Jerangkung dalam almari...

0081 - 06 April 2007

Jerangkung dalam almari…

Eerie tak tajuk? Dunno why aku nak update dengan tajuk ini.

Being inspired actually to write after aku watch a movie, that somehow initiate my thought to write about this.

Dunno what will come out, but during I watched the movie, my feelings run up and down, feeling that the situation pictured in the movie has happened to me in several ways.

It touched me deep inside and I want to express it in Yang Terdalam.

Jerangkung dalam almari...

Actually, tak patut pun tajuk macam ni. Tapi memandangkan itu je yang terlintas di fikiran aku, aku tulis je lah,

Apa maknanya jerangkung dalam almari? It indirectly means something in your closet la. Something that lies inside you, that you keep from others.

One thing, semua orang ada certain rahsia yang disimpan dari orang lain. Rahsia Yang Terdalam, yang tak boleh diceritakan. Amat sukar digambarkan, payah diluahkan. Jadi untuk memudahkan, ia terus disimpan.

Aku pun ada rahsia aku tersendiri. Aku menyimpannya kerana mungkin aku takut orang akan tahu mengenainya dan menyebabkan hidupku nanti lebih bermasalah. Mungkin juga aku lebih senang biarkan ia di situ, harapkan ianya berlalu. Aku jarang memikirkan mengenai perkara itu, tapi secara tak langsung setiap hari, itu yang aku lakukan.

Perkara itulah yang terdalam yang betul-betul menggambarkan diri aku. Mengapa tidak aku luahkan saja perkara itu?

Satu sifat manusia. Skeptical.

Mereka sering meletakkan pandangan mereka ke atas satu perkara tanpa menilai sedalamnya. Bagi mereka perkara yang berbeza dari mereka itu salah. Yang betul hanya apa yang mereka lakukan. Aku manusia, itu juga aku rasa.

Tapi bila memikirkan kembali, dengan melihat dari pelbagai perspektif, perkara yang aku rahsiakan itu bukanlah teruk sangat. Ada yang lagi teruk. Tapi macam aku cakap tadi, aku sukar meluah, kerana manusia skeptical.

Dan menjadi ketakutan bagiku jika rahsia itu terdedah dengan cara yang salah.

Pernah sekali dua aku ingin memberitahu orang lain. Aku berkira-kira untuk memberitahu. Namun, aku sukar mencari jalan yang betul untuk meluah. Sebabnya manusia skeptical,

Manusia… dan blog…

Ada manusia yang betul-betul meneliti apa punca setiap perkara. Ada manusia pula hanya mengikut, mengamalkan ilmu taklid, yang mengikut pandangan orang lain tanpa apa-apa hujah.

Aku benci manusia begitu, kerana bagi aku di mana letaknya nilai akal fikiran yang diberikan. Kenapa perlu mengikut orang lain, sedangkan anda ada fikiran dan perspektif tersendiri?

Inilah sebabnya dulu aku buka Yang Terdalam. Aku ingin menetapkan perspektif aku. Inilah perspektifku, dan jika anda ke sini anda masih boleh mengubah persepektifku dengan memberi komen, tetapi jika anda menggunakan apa yang aku tulis di sini di luar blog ini, di dalam hidup aku, itu memang aku tak boleh terima.

Blog ini dibuka atas ketidak samaan perspektif kita. Aku sedar pada mulanya aku perlu berhadapan dengan sikap skeptical manusia ke atas apa yang aku coretkan. Cuma aku tak sangka apa yang aku coretkan akan dikuotasikan di luar dengan cara yang aku tak selesa.

Perspektifku milik aku. Perspektif anda milik anda. Aku berhak menulis, anda berhak menilai. Hormati pandanganku bukan mengunakannya untuk menjatuhkanku.

This is my authority, aku berhak membuat apa sahaja. Jika tak suka jangan datang ke sini. Aku menulis hanya untuk kepuasan diri dan untuk yang tahu menghargai.

Dan bukannya kepada mereka yang suka mendedahkan ‘jerangkung dalam almariku” kepada umum bila mengetahuinya…

Sekian terima kasih.


:::YTBACK!!!:::

2 comments:

Joey said...

jerangkung dalam almari...is loosely translated for skeleton in the closet..rite....??

anyway...eveyone had a secret...same like me...although you keep reading my blog..tapi itu cuma sebahagian dari rahsia yang aku rasa ingin aku kongsi bersama..
because i really feel that perasaan aku menjadi semakin tenang dan i was relief...sekurang2nya dengan adanya my blog..i will be able to express ketidakpuasan hati ku...biarpun sometimes was too harsh!!!

ada lagi rahsia yang tak bleh diberi tau kepada orang...yang aku ni...................opsss....

aku rasa bersalah sangat...sebab aku adalah antara manusia yang terus mengikut....mengikut dengan harapan tidak disisihkan....mengikut dengan harapan diterima......so pathetic...

tapi...i'm trying to change....aku takkan mengikut lagi.....

i'll do my own decision!!!

oh ya...thanks sebab slalu pi site aku...

mrasa....komen aku tersangat panjang...ko sukala kan???

Irina said...

Salam..

Walaa.. Setuju ngan joey.. Skeleton in closet?? Hehe.. Tp rasanya mmg betul apa ko kata.. Some things mmg kte x leh cite, mmg keep as a secret. Sceptical? Mungkin.. Mungkin jga kita xmau dipandang berbeza ataw berubah dr yg sblmnya.. Mgkn kte takut xditerima, disisih.. Huhu.. Ntahla Kamal, even ak pun ada secret yg dah lm aku simpan. Ble pikir2 balik, rs nak pecah kepala.. Tp tu la, still x nk kongsi ngan org..

Oh well, everyone is entitled to their own secrets.. Pedulikan apa org nak kata Kamal, just write your own perspectives. Caiyok2!!