Kekeliruan... hurm...

0145 – 04 Disember 2007

Kekeliruan... hurm...

Ok… beta dah lama gak kan simpan shades of happiness yang berlaku kepada beta baru-baru ni.

Jika sebelum ni, beta simpan shades of happiness, sebab beta nak official, tak nak la tak official tiba-tiba kuar shades. Kalo tak jadi malu beta.

Tapi kali ni, beta simpan bukan beta nak tunggu official ke hapa. Beta sebenarnya keliru! Ni shades of happiness ke satu ujian atau dugaan lagi?

Well, nature la hamba kan. Sering diuji olehNYA. Cuma, setelah beberapa lama, beta kiranya dapat membezakan ujian atau shades of happiness. Rasanya dalam 21 tahun keberadaan beta di dunia ni, banyak jugak tanggungjawab yang datang, berita gembira yang datang, disusuli oleh satu ujian dan cabaran. Bukan merungut, tapi realisitik. Benda baik tak selalu datang bergolek.

Apapun, untuk memulakan, ingat lagi tak pasal Qatar Integrated Industrial Visit, Academic Collaboration and Cultural Exchange (IQVEC’07)???

Untuk lebih lanjut, sila ke sini

So, apa shades of happiness nya?

Camni, masa beta tengah busy busy menguruskan masa beta antara studi n expoconvo hari tu, in fact it was in study week, beta dapatlah msg sorang mamat ni, kawan lama, cakap nak jumpa ngn beta.

Aku pon tak kisah lah, jumpa je la (kejap aku, kejap beta, konpius betol!). tapi dalam hati beta pelik gak, selama ni jumpa just hi hi bye bye je, tapi tiba-tiba nak jumpa secara formal lak. So beta g je lah bilik dia.

“kamal, cmni, aku nak buat tawaran kat ko ni”

”tawaran??? (dalam hati beta apalah mamat ni nak)”

”ha’a tawaran. Susah ak dapat ni”

”apa?”

”hurm, cmni, ko tau kan aku PM IQVEC, ni aku nak tawarkan ko untuk pergi sana. Kitorang ada sikit prob, then benda tu ditangguh. Ramai yang terpaksa tarik diri, n ramai gak aku buang sebab kurang komitmen. So, sekarang aku nak cari pengganti la”

”tapi, apsal aku. Boleh je ke ko approach orang camni??”

“aku kan PM, so aku leh wat apa je la. Aku approach ko, sebab aku pon kenal ko, n aku tau gak ko kerja camna. Lagipon laki tengah kurang dalam tu. So tu yang aku cari tu. Camna, berminat??”

“er… er…”

(kat sini beta memang blur gila. Sebab beta kalau benda ad hoc ni memang kena ambil masa nak absorb sket)

”cmni la, aku pikir dulu ek. Lepas final n expoconvo boleh?”

“tak kisah, aku tau ko pon tengah serabut dengan expoconvo tu. So lepas expoconvo aku jumpa ko balik”

“ok”

Then beta cuba untuk tak fikirkan benda ni. Sebab beta tak nak final beta terganggu.

Tapi balik je bilik, aku tak dapat tahan juga berita ni. Aku bagitahu roomate aku, n mak aku. Aku suka sebenarnya. Yelah, dulu g interview tak dapat. Alih-alih dapat tawaran lak. Sama macam scholar dulu. Memang aku jenis camtu kowt?

Then pelbagai perasaan datang kat aku.

First, suka dan bangga. Sebab bukan senang nak dapat tawaran camni.

Second, aku cuak. Mampu ke aku tanggung semuanya ini. Sebab aku dapattengok banyak juga yang hilang selepas aku terima Expoconvo ni. Contohnya pointer aku. Merudum je. No more dean list. Waa!

Third, aku bengang gak la. Dulu punya la tak mo amik aku. Last-last bila ada prob, datang gak kat aku. Tapi perasaan ni tak kuat la. Cuma aku kan emo, kadang-kadang benda ni datang la gak.

