0197
19 April 2008
Dalam hidup ni, kita tak leh lari dari teguran…
Sama ada ditegur, atau menegur...
Aku acapkali mengalami teguran…
Aku acap kali ditegur…
Ada teguran diberi secara sinis...
Ada teguran diberi secara terus…
Ada terguran diberi secara sedikit berselindung…
Apa pun caranya, ia tetap teguran...
Dan aku menghargai setiap teguran,,,
Melalui teguran, kita boleh perbaiki diri kita ke arah yang lebih baik…
Ketepikan rasa malu, marah, bila ditegur…
Fokuskan kepada isi teguran itu...
Dan ubah dan perbaiki jika perlu...
Bukankah itu sebenarnya objektif teguran???
Cuma, di sini aku nak highlighkan mengenai sesuatu…
Orang Yang Menegur…
Secara jujurnya, aku akui, aku jarang menegur…
Kerana aku merasakan, aku bukanlah orang yang terbaik untuk menegur…
Dan aku sedar aku bukanlah bagus sangat untuk menegur...
Tapi ada ketika, bila keadaan memaksa, aku terpaksa beri teguran...
Dan di situ memang aku memerlukan skill yang tinggi untuk memberikan teguran...
Aku sebagai manusia yang acapkali ditegur faham perasaan mereka yang ditegur...
Mereka akan rasa sedikit malu dan marah kerana ditegur...
Jadi, aku perlu mempunyai skill untuk mengurangkan rasa malu dan marah mereka itu...
Aku perlu terangkan dengan jelas, kesannya perbuatan mereka jika mereka tidak berubah...
Aku akan cuba sedaya upaya buat mereka faham kenapa aku menegur...
Dan aku akan sedaya upaya highlightkan, aku menegur bukan kerana aku terlampau bagus, aku sama je dengan yang ditegur,
Cuma bezanya aku nampak sesuatu untuk ditegur...
Jadi, aku pun menegur...
Dan, selama ini, aku kira, bila aku menegur, ramai yang boleh menerima...
Ada yang tak terima pon, selepas beberapa lama, mereka boleh menerima...
Kerana aku tahu, aku menegur kerana niat aku ikhlas untuk memperbaiki keadaan...
Aku bukan ada agenda tersendiri...
Cuma...
Aku kadang-kadang tak faham dengan orang yang menegur ini...
Kadang-kadang mereka angkuh, terlalu angkuh...
Menegur dengan cara yang menjengkelkan...
Menjatuhkan maruah, mengguris perasaan...
Adakah motif tersembunyi?
Atas dasar apakah anda menegur?
Sepatutnya, kita kembali kepada yang asas...
Kita menegur untuk memperbaiki keadaan...
Manusia tak sama, berlainan latar belakang dan pendapat...
Anda menegur tak semestinya anda seratus peratus betul...
Mungkin anda menegur berdasarkan pendapat anda, bukan pendapat orang lain...
Jalan yang terbaik ialah, bila menegur, letakkan diri anda di tempat orang yang ditegur...
Adakah teguran anda boleh diterima dengan jelas...
Atau anda hanya lebih mengguriskan perasaannya dari menyampaikan isi teguran tersebut...
Ingat asasnya, teguran adalah untuk memperbaiki keadaan, bukan merosakkan...
Jika anda menegur secara radikal, membuta tuli, menjatuhkan maruah, melabelkan yang ditegur dengan sesuatu benda, dapatkah teguran anda difahami???
Teguran...
Memerlukan skill yang tinggi untuk dilakukan...
Tak kisahlah yang menegur atau yang ditegur...
Sama-sama tidak sempurna di bumi Tuhan ini...
Fikirkan kekurangan diri, jangan menegur membuta tuli...
Dan aku terbuka, jika ada yang ingin menegur entri ini...
Tapi biarlah betul dengan caranya...
p/s – thanks Mr Final kerana memberikan aku ’gelombang’ untuk update entri ini... harap aku tak backing ko dekat chatroom tuh, aku backup ko dengan entri... amacam? Bagus tak beta nih? Eheh! (rosak tone analitikal aku kan Hilman!) =)
13 comments:
nice topic, kamal... diya teringat kata2 dato masa ceramah baru ni... cara2 kita nak tegur org yg lebih tua dari kita... biasanya, kebanyakan dr kita msti tak berani nak tego org yg lbh tua... hakikatnya, yg muda tak salah nak tego yg lbh tua... yg penting, tak lah sampai menyinggung perasaan.. dato' cakap... bila nak tego ni... 1st kita kena admit dulu segala kebaikan dia... i mean, puji dulu apa2 perbuatan dia yang bagus2, baik2... then, baru lah kita tego... apa2 kesalahan yg dia penah wat... insya Allah... dia takkan melenting... dan bleh terima teguran tu dgn baik... :)
yerp.. kita bisa je menerima teguran. tapi kekadang pemberi teguran tu yg tak btol. cara dorang tak kena. tu pasal bleh jadik berang si penerima teguran neh.
saya paham situasi anda. takpe anda kan penyabar.. hehehe
Greetings and salamz...
What a gr8 perspective on correcting others...you wrote it flamboyantly!
I read from first line till the end, it is so true...sincerity and genuine in correcting others for the mistakes been done without any intention of showing off or trying to bring down the person,but hopefully to make him aware of his mistakes...and not to repeat it again.
