Serenade

0068 – 08 February 2007
Serenade

Prolog


Tuhan ku inginkan, secebis harapan
Hanya padaMU ku serahkan
Apakahkan ada ketulusan jiwa
Yang menilaiku seadanya?

Itu adalah serangkap dari lagu Secebis Harapan, nyanyian Nora. Finalis AJL baru-baru ni. Walaupun dibayangi kontroversi berkaitan originality lagu ini, aku tetap menyukai lirik dan melodinya. Tampak sesuai.

Apa kontroversinya? Lagu ini dikatakan milik seorang penyanyi dari Israel, Ishtar, yang tajuk asalnya Horchat Hai Caliptus, sebuah lagu lama Israel yang dicipta pada tun 1963, dan diberi nafas baru oleh Ishtar (orang kata dia ni taraf Siti Nurhaliza lah kat sana)

Yang masalahnya, lagu Secebis Harapan nyanyian Nora ni berjaya masuk AJL, satu pertandingan ciptaan lagu yang sudah sama baya dengan aku, dan salah satu event yang aku tunggu-tunggu sepanjang tahun (walaupun selepas Siti tak masuk AJL, aku dah mula kurang tunggu)

Tapi persoalan kredibiliti dan kematangan AJL sebagai satu pertandingan yang sudah mencapai usia separa dewasa, meragukan. Kalau senang je lagu ciplak boleh masuk, dari Israel pulak tu, kenapa tak je bagi masuk sekali bertanding lagu ciptaan composer Indonesia tetapi dinyanyikan artis tempatan?

(aku still emo sebab Bukan Cinta Biasa tak boleh masuk AJL masa dulu, Biarlah Rahsia pun takkan masuk AJL). Memang aku membicarakan mengenai Siti, sebab bagi aku, dia mewarnakan AJL. Kalau setiap tahun, aku tunggu-tunggu gimik apa yang dibuat. Dan ia adalah penantian yang menggembirakan, bila semuanya berbaloi, dan aku merasa puas.

Macam AJL tahun ni, walau aku tak tengok live (macam Azly), ataupun dekat tv masa disiarkan, bila aku download klip, aku tak puas hati. Banyak persembahan yang tangkap muat, dan kalau yang boleh dibanggakan pun satu dua je. Too much for an event that shared the age with me!

Entahlah, AJL makin hambar sejak Siti tak masuk. Atau aku je rasa macam tu?

Lupakan dulu soal tu. Tu baru mukadimah je. Aku nak berbicarakan topic lain.





Apa yang buat korang minat sesuatu lagu?

Melodinya kah, liriknya kah, penyanyinyakah, komposernyakah, atau korang ikut je apa orang lain dengar, sebab kalau tak dengar korang rasa ketinggalan?

Pandangan kita mungkin berbeza, sebab bagi aku, aku tak dapat pisahkan diri dengan lagu-lagu, atau secara amnya muzik. Ianya yang membantu hari-hari aku. Aku pencinta muzik.

But, it hit me hard, when I realized that, sometimes, the song that I love so much, has no impact whatsoever on other person. I do believe we have different point of view, but it makes me wonder why.

Requirements

So aku berfikir, kenapa aku minat sesuatu lagu, dan it jump out to the conclusion as follows:

- aku minat sesuatu lagu tu 1stly, kalau lirik dia best, dan ada kena mengena dengan hidup aku. Aku prefer lirik yang berunsur motivasional, or again, anything that I can relate to. Banyak juga lagu yang telah memberi aku semangat dan dorongan, contohnya Tertewas Lagi (Yusry), Tak Tercapai Akalmu (Elyana) dan Erti Hidup (Dayang Nurfaizah).

- Secondly, aku suka lagu kalau ia mampu membuat aku merasa apa yang diceritakan di dalam lagu tu. Ia menggabungkan lirik, muzik dan suara penyanyi yang menyanyikan lagu tersebut, adakah mempunyai jiwa atau tidak. Kalau nyanyi setakat leleh je, tapi tak berkesan, aku tak suka. In other word, aku suka lagu yang boleh buat aku menerawang bersama. Contoh – Taman Langit (Peterpan), Ku Menunggu (Siti Nurhaliza), Beradu Di Khalayaln (Siti Nurhaliza)

- Thirdly, macam sebab kedua, aku ingin merasa apa yang ingin disampaikan oleh penulis lirik, dan adakah muzik yang disertakan sesuai dengan lirik yang dimainkan. Adakah lirik merintih akan merintihkanku dengan muzik yang merintih? Kalau aku rasa macam tak kena, dan feel tu tak masuk kat aku, aku tak suka. Contoh lagu yang betul-betul merintih aku, Cuba Untuk Mengerti (Siti Nurhaliza), Bisakah (Siti Nurhaliza), For You I’ll Die (Marion Raven), Will You wait For Me (Kavana)

