Am I Not Good Enough??? – Part 2

0087 – 25 April 2007

Am I Not Good Enough??? – Part 2

I know I have been tickling you guys with the promos… and I know I’ve made u guys tak senang duduk bila aku tak update. Hehe sengaja beta berbuat demikian.

Best plak perasaan dinanti-nantikan ni… (kejam tak?)

Been busy packing all my things and settle down some mjor things before holiday start. Aku daftar untuk short sem, antar basikal dekat makmal kimia untuk disimpan, pack kan kotak untuk diletakkan ke dalam stor, jumpa lecturer untuk tanya ada boleh tak tolong tengok-tengokkan kereta aku untuk 2 3 hari.

Susah sikit aktiviti packing kali ni. Aku kena pack untuk 3 benda. Untuk dihantar pulang, untuk simpan dalam stor, dan untuk mendaki gunung.

Mendaki gunung? Well, sabtu ni aku akan mula ke gunung Ledang, Ledang Mind-Field Journey namanya. Harapnya dapat lah settlekan kepala aku yang sreabut ni sebelum mulakan short sem.

Aku akan kembali ke sini Isnin, dan rabu short sem akan bermula. Cuti ni memang aku takkan balik sebab ada short sem, aku nak baiki satu subjekl yang aku dapat d+ dulu. So nanti kurangla sikit efek kat pointer aku.

Dan as i told u before, the responsibilities that i’ve took will be started during this holiday. Cuti ni lah akan menentukan berjayanya ke tak Expoconvo’07 UMP. So i have to stay.

Eh melalut plak.

Ok back to the story.

(Sila baca macam mula-mula cerita bersri kat tv tu…)

Promos on Am I Not Good Enough??? Part 2…

  • Budak yang aku anti tu buat something yang menyusahkan roommate aku dan kawan-kawannya yang betray kitorang tu!
  • There are something fishy happened which makes my roommate have to make something yang buat aku tambah bengang gila dekat dia!
  • Bengong tak bengong la UMP ni, tiba-tiba ada “Hostel Allocation”. Kalau takde kan tak tambah masalah. Dahlah kena apply time dekat-dekat final, pastu tambahkan orang2 gaduh je.

Starring…

  • Mr. AK (aku la tu)
  • Mr. I (roomate aku... or should i say, x-roomate?)
  • Mr. S (budak yang aku anti tu…)

Previously on Am I Not Good Enough???

  • kemunculan icon “Hostel Allocation” menyebabkan suasana UMP kucar kacir. Semua berebut untuk mendapatkan roommate!
  • msg dari mr. S membuka segala cerita. Pencarian roommate oleh mr. S akhirnya membuka satu rahsia yang disimpan oleh oleh mr. I yang dia sudah membelakangkan mr. ak.
  • Kekelamkabutan (ada ke ayat ni) budak D12 mencari housemate baru untuk dicukupkan satu rumah dan mengelakkan di campak merata-rata semester depan menemui jalan buntu
  • Housemate berpotensi cuba dihasut oleh mr. I supaya tidak menerima pelawaan mr ak untuk menjadi roommate bersama.
  • Mr ak yang memang poyo dan emo melampau merasa bengang dan menulis blog separuh jalan, amik exam, sambung balik, sampailah entri lepas di publishkan
  • Ramai orang menantikan sambungannya... (eheh)

And Now Am I Not Good Enough??? Part 2 continues…

Setelah dua tiga hari kami mencari housemate, kami menemui jalan buntu. Aku pulak rasa macam takde harga diri, meminta-minta untuk dijadikan roomate. Perasaanya jangan cakap la, memang makan dalam!

Masa ni lah baru tahu siapa kawan, siapa lawan. Dan seperti yang aku cakap sebelum ni, aku sedikit berterima kasih mepada mr s kerana telah membuka topeng dan mendedahkan wajah sebenar mr i.

Ada kawan yang tumpang bersimpati, ada kawan yang mendengar (thanks), ada kawan yang mengelakkan je (kawan ke ni?) apa pun, ia membuka seluruh makna kawan.

