Otak 6th Sense...

0417
18 Ogos 2009

Pernah aku katakan dulu, rutin membosankanku
Tapi, bila sesuatu berlaku di luar rutin, berdebar pula rasanya...

Lebih2 lagi, bagi aku yang mempunyai imaginasi seorang heroes, instinct 6th sense ni!!!

Minggu ini dimulakan, dengan aku menyedari seorang housemate aku, si X tidak pulang ke rumah sejak dari sabtu lepas
Aku sedar pun, bila bilik-air-joint aku tuh kering kontang, tak berair, tanda2 sudah lama tidak digunakan

Aku tak kesah sangat, sebab aku pon bukan rapat sangat dengan X tuh...
Jumpa pon sekadar bertegur je...

Tapi, sebab satu rutin telah terganggu, aku rasa sedikit lain...

Semalam pula, seorang housemate aku yang lain, si B, tidak pulang ke rumah seperti biasa...

Mula2, around 8 mlm, aku slalu msg, tanya makan di rumah atau tak...
Dia kata, dia banyak kerja, n lambat balik
So, aku ok je la

Menjelang pukul 12, tak balik lagi
Ini lari dari rutin ni!
Selalunya paling lewat pun pukul 11 dah de kat rumah

Aku terus msg dia
Dia kata, "still di ofis, keje tak setel lagi..."
So aku terus tido...

Pukul 1 lebeh, aku tersedar, haus...
Menjenguk ke bawah, tak ternampak tanda2 housemate aku tuh dah pulang...

Aku dah rasa len macam, len dari rutin ni!
Otak 6th sense aku dah fikir merepek2...

Pagi ini, aku bangun, mandi dan bersiap
Still dia tak balik lagi!

Tapi satu rutin lain pula yang tergangggu!

Slalunya, sebelum mandi, aku akan jenguk kereta aku dan motor2 di luar,
Just nak tahu, siapa yang tak pergi kerja lagi, siapa yang terbangun lambat ke hapa

Aku dapati, motor housemate aku yang lain pula, si Z, telah tiada di perkarangan rumah...

Eh, pelik ni...
Takkan dah pergi kerja...
Baru pukul 6.30 pagi...
Bilik air pun tak basah lagi...

Otak 6th sense aku mula dah fikir macam2...

Dari bilik dia, aku terdengar alarm dia
Aku bajek dia tak bangun lagi
Sebab bilik air pun tak basah kan…

Tapi mana motor dia?
Kene curikah???

Dahlah si B tak balik
Otak aku dah fikir merepek2 dah…
Yang Z pulak, tanda2 macam belum bangun, belum mandi
Tapi motor takde

Hilang ke?

Pelik...

Turun pula seorang lagi housemate aku, si J mau pergi kerja
Aku ceritakan kepelikan aku...
Dia pun try call si Z

Rupa-rupanya awal pagi lagi dia dah keluar
Alarm dia lupa tutup
Ceh!

N, dia tak la cakap, tapi aku ngan J bajek dia mesti tak mandi pagi tu!
Sebab bilik air tak basah...
Haha

Masa nak pergi kerja pula, aku try call si B
Tak berjawab lak

Macam biasa, otak 6th sense aku memainkan peranan
Pikir pelik2…
Dah makin melampau2 lak dia
Sebab dah accumulate dari malam sebelumnya kan…

Masa bawak kereta ke tempat kerja, aku berdebar2
Dan masa tuh la, ayat2 untuk entri ini dirangka2...

Tuh la, bosan sangat dengan rutin...
Sekali benda2 yang lari dari rutin berlaku, aku pulak yang berdebar...

N one thing aku perasan, otak 6th sense aku ni memang berjalan je kerjanya…
Perlu ke aku tutup otak 6th sense ni???

Hurm, apa boleh buat, dah namanya heroes, terima je la anugerah otak 6th sense ni!
Huhu



p/s - semasa entri ini ditulis, si B telah membalas msg aku.. di ok je...
so, tanggapan otak 6th sense aku ni tak betul lah kowt???
ADAKAH KUASA HEROES AKU SEMAKIN BERKURANG??? =p



:::YTBACK!!!:::

Did You Get My Message???

