Diam...

0447
170510

Diam 1

Mungkin ada yang tahu, mungkin ada yang tak tahu, aku ni jenis orang yang paling tak suka kalau orang tak balas mesej yang kita beri.

Bagi aku, lambat atau cepat, at least balas.

Aku faham semua makin busy dengan hidup masing2, mana de masa dan daya nak fikir pasal hidup orang lain. Aku faham itu...

Tapi takkanlah setakat nak membalas mesej dalam masa 10 saat pon susah kowt? Aku pun busy, aku pun banyak kerja

Kadang2, bila aku teringat seseorang, tak kira la penah-spesel ke kekawan, aku terus mesej. Just a msg beritahu yang aku teringatkan mereka2 ini

Yang membalas ok la. Yang tak balas, aduh, saketnya hati!Rasa macam diri tak dihargai lak...

Ye la, mungkin sapa lah kita dalam hidup mereka2 kini. Bukan siapa-siapa.

Setelah berulang mesej tidak berbalas, kadang2 aku tahan diri dari mesej lagi.
Aku tahan.
Dan terus diam.
Biarkan saja semua

Nak buat apa mesej lagi tanda ingatan, jika tiada balasan? Diam lebih baik kan?

Harap mereka faham atas ke’diam’an aku itu…


Diam 2

Dinner dengan ofismate.

Aku: pot pet pot pet… HAHAHAHA… pot pet pot pet!!!

Ofismate: eh, ko ni tak reti diam ke? Setiap minit ko nak bercakap. Cuba ko diam sekejap.

Aku: Kalau aku diam, orang akan risau. Ko nak ke risau pasal aku?

Ofismate: Eleh, takde punya nak risau2 pasal ko. Nah, aku cabar ko. (sambil tengok jam). Cuba ko diam sampai pukul 9 malam ni!

Aku: …. (anggukkan kepala sahaja, sambil tersenyum sinis…). Dalam hati, “Jangan menyesal!”


Makanan sampai. Bihun goreng yang aku order.
Banyak pulak tuh! Mana la aku tak gemuk!

Aku terus makan, diam, slow2, kunyah. Mereka2 terus berbual itu ini.

Lima minit berlalu...

“Eh, dia betul diam la… pantang betul dia dicabar!”


Aku tersenyum sinis, sambil buat tak tahu. Aku terus makan.

Desert sampai. Tuan kedai belanja, sebab kafe dia dah macam kantin kitorang. Kitorang selalu lepak situ. Ambil seulas dua buah. Makan. Diam. Sambil wat tak tahu.

Tiba2, aku tersedar. Alamak!
Karang macam mana aku nak bayar? Sure aku kena cakap dengan dak cashier tuh aku makan apa, baru boleh bayar. Abes la cabaran tuh kalau aku cakap!

Kaget ni kaget! Macam mana nak buat???

Berfikir sambil mengunyah. Tiba2 dapat idea! Haa!

Aku terus ke cashier. Kuarkan hanset. Pilih application ‘new message’. Taip:

“Bihun goreng satu.
Jus epal satu.”


Dak cashier tuh pandang, sambil cakap, “Aik, dah bisu?”.
Aku senyum dan angguk kepala.
Tiba2 dari dapur, abang restoran tuh cakap ngan aku, “Awal gerak hari ni, nak pergi mana?”

Aku kaget.
Camna nak jawab ni?
Kalau bersuara, habis la cabaran!

Lantas, aku buat isyarat takbir.
Tanda nak pergi sembahyang.
Brader tuh paham je.

Sepanjang perjalanan aku balik ke opis, aku tahan diri.
Diam.
Tak bercakap.
Best jugak macam ni.
Asik bercakap je.
Diam best rupanya!

Sampai ofis, aku terus buat kerja. Masih lagi diam.

Satu notification masuk dari facebook. Ada mesej!

“Sori la dear…” mesej dari ofismate aku tadi.


Aku wat tatau.
Buat kerja.
Masih diam.
Sambil headbanging lagu2.

Lelah wat kerja, usya facebook. 2 orang ofismate berstatus pelik2:

“Dia, kalau dah serius, jangan sapa la kaco!”

“=(“


Aku tertawa di dalam hati.
Hahaha, U asked for it!!!
Masih diam.

Jam melewati 9 malam. Waktu tamat cabaran ni!

Aku wat tak tahu.
Masih diam.
Sengaja cuba uji ketahanan diri untuk diam.

9.30, seorang ofismate datang.

“Abang Kamal, jangan la merajuk… cakap la… cakap!”


Cilakak! Dia menganjeng aku!
Nak je aku jawab, “Aku bukan merajuk. Aku cuma diam je!”

Tapi kene tahan diri dari bercakap beb! Masih wat tak tahu.

