Layankan aja update ini!!!

0334
26 Disember 2008

Losing my momentum to update…
Yelah, di akhir2 cuti kan, rasa macam tak cukup je masa untuk cuti…
Masa tengah cuti, mati kebosanan…
Bila akhir2 gini camni la!

Sibuk 2 3 hari ni dengan bermacam benda
Jadual jumpa orang2 sebelum pulang ke UMP…

Biasalah, manusia2 itu…
Bila aku tiada di KL, di seru-seru..
Bila aku di KL, semua diam seribu bahasa…
Kalo aku tak bising, takde la mau jumpa…

Lantak la kome…

Aku sempat jumpa 2 3 je orang…
N will update bout that later kowt

Sibuk menambahkan bahan bacaan untuk dibawa balik ke UMP
Inkheart Trilogy dah separuh baca, kini di Inkspell
Seseorang memberikan sesuatu…
Adikku menambahkan buku Dan Brown, Digital Fortress
Dan aku pulak, ada buku2 yang aku simpan dari dulu, tapi malas baca…
Thus, banyak juga bahan bacaan waktu lapang dibawa ke sana…

Esok mau g potluck kak red…
Pergi dengan Mr A, tiba2 dia sakit kaki lak tersepak batu masa swimming
Tu la, swimming tak ajak!
Aku rasa, dalam banyak2 mende akunak buat cuti ni, swimming je tak tercapai!





















Rasa lambat mau canang2 pasal potluck kak red ni, aku tempek je la banner dia ya!
Harap jumpa semua di sana
N, maaf kalau aku tak kenal anda
Kalau anda bukan regular di YT, aku memang tak kenal
Aku tak banyak menghabiskan masa dekat ruangan komen kak red
Maaf!

Tadi sibuk membeli stok makanan untuk balik UMP
Dan mencari jugak ini : Lentera Timur















Jangan banyak bunyik, aku ske, lantak aku la…!
Haha

Tadi ke laman web UMP
Tengok jadual untuk sem depan..
Result?
Ok la…
Puas hati!

Sem depan, kelas cuma 2 jam isnin, 2 jam selasa, 1 jam khamis

Tengok jadual, asalnya start 30hb ni, sebab 29 cuti…
Kuliah 30hb dibatalkan pulak…
31 rabu, which takde klas
1 jan confirm la cuti kan…
2,3, 4 takde kelas..
Maknanya kelas aku cuma start 5hb!

Abes apsal nak balik awal???
Bior la… duk umah menghabehkan beghas je!

Urm… memang tatau nak update pe lagi…
Tunggu la ek bila otak dah stabil sket…
Skunk mau berhuha di rumah dulu!



:::YTBACK!!!:::

Biskut Kepala Lutut???

0333
24 Disember 2008

Kak Zura PBB ada komen kat entri Confession of the Kampong Boy aku

walaupun tau famous amous tu ape..
tau gak port luck tu ape..
tapi akak tetap kampung gurl..
n asal pun dari kg...hihihihi..


tp dari famous amous..
akak suke
biskut kepala lutut cecah tea 0..
nyum..nyum...
mesti x penah tgkkan..


nnti kalo balik kg..
gie jenguk kedai runcit kat kg tanye..

"biskut kepala lutut ade tak?"


kalo xde or xtau..lom kg le tempat tu..
hakhakhak...

Ooo.. gitu…
Baru tahu cmna kita boleh test samada tempat tuh kampong ke tak…
Kita boleh tanya soalan itu…

Cuba bayangkan situasi ini:

*pejamkan mata*

Eh.. tak yah pejam! Kalo tak camna nak baca… =p

Anda tidur malam2
Anda suke berjalan dalam tidur…
Anda memandu kereta…
Dan anda tersesat di satu tempat yang anda tak tahu kat mana…

Sign ada, tapi anda mamai, so tak leh baca!
Anda takleh decide samada anda di utara ke, selatan ke, pantai barat ke, pantai timur…
Anda ingin meminta bantuan dari kawan anda…
(luckily u have ur handfon with you)

*Teeet.. teeett*
(bunyi telefon yang takde caller ringtone)

“Weh.. nak apa ko pagi2 buta ni?”

“Weh.. aku berjalan dan memandu dalam tidur ni…
aku tatau aku kat mana…
ko leh tolong amik aku tak??”


“Ko kat area mana?”

“Tah lah.. aku tatau”

“Ko kat kampong ke kat bandar???”

