Dia

0117 – 08 Ogos 2007

Ini adalah kisah mengenai dia…

Entah kenapa, tiba-tiba aku ingin berbicara tentang dia. Dia yang ku kenal, dia yang terdalam.

Aku agak rapat dengan dia. Jujurnya, aku amat bertuah mengenali dia. Dan juga aku amat beruntung, kerana aku adalah sebahagian yang mendapat kepercayaannya.

Dia, rupa paras tiada cacat cela, boleh memikat orang yang memandang. Personalitinya menarik, dia disukai. Keyakinan dirinya yang tinggi menyebabkan secara tidak langsung ramai hormat kepadanya. Juga mengambil kira pandangan nya.

Dia bijak. Juga ikhlas. Melayan orang lain di sisinya dengan sama rata. Tiada prejudis, tiada niat tersembunyi. Dari pandangan aku, memang ramai yang senang akan dia. Kurang aku lihat dia mempunyai musuh untuk bersengketa.

Dia amat mengambil berat tentang orang lain. Baginya, tak apa bersusah untuk orang lain, asalkan dia senang. Namun, kadangkala aku lihat orang lain mengambil kesempatan atas sifatnya ini. Dan berkali juga aku lihat dia mengalami masalah kerana orang lain.

Namun senyuman ikhlas tetap terukir di bibirnya. Senyuman yang manis. Terasa indah dunia.

Kami sering berbicara. Tentang bermacam perkara. Dia suka berbicara. Kami seringkalo memandang segala benda dari segala perspektif. Kerap kali juga membincangkan segala masalah bersama. Berkongsi cerita, suka dan duka.

Dalam proses kami berbicara itu, pelbagai rahsianya aku simpan. Pelbagai ceritanya aku pendam.

Bagiku, yang tergambar tak semestinya yang sebenar. Yang tersurat tak semesti yang tersirat. Yang terzahir bukanlah yang terbatin, dan yang terluar sememangya bukan yang terdalam. Dia yang membuat aku berspektif begini.

Dalam pada segala kehebatan yang tergambar di luar, dia ceritakan kesedihannya, kesepiannya. Segala rahsia luka pendam yang tak ternampak di mata.

Sekali lagi aku nyatakan, aku bersyukur kerana mendapat kepercayaannya. Kadangkala pengalamannya ku jadikan teladan.

Bagi ku, walau sehebat mana dia, dia masih manusia. Mempunyai kelemahan. Bezanya dia, dia bijak mengawal kelemahannya itu, dan dia bijak menggunakan kekuatannya. Sehingga dia dipandang gah.

Jika diselam, rahsia kelemahan yang disimpannya amat besar jika dibandingkan dengan orang lain. Jika yang mendengar tentu tak percaya, kerana dia sungguh baik di luar.

Aku bukan ingin memperkecilkannya. Aku ingin bercerita tentang dia yang cantik di luar, tapi sengsara di dalam. Aku yang memahami masalahnya, kadangkala rasa kasihan padanya. Namun aku tak boleh berbuat apa. Aku cuba menjadi pendengar yang setia.

Cinta untuk dia, bagiku tiada apa. Dia tak pernah mendapat cinta yang diimpikannya. Walau dia gah di luar, kadangkala dia juga ceritakan kepadaku, betapa berliku dan sukarnya dia mencari cinta.

Seringkali, situasi menjadi dia yang meminta-minta untuk disayangi, untuk dicintai. Aku cuba menyedarkannya, aku cuba membuatkan dia lupa untuk memikirkan masalah itu. Kerana aku kasihan kepadanya.

Lazim manusia, ingin mencintai dan dicintai. Begitu juga dia. Cuma kadangkala, aku lihat, cintanya tak tepat. Cintanya kepada yang salah. Dia begitu cepat menyerahkan cintanya, sehingga di akhir nanti dia yang meminta-minta. Sehingga akhirnya dia sengsara.

Entah kenapa aku coretkan semua ini. Aku cuma ingin meluah apa yang aku rasa tentang dia. Sedaya mampu aku, aku hanya mampu berada di saat dia memerlukan. Sokongan dan dorongan. Itu saja. Dia pun seringkali menyediakan perkara itu untuk aku. Jadi kiranya ia adalah interaksi simbiosis.

Persoalan yang sering berlegar di otak aku, apa akan jadi dengan dia? Mampukah dia mengharungi semuanya? Adakah nanti saat dia bahagia zahiriah ataupun batiniah?

Aku hanya mampu menantikan jawapan...


:::YTBACK!!!:::

7 comments:

aria ayumi said...

kamal, cara awk cite ttg dia, seolah2 kite sndiri blh nampak kehebatan dia di mata awk. sampai kite pun tertanya2 ape kelemahan dia yg org lain lgsg x nampak. u noe what, jarang ade org blh cerita ttg kelemahan sndiri pd org lain. mmg awk ptt appreciate kepercayaan die pd awk.. :)

zura lias said...

kamal,akak suke entry kamal ni..series sukerkk...tulih2 cenggini lagi ye dik..hikss...ade org, mmg x mampu nk tunjukkan betapa die menderita kat dalam. Bukan sebab dia xnak, tapi sebab dia x mampu. Kalau boleh, dia nak orang tau betapa die sangat menderita. Kamal bertuah sbb dia percaye kat kamal. Sampaikan salam akak utk dia ek..

papik said...

wondering who the person uve been talking about is..

Hilman Nordin said...

yeap.. im also wondering who is this.. made some guess.. but can't satisfy myself with the guesses.. looks like you are the one with the answers..

teddybearhijo said...

huhuu... pakcik!
karangan describe yg bagus~
hee...

jgn sesiakan kepercayaan yg die kasik kat kamo... skali kamo khianat, mgkn die takan pecaya kamo lagi daa...

fighto~dayo pakcik...
huhuu....
*nak gak kem salam kat die... ckp dr teddybearhijo eyh... hee...*

*umm... kawan jak eyh? hee...*

doakanlah selalu untuk die... huhuu... n support die time die start goyah...

*pakcik sudah hebat skang, de responsibility jage anak owang niyh... pompuan lak tuu... papepon, pakcik take care of yourself gak... huhuu...*

sapekah??? *nak gak ikot tanyer... hee...*

(^^)"
pakcik, updet2 slalu... jgn ngular jak...
hee...

aisyah said...

lucky you.. to hv found such a good person.. support that person..

Joey said...

dia yang kau kenali.....

kan...

betapa beruntungnya dia....

ada tempat untuk dia meluahkan segalanya....

ada ruang untuk dia menunjukkan emosinya.....


adakah you've fallen for this person??

napa ek...

asyik sama jer...

i mean...i do have this kind of things....most of the time...

tapi...

aku masih cuba mendapatkan yang terlarang itu...

dan akhirnya ....terlepas....