Aku berputus asa. Lantas aku fikir baik aku tumpu dekat peksa je. Sebabnya memang perkara ni efek emosi aku. Jiwa kacau kata orang. Yelah memikirkan ada orang tak suka cara kita. Aku memang tak selesa bila fikirkannya.

Sampai aku berkeputusan, lantaklah sapa roomate aku semester depan. Tak penting pun! Budak letrik ke, mechi ke, awam ke atau komputer, cina ke, india ke, merokok ke, tak ke, gemuk atau kurus ke, lantak lah. Asalkan semuanya perangai tak macam si mangkuk arcopal ni!

Sampai satu keadaan tu, aku siap dilawakkan lagi, ”kamal, ko buatlah memo satu UMP, tulis – Roomate wanted, plzz call ******”

Bagus jugak idea tu, nanti aku tulis sekali spesifikasi yang aku nak. Hensem, kacak bergaya, perangai tak macam sial, dapat terima orang, dapat terima datuk k! Huhu

Aku gelak je bila dilawak begitu. Tapi terasa gak kat dalam. Yelah, keadaan kita macam takde harga diri kan. Meminta-minta. Sedangkan bukan salah aku.

So aku wat tatau je. Studi pun dekat bilik orang lain, sebab bilik aku rasa ’panas’. Aku nak dengar lagu tak boleh, lepas tu bilik sunyi sepi macam kena langgar geruda! Mengantuk aku, baik aku g tempat lain.

Aku studi macam biasa. Jawab peksa macam biasa. (efek2 tu ada la) taoi aku cuba biasakan keadaan.

Dan sampai hari sabtunya, aku keluar. Menenangkan fikiran. G beli barang-barang untuk daki gunung tu.

Bila aku balik rumah...

Hampeh!

Balik umah, penat-penat. Lepak atas katil. Roomate hampeh tu tengah tidur atas katil atas. Rasa nak letak ubat gigi je kat muka dia. Ala macam kat sekolah dulu-dulu! Hehe

Datang la kawan aku yang seorang ni.

”Kamal, ko tau tak, tadi mr i ni dapat msg dari mr s. Mr s tak nak amik dia jadi roomate, sebab dia dah dapat roomate lain. So sekarang 3 orang kawan kita yang takde housemate la sekarang”

Aku terus tergelak. Gila-gila lah. Tapi aku still cover. Budak kat atas tu dah bangun. Aku buat-buat la kutuk si mr s tu. Macam-macam la. Tapi hati aku cakap, padan muka! Nilah pembalasan untuk kau! Kejam tak kejam la.

Tapi cerita kemudiannya lagi tambah aku panas hati.

Cerita kemudiannya...

Kawan aku cerita, pagi tadi masa semua tak bangun lagi, dan aku dah keluar. Si mr I dengan seorang member dia yang kena buang oleh mr s tu, yang kamceng ngan dia lah, dah try untuk daftar kan nama untuk hostel allocation tu.

Aku panas hati. Tapi tak cukup panas...

Yang hampehnya, tiba-tiba dia nak masuk rumah kitorang balik! Dah ludah jilat balik. Sial betul! Ingat senang-senang je kitorang nak terima korang lepas korang buang kitorang!

Dahlah senang-senang buang aku dan kitorang, lepastu bila kena buang, sedap-sedap je assume kitorang nak terima balik. Senang je kan macam tu? Kitorang ni apa, sampah?

Aku tambah la panas.

Tu tak panas lagi.

Lepas tu kawan aku yang lain perasan dia try untuk apply location tu, tegur la dia pagi tu. Punyalah gelabah dia.

Kawan aku tu perasan, dia apply yang best-best untuk dia je.

Kat rumah ni ada 4 bilik. Bilik 1 besar gila. Best. Bilik 2 macam hazab! Tinggi tapi takde udara masuk. Bilik 3 kinda ok la sebab memanjang ke belakang, udara masuk dari belakang. Bilik 4, bilik aku sekarang ni paling kecik, 3mx3m kowt, tapi ada tingkap banyak. So aku tak lah rasa tersepit.

