Hadiah Daripada Hati = komersil, luahan rasa dan pemberontakan???

0149 – 14 Disember 2007


Pre-entry

Firstly, aku nak hold dulu entry pasal Expoconvo’07. maybe sebab nak kena ingatkan balik apa yang berlaku, ia menjadi agak payah. Juga agak sentimental bila memori yang indah diingat semula.

Aku ingin berbicara mengenai Siti Nurhaliza.

Apa? Siti lagi?

Lantaklah. Yang Terdalam pun dah lama tak berbicara mengenai Siti. Dah aku minat Siti nak buat macam mana. Tolong fahami dan hormati. Jika tak boleh dilakukan, sila klik butang ’x’ di atas window anda.

Hadiah Daripada Hati? Satu album yang mengejut daripada Siti aku kira. Masakan tidak, selama ini aku sangkakan dia sedang merakamkan album tradisional, tetapi kerana kurang material, album tradisionalnya ditukar kepada album pop.

Awalnya aku mengetahui agak lewat. Pada akhir November aku kira. Lewat lah tu, sebab kalau Transkripsi dulu aku tahu berbulan lamanya. Kiranya penantian Transkripsi dulu amat lama. Tapi berbaloi sebab albumnya berkualiti. Hadiah Daripada Hati?

Aku hanya mengetahui kira-kira seminggu sebelum pelancarannya, 10 Disember lepas. So, album ni, penantiannya agak kurang. Kalau Transkripsi dulu, memang jenuh menanti.

Aku juga dapat rasakan perbezaan menanti kedua album ini. Mungkin kerana status Siti sendiri yang sudah berubah, menyebabkan keterujaan aku menanti juga berubah. Aku tak macam dulu. Minat still ada, but takde la macam dulu. Aku kini meminati karya bukan figura.

Pada hari 10 Disember tu, jenuh juga la aku dan kawan baik aku mencari album ini di segenap KL. Tak jumpa. Sampai kitorang buat 2 3 kerja gila juga la dalam proses mencari. Tapi tak ketemu.

Rupanya bukan kami je mencari, kawan aku di Klang juga round Klang 2 3 kali, aku dengar di JB pun sama, semua masalah yang sama. Album tak sampai lagi. Diwarwarkan 10 Disember di pasaran, tapi takde. Ape cerita SRC?

Aku sampai penat menunggu, dan aku biarkan je. Kalau ada, adalah. Dan aku baru dapatkannya pada hari Khamis, 13 Disember. 3 hari lewat. Tak macam album dulu. Inilah perbezaan keterujaannya.

Dan aku sudah mendengar sepuasnya.

Perasaan pertama bila dengar sesuatu yang baru, aku teruja. Biasalah. Baru-baru ni, aku beli album Faizal Tahir – Aku.Muzik.Kamu pun aku teruja. (great album, will review soon kalau aku tak busy). Aku memang jenis yang teruja bila dengar sesuatu yang baru.

Aduh, suara Siti, masih lagi membuai. Aku memang minat fesyen suara begini. Dah hampir 12 tahun meminati, memang suara ini yang ku cari. Tak ada yang lain.

Bila dua tiga kali dengar album ni, dapat aku simpulkan 3 terms untuk album Hadiah Daripada Hati ini. The equation is

Hadiah Daripada Hati
= komersil, luahan rasa dan pemberontakan

Komersil

Untuk sesebuah album, lagu komersil memang diperlukan. Tambahan pula lagu Ku Mahu dari drama Spa Q dan Hati dari filem 1957 Hati Malaya sudah agak popular. Ini menjadikan penarik kepada album.

Lagu Ku Mahu memang aku minati, funky, lain dari yang lain. Macam ala latin sikit. Suka bila pertama kali dengar, lepas aku download dulu. Hati pula, aku agak layan, tapi sebab dia lagu tema filem, aku selalu mendouble standardkan. Cuma, bila diamati, lagu ni memang ok dan sedap didengar.


Pelengkap kepada lagu komersil, salah satunya adalah Melawan Kesepian. Awal mendengar lagu di dalam kereta tadi, aku sudah tertarik. Dengarnya, lagu ini akan dijadikan single kedua selepas Ku Mahu. Langkah yang bijak!

Lagu ciptaan Pongky Jikustik ni, yang juga mencipta lagu Seindah Biasa dulu bergerak perlahan dan sedap didengar. Ulangan lagu yang pelbagai juga memang menarik. Cuma, biasala, lagu Indon, takde peluang la nak masuk AIM atau Juara Lagu. Lagu ni sebenarnya ala-ala lagu Setia dari Kumpulan Jikustik sendiri.

Lagu komersil yang lain adalah Mulanya Cinta, lagu yang dinyanyikan Siti masa jadi Azizah dalam teater P Ramlee The Musical dulu. Lagu ini telah diubah suai, dan dijadikan lagu balada. Urm, tapi aku tak minat sangat la lagu ni. Simple sangat. Tangkap muat ke?

Luahan Rasa

Bila bab luahan rasa ni, semua lagu temanya sama je. Lagu cinta.