0416
17 Ogos 2009

Do you ever wonder what happens to the words that we send?
Do they bend, do they break from the flight that they take,
And come back together again with a whole new meaning,
In a brand new sense, completely unrelated to the one I sent?



Satu perkataan
Beribu tafsiran...

Satu untaian kata-kata menjadi satu ayat
Berjuta interpretasi...

Satu gerak geri, satu perlakuan
Mengapa ianya yang melekat di hati???



Did You Get My Message?
To the matter of our love's defense
At least be sympathetic to the time I spent…




p/s - trimas kepada yang masih membaca di sini, tapi, buat masa ini, hanya entri pendek2 yang aku mampu...



:::YTBACK!!!:::

What to do???

0415
12 Ogos 2009

Lama tak mengupdate - takde mood...
Banyak cerita dah berlaku - malas nak menaip...
Otak tak henti berfikir, cipta pemikiran baru – tiada koordinasi antara pemikiran dalam kepala dengan tangan

So, what to do???


Aku malas cakap konon2 nya aku nak rehat dari menulis di YT
Sebab kalo aku cakap macam tu, tanpa sedar, aku rasa nak menulis pulak...

For now, biarlah blog ni bersawang dulu
Nanti, kalo ada mood, kerajinan dan koordinasi otak-tangan, aku akan kembali

Take care people!


p/s – aku tengah mencari kerja... sapa boleh tolong, angkat tangan!
Kalo untuk LI, aku tak berkira... for this, memang aku cerewet sket...



:::YTBACK!!!:::

Entri Pengakhir Julai

0414
31 Julai 2009

Menurut kata filem Cinta:

"Kadang kadang hendak menyayangi
orang yang kita sayang itulah yang paling susah"


Betul tu...

















Walau tidak dibasahi hujan...
Namun tempiasnya menyegarkan...
Biarpun rembulan tidak di ribaan...
Namun cahayanya cukup menerangi bayangan...

Kaulah satu cinta terhalang...



p/s – entri pengakhir Julai... tadi terdengar lagu2 ini, dan just want to make them special by entering that in here... but somehow, it is related with my current situation…

p/s – pelik aku… tiba2 entri bawah ni banyak lak komennya… korang memang ske entri2 kontrobersi kan... =p

p/s - update pendek2 je boleh.. maklumlah, tenet curi! =p



:::YTBACK!!!:::

Kenapa nak berlagak???

0413
30 Julai 2009

Aku tatau la korang, tapi aku memang tak boleh tahan dengan satu jenis manusia ni – manusia yang berlagak...

Berlagak ni, macam2 jenis:
Ada yang berlagak mende2 besar
Ada yang berlagak mende2 kecik
Ada yang berlagak pasal intelektual
Ada yang berlagak pasal bakat
Ada pulak, aku pon kadang2 tak faham kenapa perlu diperbelagakkan...

Apa pun jenis berlagaknya, aku memang tak tahan

Kadang2, aku nampak yang orang berlagak ni, tak ingat atau tak sedar yang mende yang diperbelagakkan tuh adalah pinjaman, sekejap je dapat, dan boleh ditarik balik

Kalau ko berlagak pasal ko hensem/kacak/lawa/cun, senang2 je, esok ada orang simbah asid kat muka ko
Kalau ko berlagak pasal ko pandai/bijak/otak dari 7 petala langit, senang2 je, esok ko akan jadi blur/sedikit kurang pandai/ dan yang seangkatan dengannya
Ko berlagak pasal ko pandai menyanyi? Sok, sore ko jadi itik serati la tuh...


Jadi, apa point ko nak berlagak???

Kita memang ada banyak benda yang boleh dibanggakan
Pencapaian kita, bakat kita, anugerah yang kita dapat sejak azali lagi
Sebab kita diciptakan berbeza-beza mengikut oleh Maha Pencipta

Aku kadang2 cuba jugak, bila orang berlagak depan aku, aku try untuk terima yang itu memang kelebihan dia
Contoh, ko berlagak ko ada awek cun walau muka ko tak hensem, aku try terima yang itu adalah rezeki ko, dan mungkin juga ko memang terer bab2 ngorat awek cun tuh

Orang2 berlagak ni, suka berlagak bila depan orang yang takde apa yang dia ada tuh

Kalo ko ada kereta, berlagak depan orang takde kereta
Kalo orang cantik, berlagak depan orang yang kurang cantik
Kalo macam blogger2 yang suka makan, diorang suke berlagak dengan entri2 makanan diorang, dekat orang2 yang tak mampu makan macam aku ni! Cis!

