0148 – 11 Disember 2007
Expoconvo’07 Universiti
Tiba tiba rasa lama gila tak update blog dengan entri yang betul-betul update. Rasa nak update tu ada, Cuma malas, biasalah. Cuti cuti malaysia tanpa sekatan kan.
Apa pun, ada yang bertanya pasal keputusan aku pasal tawaran pergi Qatar tu. Aku tak decide lagi, sebab Sekarang ni pon aku nak rehatkan otak aku betul-betul dari fikirkan something yang serius. Bila aku kata rehat betul-betul tu, maknanya aku sibuk merambu la kerjanya. Dont blame to have some fun, I think I deserve that.
Btw, moving on, on this entry, actually I want to relieve the old days, the memories, the responsibilities, and what happened during Expoconvo’07 UMP. Maybe aku buat part by part. Tak tahu la. Aku pon menaip je ni.
Sebab aku nak buat entry-entry ni adalah untuk tidak mensiakan perasaan, dan segala yang berlaku waktu itu. Seriously, banyak perkara yang berlaku. Banyak yang manis, dan sekarang aku sedikit sedih terpaksa melepaskannya. Banyak yang mengajar, banyak yang membuatku sedikit matang.
Apapun, i think this entry is worth writing.
Worth reading? I dunno, u decide. Sebab aku menaip je. Maybe terlampau panjang, sampai tercungap nak baca
Ok, jap aku brenti sat. nak tengok gambar-gambar. Nak refresh apa yang berlaku. Beta ni pelupa sikit!
Huhuhuhu
Duh banyaknya gambar... cmna nak pilih ni... sat na...
Ok dah
Expoconvo’07 – the journey of responsibilities and leadership
Habis je paper terakhir aku pada 22hb November hari tu, aku benarkan diri untuk rehat semalam, dengan mengikut housemate aku keluar ke bandar. Ada orang siap blanja Pizza Hut lagi, mana nak lepaskan! So just ikut je la.
23hb November membuka tirai. Jumaat. Bangun lambat, terus pergi sembahyang Jumaat. Lepas je sembahyang Jumaat tu, tugas aku terus bermula! Aku terus menumpukan segala perhatian dan daya usaha aku lepada Expoconvo’07 ni, untuk menjayakannya.
Giant Banner Expoconvo’07 di Kuantan Parade – giant ke? Macam sizuka saja...
Bagi yang tak tahu lagi, aku memegang jawatan Setiausaha Bahagian Penyelarasan Program untuk Expoconvo’07 ni. In other words Program Coordinator (PC) la.
Tugas ini telah aku pegang agak lama. Hampir 8 bulan. Sebab Expoconvo’07 ni mulanya dicadang nak dilakukan pada bulan Ogos. Alih-alih tak dapat perkenan Canselor which is Tengku Mahkota Pahang, then terpaksa ditunda ke bulan Disember.
Bila penundaan ini berlaku, banyak yang berubah, banyak yang terpaksa tarik diri, sebab jadual pembelajaran mereka makin membebankan. Yelah, yang final year dah nak fakir pasal latihan industri (LI) diorang. So, nak tak nak terpaksa jugak lepaskan hampir 50 orang untuk keluar dari organisasi kami.
Streamer Expoconvo’07 di sepanjang jalan di Kuantan – tangkap lalui kereta je, gambar pun tak cantik. Ko nak aku mampus tangkap gambar cantik-cantik untuk korang? hehe
Sebetulnya, masa ramai yang keluar tu, aku amat penat. Penat dengan perubahan dan emosi. Sakit hati je. Kalau diorang tak tunda, semua yang dirancang dah boleh jadi kenyataan. Bila diorang tunda, kitorang kena start from scratch balik. Macam usaha aku semasa short sem selama ni sia-sia je lah. Aku mula terfikir nak letak jawatan.
Tapi bila fikir balik, takkan pasal benda ni je aku nak mengalah. Sikit halangan, aku dah nak melarikan diri. So, aku cuba bertahan. This is an experience right.
Bahagian Penyelarasan Program and the tasks
Bahagian PC ni sebenarnya tugas utama kami adalah untuk menselaraskan program. Dalam Expoconvo’07 kali ni banyak sangat program. So tugas kami menselaraskan semuanya. Bila nak dilangsungkan, keperluan, siapa yang bertanggungjawab (PIC), sambutan, dan lain-lain lagi.
Bagi orang, tugas nak buat tentatif, senang je. Tapi cuba lalui sendiri macam yang aku lalui. Susah dan mencabar!
Penyediaan tentatif mikro 1 – gambar curi je ni - Nor. Masa Timbalan aku tengah sibuk edit tentatif. Aku lak merambu kan!
Firstly, kitorang kena buat tentatif makro. Meaning program ni pukul berapa, program ni pukul berapa. Then yang agak sukar bila nak buat tentatif mikronya. Every minutes counts in this micro tentative. Sebabnya, kalau ada drag masa berlaku, akan berlaku masa ni. Kalau tak jaga betul-betul akan effect tentatif untuk satu hari.
