0151 – 18 Disember 2007
Expoconvo'07 Part 2 - Kembara Expoconvo'07
Ok, aku sudah bersedia kembali untuk mengimbas kenangan Expoconvo’07.
“Apa cerita ni lagi??? Dah basi la”
Well, as i said befote, these entries are entirely for me to refresh my memories on that events. Mungkinnanti bila aku baca kembali di masa akan datang, aku akan sedar aku mempunyai banyak benda untuk dikenang.
Ok, moving on, program pertama yang telah dijalankan adalah Kembara Expoconvo’07. Satu program yang melibatkan konvoi 40 buah motorsikal pelajar UMP, ke sekitar Kuantan, kira-kira seminggu secelum Expoconvo’07 yang sebenar.
Kiranya, objektif utama program ini adalah untuk menghebahkan kepada umum mengenai event yang akan dijalankan sempena Expoconvo kitorang la. Sebagai sebuah universiti yang baru, memang hebahan ini perlu.
Ingat lagi di awal kemunculan Kuktem dulu, ada ke patut orang kat Kuantan sendiri tak tahu adanya universiti di Gambang. So, hebahan ini perlu.
Mungkin ada yang mengatakan universiti kitorang tak cukup class dan besar, bila dengar namanya. Ya, mungkin betul. Kampus pun bukan kampus tetap kan. Kampus tetap dijangka siap pada 2010 di Pekan. (huh, banjir, selamat aku dah keluar!)
Kampus tetap di Pekan tu pun dibina untuk fakulti lain seperti mekanikal dan elektrikal. Fakulti aku, kimia still akan duduk Gambang jugak sebab faktor geografi yang berdekatan dengan industri gas dan petroleum di Gebeng.
Huh, tak tahu tempat tu mana? Well, industri tu memang ada dan sebabnya universiti kitorang diletakkan dekat situ adalah untuk menyokong pertumbuhan industri tu. Kiranya kitorang bila latihan industri dekat industri berdekatan, dan bestnya kalau dapat kerja terus akan ditawarkan sebab LI kitorang pada akhir semester, bukan tengah semester macam universiti lain.
So, unik jugak la. Low class ke hapa, semua benda perlu ada pemula. Mungkin ini pemula bagi kami. Biarlah ia bermula dengan acuan sendiri..
Eh, melalut pulak.
Moving on, kitorang berkonvoi sekitar Kuantan. Adalah 4 checkpoint untuk berhenti dan memberi flyers kepada orang ramai.
Aku? Berkonvoi? Uhuhuhu.
Satu rahsia – aku tak pandai naik motor! Hahaha, membonceng di belakang boleh la...
Bukan tak nak try, Cuma tah lah. Maybe later.
So macam mana aku berkonvoi?
Melalui Skuad Perodua Expoconvo’07!!! Kelisa aku lah jadi mangsa!
Inilah Skuad Perodua Expoconvo’07. Aku duk je sebelah tu, ada driver. Pengarah Eksekutif jadi driver aku! Hahaha. Err, apsal bila tangkap gambar aku selalu tutup mata ek?
Ni Skuad Perodua Expoconvo’07 yang kedua. Dia ni Kira orang kyat la jugak lah dalam program ni. Eleh, buat muka comel pulok!
So, kitorang follow belakang je la.
Dimulakan di UMP, ada la sikit sesi taklimat oleh pegawai polis trafik yang akan mengiringi perjalanan kitorang. Dia check sikit-sikit motor yang terlibat, dan kitorang pulak sibuk siapkan kereta yang nak berkonvoi.
Sesi taklimat oleh pegawai polis. Aku adalah terselit kat situ. Wearing white cap.
Bila tiba pemula konvoi, kitorang pun bergerak sekali.
Alih-alih, rupanya polis tu tak tahu kitorang ni sekali dalam konvoi tu. Dia suruh kitorang ke tepi. Banyak kali jugak la berlaku
”Ke tepi, ke tepi, kalau tak saya tahan anda!”
Cuak jugak. Macam kena tahan polis! Huhu memang polis pun kan.
Tapi, selepas aku tempekkan flyers tu kat cermin kereta aku, baru dia perasan kowt. So dia benarkan aku masuk dalam barisan tu la
Konvoi. Perjalanan menuju ke Kuantan, Pahang. Perasan tak apa persamaan gambar-gambar di atas? Semua gambar ada PFP ***9 sebagai motor paling belakang. Hampeh la motor tu. Semput. Sampai kitorang yang kat belakang dia kena berjaga-jaga.
(Perasaannya berkonvoi = rasa poyo dan bangga! Hahaha
Ye lah, bayangkan, semua pakai baju sama kaler.
Then jalan satu barisan. Orang semua tengok je ingat ada apa yang berlaku.
Dan bila berjalan, terus je. Takde stop stop. Orang lain kena berhenti untuk bagi kitorang jalan. Wah, macam VIP rasanya. Mesti ramai orang yang diarahkan berhenti tu bengang ngan kitorang.
