0069 – 09 Februari 2007
I hate stupid people!
Pro-entri
Memetik kata-kata fiebie di dalam blog popularnya,
I hate stupid people!
Yeah, I do hate stupid people. Kerana diorang semua orang susah. Kerana diorang, semua orang yang bersalah mahupun innocent disalahanggap. Kerana diorang, orang lain banyak kerja.
Tak faham?
Ni bukan bodoh dari segi intelektual lah ye. Ni bodoh dari segi perlakuan. Atau pemikiran. Bukan akademik. Kalau bodoh akademik, takdenya dapat masuk ipta.
Kisahnya
Aku pergi sembahyang jumaat hari ini. (ayat macam la selama ni aku tak pergi… huhu). Aku pergi sembahyang jumaat macam biasa la. Hari jumaat kan. Dan kebiasaannya aku memang cuba atur jadual aku supaya dapat dengar khutbah, sebabnya bila hari jumaat je, memang setan banyak bergantung dekat mata, lebih-lebih lagi tengah hari.
So there I went. Prepare to hear the khutbah. I thought as usual it would be something remindful. I do endure this moment cos, for me, in my busy life, this is the only chance for me to get reminder and remind myself, that I, is still a servant of Him.
Walaupun kadang-kadang isi khutbah aku dah boleh agak, sebab ayat dia memang selalu sama je. Amar makruf nahi mungkar. Esakan Allah dan sebagainya. Memang itulah yang patut dilakukan kan. Cuma bila nak melakukannya tu yang selalu susah sangat. So, walaupun dah tahu, dengar je lah. Muhasabah diri.
Dalam pada tu, ada jugak aku terasa dengan kata-kata khatib tu. Terasa pulak diri ini hina. Tapi bila keluar masjid, sama juga. Bila nak ada peningkatan tak tahu la.
But, apa yang aku pelik hari ini isi khutbahnya. Menjauhi zina. Aku tahu ni tajuk common. Dan its ok la kan. Tapi being in kuktem for these years, make me realize that there is something wrong.
Sebabnya khatib ni lecturer jugak, so selalunya isi khutbah memang ada kaitan dengan recent event. Macam penjenamaan UMP hari tu, khutbah pasal marilah kita berhiijrah dengan semangat dan nama yang baru. Lebih kurang macam tu lah isinya.
Khutbah pertama diisi dengan ayat-ayat dari al quran. Peringata-peringatan.
Tibalah khutbah kedua,
“sejajar dengan ayat-ayat yang telah dibacakan tadi, mimbar jumaat menyeru
warga UMP khususnya, agar menjauhi zina. Dengan pelbagai laporan terbaru yang berlaku, mimbar ingin mengajak semua supaya terus menjauhi zina, agar
penjenamaan semula KUKTEM kepada UMP tidak dicemari dengan noda dan seterusnya kita semua diredhai Allah”
I knew it! Something happened. Tapi its ok lagi for me at that time. Aku takdelah keluar dari masjid tu nak pergi tanya semua orang siapa yang kantoi (kuktem kecik je, 3000 lebih, so maybe aku kenal la). So aku buat tak tahu, with my head filled with informations that something has happened, someone or a couple has ‘kantoied’ (ada ke ayat ni?) dan aku terus balik ke bilik kawan aku.
Berborak-borak. Layan mata sekejap. Sehinggalah…
“ko tau tak kat blok ** ada orang kantoi jadi gay?” kawan aku cakap.
“huh, ye ke? Siapa? Macam mana? Bila? Siapa yang tangkap?” my curiosity ran high cos this is unusual.
“ada la orang tangkap”
Kisahnya – another version
Di suatu malam yang sunyi, seorang penjual nasi lemak (aku tak tahu bila actually, tapi selalunya diorang jual waktu malam la), dengan gigihnya membawa dua plastic berisi nasi lemak turun naik blok.
Di hatinya hanya ikhlas untuk mencari rezeki yang halal untuk meneruskan hidup di UMP tercinta ini. Walau di benaknya, terbayang-bayang assignment, kuiz, tuto yang berlonggok di bilik, dia tekadkan hati menjual nasi lemak tersebut.
Feeling seperti Siti Nurhaliza menjual kuih, dia pun mengalunkan “nasiiiii lemakkkk, nasiiii lemakkkk” sambil membuka satu bilik ke satu bilik.
(penjual direct selling kat UMP ni memang macam tu, main bukak je bilik orang nak jual barang. Ada satu hari tu, siap nak jual seluar jeans dengan batu cincin kat aku! Hampeh!)
Tibalah di satu pintu, dia membuka,
“Ya Allah! Apa korang buat ni!!!??” dia terkejut.
Plastic nasi lemaknya terhempas ke bumi bak bunga-bunga berguguran. (effect sket). Dia melopong di hadapan bilik itu.
Terlihat olehnya dua orang (lelaki obviously) tengah melekat dengan seorang di belakang seorang yang lain. (bayang-bayang sendiri la, beta malas nak gambarkan, bukan beta tengok pun!)
