I'm Sorry, Goodbye

0144 – 19 November 2007
I’m Sorry, Goodbye

*****************************

Aku tak tahu ke mana hala tujunya entri ini. Aku hanya meluah, dan menaip dari yang terdalam...

Banyak perkara berlaku hari ini.

Dimulakan dengan satu situasi di mana aku berusaha sedaya upaya mempositifkan diri. Hari ini aku ada 2 paper yang perlu diduduki. Secara tak langsung, semangat spiritual, dan mental amat penting.

Bangun sahaja, senyum, sembahyang. Bernyanyi kecil. Aku mempositifkan diri. Sarapan awal supaya jira aku sakit perut, sempat lagi aku menunaikan apa yang patut sebelum exam.

Sementara menunggu masa bertolak, bilikku dipenuhi dengan lagu-lagu yang aku pasang khusus untuk hari seperti ini. Lagu-lagu yang berunsur motivasi, dan memberi semangat. Sedikit terbuai dalam rasa. Sekurangnya aku rasa gembira dan tenang.

Perlu diingat aku perlukan ketenangan untuk 2 paper yang amat berat ini. Keduanya subjek killer, keduanya 3 jam kredit. Aku perlu kuat.

I just let the positivity flow inside of me. Walau masa exam ada jugak rasa bahang negative, aku cuba lawan. Selepas exam, meratapi careless mistake yang aku buat. Masa exam sem ni banyak careless mistake. Bukannya aku tak tahu buat!

Apapun, it went well. I guess.

At the end of the day, I’m exhausted. Really tired!

Perlukan masa untuk tidur untuk recharge!

*****************************

SMS
Terbuai sebentar.
Sehingga aku mempunyai kekuatan untuk berkonfrontasi.
Tapi, tingkah lakunya mengecewakanku.

Lantas teringat satu kisah yang dibaca di dalam blog kak kriesz...

Satu situasi.
Jika anda melihat seseorang memancing ikan.
Dan di saat itu, pancingannya mengena.
Dia berusaha menarik ikan itu sedaya upaya, walau ikan itu cuba melawan.
Sampai satu ketika, ikan itu tewas.
Dan dia berada dalam tangan si pemancing.

Sampai di tangan si pemancing, dibukanya mata kail dari si ikan. Dipegang sebentar.
Dan dilepaskan ikan itu kembali ke lautan...

APA PERKARA PERTAMA YANG TERLINTAS DI FIKIRAN ANDA???

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Tentu anda merasakan si pemancing itu BODOH sekali.
Kerana setelah penat berusaha memancing perhatian si ikan dengan umpannya, setelah dapat, dilepaskan begitu sahaja.
BODOH
kan???


Ramai yang akan memberi pandangan di atas.
Kerana itu perkara pertama yang terlintas.
Kerana dalam fikiran kita, pemancing menjadi watak dominan dari si ikan.


LUPAKAH KITA APA YANG TERJADI KEPADA SI IKAN???

Adakah si ikan berenang dengan gembira kerana telah bebas?
Adakah si ikan menemui kebahagiaan?

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Mungkin ya.

TAPI TERFIKIRKAH KITA BAHAWA...

Mungkin si ikan lebih merana dilepaskan begitu.
Mungkin mulut si ikan sumbing dirobek mata kail si pemancing.
Mungkin siripnya terkoyak.
Mungkin badan si ikan penuh dengan luka.

Si ikan lebih derita.
Siapa kata dia menemui bahagia?

Itu metafora yang tepat dan boleh digunapakai.

Bodohlah kepada yang di sana, setelah cuba menarik perhatianku, dapat perhatianku, dipegang sebentar, dan dilepaskan begitu sahaja.

Sakit yang aku tanggung, derita yang dilalui, tak siapa tahu kan.

Moralnya di sini, jangan bertindak kejam dengan hanya menjadi pemancing yang tamak dengan hasil tangkapan. Fikirkan nasib si ikan jua.

Kalau aku jadi ikan pun, mungkin mati lebih baik! Agar tak terus derita! Metaphoric speaking.

*****************************

Berakhir kisah si pemancing dan ikan, aku bangkit semula.