Persoalannya,
apa yang harus anda lakukan???…
lakukan???…
lakukan???…

*gema*

Ini caranya!

Anda pergi ke kedai berhampiran, dan bertanya:

“Pakcik.. biskut kepala lutut ada tak???”

Jika jawapannya ada, anda di kawasan kampong!
Jika sebaliknya, anda masih lagi di bandar… jangan risau!

Terima kasih kepada Profesor Zura PBB di atas penemuan ini!
*tiba2 naik pangkat*

Hahaha

Aku mengugle tadi, nak tau la apa namanya biskut kepala lutut tuh…

Dan I found this…



















This picture credit to Azian Hasan

And this entry…

Oho.. ni rupanya biskut kepala lutut…
Otak aku dah pikir merepek2 tadi…

Diingatkan, menurut professor tersebut, biskut ini hanya ada di kampong!!!

Thus, kalo lepas ni ada orang tanya apa itu biskut kepala lutut:

Anda boleh mencengilkan mata, memandang, dan menjawab dengan penuh sinis:

BANDAR GILERRR!!!!
Biskut Kepala Lutut pon tatau!!!

Err… tiba2 termengaku kampong la plak!
Haha



p.s – apa makanan kampong lagi yang beta tatau???
Meh gtau meh… tak nak la jadi bandar sangat…. =p



:::YTBACK!!!:::

For Those Who Understand...

0332
23 Disember 2008

Sebetulnya, ada perkara yang mengganggu fikiran aku tadi
Amat-amat menganggu fikiran

Sampaikan aku dapat merasakan, aku akan membuat satu tindakan bodoh yang mungkin juga melibatkan kalian..
Hurm, maybe tak lah terlampau bodoh, let we change the word to extreme..

Dalam keadaan itu, hanya tindakan ekstreme boleh melegakan fikiran aku.
Aku sudah begitu hampir untuk melakukannya
Amat-amat hampir…

Namun, semuanya berubah bila sedikit kegembiraan menyimbah…
The shades of happiness happened again…
It has become official

And for this time, I chose to keep it secret, by not telling exactly what it is…
U can make wild guess, but I might not tell you what
*smirk*

For those who know me well, maybe you can guess... =p
And I’m blessed that the happiness happened, when I, like I said, want to cast that extreme step…

Tak faham?
Mungkin ini entri untuk mereka yang faham…

Sometimes, there are things that are better left untold to others…
And this time, I chose to tell only those who understand….


p.s - corrected.. th kak nani! =p
p.s.s - thank god, there are people who understand and has phoned me to confirm it! =p


:::YTBACK!!!:::

Best Tak???

0331
20 Disember 2008

Aku bosan tadi

Nak baca buku...
Inkheart dah habes…
Malas lak nak sambung Inkspell ke Inkdeath…

Nak update blog
Malas la plak…

Nak baca komik
Sume dah terbaca…

Tiba2 tangan aku gatal baca balik YT dari awal tahun sampai sekarang…

WAH!
BLOG AKU BEST LA!!!
BEST GILER2 SAMPAI AKU TERGULING2
DENGAN LAWAK YANG AKU TAK INGAT
AKU PERNAH BUAT!!!


Korang camna???

Best tak blog aku???
Best tak???


Hahaha

Aku dapat rasa sekarang macam makin kurang best…
Tatau apsal…
Hurm…
=(


p.s - senang2 kowang g la baca entri2 lama2... haha


:::YTBACK!!!:::

The Confession of the Kampong Boy

0330
19 Disember 2008

This entry might be not suitable for minor…

Huhuhu…
Okla, not totally confession la… ni aku yang paksa dia sendri confess dia dak kampong…

Sedap pe title camtuh, ‘confession of kampong boy’
Ye la, pegi kedai buku, macam2 tajuk ada, ‘confession of ugly stepsister’ la, ‘confession of a boy’ la..
Thus, napa tak boleh tambahkan aja ‘confession of the kampong boy’ ini?

First of all, kepada yang berkenaan, ampon maaf dipinta
Ko masih lagi yang terbaik ok…
Cuma biasala, mau bersengal dengan entri… =p

Citer dia gini…

Kan hari tuh, aku kuar ngn mamat ni, n minah ni…
Meh kita letak initial A untuk mamat, n B untuk si minah…
Si B mau beli hadiah untuk kahwin kawan diorang dekat IKEA.