Duh, perbezaanya sekarang, bila dengar lagu macam ni je, terus teringat muka Datuk Seri K kita tu. Terus terbayang Siti nyanyikan kepadanya. Potong stim betul!

Lagu-lagu luahan rasa – Kerana Dirimu, Cintamu, Sutramaya, Sekian Lama


Kerana Dirimu – lagu ciptaan komposer Indon ek? Takdelah teruk sangat, mendayu dan boleh dilayan. Lagu Indon kan terkenal dengan lagu yang simple, lirik yang minima, dan perulangan yang catchy. Tapi bila dengar first time tadi, kitorang mula teringat lagu Indon yang mana tah. Tak ingat tajuk dia, tapi boleh dihumming la. Tapi kira ok la, lagu ni memang layak masuk dalam album ni.

”Kerana dirimu,
Ku mampu berdiri tegar,
Walau seberat apapun
Beban di hadapanku”

Cintamu – ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Fedtri Yahya. Fedtri ni kalau buat lirik selalu artistik sikit. Macam lagu Racau Sang Khalifah, Liza Hanim & Noraniza Idris tu. Tapi kali ni ok sikit. Takdelah jiwang gila. Straight to the point. Tapi muzik Sharon Paul, memang best giler! Kitorang dengar first time, then tertarik dengan bunyi string dan orkestra nya. Memang best. Lagu ni dah jadi favourite no 1 aku!

“Bercahaya hidupku
Dalam taman cinta
Sehingga segalanya seperti pelangi
Kau sambutlah rinduku
Jangan lepas lagi
Ku patri setia
Seteguh kasihmu buatku”

Sutramaya – lagu Aubrey Suwito. Catchy. Best. Tiba-tiba je ada unsur etnik kretif di tengah. Layan gak la. Lagu ni pun aku minat gak.

Semakin jauh semakin hampir
Sutramaya kasihmu
Menggamit getaran jasad dan nyawa
Semakin jauh semakin dalam
Sutramaya kasihmu
Bagaikan samudera tanpa dasarnya”

Sekian Lama – aku rasa lagu ni tangkap muat je. Tah la. Tatau napa. Bila dengar je rasa mengantuk. Orang kata mungkin tak selesa dengan telinga lagi kowt. Tah la. Tapi lagu ni actually adalah lagu last dalam album ni. So, agaknya memang nak buat orang tidur kowt.

”Sekian lama ku mencuba
Takku lafazkan perasaan
Berkubur sahaja
Namun dia ku cinta”

Semua lagu di atas berunsurkan cinta. Semuanya aku bayang dia nyanyi kat Datuk K. Sekarang dunia khayalan aku limited. Apa nak buat, dia bini orang...

Pemberontakan???

Entahlah. This is merely my assumptions. Kenapa Siti pushkan album ni lebih dulu dari album tradisional?

Sebab first, maybe dia ada lagu-lgagu berkualiti dan komersil seperti Ku Mahu, Hati dan Melawan Kesepian.

Second, sebab dia nak memberontak!

Siti memberontak? Pernah ke?

Tah lah. Tiba tiba terasa macam ni.

Siti amat susah nak memarahi orang kerana dia public figure. Mana dia luahkan emosinya, lagu je lah. Sebab bagi aku, ada 3 lagu yang memang macam lagu memberontak dia lepada peminat atau sapa pun. Tah lah. Just an assumptions.

Macam Transkripsi, ada yang tafsirkan Biarlah Rahsia tu lagu dia untuk wartawan. Prasasti Seni pulak, Dialah Di Hati, lagu untuk pemfitnah dia masa dulu-dulu (kalau korang ingat la). So, bila ada 3 lagu yang konsep lirik dia sama je, aku kategorikan sebagai lagu pemberontak.

Senarai lagu pemberontakan Siti – Tanpa Kalian, Biarkan, Wanita



Tanpa Kalian – lagu rancak. Lirik sedih. Konpius aku. Liriknya dibuat oleh Taufik, komposer lagu ni, dan juga Siti sendiri. Macam diedit edit je lirik ni. Sebab macam perli orang sekeliling Siti.

”Saat jiwa terluka
Saat hidupku hampa
Semua telah terjadi
Di sini tanpa kalian

Tak bisa terlukiskan di hati
Terhiris sangat perit
Tak ingin ku ingkari kegelapan ini

Aku hanya berharap
Dan tunggu waktu bicara
Ku ingin kalian dekat denganku

Aku lelah untuk terluka
Saat semua mata memandangku nista
Hilang arah diriku di sini”

Biarkan – lagu Azlan Abu Hassan. Macam lagu lama-lama lah. Tah lah. Lagu ini diselamatkan oleh suara Siti. Kalau tak, macam ada baur Pohon Asmara Jac pon ada. Tah la. Tapi aku still layan jugak. Rancak dan ok la. Tapi lirik dia...