Nak buat tentatif mikro, kitorang kena tahu flow. Flow meaning, apa yang perlu dilakukan untuk setiap event tu, mula dari preparation sampai la ke habisnya.
Penyediaan tentatif mikro 2 – anak buah aku – Frankie dan Yana. Masa ni aku bagi diorang task ikut group, so masa ni lak aku snap snap je la, sementara nak tunggu meeting ngan SUB lain.
Cabaran timbul bila macam-macam program, flow dia berbeza. Kitorang terpaksa overlapkan macam-macam.
Contohnya, bila persembahan A tengah berlangsung, ada persediaan untuk persembahan B di belakang pentas.
Persediaan pulak banyak jenis. Ada persediaan logistik. Ada persediaan teknikal. Ada persediaan makanan. Ada persediaan cenderamata. Dan setiap persediaan ini melibatkan tindakan orang berbeza.
Anak buah aku ’tuang’ buat kerja – nak jugak tangkap gambar diorang senyum – hashimah, azura dan aizuddin.
So, tugas kami dalam menyediakan tentatif mikro tu adalah untuk menentukan flow, apa yang berlaku pada waktu ni dan tu, siapa yang melakukannya, dan apa masalah yang mungkin timbul. Kiranya, kitorang perlu fikirkan untuk setiap bahagian. So ia menjadikannya satu cabaran yang amat berat.
Dan tugas utama di hari kejadian, adalah untuk memantau semuanya berjalan lancar. Perkataan memantau tu nampak senang je kan. Tapi bila melibatkan banyak pihak, banyak yang perlu dilihat. So satu lagi cabaran. Memang masa hari kejadian, rehat bahagian kami amat kurang!
Pe’nuang’an kerja terlampau oleh Timbalan aku yang lagi sorang ni. Orang buat kerja, dia sempat melantak pulak!
Tapi, aku rasa diorang macam tahu-tahu je lantik aku jadi SUB PC ni. Aku rasakan ability aku untuk membayangkan perkara, in other words mengkhayalkan perkara amat membantu. Sebabnya, aku bisa membayangkan segala yang bakal berlaku melalui otak aku. So kiranya ini membantu la.
Kadang-kadang ada jugak perkara yang tak nampak oleh orang lain, aku nampak. So, kiranya diorang tak main-main bila bagi aku tugas tu. Tapi as human, still, ada jugak kadang-kadang aku tak nampak something. Cuma kurang la.
SUB PC – the leadership???
Menjadi ketua yang kena menggerakkan lagi 14 orang anak buah aku, menjadikan aku mulanya takut. Dalam meeting pertama yang melibatkan semua muka baru yang aku tak pernah kenal, aku menggigil. Sampai terkoyak kertas yang aku pegang. Bayangkanlah.
Tapi, from time to time, bila dah mesra, dah faham, tugas ni makin mudah dillakukan. Sebab adanya kerjasama dari bahagian aku sendiri. Thank god! Lagi pun, bahagian kami dikenali dengan ukhuwah yang amat kuat, poyo dan gedik. Sampai kadang kadang bila perjumpaan ramai-ramai, banyak yang geleng kepala melihat telatah kami. Bagi aku, kita kena selesa buat kerja kan.
Aku menggunakan pendekatan mesra alam. Pendekatan ni aku gunakan dekat anak buah aku, dan juga kat bahagian lain. Aku beri kebebasan untuk diorang decide apa yang perlu dibuat. Aku tak strict sangat kalau diorang tak datang meeting ke hapa, sebab aku pon faham, masing-masing tengah studi. Tapi lepas exam hari tu, no excuse la.
’Bintang’ PC – kemesraan antara kami... (ada yang takde ni... kalau semua 14 ada maybe lagi serabut! hahaha)
Aku kiranya nak bagi orang selesa dengan aku. Aku kan pemantau. Sebabnya, aku ni akan dikira sebagai penyibuk, bila tanya kat bahagian lain, progress kerja diorang macam mana n so on. So, kalau awal lagi aku mulakan mesra alam dengan diorang, diorang akan cerita je lah.
Bila aku jumpa je bahagian ni, aku akan tanya, ada apa masalah tak. Aku akan cuba selesaikan walau bukan bahagian aku. Aku akan bagi pandangan. Aku akan cuba connect dengan perasaan diorang. Kalau diorang bengang dengan staff masa tu, aku pon cuba channel dengan kebengangan diorang.
Cara ni berjaya actually, in one way la. Tapi in other way, mungkin ia akan memakan diri sendiri, sebab aku kurang strict
Tapi from time to time, aku tengok, bila aku mesra alam macam tu, tak strict sangat. Diorang rapat dengan aku. Bila panggil buat kerja, diorang willing to do. Diorang tak cuba elak diri. Diorang seakan tahu tanggungjawab diorang. So, aku rasa untuk kali ni pendekatan aku kira ok la.
Tak tahu la untuk situasi lain. Aku mungkin bukan pemimpin yang baik. Masa meeting pertama lagi aku katakan pada diorang,
”saya baru sahaja diletakkan jawatan yang berat begini. Saya tak pernah melakukannya. Jika ada kepincangan, cepat-cepat tegur. Saya akan cuba buat yang terbaik”
Itu yang aku katakan dulu. Aku ingat lagi.