- Untuk lagu rancak, aku percaya lagu tu best bila ia mampu buat aku menari dan menyanyi bersama. Tak kisahlah aku humming je ke, atau kadang-kadang tu nyanyi tanpa sedar. Itu menunjukkan aku memang tertarik dengan lagu tu. Kalau ia easy listening, aku akan pastikan ianya memang easy listening. Contohnya – Tanpamu (Farahwahida), Tak Ada Logika (Agnes Monica), The Feeling Is Gone (M2M), That’s When I Love You (Aslyn Mitchell), Ku Milikmu (Siti Nurhaliza)

- Satu lagi, aku tak suka lagu yang popular dekat orang lain. Bagi aku, bila itu berlaku, dan orang lain dah tahu lagu tu, aku hilang minat. Macam lagu tu bukan milik aku lagi. Funny eh. Tulah kebanyakan lagu Siti yang aku minat, memang orang tak pernah dengar, dan tak popular, tapi in term of kebestan kira ok lagi. Banyak jugak lagu yang bila dah popular aku tak minat dah – contoh My Heart (Irwansyah & Acha)

- Dan last sekali baru aku pilih sebab penyanyi. Kalau macam Siti Nurhaliza, Peterpan, The Corrs, M2M, aku memang dengar dan layan tanpa apa-apa rasa. Kira aku akan sesuaikan mood aku bila aku dengar lagu diorang ni, sebab bagi aku lagu diorang ni berkualiti. Bagi aku la. Orang lain aku tak tahu. Takrifan kualiti bagi aku, sama seperti cirri-ciri di atas.

Tu sebahagian list yang boleh aku tulis sekarang mengenai lagu kegemaran aku. Tak tahu la kalau zaman beredar, ciri-ciri ni pun berubah.

Lagi-lagi lagu

Sebenarnya aku percaya kepada fakta yang setiap lagu mempunyai kekuatan yang tersendiri, dan perlu dihayati sepenuhnya. Aku memang menghargai lagu yang baik, sebab ia membawa gembira pada aku.

Dalam simpanan aku sekarang sudah hamper 2100 lagu. Aku simpan je, kadang-kadang bukan dengar sangat pun. It is interesting tau, kadang-kadang bila aku pasang kat playlist, n randomkan dia, lagu yang aku tak sangka keluar. Dan kadang-kadang bila dengar, itu yang akan mendatangkan minat.

Tu pandangan aku la. Aku bukannya orang yang ikut je menonong tak tentu pasal. When it comes to song, first I will look for the lyrics. Kalau lirik best, suara tak best pun takpe. Sebab sekurang-kurangnya lagu itu membawa makna.

Dan macam mana pulak kalau aku tak faham lirik, contoh lagu jepun atau cina. Aku tengok melodi. Kalau memikat aku ok je.

Dan kadang-kadang ia juga perlu bantuan luar seperti video klip yang best atau seksi, macam Morning Musume (huhu). Bila imej menarik aku, serta merta lagu pun aku suka, dan secara tak langsung lirik dia pun aku boleh tangkap sikit-sikit dan hafal.

Banyak sebenarnya lagu yang telah aku minat. Kalau nak list memang takut ada yang tertinggal. Sebab aku rajin mendownload dan lagu-lagu baru kerap muncul kan.

So, itu je lah opinion aku atas bagaimana aku memilih lagu yang aku minat. Sebab dengar lagu tu memang minat aku. Lain la kalau aku minat manga ke, mungkin aku pun ada requirement atas manga yang best.

Penutup

Agaknya tu yang membezakan aku dengan orang lain. Aku selalu beremosi dengan lagu. Melalui lagu aku meluah perasaan, melalui lagu aku merasa perasaan, melalui lagu aku mencipta perasaan, melalui lagu juga aku perasan!

Perasankan lagu-lagu cinta yang best-best tu berlaku kat aku. Mata bertentang mata, hati berdebar n so on.

Gosh! Bila nak berlaku ni!

ak_0143 – sedang ingin bercinta *huhu*

P/s

p/s – abaikan last post, tengah depress sebab test masa tu, plus something happened. Ni dah habis test, tu yang boleh meraban kat blog

p/s – thanks yang komen. Really appreciate it! Pasal UMP, memang semua kolej universiti tukar nama la. KUIM jadi USIM. KUITTHO jadi UTHOM. Tu je aku tau.

p/s – about last post on friends, actually mungkin ada yang anggap aku bertuah sebab ada diorang. Well, yes I am. Tapi itupun selepas aku mencari dan berjumpa dengan ramai orang. Aku tak tahu apa taraf aku di hati mereka, tapi bagi aku mereka kawan.

p/s – somehow bila aku baca komen on the last post, rasa bersalah pulak. I do have other friends. It is you all – the friends that I gathered through the net. Hilman, Irina, KD, red_mummy, Bro, Dora, teddybearhijau, and others yang jadi silent reader. Thank you for your time to know me through the blog.