Tegurans membina definitely appreciated.
Have a gr8 weekend and thanks for the posting.
well said.
yup, aku sama dgn ko, jarang nak menegur. tambah-tambah lagi kalau org tu lebih tua dr aku. macam awkward je kan nak tegur sebab takut nanti org kata kurang ajar ke bajet best ke.
tapi tulah. kadang-kadang org yg lebih tua drp kita ni pun satu. menegur dgn cara yg tak kena jugak. ends up, nasihat dia tu kita tak dpt terima pun dan mulalah nak melawan cakap org tua kan.
mcm adelah satu kes baru-baru ni kat tempat kerja aku, ada kawan aku ni kena tegur sebab lambat 5 minit je pun. bos tu cakap 'why are u late? if u don't want to work here anymore, u can quit. i don't mind'. ha of course la hangin kan.
kalau org yg sebaye dgn kita pun, menegur sedap hati je. kawan rapat, maybe kite boleh terime teguran tu. kalau yg jenis jarang-jarang nak bertegur sapa tapi tiba2 sound kita plak, of course kte pun angin.
apa-apa pun, menegur memang harus kena cara nye. btol btol, kena ada skill barulah org yg ditegur tu boleh menerima.
ok, sorry panjang lebar. haha. tengah ngantuk. tapi sebab sgt setuju dgn entri ko, aku reply. haha. sweet tak? :P
kadang-kadang dalam hidup nih kita perlu ditegur..baru bleh kita bermuhasabah diri..tapi ya.masalah kalo orang tak boleh menerima apa yang kita tegur. pernah menegur seseorang dulu..tapi kita pulak yang kena sembur..jadi saya dah fobia untuk menegur..dan fobia untuk ditegur..huhu
pakcik... aku setuju ler dengan entry kali ni.
uhukss.. akak selalu di tegur kamal, mostly dgn org yg lebih tua or brpengalaman. tp dgn adik sndri, haku ler tegur dia beb.. sbb dia kn adik..
**psstt.. pasni kita brbhs germany plak noh!! mati la semua org tak paham ape kita ckp
kalau rasa berani..tegurlah dengan baik...
aku tak berani....
but I'm learning to be brave.....
kurang berani nk memberi teguran..x yakin.. so, better senyap jew..
nie akak nk menegur kamal nie..hai, hari ni makan ape? *wink..wink*...
tapi selemah-lemah iman,bila kite menegur di dalam hati..maknanye kite digalakkan tegur menegur..cume ada caranye...kalo dh tak mampu sangat2..tercetus le teguran dlm hati..
DIYA
nice topic??? thanks to current event yang berlaku yang menyebabkan ada 'aura' untk beta menulis...
tapi bukan berlaku kat beta ek! jangan salah faham...
benda nih bukan berlaku dekat orang tua ngn org muda je, in fact orang yang berlainan fahaman - berilmu n kurang berilmu... beragama sket ngn kurang beragama sket...
mana2 keadaan pown, cara implementasi teguran tuh kene betulkan...
matlamat lebih penting untuk dicapai!!!
LINDOSH
yerp... sokong sesangat... cara teguran tuh amatalah penting kan...
bukan berlaku kepada beta la... beta nilai situasi kepada kwn beta je! huhu
NOUSHY SYAH
nak kene blushing ke nih??? ada 'aura' datang, tuh yang jadi best je nulih...
teguran membina - macam kene wat kursus je kan...
"bagaimana untuk membuat teguran membina"
JAZLIN
wow! panjangnya komen! beta suke, beta suke!
teguran bukan berlaku dalam situasi tua-muda je... even kawan2 pown.. kadang2 kawan2 lagi susah kan nak tegur...
ada event blaku kat sini, ktorang tegur dengan baik, dia melenting pulak...
orang yang menegur dan yang ditegur kene positif... baru matlamat tercapai....
NURUL
btol2... teguran membawa kepada muhasabah diri... penting nih!
melenting? maybe cara tegur tak kene cara, maybe jugak yang ditegur tuh in denial n tak ske ditegur...
teruskan menegur bende yang baik... takleh fobia sgt...
lebeh2 lagi anda seorang cikgu... wah, cabaran besar nih nak menegur!
KHAIRNAJ
tq2 sebab setuju!
(ada ke anak sedara guna ko-aku ngn pakcik dia... huhu)
KAK YANZ
nak berbahasa jerman pulok??? sket2 gheti la...
blaja bahasa nih kan, akan 'melekat' bila mencarut kan...
BRAHAM - berambus... haha
peneguran tak mengira faktor umur... =)
JOEY
ikut keadaan gak.. kalo tak berani, cari org yang boleh menegur dengan baik...
DAKCHOMEY
tak leh gak cmtuh,... tggu la sampai satu masa, kene gak beri teguran2 nih...
KAK ZURA
kak zura, tu bukan teguran... tu 'ngoratan' hahaha
yerp... slalu gak terpaksa tegur dalam hati je... sbb tak mampu...
*insan yang lemah*
Aku knal gitar tu!!!!!
AMIRUL
ye ye... ngaku... tuh gitar ko... aku amik gambar nih masa short sem... ala, masa umah kita takde api tuh.. ingat tak?
Post a Comment