Setelah banyak kali terjatuh, bangkit semula sudah menjadi satu yang azali.

Memilih lagu di dalam laptop. Memasang playlist secara random.

Menemui 2 lagu yang betul-betul membuai perasaan ketika ini


I’m Sorry, Goodbye – Kris Dayanti

Sebelum bertemu dengan kau, hidupku dah cukup bahagia.
Kau hadir, aku tambah bahagia.
Namun, semakin aku kenali kau, aku sedikit kecewa.
Kau tak seperti yang ku gambarkan.
Semua kenangan manis, membuat aku rasa bahagia.
Namun, sedikit demi sedikit, semuanya berlalu.
Aku kecewa!
Maybe, kau lupa aku manusia yang punya mata, hati dan perasaan. Maafkan kepergianku.
Aku bukan bodoh.
Aku tak suka dengan semua ini.
Biarkan aku pergi.
I’m sorry, goodbye


Manusia Bodoh – Ada Band

Tak ingin dilupakan keindahan masa lalu.
Bermesraan - satu kenangan manis.
Tiada yang salah, hanya aku seorang manusia bodoh.
Yang rela dan biarkan dipermainkan perkara yang sama berulang-ulang kali.
Aku cuba bertahan sekuat yang ku mampu.
Tapi aku tidak!
Menjalani hidup dalam buai, serahkan segalanya kepada takdir.
Sampai bila aku harus menanggung semua ini?
Tingkah lakumu, buatku putus harapan.
Kadangkala hati ini tak dapat membendung apa yang dirasa.
Pedih!
Tangis!
Tapi engkau hanya ketawa dan berlalu.
Semua kisah pasti ada akhirnya.
Dan aku letakkan ini akhirnya.

Biar aku melayani dulu perasaan ini sebelum paper terakhirku khamis ini...

Maaf jika terlalu emosional atau tidak difahami. Aku hanya memerlukan tempat meluah.


:::YTBACK!!!:::

8 comments:

aria ayumi said...

satu metafora yg menarik, kamal. buatkan diya berfikir.

sepertinya kamal ingin gambarkan situasi ikan tu sama spt apa yg kamal rasai..

Joey said...

ermm....sebenarnya bila difikirkan..memang tak pernah pun kita fikirkan perasaan ikan...

memang ...after been caught...your attention and then dia seperti pemancing tersebut..geram juga

anyway..don't immerse yourself 100% to that person that you love..(ermm...kalau betulla kan)

all the best for your exam :)

lepas habis exam...mari kita karaoke sama-sama....hahahahahaha

Rina said...

Salam.. Kamal, sabar ye.. Perasaan jd seperti 'ikan' tu mmg menyakitkan, ak tau..

Setuju ngan joey.. cuba sikit demi sikit lepaskan dia.. jgn terlalu ingatkn kenangan lm, nanti lagi menyakitkan..

Pape pun, all d best ye kamal.. I know you're strong..

Good luck!

zura lias said...

biarkan si pemancing tu Kamal..Bila dia lepaskan ikan, belum tentu dia boleh dapat ikan lain, ataupun dia dpt yg lagi teruk dari ikan yang mula-mula dia dapat..Yang penting, ikan yang luka still leh teruskan idup..LIfe Must Go On..:D...gambatte...gud lux kamal...

FAIZUL said...

hhahaha..ak bosan..cari kejer x dapat...bila ak baca blog ko..perhap bole gak ak join kawan2 ak g mancing..hahahah!!!

posmen said...

salam :)

haaa kalo camtu aku la pemancing terbaik sebab aku mesti tak lepas dah ikan tu.. sampai aku makan baru lepas.. hahaha

err adakah tiada kena mengena kumen ku ini?

gud luck bro..

arasis said...

assalamualaikum..
salam pkenalan :)

at first izza pkir nasib baik ikan tu dpt lepaskan diri. tak terfikir lak yang die derita lps tu.huhu..

arsaili said...

mungkin luka2 itu akan heal ataupun ala2 bekam...nak kuar kan darah kotor..sure ikan itu akan berenang semula ahaks