0077 – 25 Mac 2007
Kalaulah…
Huish, dah seminggu rupanya aku tak berbunyi.
Tapi macam baru semalam je aku rasa aku update blog ni.
Tengok-tengok dah seminggu, so kena update jugak la.
Current life
Actually, aku tengah busy gila dekat sini. Mulai jumaat minggu lepas aku test.
Di mulai dengan Material & Energy Balance, yang rasanya hampeh sikit kowt, kemudian isninnya ada pulak Heat Transfer.
Selasa overlap antara Mass Transfer dan Probability and Statistics. Rabu ada pulak Titas dan Mandarin. Khamis rest sekejap, Jumaat ada Chemical Engineering Thermodynamics.
Macam tu la. Akhirnya minggu yang penuh penyeksaan jiwa dan raga dah berakhir. Officially abis je test thermo semalam, aku terus qada’ tido dari pukul 8 malam sampai 12 tengah malam. Bangun sekejap buat kerja mana patut, pastu sambung tengok movie sampai pukul 4.
Bangun pagi ni, pergi wat kerja kejap, pastu pergi servis kereta for the first time, qada’ tidur, pergi pulak meeting pertama bahagian aku, yang aku kena pengerusikan.
Esok, kena bangun pagi buat lab report, aku bajek aku akan sempat online pagi tu untuk update blog (jika anda baca ni, maknanya aku berjaya la update), petang ada discussion, malam pulak ada meeting expoconvo kali kedua.
Macam tu la hidup aku kat sini. Berputar-putar kat kerja.
Macam yang aku cakap dulu, tanggungjawab ni nak tak nak kena jugak aku buat. Aku sekarang ni
So harap anda semua faham pertapaan aku dari blog ni.
The entry
Aku nak cerita apa sebenarnya ya. Sebenarnya ada je idea, lama jugak aku pending nak menaip pasal ‘benda’ tu, tapi tak terluah. Kalau aku tulis sekarang, gelombang tu tak sampai. So better aku simpan dulu ek (saja je buat suspen huhu)
Nak cerita ke tak nak
Hurm
Ok lah, cari gelombang sat.
Ini entri yang aku keep pending dari tulis. Sebab aku pending, sebab aku tak nak menukar mood ceria diblog ini kepada macam biasa – ‘the tone’
Sampailah kadang-kadang aku fakir balik, kenapa aku tulis blog. Dan aku realize, aku bukak blog pun sebab nak menceritakan apa yang berlaku pada aku. Dari dalam diri. Tu yang nama blog ni Yang Terdalam
So, it is no point for me to keep pending it. Maybe aku melalut, merapu atau merepek je dalam ni, the objective here is to make me feel better when I express everything out.
My apology if you feel when you read my post, u get bored. Sori sesangat. Aku bukak blog ni untuk diri aku.
PRECAUTION – IGNORE THE TONE
So, here comes the story…
Kalaulah… kalaulah
Macam-macam kalaulah aku selalu fikirkan.
Dan proses pemikiran itu berlaku bila aku merasa kesunyian.
I admit, with my current schedule, aku memang sukar merasa sunyi. Tak sempat pun. Tapi bila aku nak tido, bersiap-siap di atas katil, aku nerasa sunyi. Takde siapa nak bermesej, tak de siapa nak aku ceritakan.
Don’t get me wrong, I do have some people that have their best place in my heart, but as human yang asyik mahukan lebih, I somehow don’t want peoples, I want the people, the special one.
It always hit me hard from other’s words on my current life. Ingat aku tak nak ke bercouple? Nak je, cuma kadang-kadang masa dan tempat membatasi.
Dan bila aku sunyi begitu, aku mula lah berfikir. Dan tugas aku sebagai peratap yang setia, aku meratap yang telah berlalu…
Kalaulah…
Kalau lah… masa sekolah dulu, aku terus meluah kepada si A, mungkin aku dah couple dengan dia, dan aku tak jeles tengok dia dengan balak dia sekarang…
Kalaulah… masa bulan Julai masa first year aku di sini, aku terus meluah, juga kepada A, mungkin aku dah couple dengan dia.
Masa tu aku mesej tanya dia apa kedudukan aku di hatinya. Dia jawab tolong jangan serabutkan fikiran dia ketika itu. Aku sebagai kawan yang baik, mengatakan aku saja je kacau dia begitu. Sebab, aku inginkannya, pada masa yang sama aku tak nak hilang dia sebagai kawan. Tengok-tengok sebulan lepas tu dia mula couple. Dan akhirnya, aku terlepas…
Kalaulah dekat matriks dulu, aku sedar si B meminati, pasti aku hargai dan pasti aku dah couple sekarang. Sekarang ni, tengok je dia dengan balak dia…
Kalaulah aku terus usaha mendapatkan si C ketika itu, pasti (korang tau je lah). Sekarang ni, dia makin baik dengan balak lama dia, dan entah kenapa aku jeles.
Kalaulah aku tak buat salah dekat si D, mungkin at least aku boleh bergantung harap padanya. Kini nak mesej selalu pun dia tak balas. Rasa meminta-minta.
My point is…
Banyaknya kalau. Kalau itu, kalau ini. Tapi semua dah berlalu.
Dan aku, a.k.a peratap setia hanya boleh melihat kenangan lalu dan meratap.
Kalaulah aku cepat sikit, kalaulah aku sedar, kalaulah aku terus berusaha, kalaulah aku tak buat salah, semuanya dah jadi kenangan.
Banyak
Hurm.
Post-entry
Kesimpulannya, jangan buat entri bila anda tak de rasa gelombangnya!
Bila baca balik apa yang aku merepekkan kat entri ni, aku sedar, tone nya tak sedih sangat la. Kelakar pulak
Aku ingatkan nak buat entri sedih-sedih, biar orang nangis-nangis, tengok-tengok…
Kesimpulannya – jangan buat entri bila takde gelombang! Dan jangan buat entri bila busy, sebab nanti jadi tak best!
2 comments:
tuu dia...entry seminggu sekali...almaklumlah kan terlalu sibuk....lainla macam aku ni....24 hours terecongok depan laptop...heheheh
hmmm...manusia memang macam ni kan?..kalau boleh semuanya ingin diputar kembali masa..supaya kita dapat membetulkan segala perkara2 yang kita buat
but you know what?..we can't turn back time... and you have to live with the consequences...
kengkadang aku rasa apa yang kita mahu adalah sama walaupun sebenarnya kriteria kita adalah berbeza...
looking for the special someone is quite tricky ...but somehow you will find the one in a matter of time
salam...
ok la tuh ko update for every week
(xpe kn guna ganti nama aku ko, if u rasa janggal coz maybe kita x kenai sgt, do tell...)
if u sempat berkunjung at my frenster blog, tgk la brapa lama aku dh x update
(n thanks for putting my blog link here, tekejut gak la, hehe...)
bkn xnk update, just dunno wat to write
anyway, about ur post...
mmg, bnyk perkara yg dh lepas, yg kita rasa nyesal why we did like dat
tp, no one can predict the future, rite?
apa2 tindakan kita at dat time mmg merupakn tindakan terbaik pd fikiran kita pd ketika itu
tanpa mengetahui adanya tindakn lain yg bole membawa hasil yg lebih baik
tp tu sume still atas ketentuan ilahi
kita as a hamba just mampu berusaha, n just tgk la hasilnya nanti
about all dat couple stuff, p tny hilman
dia lagi pengalaman kot pasal benda2 nih...
(ye kn hilman? hehe...)
all da best
Post a Comment