0122 – 1 September 2007
Untuk memulakan… marilah kita sama-sama bersyukur ke hadrat ilahi, atas limpah kurniaNya kita dapat menghirup udara yang segar dan nyaman ini, selepas 50 tahun kita merdeka. Moga kemerdekaan ini berkekalan. (ceh, macam ayat dalam penghargaan folio pulak)
Apapun, walau kita berbilang kaum, kita dapat membuktikan bahawa kita sememangnya boleh mengenepikan segala perbezaan, untuk hidup di bumi yang sama. Perpaduan dan perkongsian. Walau terdapat jugak sedikit masalah pergeseran fahaman, kita masih utuh berdiri sebagai sebuah negara.
Kudos to Malaysia!
Untuk entry yang patriotik lagi, sila ke link ini.
(boleh lah camtu kan? Entri patriotik terawal ke 27 Mei... hehe)
Apapun, mari kita tengok merdeka yang gila!
Prolog
Betul lah, aku rasa, merdeka banyak buat orang jadi gila! Semua macam tak sedarkan diri, berhibur je, tanpa pengawalan. Tu termasuklah aku! Huhu
Apapun, mari kita lihat watak-watak di dalam entri Merdeka Gila ini...
Watak utama, tentulah beta! Dengan muka separa comel, membuatkan dia memang layak untuk menjadi watak utama entri ini! Hehe. – aku, ahmad kamal –
Watak picisan 1, (matilah kena carut pasni!), dengan muka ala-ala tersenyum kambing begitu, dengan tertempeknya huruf M striking di dadanya, dia menjadi watak picisan 1 (ya ampun!) – azly –
Watak picisan 2, (hahaha, jadi watak picisan!). dengan rambut panjang yang dicekakkan, muka separa kontrol, baju bertali di leher berwarna coklat itu, dia beta kurniakan sebagai watak picisan 2, hahaha – eddy –
Moving on, aku dapat cuti kira awal la jugak. Kan aku cakap, 2 minggu lepas minggu gila test tu, aku ada satu je kelas. So budak kelas aku dah mintak lecturer awalkan lecture, so kitorang boleh balik hari selasa, instead of jumaat. Tapi aku malas tergesa-gesa balik, so aku balik pagi rabu tu.
Sampai je rumah, terus uruskan pasal penghantaran borang jpa tu. G sekolah bagai, mintak cop semua, then esoknya hantar. Malam lepak, baca blog, men ym dan menghayanti connection internet yang laju.
Esoknya, pagi lagi dah keluar untuk hantar borang itu (kul 12 pagi lagi ke?). Planning tak dirancang. Aku kena matikan setem hasil dekat Jusco Wangsa Maju. Ingat-ingat lupa pulak jalannya. So aku call Azly
”weh, buat apa. Temankan aku jap!”
”boleh no hal. Aku pun baru sampai malam semalam ni, c u later!”
So the plan untuk buat another version of Medley Gila tak semena-mena timbul. Bila orang-orang gila dah bertemu, biasalah.
Habis uruskan borang tu, jalan-jalan sekita rumah Azly ni kat Ampang. G gunting rambut lak tu. Aku mintak stylist tu buat je apa-apa, asal cantik. Konon rambut merdeka la, sedangkan rambut memang lama dah tak potong...
Beta berambut baru. Haha
Habis je gunting rambut,
”ni nak buat apa ek? Boling?”
”tak nak aku. Wat penat je. Haa, jom amik Eddy kat Bangi!”
”jom!”
Itulah pemulanya ketiga-tiga watak dalam ini entry bertemu. Dari plan yang tak dirancang. Macam-macam kerja gila kitorang dah buat!
First of all, kena mintak maaf dulu dalam entri ini. Aku tau, aku g Bangi, tapi tak sound ko Tru, tapi inikan plan gila, so aku memang tak leh wat apa. Walau bila lalu nampak sign Bangi tu, aku teringat kat ko tru, serius aku ingat! Hehe. Apapun, sori takleh bersua lagi. Ala, malam merdeka, ko pun mesti ada plan kan!
Fuh! Habis sesi mintak maaf. Haha macam tak ikhlas je kan mintak maaf! Sowi!