Sampai pukul 950, ofismate yang mencabar aku tadi datang

“Kamal… jangan la macam ni… aku memain je cabar ko… jangan la merajuk… aku wat ko banana split nak? Nak?”

Aku wat tak tahu.
Sambil diam.
Heabanging lagu.

“Ala Kamal, jangan la macam ni”

Aku tergelak di dalam hati.

“Aku pergi buat banana split ek… ko makan ek nanti”

Aku diam.
Still wat tak tahu.
Dia berlalu.

Aku nak terketawa.
Baru ko tahu penangan aku diam!!!

Tapi kesian pulak...

Aku berjalan ke bilik ofismate yang lain.
Masih diam.

Aku keluar je pintu, si ofismate datang menatang banana split dalam satu pinggan.

“Nah. Amik la. Jangan la marah lagi”

Adeh, kesian pulak aku tengok. Muka selenge macam nak nanges.

Lantas aku bersuara,

“Haa kan aku dah cakap. Orang akan risau kalau aku diam.
Baru 2 jam je kot. Hahaha”

“Yela2. Pasni aku tak buat main dah”


Aku terfikir sendiri.
Orang memang cuak ek kalau aku diam???
Maybe sebab aku bising sangat kowt.
Haha…

Tiba2, teringat kata2 cik Dewi 2 tahun dulu

“Kamal, ko nampak hensem bila serius dan diam bila buat kerja!”

Hahaha…

Esok nak diam lagi la… nak tambahkan kehenseman! =p



:::YTBACK!!!:::

8 comments:

Cahaya Pembuka Hatiku said...

huahahah.. lawak baca entry ko..teringt kisah first yer aku di utm lu.. aku pun suka ckp lu.. smpi kwn aku suh diam seminit.. aku wat jer la kan.. ala seminit jer.. then ckp la blik.. ader aku kisah..hahah.. tp x tahu la aku comel ker tak kalo aku diam, mcm ko hensem time diam.. heheh.. yer ker?? =P

khairul najmi yusof said...

serius aku gelak guling2 atas lantai baca entry ko ni pakcik ha3... lawak giler teringat pulak entry ko yg pasal heroes tu hahaha... congratz!!! sbb dah dpt balik rentak menulis macam dulu. keep it up pakcik..!!

n0n0i♥a'n'l said...

Perghhhhhhhhhhhhh Kamal! Gile ah leh diam begitu lama.. kalo Noi, dah surrender dah. Mana boleh diam (T_____T)

Nani Othman said...

ok. sumpah funny. XDDDD

i scare people too when i'm too quiet. =) i'm very noisy most of the times. hehe.


There's a SEVEN WORDS challenge up my blog! Come play~!

yonna said...

hahaha bongok! siap type kat henpon lg T___________T gile ke apa? kalau ye pun, kasi la excuse time nak bayar tu.

sebenarnya,tak best bila kita DIPAKSA diam macam ni. sebab keinginan kita nak cakap tu membuak2 hahaha.kesian tengok kawan terkulat-kulat pun ye jugak.

kalau dtg time kita moody yang membuatkan kita mmg takde mood nak bercakap, haa baru best :p mmg tak layan lah kau nak ckp apa pun. mode hati kering :p

ko buat sungguh ye? kalau aku, 5 minit je kot tahan. hahaha. ko boleh sampai 2 jam. tabik ah. dengan 1 opis plak tu. siap buat banana split lg. ko mmg gedik kan? nak kena ada ganjaran br mengalah HAHAHAHAHA (JK)

okay,sentap dengan perenggan pertama entry ni. HAHAHAHAHAHA. selalunya aku balas sekali je.kalau org tu balas balik, aku senyap sampai sudah LOL. depends org gak la.boleh gitu?

DeWi said...

hehehe..kamal.. ko mmg ensem time srius wt keje... sjk ritu, aku skodeng ko.. tp lps knl.. x mo dh skodeng!!! x besh!! hahahaha

Pangeranz Umar said...

hahahaha...funny story....
ialah terlalu diam..sapa tak risau....
kuat dicabar jugak ni...huhuhuhu

ahmadkamal said...

CPH - huhu... thx 4 liking this post... patut masa diam suh org tgkp gmbr... baru tau comel ke tak... =p

KHAIRNAJ - pacik pon dah lupa kisah heroes tuh, ko ingt lagi??? eceh!

NOI - diam je.. try... boleh!

KAK NANI - thx for finding that post funny!

YONNA - yela.. kene konsisten dengan cabaran...
last perenggan komen ko, aku tak puas hati...
it took me some effort to write a msg, why cant it be appreciated???
=(

DEWI - haha... dah kenal wat pe skodeng kan...
ooo kantoi, ko skodeng aku slama ni eh???

PANGERANZ UMAR - thx!
yerp, jika cabaran itu mampu dilakukan, masakan tidak?