Kawan aku yang perasan si roomate aku tu apply, sekarang ni bilik no 2, bilik hazab tu. So dia harap sem depan dia tukar bilik la. Besar punya harapan tu. So dia memang meruh harapan yang tinggi untuk tidak ke bilik itu lagi.

Dan yang dia bengang nya, masa dia sergah roomate aku ni, dia nampak application tu applykan dia still kat bilik no 2 dan si roomate aku dan kawan kamceng dia tu bilik no 1! Meaning, dia try apply bilik no 1, bilik paling best kat sini la.

Kawan aku tu dah emo semacam marah la. Mana boleh dah setahun menanggung seksa dekat bilik no 2 tu, nak tambah lagi? Oleh orang yang kena buang lak tu. Kawan aku ni macam tak tahu buat apa, lepas tu dia terus bagitau aku masa aku balik tu.

Aku punya lah panas hati. Sialnya perangai macam tu sekali. Mula-mula, kitorang diorang buang. Lepas tu bila dah dibuang mr s, dia jilat ludah dia sendiri balik. Lepas nak pijak pulak kepala kitorang dengan apply macam tu! Banyak cantik!

Syura...

Aku malam tu jugak panggil 5 kawan aku yang dibuang dulu. Diorang sebenarnya rilek lagi, tapi aku yang emo banyak. Aku admit. Yela, sebab diorang still ada roomate, tapi aku dahlah kena buang camtu sekali, so dalam bilik tu aku la paling emo.

Aku cakap tu ni, nak convincekan diorang. Aku indirectly tanya la, apa rasa korang kalau korang kat tempat aku. Dibuang, diambik balik, pastu kena pijak2.

Akhir sekali diorang faham perasaan aku camna, lepas tu kitorang panggil balik semua untuk bersyura. Nak settlekan masalah ni. Awal-awal lagi, kawan aku cakap, baik ko diam kamal, nanti lagi besar jadinya. Aku setuju je la.

Bukan aku tak nak cakap direct kat roomate aku tu – wei, ko ni baik tak yah hidup la, tak reti nak adapt ngan cara orang, kira ko baik la dapat aku jadi roomate, kalau ko dapat perokok roomate ko, mesti tiap hari ko kena sembur! Baik ko mati je lah!

Seriusly, itu aku nak cakap. Sebab sakit tanggung kat dalam ni. Tapi memikirkan masa depan, mana tahu ada projek ke, assignment sama ngan dia, masalah nanti. So aku setuju la diam.

Kawan aku kira lead lah syura tu. Cakap kitorang tak puas hati tu ni, korang macam sial buat keputusan sendiri tanpa bagitahu kitorang. Dan macam-macam lagi lah. Muka diorang berkeriut-keriut absorb semuanya.

Sampailah satu ketika, si roomate aku ni dengan bodoh alanganya berkata ”korang nak letakkan aku dekat bilik no 2 tu? Korang nak aku merana ke? Tak pelah aku terima je lah... (dengan nada kesian) konon!

Aku terus tak leh sabar.

”woi, ko tak fikir yang kitorang merana, cari roomate macam orang gila, pastu bila ko kena buang, sedap je balik sini, lepas tu apply tak beritahu kitorang... bla bla bla..”

Kawan aku yang suruh aku diam tadi pun ”wei, kamal baik ko diam., aku sepak kang!” (nada gurau)

Aku diam je. Sebab aku tahu niat dia baik.

Last-last sekali semuanya selesai (kowt...). masing-masing buat keja masing-masing.

Esoknya aku apply lagi sekali yang baru macam dipersetujui. Lepas tu mintak tanda tangan semua.

So keputusannya, aku ada roomate baru, roomate sial itu ke bilik hazab, dan application tu pun dah diantar dan disain oleh semua orang.

Berakhirlah satu minggu bangang dalam tengah aku exam.

Pengajarannya...

Semua salah datuk k. Kalau dia tak kawin dengan ct, mesti sekarang semua orang suka siti lagi kan... (apa punya pengajaran la).