I was like - IKEA? Mau beli hapa? Katil? Almari?
It turns out that she wanted to buy pinggan mangkok…
Murah macam mana pon takpe, asalkan ada tulih perkataan ‘IKEA’ kat bawahnya…
Baru klasss sket!

Aku dah lama giler tak pegi IKEA.
Diowang agaknya tak penah pegi ke hapa…
Ke penah pegi…
So kitowang ala-ala blur blur la gak mana mau pusing…

Mula2 masuk showroom, yang banyak katil n almari sume tuh
Pening aku, banyak sangat…
Diowang mencari punyalah hampeh…
Dahlah x mau dan x tau tengok sign, nampak satu2 barang terus grab, n jakun skejap…

Aku:
weh… jangan la
kampong sangat kat sini weh!


B :
kuang haja AK, cakap aku kampong…
ko lagi
kampong ok!


Aku:
well, at least aku tak jakun tengok barang macam kowang!

Urm.. details bout this story, g lah link minah ni…

Aku malas nak taip mende sama… =p

Then semalam, aku kuar la ngan mamat A
Mau merambu la kononnya..

Kisah 1

Adik aku si Hafiz tuh mengidam giler mau makan biskut Famous Amos…
Ala yang sedap tuh…

Aku marah gak kat mak aku, kecik2 lagi dah ajar makan biskut mahal gitu…
Bayangkanlah, 100 gram dah RM7++!!
Aku masa kecik dulu makan biskut choc fudge dalam tin kedai runcit je!

Dan kat umah ni, budak kecik ni selalu berebut ngn kakak dia yang umur 15 tahun tu…
Masa tuh mak aku belikan sowang2 100 gram… bawak balik umah…
Yang si Hafiz ni pulak, dah habis makan part dia, dia sanggup panjat almari mau curik kakak dia punya biskut

Ngamuk la kakak dia tuh!
Pastu umah ni bising la…
Dan ayat last skali “len kali, kalo Ame kuar, suh dia yang belikan”

So, tiap kali aku kuar, tiap kali la dia pesan suh aku belikan…
Aku lak, mana la nak lalu tempat2 makanan sume tuh
So banyak kali la tak belikan..
Sampailah semalam, aku mau la belikan juga untuk dia…

Aku pegi la amik mamat A ni

A:
haa.. nak g mana ni???
(sambel betulkan seat kereta dan stereng… dia memang selalu jadi driver aku!)

Aku:
urm.. mula2 kita g cari Famous Amos dulu…
Kene beli hari ni gak!


A :
Famous Amos?? Mende tuh???


Now let talks more about mamat A.
Dia nih duk ampang.
He claimed that he knows every little thing about Ampang.
And also branded stuff.
Aku banyak tau mende2 pon dari dia je la.
Maklumlah aku kan tak pandai mende2 merepek2 camtuh kan.

So, aku pelik la mamat ni tatau Famous Amos tuh hapa…

Aku :
weh… kampong giler Famous Amos tatau!


A :
eleh.. aku tau la…
(sambel straightkan muka)…
kedai suar dalam kan???


Aku :
Haa??? Hahahaha… siol!!!
Kedai biskut la!!! Biskut!
Adik aku yang nak sangat mende tuh…


A :
Ooo ek???
Aku tau la, saja wat tatau

(cover2 malu)

Aku :
eleh.. cakap je la tatau…


A :
Sapalah makan biskut tuh… tak popular pon…


Aku :
Adeh!!! Ko memang kampong hari ni…
Kalo ko tak caya cuba ko msg minah B, tanya dia, dia tau ke tak

Dia msg minah B

Minah B balas, “tau2… sedap kan biskut tuh.. tapi aku prefer yang freshly baked, bukan yang dalam plastic macam kat 7 Eleven tuh”

Aku gelak giler2, sambel point outkan pasal kekampongan dia hari tuh…
Dan kami terus berjalan2, sambel dia yang memandu…

Kisah 2
Aku :
Ha… sabtu depan ada wat pape tak??


A :
Napa?


Aku :
Jom join aku g POTLUCK Kak Red.
Dia siap bagi personal invite lagi kat aku.


A :
Sabtu depan takde pape.
Boleh je…

Lama sket…

A :
Potluck tuh hapa???


Aku :
Haaa??? La… tatau gak ke…

kampong!!!


A :
Ko la
kampong… Tah hapa tah tuh..
Macam nama cina je…
Pot Lak!