Merdeka Gila 1 – Sesi Pemecahan Suara
Bila watak-watak Medley Gila dah bersatu, aktiviti yang tak boleh ditinggalkan adalah sesi karaoke!
Memang semua suka memecahkan suara, cuba untuk meniru penyanyi asal dalam memimprovisasikan lagu-lagu. (fuh ayat!) alah, dalam kata lain, menghancurkan lagu la.
Lagi-lagi semua feeling buat konsert. Dan lagu-lagunya semua macam hampeh. Memang Medley Gila!
Aku pulak, selepas peristiwa break up itu, mulalah luah perasaan lalui lagu. Berhenti Berharap dan Terasing. Macam kena dengan keadaan.
Encore lagu adalah Kesal dari Ella. Macam nak gila menjerit lagu tu.
Apapun sesi pertama Medley Gila mengambil masa hampir 3 jam lah jugak. Berbaloi dan duit semakin melayang!
Feeling lagu lah konon. Lagu duet. Jika Kau Tiada kowt. Main tibai je
Aksi Azly, memecahkan suara.
Eddy hanya tersenyum bila pitchingnya tak sampai! Hehe
Sesi duet Azly dan Eddy. Main tarik-tarik lagi. Disruption of frequency happened there!
Aku terdiam tak tahu nak nyanyi macam mana. Suara dah lah ala-ala serak je hari tu sebab baru baik demam kan... hehe alasan!
Sesi penghayatan lagu dan pengluahan perasaan. Haha, baru aku perasan rambut aku camna lalui gambar ni. Macam trojan. Patutlah Azly gelak je masa aku keluar kedai gunting tadi. Dia cakap macam Ah Long. Hampeh! Tapi bestlak wat gaya yang sewel sikit ni
Merdeka Gila 2 – Sesi Menuju Puncak! Ke?
Lepas dah melalak tak tentu pasal baru sedar masing-masing tak dinner lagi. Jam dah dekat kul 11. beli Mc D lah jawabnya.
Malam tu kan ambang merdeka. So nak celebrate la jugak
So kitorang decide la g menara tinjau yang telah kitorang pergi masa sesi Medley Gila yang lepas. Tempat tu memang tak ramai orang kan. Dan boleh nampak permandangan seluruh KL. So kiranya tempat yang strategik la untuk kitorang yang tak suka sesak dan berjiwa sentimental ini. Huhuhu
Menuju ke arah sana. Macam bangang jugak pemandu-pemandu di malam merdeka ni. Motor-motor lak macam apa je. Ingat diorang berkonvoi bawak bendera sume, bolehlah langgar peraturan? Somehow macam diorang pamerkan keadaan di mana jika anda bersemangat patriotik, anda boleh melanggar peraturan. Hampeh!
Ke arah menara tinjau tu. Tapi apa yang kitorang dapat??? Jem teruk!!!
Semua orang macam tahu lak tempat ni. (eleh, macam tempat rahsia kitorang lak). Orang luarbiasa ramainya kat sana. Semua berpusu-pusu nak naik ke atas sebab pukul 12 kian hampir.
Kereta bergerak adalah sikit demi sikit. Nak sampai tempat yang dituju amatlah menyeksakan. Dan masa nilah banyak mat motor dengan awek diorang main selit-selit celah kereta. Bengang sungguh!
Last-last, tiba saat yang dinanti, pukul 12 tengah malam, 31 Ogos 2007, 50 tahun selepas kita merdeka, dan di mana kami? Di dalam jem teruk, di dalam kereta!
Jem
Dengar era. Pukul 12 je pasang lagu Negaraku. Tiba-tiba ada sedikit rasa sayulah menyelinap dekat aku. Dah 50 tahun ek. Macam mana pulak kalau bila umur aku dah 50 tahun, atau usia blog ini 50 tahun? Macam mana perasaannya? Dan adakah aku akan ada lagi pada merdeka yang ke 100 tahun??
Untuk menghilangkan rasa tak puas hati kitorang sambut merdeka dalam kereta, kitorang pun snap snap la gambar...
Pelakon-pelakon Medley Gila yang sambut merdeka dalam kereta.
