Persoalan Hidup dan Pilihan...

0419
25 Ogos 2009

Semalam telah berlangsungnya sesi lawatan supervisor universiti ke tempat praktikal aku. Dan juga telah berlangsungnya sesi presentation aktiviti aku

Tiba2, secara tak langsung, ia telah menjadi satu sesi luahan hati dan perasaan mengenai praktikal ku ini. Dan tiba2 juga, ia telah menciptakan satu konflik antara aku dan supervisor industri aku

Aku rasa ianya bukan konflik
Cuma satu perasaan tidak selesa

Aku kalau boleh tak nak ada apa2 pergeseran, jadi bila rasa tak selesa itu wujud, aku namakan ia konflik

Bukan aku katakan konflik itu tidak bagus
Ia bagus sebenarnya
Ia membuatkan aku berfikir

Pemikiran aku ini pelik...
Dari satu masalah...
Aku nampak kaitannya kepada satu masalah yang lain...
Berkait dan berkait...
Sehingga ianya kembali kepada ’siapa diri aku yang sebenarnya’


Tapi, bila ia berlaku di saat2 aku memang tengah terbelit dengan pemikiran aku sendiri, aku terus down. Seriusly, petang semalam merupakan major breakdown yang amat lama juga tidak berlaku pada aku

Aku pening...
Rasakan dunia berputar laju...
Sedangkan aku duduk di tengahnya...

Yang ada dalam pemikiran aku ketika itu adalah bantal dan tilam
Satu escapism terbaik kan?

Mungkin juga sebab aku sudah selalu jatuh...
Mungkin juga sebab ada kawan yang memberi semangat...
Mungkin juga sebab ianya Ramadhan
...
Major breakdown semalam bukanlah sesuatu yang memberikan kesan mendalam
Aku cepat bangkit

Terima kasih kepada pengalaman jatuh berulang2 kali
Kini mudah aku kembali

Terima kasih
kepada kawan yang memberikan cadangan menerusi skype *u-know-who-you-are*

Nanti, masa konvo jasa anda akan dibalasi

Syukur
kerana ianya Ramadhan

Dugaan itu entah kenapa, terasa tidak terlampau berat

Selepas berbuka semalam, aku mengambil peluang untuk berehat
Rehat serehatnya
Bila tenaga dah kembali, aku mengambil wudu’ dan menyembah Yang Esa
Dan entah dari mana semangat datang, aku membaca kitabNya

Sehingga tenang aku rasa
Amat tenang
Mujur ianya Ramadhan!

Setelah itu, aku terasa ingin bercerita
Memilih housemate ku untuk bercerita
Namun entah kenapa, bila face to face, compared to through skype, benda yang ingin disampaikan terasa payah
Berat nak dikeluarkan

Mungkin juga, tidak semua aku ceritakan kepada dia...

Sedikit rahsia, biar aku simpan sendiri
...

Hari ini, aku mengambil cuti
Aku ingin tenangkan fikiran aku yang bercelaru dan berserabut
Sudah hampir 3 minggu aku begini kan

Dan kini, aku menulis kini, aku sedikit tenang
Dan aku rasakan kini, aku tahu mana hala tuju aku selepas ini
Cuma aku harap, arah ini diberkatiNya

Aku ingin ceritakan di sini
Tapi, aku pun tak tahu bagaimana aku ingin ceritakan
Yang boleh aku buat adalah entri2 berselindung begini

Maaf kalau anda membaca, tapi tidak mengerti...
Terima kasih, jika anda membaca dari awal hingga akhir
Itu tandanya anda ingin mengerti...




:::YTBACK!!!:::

12 comments:

Hilman Nordin said...

Be strong!

Thanks for sharing. Terasa penghayatan Ramadan...

Moga-moga kita di kalangan orang yg beruntung bulan puasa ini!

Mr Final said...

paaam~


aku kini adelah ROBOT

SBB KALO aku punyer perasan skrang.. aku makin rosak... jika aku mmg robot skrang mesti dah explode....


jadi aku pendam sekejap dan biarkan rase itu berlalu...

dan aku cume nonton.. ape yg jd pd diri dan sekeliling..

aku cume mohon padaNYA now... tmbah lagi dgn aku sendiri dlm dilemmaa xtau lagi ape nak capai dan ape nak gapai..


"ape aku ckp nih.. eh..." hah.. lntak arr saje nak nyemakkan blog kau!