Aku :
Hahaha, best ni… Cuba ko msg minah B lagi.
Dia tau tak Potluck tuh hapa…

Dia pon msg..

B menjawab, ‘ Tau2.. yang kita masing2 bawak bekal makanan masing2, n kumpul makan sesame tuh kan”

A terkedu.

Aku msg B, “Thanks B, now its official that A is a kampong boy!!”

Pastu kami terus berjumpa seorang kawan…
Aku ceritakan kisah itu..
Habes mamat A kena gelak kaw kaw punya!!!

Aku :
Aku mau letak gambar ko besar2 la kat blog.
Bawah tuh aku mau letak “Now Its Official, He is Kampong Boy!!!”


A :
Letak la!

*marah*

So, aku letak je la ye ni… jangan mare!!!
Huhuhuhu




















Now, it's official!
He is Kampong Boy!!!

"takpe2, nanti aku balas dendam"


=p

p.s - baru2 ni, ada yang mengkampongkan nama beta...
to makcik budu, ini bukan entri yang anda tunggu...
makcik kandar mana?? jadiu cicakaunt (makcik cicak)???haha



:::YTBACK!!!:::

Ketika Cinta

0329
18 Disember 2008




Ketika Cinta
(OST Perempuan Berkalung Sorban)

Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-Mu
Karna setiap jiwa t'lah bersumpah
Setia hanyalah kepada-Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati 'kan memuja hanya pada-Nya

Ketika cinta memanggil
Gementar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu... rindu... rindu qalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu

Bertabur qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil



Tengah layan lagu ini, ciptaan Opick
Mula2 dengar nyanyian Opick sendiri sudah membuat aku tertarik
Dan cover version oleh Siti dengan suaranya yang tersendiri

Lirik, dan lagunya, aduh, menusuk aku!
Dengarkan aja!



:::YTBACK!!!:::

Menunggu Pagi...

0328
17 Disember 2008

Apa yg terjadi dengan hatiku?
Ku masih di sini menunggu pagi...
Seakan letih tak menggangguku...
Ku masih terjaga menunggu pagi...

Jam menunjukkan 2.58 am. Aku masih terjaga menunggu pagi. Awalnya sudah bergolek sedari jam 12. Tapi mata tak mampu nak lelap.

Tengah hari tadi, hingga ke malam, aku bersiar bersama teman. Melakukan apa yang kami suka. Berkaraoke, membuat konsert selama hampir 4 jam. Membayangkan diri artis terkenal seantero alam. Eheh!

Minat yang makin bercambah, menyebabkan aku acapkali mengunjungi kedai buku. Mencari buku baru untuk dijadikan koleksi. Walaupun Inkheart Trilogy masih belum habis dibaca lagi! Mungkin ini satu escapism jiwa yang aku cari.

Entah kapan, malam berhenti...
Teman aku, masih menunggu pagi...

Mungkin aku masih imsomnia. Jadi aku mengupdate blog.

Malam semalam, tidurku terganggu. Aku terjaga lagi. Dan otakku gagal untuk diam. Lantas terus berfikir.























Malam begini, malam tetap begini...
Entah mengapa, pagi enggan kembali...

Mahu segera kembali ke kolej, menghabiskan tanggungjawab yang tersisa.

Akhir semester lepas, satu dilema besar telah berlaku. Hingga aku jatuh dan tersungkur lagi.

Ku terbiasa, tersenyum tawa...
Walau hatiku menangis...

Mungkin tiada yang sedar apa yang berlaku. Seperti biasa, memakai topeng, mengelakkan dunia tahu. Senyuman palsu!

Ketika itu, aku mahukan satu jalan keluar. Dan pulang ke rumah adalah caranya.

Lupakan semua, tinggalkan ini…
Ku kan tenang, dan kau kan pergi…

Pulang ke rumah dan berehat sudah. Membuatkan otak in-denial mode dalam segala yang dihadapi. Membuatku sedikit lega. Dan aku merancang untuk kembali

Mungkin kali ini aku berbeza dari yang dulu
Peristiwa mematangkan!
*senyum sinis*

Tuk tetap berdiri, ku melawan hari..
Ku akan bererti, ku takkan mati!!!



p.s – waiting a shade of happiness to be official! if u can predict what i mean... =p
p.s - tengah giler peterpan.. layankan aja!


:::YTBACK!!!:::