Sebabnya aku tak mahu digelar pemimpin diktator. Jadi aku buat mereka selesa dengan aku. Aku pun selesa dengan diorang.
Tu yang buat aku sedikit kaget bila semuanya dah berakhir. Sebab aku dah selesa dengan diorang kan.
Apapun, pengalaman memimpin memang agak bermakna bagi aku.
Post entry
Aku rasa, sampai sini dulu aku berceloteh pasal pengalaman aku dalam Expoconvo’07 ni. Nanti aku sambung balik.
Maaf entri ini mesti telah membuat mata certain orang berpinar-pinar. Aku tahu dan faham.
Macam aku cakap tadi, this entry is worth writing. Worth reading? You decide.
Ini adalah entri untuk aku mengingat kenangan yang tercipta.
7 comments:
byk yer keje bl kena start all over again..
btl ker kamal xjd pemimpin diktator????
satu yg kamal kene tahu..
tak sume org ade bakat memimpin. but, luckily u have that strength!
pendekatan yg kamal buat dgn cara mesra alam gitu, mmg menjadi. kite pun bleh imagine camne kamal mintak diorg uat keje, sama2 uat keje, mcm mana korang uat keje. bile serasi, masing2 tahu tanggungjwb... hasilnya akan membuatkan kamal ingat sampai bile2.
btw, lambang bintang PC tu... so nice lerr. :D
keep up a gud work! ;)
Salam..
Hehe.. Sowy a lm x komen.. :) Actually da bc entry ni smlm lg, tp jejari ni trase berat sungguh nak menaip.. Arini rajin sket.. =)
Anyway, congratulations on a job well done! Hehe.. Mesti trase satu kepuasan lepas berjaya dlm perkara ni kn? hehe..
stuju ngan commenter kat atas.. cara kamal tu mmg bagus, sbb kdg2 approach dictator tu boleh jalan tp x sepenuh hati.. kalau camni, sbb sumer pun senang wt keje sesama, lg la bersemangat!
hehe.. anyway, good pic, good entry, so ble lg mau sambung Part II?
=p
muahaha..
waah..bagus-bagus....camnie le baru adik akak..daya kepimpinan dh menyerlah..bagus dik..:D
giant banner macam sizuka...
nak termuntah edit giant banner tu, di saat akhir nak print tu,banner yu diarahkan diubah sikit.
terkedek-kedek dapatkan softcopy banner asal yang disiapkan oleh pihak korporat, masukkan event yang tercicir, dan tambahkan dua petak lagi untuk penambahan acara bagi expoconvo.
hampir mahu termuntah mengeditnya.
tapi bila tengok hasilnya (walaupun jadi tukang oter saja), senyum simpul gak tengok giant banner ni.
sebenarnya nak buat pedajal gak hari tu, nak oter muka muka tu, boh laa gambar gambar yang lain, gambar sendiri, capap sikit, tapi tak sempat, pemantauan penuh semasa proses peng'oter'an...
huh.
shumirain
insyaAllah tak... tanya la anak buah... diorang lagi buli ada... hampeh! tapi lagi best keje kalo sama2 senang ati.. dari jd diktator kan...
aria
thnks 4 da compliment (ada puji ke?) huhu... mmg hasilnya lagi baik... tapi in the real world, another approach might be better to use... cos it is different out there...
irina
satu kepuasan mmg dirasa... satu kehilangan pon... sebab lama sangat tugas ni... bila habis, rasa macam - aku takkan lagi dapat suasana macam ni, aku takkan lagi buat kerja dengan orang2 ni, aku takkan lagi bergurau senda dengan orang2 ni, cmtu la
ala, macam perasaan bila keluar dari sekolah asrama atau matriks la... or takde perasaan???
kak zura
thanks... tatau nak ckp pe lagi... mybe sbb yang di bwh menyokong yang di atas... kalo tak yang di atas goyah jugak...
nota kematian
pandangan dari si pembuat tentatif - sebenarnya ada lagi program yang tertulis di dalam banner tu... dah diberitahu pada sub promosi, tapi dia kata susah nak edit.. so kitorang diam je... tapi mmg tau mmg sush nak edit... masalahnya bila last minute change... mmg pasni serik nak wat program yang dicdgkn staff... diorg tau cdgkan je, but in term of sambutan, promosi, how to work the thing, diorang tak fikir secara throughly... dah masukkan benda ni dalam report da... harap ada perubahan la untuk akan datang...
hehehe...
biasalah tu...
memang susah jugak, sebab bahagian korporat buat dalam illustrator.
cumanya staf yang berurusan dengan kita pun masih perlu menerima arahan dari orang orang atasan yang kita tidak ketahui.
semuanya macam berantai laa...
macam biasalah, ada laa sikit sikit bunyi saling salah menyalah...
staf salahkan student,
student salahkan staf...
tu belum masuk campur tangan orang atasan.
.p.e.n.i.n.g.
tapi yang penting semua tu pengalaman...
Post a Comment