Therapy session...

0111 – 07 Julai 2007


Heh aku ni. Nasihat orang la kononnya hari tu.

”jangan simpan masalah, nanti jadi barah! Go n tell someone u trust”

Sekali kena kat batang hidung sendiri tu yang crack down masa hari tu.

Hidup, hidup.

Tapi one thing yang bagusnya, aku sekarang ni cepat sikit recover dari rasa sakit. Kiranya tak melarat macam dulu. Lagipun maybe sbb dah byk kali kena. Well pengalaman mematangkan.

Bagi aku kini, there are more to life! So apa yang mendatang lantak la.

Lepas aku taip entry tu aku buat apa?

Aku isolate kan diri aku. Ramai yang sms masa malam tu, aku balas baik-baik ckp aku takde mood.

Aku tutup lampu. Cuba tidur. Gelombang tidur tiada pula. Dah otak fikir macam-macam.

Capai hanset. Takkan nak sms balik orang yang sms td. Buat malu je.

Last-last aku bukak folder lama yang tak bukak. Gallery. Aku main ringtone. (ala hanfon aku polyfonik tu je).

Sekali ada lah ringtone yang macam minus one. Dalam 4 minit cmtu. Aku apa lagi, dalam gelap melalak la. Macam-macam lagu lak tu.

Last-last takde minus one pun aku bantai nyanyi. Macam-macam la. Emo gila melalak dalam gelap.

Selamat sume dah tido masa tu. Korang mesti baca gelak-gelak ni kan, kamal nyanyi dalam gelap. Well, that therapy work for me. So what? Just tell the truth.

Dan ceritanya, esoknya aku g hantar laptop aku g baiki. Kena tahan lak 3 hari. So aku diam dari internet sebab laptopku tiada bersamaku la.

Takde laptop bosan yang amat. Menaip tak boleh. Dengar lagu tak boleh. Tengok gambar tak boleh. Mati kutu dibuatnya.

Last2 aku asyik kuar je. Dengan duit yang makin kering, main redah je kuar ngan kawan aku dari matriks dulu, Azly aka Zack.

If you are reading this, thanks for the time! Aku enjoy gila. Thanks cos dengar prob aku. At last aku feel better.

N to make thing better, kitorang g karaoke! Hahaha.

Kira impian jadi kenyataan la kan. Tempah 2 setengah jam, melalak puas-puas. Pilih je macam-macam lagu.

Duh, rasa tak puas lak melalak begitu. Rasa best sekali!

Lagu yang paling best untuk aku berkaraoke – Terasing – Sudirman.

Lantaklah suara pecah ke apa. Aku enjoy!

Bila fikir balik masalah tu, apalah sangat. Sebab aku dah rasa kembali, satu je masalah yang datang, satu je cerita yang kecundang di tengah jalan, satu je perhubungan yang tak kesampaian.

Tapi the truth is, ada lebih banyak yang menyayangi. Ada lebih banyak yang ambil peduli.

Dan sebahagian daripadanya adalah anda semua! Terima kasih.

Terharu bila online balik, tengok banyak komen pemberi kata semangat. Walaupun aku sendiri takde lah baik sangat!

Thanks guys!

Hurm – sori, hari ni main taip je entry, takde rangka2 dalam otak. So easy going cmni je la ek!

Thanks again


:::YTBACK!!!:::

1 comments:

Anonymous said...

hye...zack here..
haha..enjoy gler kan ari tue..
neway,gud luck in new sem...
nnt kte joli lg abis2-an