Sesi bergambar sesorang. Kelihatan, Azly malu-malu kucing Parsi bila gambarnya ditangkap. Eddy pulak nak cover, tapi aku kacau, so dia tergelak. Dan aku pulak sebagai watak utama, terpaksa tangkap gambar sendiri dalam kecoveran… hehe
Tak tahu lak nak g mana lepas tu. Aku dah dapat pelepasan hari ni, so the night is still young. Ke mana kita?
Merdeka Gila 3 – Taman Tasik
Disebabkan kitorang lepak dalam kereta je, Mc D kitorang pun sejuklah, dan tak sempat nak dimakan. So kitorang decide nak lepak mana-mana untuk makan.
Lama jugaklah pusing-pusing, nak cari tempat yang best. Again, tak nak ramai sangat orang dan boleh lepak-lepak.
Aku bagi cadangan lepak kat tasik-tasik ke. So tak delah sesak sangat, dan boleh lepak kan. Nak mencari taman tasik pun susah tau. Nak ke Taman Tasik Permaisuri? Cuak lak, walau kitorang dah lalu. Ramai di situ dalam suasana kelam dan gelap.
Dalam mencari, lalu di area Bukit Bintang. Banyak giler orang. Pelancong, orang tempatan semua. Semua berfesyen sakan. Ada lepak-lepak, berkepit, ada yang mabuk lak tu. Tapi sebab tak suka tempat havoc camni, kitorang pun cari tempat lain.
Last-last aku bagi cadangan ke Taman Tasik Titiwangsa. Kira ok gak lah kan, tak sunyi sangat sampai leh kena pow, tak crowded sangat sampai sesaknafas. Just nice la.
So kitorang lepak situ, makan-makan, sambil borak-borak. Sampai tak tahu nak buat apa. Bila tak overnight, rasa macam tak cukup masa. Bila overnight rasa macam tak tahu nak buat apa lak.
Sampai aku lak buat cadangan main game merepek yang namanya “Game campakkan Eddy ke dalam tasik” dan Eddy secara kebetulannya bernama Eddy terpaksalah aku campakkan ke dalam tasik. Haha, saja je nama game macam tu, game dengki, kata Eddy.
Tapi tak dapat gak campak-campak. Just main-main je.
Masa ni jugak lah, nampak manusia pelbagai aktiviti. Adalah sekumpulan budak-budak ni. Naik beskal. Dalam 30 orang gak lah. Dengan bendera semua, bawak beskal laju-laju sambil kena kejar dengan guard taman tasik tu.
Ada mat-mat motor tengah berkepit dengan awek masing-masing, sampailah ada sekumpulan manusia yang menangkap mereka semua ini. Siap tangkap gambar dan kamera besar, ada lighting lagi! Malu sungguh kena tangkap macam tu.
Memandangkan kitorang laki je semua, so tak heran la. Kitorang lepak dengan aman damai sampailah bosan.
Gaya makan burger lambat-lambat oleh Eddy. Lama gila dia berusaha nak habiskan burger tu.
Sesi bosan melihatkan Azly dan Eddy tengah buat muka bosan.
Gambar aku takde sebab aku pulak bosan nak posing. hehehe
Dah bosan cari port untuk tidur lak. Sakit sungguh tidur dalam kereta Kelisaku dengan 3 orang. Tersepit je.
Merdeka Gila 4 – Taman Tema
Bangun pagi, setelkan apa yang patut, sarapan, then mulalah sesi brainstorming idea nak buat apa lak ni?
Masa-masa macam ni, memang macam-macam idea gila muncul. Nak g mandi kat Ulu Yam la. Tapi, sebab takde towel ngn seluar pendek, takkan nak mandi camtu je kan.
Sampailah satu idea, ”Jom g Genting nak?”
Terus jom je. Memang tak fakir panjang. Memang gila.
