Mistaken Identity?

05 Februari 2007
0067 - Mistaken Identity?

Jikalau…

Jikalau aku mati, akan apakah kata orang mengenaiku?

*huh, kamal, kenapa tiba-tiba fikir pasal mati pulak ni*

Ya, memang aku selalu fikir pasal mati. Cuma aku selalu menidakkannya.

In fact, aku pernah juga bermimpi aku mati, siap dibacakan talkin dan aku tak boleh bergerak. Sehinggalah aku sedar, ianya hanya mimpi.

Saat itu aku amat takut, meninggalkan banyak tanggungjawab yang belum diselesaikan. (I think I have told this to someone – you know who u are, or maybe you just forget)

Nak juga aku tahu, apa kata orang mengenaiku ketika itu. Adakah baik atau sebaliknya. Atas nama apakah akan aku dikenang? Dan adakah segala kesalahanku akan tetap diingati dan diceritakan serta menjadi buah mulut orang?

Adakah aku akan dikenali sebagai seorang yang baik, atau sebaliknya. Entah kenapa, aku merasakan pasti ada yang mengingatiku sebagai mamat poyo dan sengal, yang suka membuat lawak ke atas semua orang, happy go lucky, dan sebagainya.

Mungkin juga aku akan diingati sebagai seorang yang tak berfikir dalam membuat tindakan (jika ada yang terasa dengan lawakku), atau seorang yang panas baran.

Apakah ia?

Kadangkala, bila aku memikirkannya, aku semakin menjaga perilakuku. For the sake of that time.

Identiti?

Umum mengetahui, aku seorang yang ceria, happy go lucky dan mesra dengan semua orang. Aku melayan semua orang seadanya. Aku tak pandai untuk memberikan taraf istimewa untuk seseorang. Dan mungkin kerana itu, aku masih keseorangan tanpa teman istimewa kini.

Tapi, jika anda kerap membaca blog ini, dan mungkin juga blog di friendster, mungkin anda sedar, yang kadangkala aku merasakan aku hanya wujud di depan semua orang dengan memakai topeng yang aku rasa orang akan sukai. Aku juga pernah meluah, aku bukanlah seperti yang digambarkan, kerana banyak yang tersirat dari yang tersurat.

Aku juga pernah menginginkan untuk meluah segalanya tanpa sempadan kepada semua di blog-blog ku. Tapi atas sebab keselamatan dan keselesaan diriku sendiri, kadangkala aku hanya bercerita di atas angina, tanpa menyentuh rasa mana-mana pihak.

Kadangkala, aku berfikir, mengapa aku dilahirkan ‘baik’ sangat. Aku seringkali menjaga hati orang lain. Nak buat tu tak boleh, nak buat ni tak boleh, semuanya mengikut apa yang orang lain akan katakan mengenaiku. Seringkali juga perilakuku hanya didasarkan kepada apa yang orang suka aku lakukan.

Sehinggalah, kerapkali juga, tindakan itu memakan diri. Hati orang dijaga, hati sendiri mati!

Tapi aku juga tak menafikan itulah diriku yang sebenar. Walaupun tak seratus peratus, bukankah tindakanku melambangkan aku?

Mungkin anda sedikit pening membaca tulisanku ini. Aku hanya buntu.

Pernah dengar tak orang pernah berkata, untuk mengenali seseorang agak mudah berbanding dengan mengenali diri sendiri. Aku mengakuinya.

Aku kerapkali bertukar-tukar persepsi mengenai diri aku sendiri. Kadangkala aku menginginkan diriku seorang yang memberi bahagia kepada orang lain. Kadangkala pula, aku ingin menjadi pentingkan diri.

Proses mengenali diri sendiri ini amat panjang. Aku perlu berfikir sedalamnya ke dasar diri. Dan ianya sukar.

Pengakhiran…

Sehinggalah kini, aku terkeliru mengenai identity sendiri. Akukah ini, yang menaip segala rasa di dalam entri ini. Atau bukan aku?

Siapakah aku?

Dan apakah akan kalian katakan mengenaiku, saat aku menutupkan mataku?


:::YTBACK!!!:::

1 comments:

bro said...

that is normal.. most people put up a different identity in public.. but in private, they have totally a different personality.. my advise to you, your blog is not a private place.. it is still a public place..:)