My point is…
Hampeh tak budak-budak ni? Gila la kantoi busuk macam tu je. Tak tahu kea pa maknanya kunci bilik bila buat projek?
Tahulah projek tu terkutuk, takde ke daya usaha nak cover and kunci pintu? Sekarang dah kantoi, tak pasal-pasal nama busuk dan kena gantung pulak tu.
Dah tau tak normal, janganlah kantoi. Cover sikit. Ni kan masa depan dah punah. Memang nak kena pergi kursus budak-budak ni, supaya tak kantoi busuk macam tu dan rosakkan masa depan.
Don’t get me wrong, I know that is wrong, n aku bukannya nak jadi penceramah untuk kursus “Mari Belajar Bagaimana Caranya Untuk Buat Projek Yang Tak Kantoi”. Aku bukannya menyokong.
Cuma aku hairan apa yang diorang fikirkan. Maybe that is them. Tapi janganlah kantoi macam tu.
Tau tak, diorang punya pasal kantoi, semua orang susah!
Si khatib, agaknya susah nak mengatur ayat khutbah supaya sesuai digunakan di dalam masjid, demi bagi peringatan jangan hampiri zina. Si penjual nasi lemak mungkin fobia perkara sama akan berulang bila dia menjual nasi lemak (mungkin juga berakhirnya karier penjual nasi lemak).
Si, JPK tak pasal-pasal kena buat kerja, bila tengok aras diorang bermasalah. Si yang menjaga mahkamah UMP, tak pasal-pasal kena pergi dengar perbicaraan malaun-malaun ni.
Dan yang paling penting, bagi kami yang tak bersalah, kami pun dianggap begitu juga, dan semakin banyak peraturan ketat yang dikeluarkan, semata-mata, kononnya untuk membendung masalah. Hampeh betul budak-budak yang kantoi tu, menebabkan orang lain susah.
Ye la, authority takkan nak duduk diam je, mestilah diorang guna kuasa diorang, feeling jadi Dolores Umbridge dalam Harry Potter tu, buat another Decree of Education.
Sehinggalah yang innocent pun terbabit sama, terpaksa mengikuti peraturan yang ketat macam tu. Hampeh betul budak-budak yang kantoi tu.
Tribute to kantoiers
Nii bukan pertama kali jadi macam ni.
Hari tu, tak pasal-pasal keluar pekeliling mengatakan laki dan perempuan tak boleh duduk semeja di kafe pada waktu malam. Kalau dua tiga orang takpe.
Ni lah mendatangkan masalah. Kadang-kadang tu assignment bukan nak buat dengan laki je. Mesti ada perempuan sama. Kalaulah ditakdirkan berdua, kan ke susah nak cari muhrim ketiga (setan tak dikira di dalam kes ini, sekian terima kasih!)
Hari tu pun aku nyaris kantoi sebab duduk berdua buat assignment. Selamat ada datang kawan ketiga.
Sebab apa pula ada peraturan ini?
Ada pulak diceritakan dan diriwayatkan, orang kantoi bercium sakan di kafe waktu malam. Tak tahu la macam mana seriusnya, tapi kalau dah bercium, paham-paham je lah.
Memang ada je, aku pun perasan. Tapi lantak ko le, buat pandai la cover. Ni bila ko kantoi, aku pulak yang susah!
That’s why I do hate stupid people! Menyusahkan orang lain je.
Ni kang tak pasal-pasal keluar pulak laki tak boleh berdua-duaan dalam bilik, kan ke susah.
Post-entry
Nasihat aku kepada si pengantoi, learn how to tak kantoi! Jangan susahkan orang. Tak pun, jadi je lah budak baik, jangan buat benda-benda yang mengantoikan.
Korang bukan je menyusahkan orang lain, malahan masa depan korang. Nasihat ni.
(aku bukan baik sangat nak bagi nasihat ek, aku pun jahat gak, ada dirty little secret gak, tapi tak lah kantoi!, pandai makan, pandai simpan beb!)
2 comments:
salam..
for me.. diorang mmg da stupid the moment they decide to do the project. LOL!
hey... manusia dicita lain-lain bangsa untuk kita saling berkenal kenalan. ada yg sama jantina, ada yg lain... tapi bile da msuk bab nak cari pasangan.. binatang pun pandai.. isy isy..
sori la kamal.. aku bab2 nih.. bengang sket bace.. tp kat U* ni pun ape kurangnye jugak.. tak tau la pe nak jadi skang nih..
tapi kan kamal.. kdg2 aku cme bleh benci dalam hati je.. nak tgur paling aku lemah.. ntak la.. sampai bila la iman aku nak kekal tahap "adha'ful iman.." huhu...
doakan kita sma2 dpt tingkatkan iman da menegah kemungkaran.. sume bermula pada diri sendiri.. thx for sharing..
i agree with u..n hilman too..
n with febie,
about the stupid people thingie..
Post a Comment