p/s – rasa bersalah tu mainly on Hilman, Irina n KD. Nanti bila aku dapat gambar korang, aku buat post khas ek. Tapi jangan harap sangat pulak! hehehe


:::YTBACK!!!:::

4 comments:

Hilman Nordin said...

salam...
jap.. ko pun knal teddybearhijo? spe org tuh? hari tu ttb dier comment kat blog aku.. to teddybearhijo, if you are reading this.. tell me who you are, for the sake of kita nak kenal lebih rapat la.. bukan nak marah ke pe.. huhu..
(but, i do have a few names yg aku agk dia adlh teddybearhijo tuh..)

eyh.. ala.. ignore post lepas? aku x sempat nak komen pun lg.. hmm jgn depress byk sgt eyh? hmm.. mimp sal mati.. DIA nak kita insaf tuh..

pasal lagu:time ni aku da xde identity lagu da.. skang lagu yg aku x paham yg aku dgr.. lagu2 anime yg aku tgk.. huhu.. biarle..bg aku lg elok klu aku tek reti nyanyi menatang alah tu.. klu x asyik nak melalak je.. heheh.

pasal nk letak gambar kd, irina n me..: well, its up to you.. huhu.. pe2 pun.. aku ske bce kat tmpat nih, jd, ko tulis le pe ko nk.. ko pnye blog kn? heheh..

hmmm
*Hilman:Olivia-A little Pain (lagu anime Nana)

salam...

bro said...

hik.. I am worst.. kadang suka sesuatu lagu, but I did not even know who the singer and the title of the song..as if masa dee jay radio sebut nama penyanyi dan tajuk lagu, my ears kena block agaknya..

Siti is my favorite too.. but dont ask me la to list her song.. for sure I cant remember but I love most of her songs.. teruk kan..

Irina said...

Salam..
Hehe, entri kali ni psl lagu, best! Hehe.. Ye la, ak pun antu lagu gak! Ahaks.. Tapi, rasanya xdela smpai 2000++.. Ade la lebih kurang 5GB.. =)
Setuju ngan ko psl

"Secondly, aku suka lagu kalau ia mampu membuat aku merasa apa yang diceritakan di dalam lagu tu. Ia menggabungkan lirik, muzik dan suara penyanyi yang menyanyikan lagu tersebut, adakah mempunyai jiwa atau tidak."

Betul tu! Kdg2 lgu yg dinyanyikan kte x phm pun ape maksudnya. Nak ckp simbolik & poetik, xde pun, tp siapalah ak nk mengomen, hehe.. Pokoknya, ak suka dengar lagu yg melodinye best, lirik menarik & suara sedap. But the again, that's only my opinion, eyh.. Hehe..

Psl gambar, setuju ngan hilman.. X kisah pun, it's up to you.

PS : Ko ngan Hilman mmg ada talent menulis, so keep on writing! I'll keep coming here.. Hehe.. Cuma kdg2 lambat komen, sbb skarang dh mula sibuk.. =)
Wish me luck!

Anonymous said...

hohoo...
owh, lagu?
besh2!
music mmg punyai pengaroh beso 4 me...
huhuu...
mmg people takan sangka type songs yg didengari oleh kiter...
hey, im a die hard fan of mcr!
cis betoi...
tatau la gano leyh sesat sampe ke situ...
srious...
so skang mmg denga type2 yg pop punk, more into emo, and ade metal2 gag la...
hahah... [ganaznya ak0...]
but i do listen to yg macam anuar, peterpan[gila suka ini!], n memacam la, kang kalu cite pasal music, da jadik blog sendirik lak kang...
xmemasal...

hoh, wow!
kamo xde anggap kiter as 'sumting'?
hoh, such a wonderful person u're...
4 me, kamo tatap stranger, koz, mmg ta knal pon kan...
terjumpa pon bab di sato waktu lalu merayap2 kat net...
[tu mmg hobi koz ske carik sumting tok dibace n act leyh wat kiter berpikir...] tu yg terjumpa kam0 tuh...

[hiLman...]
hoh, a few names???
sapekah?
hahaa...
so, rase2 da tauk ka sapa kita?
*sowi...*
terjumpa si kamal ni..
(eh, leyh ka panggil kam0 kamal? bab rase2 owg terapat kamo aja panggil ito owk?)

hum, kuktem... dulu kiter matrik pahang...
[eh, amanka kam0 blaja sana? hahaa, dulu kat pahang, bapak teseksa!]

pasal post lepas...
sama!
but after all, jgn dok pikir lebey ngat...
huhuu...
jadikan panduan, guide tok melentur ari2 mendatang...
hahaa...

*panjang kan!*
bab tu jarang p komen kat owang len...
anti ske wat jadik blog sendirik...
n ske gila bace kamo...
hohoo...
sowi la kalu do bace tp ta tinggal cenderamata tok kamo...
sowi2...
troskan menaip...
*kakadang keje mlambak gile, g on9 semata2 nak bace sumting... huhuu...
thanx to u...*

(^^)"//