Dia Part 2

0118 – 10 Ogos 2007

Epilog

Banyak juga yang respon terhadap entri aku tentang dia. Bermacam gaya penerimaan.

Ada yang suka entri sebegitu, ada yang keliru siapakah dia yang dimaksudkan, ada juga yang secara berdepan tanyakan aku perkara itu.

Tapi, penting sangatkah siapa dia? Mengapa semua ingin tahu? Aku tak akan beritahu, aku hanya akan berkongsi kisahnya di sini. Aku kena menjaga rahsia siapa dirinya.

Apa pun, aku kra entri tentang dia itu sedikit sebanyak mengembalikan ’tone’ Yang Terdalam sejak mula ia diwujudkan. Jika ada yang perasan, dahulunya Yang Terdalam dipenuhi dengan kisah yang ber’tone’ begini.

Dengan peredaran masa, dengan bertambahnya yang membaca Yang Terdalam, dengan kehadiran orang-orang yang kenal yang mula membaca di sini, ’tone’ itu sedikit sebanyak terhakis. Hinggalah Yang Terdalam dikenali dengan ’tone’ yang kini.

Bezanya, dulu ’tone’ itu adalah kisah aku. Tapi kini kisah dia.

Aku tak tahu sampai bila aku akan menggunakan ’tone’ ini. Yang pasti, aku hanay blogger yang menaip mengikut rasa di hati.

Dia Part 2

Malam itu dia datang lagi kepadaku.

Aku yang ketika itu sedang membuat assignment aku terhenti. Di wajahnya tergambar kedukaannya. Kerut dahinya, senyuman tipis yang terukir di wajahnya aku mengerti. Dia sedang dalam keadaan ’itu’.

”hey, wut’s up?”

”hurm takde pape la. Aku tido sini malam ni?”

Aku mengangguk. Jauh di sudut hati aku, aku tahu dia ingin berbicara. Namun dia masih cuba untuk berselindung.

Bermula dari situ, bermulalah tugas aku untuk mengorek cerita dan berita. Apa yang membuatnya jadi begitu. Dia sememangnya seakan tidak mahu memberitahu, tapi aku tahu, dia sememangnya ingin luahkan kepadaku.

Jadi kononnya, aku ni hanyalah sebagai medium yang bertanya dan mengambil berat supaya senang dia meluah. Aku sudah faham dia. Dia memang begitu.

Sedikit demi sedikit belenggunya menipis. Sedikit demi sedikit aku dapat memahami. Sedikit demi sedikit, aku cuba mendengar.

Bagiku, luahannya masih sama. Isinya masih sama. Cuma situasi dan kepada siapa yang berbeza. Masalah utamanya masih sama.

Cinta.

Entah kenapa, aku yang tidak berpasangan ini yang sering dijadikan sasaran untuk berbicara topik cinta. Kawan aku yang gadugh dengan balak dia pun tanya dekat aku. Mungkin sebab aku pendengar yang setia. Mungkin.

Kali ini, kisahnya masih sama. Dia meminati seseorang. Dia merapati, tapi tidak secara terus. Kerana baginya, dia tak mahu ianya diketahui.

Walau hanya sedikit usaha yang dia lakukan, pihak satu lagi menunjukkan minat. Dia diberi perhatian.

Masalah timbul bila dia serahkan segalanya kepada A. Yang si A pula, masih teragak-agak untuk menerima dia ni. A tidak memberikan kata putus, namun menunjukkan minat.

Dia pula, bila A respon, dia sangkakan A memang meminati. Sehingga dia angau. Sakit. Setiap mesej yang tidak dibalas A diratapi. Dia ingin tahu setiap perilaku A, A di mana, dan macam-macam lagi.

A yang masih ragu-ragu bagaikan takut. Kerana dia bergerak terlalu pantas mungkin. A pula masih tidak memberikan apa-apa.

Dan tinggallah si dia ni mengharap dan berharap. Sedangkan dia telah serahkan semua perasaannya kepada A, mengharapkan sesuatu berlaku. Akhirnya dia yang sengsara dan meratap.

Aku hanya mampu mendengar. Aku tiada daya untuk respon. Kerana bagi aku, aku orang luar. Cuma yang aku mampu buat, dengar dan harap dia bersabar. Aku kira dengan meluah, mungkin dia menjadi lebih baik.

Prolog

Tapi semua ini membuat aku berfikir.

Dalam dunia ini, kita memang ingin mencintai dan dicintai. Ada yang nampaknya begitu mudah mencari, ada yang terlalu payah, banyak halangannya.

Kadangkala kita dibuai dengan cerita romantis rekaan sendiri. Sehinggakan jika ia menjadi seperti sesuatu yang bukan kita harapkan, kita sakit.

Ia berlaku pada aku berulang kali. Bukan kepada dia sahaja.

Mungkinkah terlalu mengharap? Atau masih terbuai?

Aku tak tahu nak menghabiskan entri ini bagaimana...

p/s – susah sikit nak update, beta ada 4 test minggu ni. Doakan beta ye!


:::YTBACK!!!:::

8 comments:

teddybearhijo said...

hoh pakcik! now i wonder, sapekahdie? nape cam lalaki jak die? ughuu2~

huhuu...
test ya?
jia you! jia you!
hee...
*skenye, kiter tade test pon~ hee... tapi de satu subjek lak tetibe ber-test.. aaa...*

(^^)"

aria ayumi said...

dh mula kompius dgn 'Dia' nih. kamal de, cuba cite biaq terang lagik bersuluh pasal 'Dia' itew. huhu.

p/s-all d best 4 the test :)

Joey said...

ok...nampaknya tekaan ke arah 'itu' adalah salah sama sekali...

maksud aku soalan aku pada komen yang lepas...

yang lain-lain itu masih tetap berjalan

dia yang sungguh bertuah....

ada ruang untuk dia meluahkan...

hmmm...

well...good for you .....mempunyai kawan yang baik

TIDAK seperti aku...baik hanya di luar...di dalam menyeksa emosi...

;)

FAIZUL said...

dia datang kat ko sebab dia selesa ngan kokot..beside dier pikir ko senang tok dibawak mendengar..
mmg selalunya kita yang x berpasanganni lah yang jadi pendengar citer2 cinta nih...huhuhu..

good luck for ur test..ak pon sama next week..tp bole melangok main tenet jer kejer..

Irina said...

Salam..
Sowy, xkomen last post. Semenjak 2 menjak ni busy bangat.. Xtau ble nak curi masa tuk buat something yg kte suka.. Huhu..
Letih otak & fizikal maa..
Hehe.. Neway, walaupun x komen, tp ak tetap baca post yg dlu tu..
Seriously ingatkn 'dia' tu pompuan, tp ble bc post yg ni pulak, tekaan ak dia ni lelaki. Btul ke? Iskh..
Neway, gud luck ye kuiz.. Me? Have 3 exams in 3 different weeks.. For more info, bcla entri ak yg latest k..

=)
Good luck!

papik said...

gd lck kamal.

Hilman Nordin said...

salam.. hmm.. aku mmg teka laki2 pn.. terpulanglah utk menjaga kerahsiaan identiti dia itu..

hmm.. teringt time2 ade org tu sanggup menyamar jadi orang lain dan boleh buat satu cerita tulis dalam buku.. hmm.. miss those days.

eyh! gud luck ye! aku pn de test jgk mggu dpn!

mena said...

ni laki ke p0mpUan kamal???????