Terima lah orang seadanya. Adapt, that is the word. Kalo semua nak sama kepala ngan ko je baik tak yah hidup. Takde cabaran.

Bila dalam situasi bengang macam aku tu, I will help if you try to tell others. Aku bagitahu dekat kawan rapat aku sambil mengutuk macam-macam la, mencarut sekali. Last sekali hati aku sejuk sikit, terus aku boleh studi.

Masa exam week, dont get involved in emotion. Sakit wei. Selamat ni dah lepas. Pengajaran tu. Letak boundary antara emosi dan profesional.

Dan kalau susah sangat takde tempat nak mengadu, bukak blog. Pastutunggu orang komen. Lepas tu ko rasa lega dan best!

Macam aku sekarang!

Thanks guys!

P/s – sori ayat terabur sket. Aku nak update jugak, tak nak buat korang tunggu.

P/s 2 – doakan aku untuk ke gunung ledang ye. Mintak dijauhkan bala.

P/s 3 – blog-blog lain akan aku komen bila aku balik dari ledang ek! Jangan risau. =>


:::YTBACK!!!:::

6 comments:

FAIZUL said...

hahahahaha...
padan muka roomate ko tu..
padan muka dia..wakakakaka!!


kalo ak da x yah layan roomate ko tu..
tapi korang bagus kan...kalo ak x der nya syura kejadah tu...ke longkang la ko...

slamat la ukm ni dok blik sowang2...
x yah dr roomate..
lagi senang idup...!!!

ADam Dryx said...

Hehehhe!!
Tergelak baca... ada ciri-ciri DQ nie.

Anyway, look at the bright sight, banyak pengajaran yg dipelajari kan?

Dan yang paling penting sentiasa ingat,.."What goes arround comes arround". Buat jahat aderlah balasannya nanti :)

Happy "bercuti" ke Ledang diucapkan... Kalau jumpa Puteri Gunung Ledang tolong tanya mana perginya Hang Tuah :)

Irina said...

Salam..

Haha.. Mmg padan muka budak tu.. Tp tu la, tebal gak muka dia ek, sbb sanggup balik pd org yg dia penah betray dlu.. iskh3.. alamak, ayat tu cam x kena je.. hehe..

pape pun, tahniah sbb korg sekawan berjaya go through benda nih, apatah lagi waktu2 exam, mmg tension + emo + bengang gle.. tu sumer mmg le dijadikan teladan + pengajaran..

K la kamal, have a good n nice trip! naik gunung ledang? menarik!! hehe.. Have fun!

Joey said...

haahahahaha...

see..what comes around goes around

walaupun i pening membaca coretan hati yang bercelaru disebabkan oleh mungkin dalam rasa kegeraman masa menaip kot....hahahaha

good luck ...ngan rumet baru....

by the way...is he cute???..ahahahahahahaha

oh ya...MY tag board is not available for the moment...sebab takut aku tak dapat baca apa2 yang korang tulis time cuti nanti

ialah...time cuti ni i buat internship....so...kalau nak ganggu..please leave your comment

semoga berjaya...

so kepada Mr I..RASAIN!!!!!!

selamat berjumpa puteri gusti dumilah...kat gunung ledang..ahaks

teddybearhijo () said...

keh2, itu pengakhirannya? woo, sangat menarik...

bak kata pepatah, stiap yg berlaku, pasti de hikmahnya...

huhuu...

overall wut can i say...
"ur rumet da kne burn in da heLL...!"

yeah...

hum...
ledang?
lama da ta wat menatang2 yg lasak, wendunya!

hum...
papepon, troskan memblog ya...
keh2...

(^^)"

Hilman Nordin said...

post yg ni kalau xde part 3 x sah.. mmg cam drama siri weh.. aku mcm dapat bygkan cte ni kuar tv.. huhu..

jgn terase plak... huhu.. macm tu uh hidup.. kalau x susah, x sah. haha..

salam..

p/s:mesti ade part3. mesti tau!!!