leka.

Namun ia bukan begitu. Setelah lama ku berfikir, aku sedar, aku masih menaruh harapan padanya. Tapi apa boleh aku lakukan? Seperti aku katakan, aku adalah aku. Aku tak mahu merampas.

Ada ketikanya, aku rasa bodoh juga menyerahkan segalanya pada takdir tanpa berusaha. Bagiku, ada, adalah. Takda aku teruskan jalan. Nyata sekali lagi aku tak mampu meneruskan.

Memang, aku ada bertemu dengan yang lain. Ada yang menggembirakanku selama ini. Ada saja.

Namun rasa itu tidak sama. Aku kini nyata dapat membezakannya.

Segala rasa yang tercipta untuknya, membuatkan aku keliru bertemu dengannya. Hatiku berdebar bila aku terserempak dengannya. Aku meneliti diri, supaya pertemuan aku dengannya adalah sempurna. Aku girang bila melihat dia tersenyum dan tertawa indah. Dan aku sedikit simpati bila aku lihat dia berduka.

Dengan yang lain aku tiada rasa begitu. Entah kenapa aku tak tahu.

Mungkin ada yang mengatakan, dan aku pun telah acapkali dinyatakan, dia mungkin bukan untukku. Teruskan jalan. Banyak lagi orang di dunia ini. Banyak nasihat aku terima menyatakan demikian.

Ada juga mengatakan, aku mampu untuk mendapat yang lain. Bagiku, mungkin benar, tapi perlukah aku ciptakan rasa untuk seseorang, semata-mata aku ingin berdampingan?

Dan mungkin juga entri ini pun akan dikomen dengan mengatakan sedemikian. Kerana itulah yang mereka nampak. Bagi mereka, di saat inilah mereka perlu berkata demikian, supaya aku tidak terus hanyut. Supaya aku teruskan jalan. Supaya aku jadi seperti biasa.

Jujurnya, aku tidak perlukan lagi kata-kata sedemikian. Aku tahu apa akan dikatakan kalian jika aku terus menerus meluah mengenai perkara ini. Janganlah membuang masa menulis kata-kata yang aku sudah tahu.

Kerana bagiku, rasa itu aku yang rasa. Rasa itu yang datang dan pergi kepada diriku. Mungkin nanti, takdir menentukan dia bukan milikku, saat itu aku tak mahu kalian tertawa. Kerana pada tika dan saat ini, inilah yang aku rasa, dan aku percaya hati aku sendiri tidak akan menipu.

Aku percaya kata hatiku, dialah orangnya. Walau seluruh dunia katakana tidak. Apa-apa ajalah!

Aku tak tahu bagaimana dan ke mana lagi akan aku lanjutkan rasa ini. Mungkin saat ini, biarkan saja ia di sini, menemani.


:::YTBACK!!!:::

3 comments:

Hilman Nordin said...

after bace benda nih kan.. aku xde la nak bagi nasihat ke pe.. aku taknak bgtau pe yg ko da tau.. tapi aku nak ko bgtau pe yg aku tatau.. hehe..

spe dier?

salam.

Irina said...

Salam..
*nods with hilman*
Hehe.. Yala, sape dia?? =)
Neway, reading this post brings to mind my own quest to get the man of my dreams, literally.. Ahaks..
Juz kidding.. Neway, good luck k.

Have fun today!

iki comot said...

hye...i think i know what u feel..coz its same like what i've been through...but the different is sy pernah memilikinya..tp entah dimana silap dan slah,dia pergi bersama pilihan hatinya yg lain...sehingga kini sy masih menunggunya..memikirkannya..dan blog yg ditulis hanyalah utk dia..mungkin dia tak pernah mengerti..sy juga cuba bertamu dgn pelbagai org yg difikirkan mampu mmbuatkan sy bahagia..terlupa mengenainya...tp benar..perasaan itu x sama semasa bersama dgnnya...dan kini..sy hanya mampu berserah..mendiamkan diri..