Hari ini azamku yang baru
Tak mungkin kau jadikan kelabu
Tepis tepis kata yang sinis
Yang panas ku jadikan membeku

Cita rasaku bukanlah menggunung
Tak pernah mengganggu kamu
Bahgia ku kemudi selalu
Biar ku menuju
Jalan tak berbiku

Biarkan cemburu berkubur
Asalkan tak cemari hidupku”

Wanita – this is another song that i like. Catchy. Mula-mula dengar dah minat. Macam kontra dengan Lelaki Ini Anuar Zain la. Tapi dengarnya lagu ni dah dirakam lama dulu. Lirik oleh Siti sendiri bersama sorang lagi. Dalam aku melayan kerancakan dan keseronokan lagu ni, aku tak dapat nafikan, aku terperasan liriknya…

”Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwa ku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang Maha Kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza”


Macam lagu defensive pasal dia pilih Datuk K je. Tah lah. Aku rasa je. Sebab terang dan nyata.

Banyak sangat lirik yang membuatkan ku berfikir. Banyak yang tersirat. Mengenali dan membeli album Siti sebelum ni, dah tahu sangat.

Maybe, sebab tu album tradisional di hold dulu. Sebab Siti nak luahkan sesuatu dulu. Sebab dia nak memberontak. Sebab dia nak Hadiahkan dari Hati dulu.

Hurm. Just an assumptions.

Pandanganku, Transkripsi lagi kuat. Sebab dia punya lagu semua memang ada kualiti. Ada klimaks. Album ni, macam album Siti yang sebelum-sebelum ni. Ada yang boleh layan, ada yang kureng sikit. Tapi ratio yang boleh layan lagi tinggi la.

Pilihan aku



  • Ranking 1 – Ku Mahu, Melawan Kesepian, Cintamu (paling)
  • Ranking 2 – Wanita, Sutramaya
  • Ranking 3 – Hati, Kerana Dirimu, Tanpa Kalian, Biarkan
  • Ranking 4 – Mulanya Cinta, Sekian Lama


Post entry

Tapi aku still happy dengan album ni. Sebab ada lagu baru Siti untuk didengar. Sebab suara dia yang memikat. Kalau lagu macam mana pun, suaranya penyelamat. Aku memang obses. Aku mengaku.

Sekarang pun tengah cuti. Obses aku banyak sebenarnya. Aku tengah layan lagu-lagu Faizal Tahir. Memang killer album la mamat ni. Tah-tah boleh lawan Anuar Zain yang dikatakan best sangat tu. (aku tak dengar lagi sori).

Dan hasil dari seseorang, aku pun tengah obses dengan budak kecik ’Aliff Aziz”. Sedap lagu-lagu dia. Suara dia pun best. Tah lah

Maybe sebab cuti macam ni, aku memang senang obses kowt. Yelah, takde keje nak buat kan...

Nak update blog malas! Hahaha.


:::YTBACK!!!:::

5 comments:

zura lias said...

ooo..peminat Siti rupenye..Siti memang salah sorg penyanyi yang ada vocal yg bagus...*akak bukan peminat siti tapi akak x bias*..ahahaha

Mr Final said...

hiks2... sape laa.. yg wat.. ko minat dak kechik tuh.. ek.. huu~...

wei.. plz laaa.. jgn sentuh anuar zain nyer album kalo lom dgr.. huu~

seriously... i recommended.. u.. to view 3 post about it from my blog...

http://mrfinal.blogspot.com/2007/08/lelaki-ini.html
http://mrfinal.blogspot.com/2007/09/self-titled.html
http://mrfinal.blogspot.com/2007/11/hanya-milikmu-anuar-zain.html

pasti.. ko suke lak ngan album nih.. gile babesh nyer... huu.... aku x tipu... seyes... aku memula pon x ske.. tp... haaa bile dah masyuk.... terus angau.. huuu~

aria ayumi said...

huhu. ni mmg kipas susah mati datuk ct. no doubt :p

"Macam Transkripsi, ada yang tafsirkan Biarlah Rahsia tu lagu dia untuk wartawan. Prasasti Seni pulak, Dialah Di Hati, lagu untuk pemfitnah dia masa dulu-dulu (kalau korang ingat la). So, bila ada 3 lagu yang konsep lirik dia sama je, aku kategorikan sebagai lagu pemberontak."

erk, tak tau lak setiap lagu die ade motif ditujukan utk sesape. huhu.

syada said...

saya saran awk beli & dengar album br anuar zain..huhu ;p

teddybearhijo~ said...

kekeke, pacik! gud review, lengkap, even xminat gaban kat ct, mahupun lagu2 nya, mahupun suare die, tp bace ini2, mcm dpt rase pacik ske die ganokah... hehee... evev sepatah pon mcm alien jak yg pacik ckp tu, xpenah didengar...
ngeh~

ske anuar, antara yg slow music, err, really2 slow punya yg kiter boleh layan...
ngeh~

huhuu, klakau la, bila kamo kate, nak lyn certain lg, tetibe tebayang lagu tu tok dt K, kamo ase die potong srtim, apetah...
hehee, berangan ape tuu pacik oi?

=p