Max J. Potter said...

baca quran dan selalu mengadu dkt Tuhan tu boleh leraikan konflik. biasanya nampaklah jalan penyelesaian tu lepas kita mengadu. =) all the best to you, whatever the trouble is.

all your 12 comments have been answered. your demand, too. drop by later to pick them up, yes?

and happy fasting.

Princess Liyana said...

alaahai..tkpe2..3 hari cuti ni restkan minda ok..hmm jangan sedih2..bulan ramadhan ni lg tenang kan;)

wish u all the best in life..;)

puasa jgn tk poser ok ;P

Pst : bila lagi nak main jgn lupa lirik? ahaks...;P

.:SeSwEeT LaVeNdEr :. said...

wuwu..trsiratnye..xpe2..nnti story mory keyh!

kuatkan smangat..akpn tgh ade prob jgk skg kt cni...lpskn je geram kt blog...biala org nk ckp apepn..dh blog aku..huhu

n wish u all da best 4 da next 3 months..wuwu

eim said...

Be strong!!!

:: cheezzy cheese :: said...

sib baik.. aku igt ko nk brtumbuk tadi.. fuhhhh lega.. bulan remdan ni, bwk2 brsabar ya dik?

IamYonna said...

aku memang ingin selalu nak tahu :p patot la status kat FB pun semacam ja.

blog bukan lagi medan selesa utk kita,tempe.ko kene sedar benda tu. ko bagi hint mcm ni pun,tak berapa nak lega kan ko rasa? mesti rasa nak story semua tapi ada halangan kan?
T__T

aku sedih tgk ko taip entry mcm ni T__T sebab aku sanggup ko buat entry yang memuji diri sendiri hensem dari entry sedih mcm ni T__T (tolong gelak dan kembang!)

semoga ketenangan akan selalu dekat dengan ko.kita manusia,mcm2 perasaan kita akan rasai. tapi, perasaan ketenangan yang paling susah kita nak dpt. mungkin kita selalu jauh dari-NYA kan?

selamat menenangkan diri,kawan :) setiap masalah ada solution nya.

IamYonna said...

oh ya.one more.aku pun sama mcm ko. lagi senang berbicara maya dari berdepan.bila berdepan aku rasa ayat2 aku sgt hipokrit.rasa mcm riak muka aku senget benget. hahaha. its true weh. bila kat ym,rasa nak taip tanpa henti T__T

ok.dah.tu je komen aku hahaa

Joey said...

hmmm..the problem seems to be complicated sangat..

susah pula nak cakap kat sini...

my advice is...dont put so much beban on yourself

what ever happen for a day, dont think it back...biarlaa

p/s I dah lama tak buka skype ...ym pun jarang..sebab celcom broadband aku nih macam ___________(sila isi dengan perkataan yang tak sepatutnya diguna) hehehe

theorangelily said...

jiwa kacau kah?

ahmadkamal said...

HILMAN - strong2 pon, ada masa kene break down... (pulaaakk)
amin... moga2 kita dikalang org2 yang beruntung...

MR FINAL - haha
takpe2
layan perasaan laah tuh! (gaya iklan hot fm)
mybe aku pon robot kowt...

KAK NANI - dah subscribe kat sume komen tuh, n dah baca responnya...
yerp... syukur ia ramadhan, dan syukur ada rasa nak baca quran... syukur sgt!

PRINCESS - 2 3 hari??? cuti dapat sehari je tau tak... keje nanti, tau la cmna...
nak men jgn lupa lirik boleh je! =p
slamat berpose!

ANIS - insyaAllah kalau nak cerita, aku cerita nanti k...
skrg ni, blog bukan tempat pelepas geram... blog dah jadi len...

IEM - yeah!!!

KAK YANZ - ye... insyaAllah...
ingt sy bertumbuk??? wow imaginasinya!!!

YONNA - ko mmg slalu nak tahu??? - takpe, dah tau pon ko mmg penyibok! haha
yerp, blog dah bertukar... jadi benda len... tatau napa kan...
ehem, serius, aku gelak baca part tu! dah lama tak wat entri cmtuh kan..
n maya is the best way to express feelings bagi org2 bermuka senget mcm kita, dun u think? hahaha

JOEY - tak complicated mana
but the pressure is unbearable...
cuma kat sini, sudah terbatas sesi perluahan...

ORANGELILY - agak aaa