Macam tuh la kiranya...

Persoalannya, kekalkah sifat2 yang ko berlagakkan tuh???

Yang aku nampak, bila seseorang itu berlagak, dia semakin menambah musuh

Yelah, bukan semua orang dapat rezeki macam ko dapat
Bila ko berlagak, ko akan buat orang lain sakit hati
Dan tak pasal2, ko jadi bahan kejian orang2 itu

Dan yang paling best bagi orang2 itu, adalah saat ko jatuh
Best giler ketawa, bila orang yang selama ini berlagak, jatuh tersungkur depan mata
Best giler!

So, the point is:
Tak yah la berlagak
Rentikanlah
Takde point pon


Setiap orang ada rezeki masing2
Rezeki yang dipinjamkan, yang mungkin akan ditarik balik di masa akan datang

Kalo dapat rezeki lebih tuh, simpan je diam2
Kalo nak kongsi ngan orang len pon, agak2 sket
Jangan sampai orang saket hati!

Tengok macam aku, mana ada aku pernah berlagak dengan korang???
Ada ke???
Takde kan....

Errr, tiba2 aku rasa aku berlagak pulak depan korang kerana tidak berlagak!
Hahahaha

Aku len, aku berlagak-poyo
Berlagak-poyo tuh tak serius ek!
Tuh memang penyakit bagi penulis entri ini

Aku tak suruh pon ko masuk sini kan...
So layankan aja!!!
Hahahaha


p/s – seasyik mana pon memandang bintang, merenung bulan tinggi di awan, jangan lupa bumi yang dipijak, rumput yang hijau

p/s - kadang2, bosan sket jumpa kawan2 lama ni. time tuh la masing2 nak try to impress each other... (ehhh, this is unrelated with this entry ok!)


p/s - aku tak faham apa kaitan aku dengan entri ini... cis!!!




:::YTBACK!!!:::

Ini Satu Pengalaman...

0412
26 Julai 2009

Awalnya, untuk entri ke 412 ni, aku ada sesuatu yang lain ingin diceritakan dan diluahkan
Aku sudah buat draf di word untuk disiapkan

Namun, ianya terganggu, sebab masa tuh aku menaip di lab, dan labmate aku telah kembali dari rehat
Jadi, aku biarkan dulu draf itu, dan berhasrat untuk meluahkan apa yang berlaku ketika itu, bila aku ada masa nanti di rumah…

Di rumah pula, lain ceritanya
Aku bagaikan berada di dunia lain, aku sibuk dengan rutin2 ciptaan aku
Dan draf untuk YT itu dipandang sepi…

2, 3 hari juga draf itu tidak disentuh
Aku pun sudah kehilangan ’semangat’ untuk menyambung kembali draf itu
Entah kenapa

Dan seperti biasa, semua ada sebabnya...

Secara umum, draf itu adalah mengenai aku dan seseorang
Ada benda yang berlaku, yang telah menyebabkan aku berfikir

Bila banyak berfikir, mula lah aku mencipta ‘alas-alas’ supaya mudah aku menulis di YT tanpa orang yang dimaksudkan mengesannya
Aku buat begitu pon untuk menjaga hati dan perasaannya

Hati aku akan puas bila aku mampu buat begitu, dengan menulis sesuatu di YT, yang cuma aku yang faham, namun tidak orang sekeliling yang membaca

Mungkin semuanya sebab aku kian merasakan YT makin terbuka...


Semua yang berlaku ada sebabnya
Kehilangan ’semangat’ aku menulis mengenai kisah aku dan seseorang itu dengan beralas, ada sebabnya

Hari ini, aku mendapat perspektif berbeza
Betullah orang kata, apa yang tersurat tak semestinya yang tersirat
There is always another side of the story

Hari ini, aku mendapat cerita dari sudut berbeza
Dan ia membuatkan aku faham semua yang berlaku antara aku dan seseorang itu

Rupanya kisah dari sebelahnya lagi berbelit2 dan mengelirukan
Sedangkan, aku hanya sibuk memikirkan kisah dari sebelah aku!