Ke terminal Putra Gombak. Beli tiket. Tapi lagi sejam setengah baru bas bertolak. Kitorang yang mengantuk amat sangat ni, terus indah lelapku di tepi stesen itu. Bagaikan pengemis layaknya. Tapi pengemis yang bajunay bergaya la, tak compang camping. Hehe
Sampai masa, naiklah kitorang ke Genting. Ramainya manusia! Try jugak permainan apa yang patut. Aku surrender main Solero tu. Tak nak aku. Somehow, semua tengah penat sebab plan gila ni. Tak cukup tidur semua, so macam tak bertenaga sangatlah.
Aku main 2 3 benda pun dah rasa nak muntah. Sebab perut dah masuk angin semua dan kurang tidur. So main mana yang patut je, sambil jalan-jalan. Bosan lak g genting bila ada masa banyak macam ni. Kalau masa yang diberi sekejap je, adalah macam-macam nak buat!
Dalam kereta kabel. Nampak kelesuan yang tidak dapat disorokkan dari muka Eddy. Azly pulak tersenyum bersama belon free yang dia dapat. Beta lak mengambil gambar sendiri. Hehe
Sementara beratur naik Cork Screw. Snap snap je.
Dah bosan, terus snap gambar perseorangan. Ala-ala model poyo la. Azly dengan jaket M 'menghelip' dia. Aku dengan gaya yang tak reti buat poyo. Dan Eddy yang lagi sekali tergelak dikacau aku, masa dia try nak buat muka poyo.
Lepas seharian di situ, kami balik. Dengan mata yang mengantuk, dalam bas ke bawah tah atas sapa tah aku tertidur. Penat sungguh buat kerja gila macam ni.
Apa pun, benda ni memang best. Dan duit pun, beta papa kedana sekarang. Aktiviti macam ni best tapi, memerlukan banyak belanja. Tak de perancangan langsung.
Harap boleh buat aktiviti ni lagi. To Azly and Eddy, sori letak gambar korang kat sini. Best aktiviti kita. Nanti kita ulang lagi ek!
To all blog readers, mesti penat kan baca aktiviti gila beta dengan ayat tak construct baik-baik, lepas tu berterabur lak tu.
Biasalah cuti, masa aku enjoy. Kalau kerja, kerja bebaik. Enjoy, enjoy gegila.
Btw, aku kena balik awal ke UMP sebab tanggungjawab Expoconvo tu. Hari Rabu dah drive ke
This time, aku betul-betul kena set minda aku supaya aku buat yang terbaik di UMP
Signing out…
6 comments:
"Thing happened when we least expected"
Hehehhe,.... memang seronok buat benda2 tak plan nie... tapi cuba kalau plan, sure tak menjadi (contohnya piknik kat TC ngan unggun api ciput tuh... hahaha!)
So, the lesson is next time nak wat apa2, buat spontaneous jer.. jangan plan2...
Kekiranya ni macam "cuti-cuti merdeka" la kan??
beta masih kurang faham ngan medley gila ni....
adakah nyanyi lagu ella di selang selikan dengan lagu siti nurhaliza...gitu...
amboi...seronok ek....bercuti-cuti merdeka....wakaka
haiizzz..sib baik la aku ni kat seberang sana.....maunyer aku jalan2...
kat sini...malas pulak
oh ya.....kawan ko eddy...nampak ensemla...wakakaka
sorryla...kadang2 orang lebih suka tgk watak sampingan daripada watak utama....HEHEHEHE
awesOme tiz medley!!!
tiz really2 crazyyy thin' i hv done in independent's day...
so,sweet memory..
hope can more than tiz.....
after tiz mayb Oversea...ahakz~
from "M"
neway,u a.k.a 'ah long' wrote the best blog ever....hahaha-cOz hv a lots of ma phOtOs..huhu
c u next...gud luck frenz
cam best je yek... walaupun 3 org je, tetap best kan... aku teringatkan sejarah aku ngan kekawan aku dulu je bila tgk korg. huhu... sobrie, mc, miji, korang katne (sori joey... aku nak feeling kejap.. huhu)
aku tak penah celebrate seskema tahun ini... walaupun pe2... selamat ari merdeka mr AK... 2 U 2 JOEY... thanx 4 be by myside joey.. huhu
perghhh. kamal feeling siol. duet agi tuh. muahaha. klaka pun ade. entah camne le kome nyanyi lagu itew. kui3
wow best.
Post a Comment