Checkpoint. Berhenti untuk bagi flyers. Ada 4 checkpoint semua – Taman TAS, Berjaya Megamall, Kuantan Parade dan Taman Esplanade
Masa bagi flyers pun, pengalaman jugak. Ramai yang macam tak sudi menerima. Yelah, sekarang kan banyak kes tipu semua. So, diorang macam teragak-agak. Reaksi yang diterima pun pelbagai. Yang sakit hatinya, depan mata dia komotkan kertas tu then buang. Memang sakit hati.
Reaksi orang ramai memang dah diagak. So nak wat cmna. Telan je la.
Apapun, ia satu pengalaman.
Kuantan – from Taman Esplanade. Ingat lagi diorang buat wording ni untuk TMM07 dulu. Dan malam-malam kat sini ada lampu spotlight yang akan bergerak suluh wording ni. Cantik la jugak.
Bergambar kenangan. Ni sebenarnya untuk masuk Sinar Harian, akhbar Pahang la. Tak pernah dengar? Huhu, ada je kat KL ni, Cuma tak popular la sangat. Kiranya aku adalah terselit. Wearing white cap.
Bersedia untuk berangkat pulang...
Dah sampai UMP dah. Masa ni Skuad Perodua telah pecut gila babas untuk dapatkan gambar ketibaan diorang. Pengarah Eksekutifku dengan hampehnya telah memecut kereta aku sampai 120 km/j. Hampeh. Kalau kena saman bukan boleh claim!
Abis dah. Ini adalah sesi perbincangan selepas semuanya berakhir. Aku tatau apa motif jurukamera ni menangkap gambar aku sebegitu...
Signing out!
8 comments:
wuhu! nice pictures there u got. i just love looking at pictures..of people..of how life can be captured, frozen into pieces..into memories. pretty concept isnt it? btw, im a harry potter fanatic! nice blog. ganbatte!
hanna j potter
uhuhu... ingat harry potter tadi... btw, thanks... entry ni mmg tgh mengimbas kenangan dulu pon... luckily bayk gambar yg cntik hasil tngkpn org lain yang boleh dikongsi... so just kongsi je la... i'm also harry potter fan! huhu... thnks 4 coming...
wuu? im a BIGGER fan than you! cuz im addicted! but really, these pics are good.
waaa besh2~!! especially gambar yg abg2 motor konvoi reramai. baju kowang pun cantek. merah plus putih. waaa tingin nak juin! tapi, diya juin dok dlm kete je ah. nak juin naek moto, lambat lg. *takut nek moto sebenonya* kui3
p/s-ape pasat dua2 gambar kamal tgh angkat tgn dok atas pale? tengah uat senamrobik ke? hihi.
hanna
yela2... amik la kipas susah mati harry potter ni... huhu btw, thanks 4 da comment on the pics
aria
sukanya dia tgk gmbr abg2... haha... btw, baju tu mmg agak cantik la... limited je tu... ramai tak dapat... syukur gak la dapat... nak ikot??? haha, tak dapat den nak nolong... pasal gaya tu, bukan diya suka ke camtu... itulah gambar kandid namanya! hampeh punya jurukamera, tangkap gabar beta begitu...
Tuanku,
mesti seronok gile kan dpt konvoi reramai pas2 bole b'lagak bangga bl org laen kena berenti uol jln jer..baju pun cantek..color die kena giler..
anyway,
selamat ari raya aidiladha utk tuanku serta rakyat jelata...
konvoi expokovo, edar flyers.
Flyers tu entah berapa kali tukar baru dapat di print, nasib la sekali je tunjuk kat korporat dan lulus.
susah payah baru dapat print beribu keping flyers, melibatkan wang ringgit dan yang paling pentng titik peluh.
kadang kadang tengok macam orang ramai, hatta kita sendiri pun, kalau orang bagi flyers, kita bukannya nak hargai sangat, paling paling pun kita imbas sekali gus, dan kemudian flyer itu boleh hilang ke mana. lainlah kalau di flyers tu disediakan voucher RM1000 untuk pembelian barang di parkson, mungkin ramai yang mengerumuni pengedar flyers untuk mendapatkan flyers itu.
sedar atau tak sedar, secara langsung mahupun tidak langsung, kita telah dididik dengan pemikiran materialistik, penghargaan hanya diberi jika dibalas dengan material.
=(
.d.u.n.i.a.
nota kematian
oho... yang mengedit flyers ke??? walau tu yg diprint, memang cantik la... ok, lebih lagi bila atas kertas glossy... siap tampal kat keta lagi sekarang ni depan n blakang... sayang nak buang...
memang orang susah nak hargai, kita punya lah berhabis wang ringgit, men campak je... susah juga hari tu.. ada jugak dia bagi sikit flyers untuk diedar, tapi tak berapa pandai... sbb diri ni emosional sikit, takut dia buang depan mata, takut emosi terganggu... hahaha... tapi nak wat cmna, kita yang mintak diorang baca, so itu jelah yang diorang buat... apapun, pengalaman edar flyers tu tetap best... n konvoi tu mmg ptut wat lagi
Post a Comment