Dalam pada aku mula absorb dengan kisah dari sebelahnya, ayat2 dari Allahyarham Sudirman yang pernah aku dengar dulu, terngiang2 di telinga...

Perpisahan adalah pahit…
Dan ini adalah satu pengalaman..

Kita tidak akan merasa bertuahnya hidup dibumi ini…
Jika kita tidak membuka mata...
Dan melihat malang yang bertimpa timpa ditempat orang...

Setiap seorang dari kita...
Mempunyai tujuan dan cita cita yang berbeza...

Tujuan untuk mengecap kebahagian,kesenangan dan ketenangan

Memanglah, ini satu pengalaman...


p/s – maaf. YT tak seceria dulu dan semakin sukar difahami. Ada kisah boleh dikongsi secara terbuka, namun banyak kisah yang perlu disimpan sahaja!


:::YTBACK!!!:::

To Do or Not To...

0411
23 Julai 2009

11 julai baru-baru ni, macam aku cakap, it went well
Ada plan yang aku rancang bersama kawan2 malam tuh menjadi la kiranya
Thanks for the day guys!

Tapi, dalam masa yang sama, ada juga plan yang tak menjadi kenyataan
Semuanya kerana kekangan masa
Yelah, rancang plan pon pukul 3 pagi, mana nak sempat!

Plan tuh kiranya agak gila2 jugak
Pernah sebelum ni, masa tuh, dah rasa tak nak buat lagi
Tapi, malam tuh, rasa macam best lak nak wat plan giler tuh

Dah tak sempat, nak wat camna...

So, hari isnin berikutnya, aku keje kan
Masa keje tuh, otak sibuk memikirkan nak jayakan juga plan gila tuh
Nak jugak!

Masa keje tuh, kontek kawan
Dia ok je, setuju nak ikut
So, no harm done laa

Tapi, walau aku rasa nak sangat, hati aku berdebar
Tak tenteram
Rasa tak tenang je

Entah kenapa

Aku cuba menidakkan perasaan itu
Mainan perasaan je kowt
So, aku busykan otak aku dengan fikirkan mende2 yang best pasal plan aku tuh...

Balik umah, otak aku masih dibayangi ke’best’an plan itu
Dan aku pon bersiap lah nak pergi

But still, dalam hati berdebar
Tak tenteram
Rasa tak tenang je
Macam pelik


Apakah???

Masa tuh, aku mula meragui plan aku tuh
Nak buat ke tak nak ni?
Adakah perasaan ini petanda supaya aku tak buat plan gila aku tuh???

Itu perihal hati
Badan dan tindakan meneruskan rancangan
Terus je memandu ke sana bertemu kawan yang dimaksudkan

Tapi hati masih lagi berdebar
Tak tenteram
Rasa tak tenang


Bagai berlawan2 dengan tindakan aku

Mengapakah ini???

Sedang aku menantikan kawanku itu, aku menerima panggilan

”Kamal... ko kat mana???”

”Kat sini r, kan aku dah cakap nak jumpa kawan aku”


Dia diam. Agak lama.

”Hey, kenapa ni???”

Aku mula risau.

”Kamal, aku jatuh motor ni.
Boleh tak ko datang???”


Thats it!
Itulah sebabnya hati berdebar, tak tenteram, dan rasa tak senang tuh!
Sesuatu bakal berlaku rupanya!!!

Terus aku berjumpa kawan-plan ku itu, menerangkan ada kecemasan
Dan aku terus bergegas kepada kawanku itu

Saat itu, aku masih percayakan yang aku ni heroes sebenarnya, ada 6th sense
Eceh! Nak berlagak lak!

Maksud aku, semua yang berlaku ada sebabnya
Sebab kejadian itu, plan aku tak jadi kenyataan

Plan gila aku, hanya tinggal plan
Bila difikirkan balik, bagus pon ia tak terlaksana
Ia hanya memberi mudarat pada aku!



p/s - dun wori... my fren is ok... apa yang telah terjadi padanya telah mengelakkan aku memudaratkan diri!



:::YTBACK!!!:::