Fourth, cabarannya. Nak kena cari sponsorship dekat rm2000. kira murah gak tu. Sebab banyak sponsorship dorang dah cari. Cuma, aku ni susah sket nak cari sponsor ni. Tak pandai. Tapi, maybe this is the time for me to try rite?

So beta keliru la. Ni shades ke atau apa.

Apapun, beta rasa ini peluang yang sukar dilepaskan. Sekarang beta tengah bengong bengong lagi pasal expoconvo tu. Lepas beta puas rehat sume baru beta akan fikirkan balik.

Beta menulis pon sebab beta janji hari tu kan. Macam tru, beta dah msg dia. Dia kata susah nak lepas ni.

So, sekarang beta nak tanya pendapat la.

What say you?


:::YTBACK!!!:::

10 comments:

Shumierain said...

salam ziarah...best bc blog ni..
coment utk entry ni, ikut gerak ati, kalu rasa tu yg t'baik buat ms skrg, jgn reragu lg dik..nnt melepas, kempunan...
ape2pun, good luckkkk

:: cheezzy cheese :: said...

if akak pon, akak rase berbelah bagi.. nak ingat final lagi, tp bukan senang2 nk dpt tawaran camni.. ape2 hal pon dik, smoga apa jua keputusan awk tu, biar la pikiaq pro & con nya skali ek? all da very best!!

teddybearhijo~ said...

pakcik! lame xmelawat...
ughuu~

hum2...
ase2 kan, pakcik sangat suke kan dapat ini2?
so y not kene lepaskan peluang da golek2 depan pakcik...

kalu ase2 baek nya lg menimbun, grab it neh...

papepon, decision kat pakcik ugak...
gambarey0h neh~!

*ei, sonoknya kalu dapat pegi... even acam tatau ape keje pakcik pegi kesanun... mase sebot qatar tuh, blur, naseb pakcik kasik link dulu, so tgk2 ingat2 balek jak la entry apekah it0...

sonok ek pakcik, life, challenge, opportunities,sume bergaul sebati...
n sato yg agak taksub tentang kamo, u can think sumting positively~
even sumhow keliru2, but u view life in many perspective owk...

besh2...
(^^)"

aria ayumi said...

huhu. rs mcm kejap le plak baca entri ni. dah tak tercungap2. ngehhh.

btw kamal, itu yg kamu nak kan. so, why not take it as a chance... tapi, klw nak uat decision tu, bergantung pd ape yg kamal rs baik utk ms depan kamal. bukan ms belakang ye.

klw rs xbleh nak uat decision gak, cuba list kan sebanyak mana kebaikan dan kelemahan yg kamal akan lalui klw terima tawaran tu.

pape pon, we ol sukung kamal dr belakang. cewahh :D hehe

aria ayumi said...

bile dh dpt list die... klw kebaikan lebih byk dr kelemahan... so, take it okeh... tak sume org dpt peluang timba pengalaman yg kamal dpt tu... :) *lupa nak hbskan ceramah, huhu*

zura lias said...

erm, kalo ni yang kamal nak, grab je le..cume kene wat preparation utk mental n fizikal..hikss...bagus aktif mase tgh study..baru ade kenangan...nnti dh keje xde mase dh nk aktif2...*ini utk org yg pasif mcm akak*..hiks..

Joey said...

aaaa....apa benda ek?

matila...nanti aku datang balik...kdt aku dah nak abis...

manalah nak konsentrat...bunyi kat cc ni macam dalam perang iraq...hihihi

dan akulah perempuan separa muda itu. said...

go for it !
best juga pergi luar negara masa masih belajar. jalan jalan tengok tempat orang.

masa kerja nanti kalau ada pun outstation ke luar negara, situasi mungkin lain.

=)

papik said...

aku terima saje ape keputusan yang bakal ko buat.
=]

hadoken said...

go for it!

dulu tulis x dpt tawaran...penat kayuh basikal, separa demam....

ni siap pm bg offer....huhu


-1st tym comment kat sini-