Busy... busy... busy...

0065 – 23 Januari 2006
Busy… busy… busy

Prolog

Hi there!~ selepas seminggu aku tak update blog ni, aku kembali berbunyi.

Its not like that I don’t have any story to shared, but my priority to update this blog has move to second place, after all my responsibilities in this semester that requires me to split my body into three, if I can.

Moreover, in this busy life, I easily got sick, fever. Yelah, belum sempat demem yang sebelumnya sembuh, aku terpaksa berhujan untuk buat program, then here come another fever. Bila demam tu pulak beransur sembuh, aku pulak terpaksa berjaga malam untuk siapkan lab report and assignments.

Sekarang ni jadual aku kembali seperti zaman aku sibuk dulu. Tidur pukul 3, bangun 630. begitulah rutin setiap hari. Dan semakin lama semakin sakit jadinya.

Panjang pulak introduction kali ni. Ye lah, dah lama tak menulis kan.

Ok moving on, what do I want to share for the past week.

Let me see.

Dari Hati ke Hati @ Taman Gelora 200107

Here comes the first program for me fro this semester. Assigned again as the publicity committee. But this time, the task was slightly different.

Instead of usual publicity things – buat logo, desogn banner, publicize melalui memo, aku ada tambah tugas lagi. Buat modul!

Ok let me fill you in what is this program is about. Sebenarnya, ini adalah program kesinambungan atas program tahun lepas dengan anak yatim dari rumah kanak-kank kat Kuantan ni. Objektifnya tak lah jelas sangat, sebab bagi diorang, diorang nak buat kesinambungan je.

Aku secara tak rasminya, memang membangkang projek ni dari awalnya. Sebab terlalu tipikal. Takde pembaharuan. Actually, sejak aku dengar dari kawan aku, projek ini on the list, aku dah mula bantah.

Tapi siapa aku untuk bersuara? Aku bukannya lagi committee kelab tu. Aku mantan je. Setalah aku tolak jawatan naib hari tu, and let them down. Tapi aku tak menyesal tolak jawatan tu, sebab aku tahu mana kemampuan aku. Buat apa aku teruskan kalau aku rasa aku tak mampukan.

Yang aku bengang, sebab aku kena buat modul. Meaning, kalau aku yang kena buat modul, at the same time, indirectly, aku yang kena fikirkan perjalanan program tu. Semuanya aku kena fikirkan, tempat, cuaca, dll. Tambah pulak cuaca memang tak menentu kebelakangan ni, buat kat pantai lagi, dengan anak yatim lagi. Banyak yang kena difikirkan.

Then, at some point, I crack down. Yelah, baik aku yang jadi projek manager macam ni, kalau semua aku kena buat. Maybe, aku ni baik sangat masa tu, aku terima je, sebab aku rasa ni benda lain yang aku selalu buat dalam ajk publisiti. So masa tu aku terima.

Tapi bila try buat, aku bengang. Patutnya diorang dah buat modul ni awal-awal lagi sebelum hantar proposal hari tu. Sekarang ni beban tu diletakkan kat bahu aku, dan aku perlu melakukannya pantas!

Dan di sinilah aku mula mengimbau kembali kenangan bersama prs dulu di semashur. Macam-macam modul aku rangka. Aku brainstorm selama dua jam, then tadaa! Siap! Berguna jugak pengalaman prs aku. But, siapa yang prs baca blog ni sekarang ni – aku tak buat permainan concentration tu ye. Ala yang aku digelar mamat uddang~ tu…

Itu perkara yang berlaku sebelum. Sedang program ini berjalan pun aku tambah bengang.

Malam briefing tu, aku agak demam selepas meredah hujan pergi dan balik kelas (damn, how I wish I got a car!) Aku gagahkan juga ke latihan taekwon-do malam tu untuk buat briefing program esoknya. Somehow, bila buat brifing tu, again, aku rasakan aku lah projek manager. Tapi aku cuma ajk publisiti je.

Then aku tiba-tiba tersedar balik. Tak tersusunnya projek ni. Ajk berterabur. Tiada ajk aktiviti yang uruskan aktiviti. Tiada ajk pendaftaran yang uruskan pendaftaran. Selamat semua tak kisah buat kerja, sebab masing-masing kawan-kawan. Tapi I doubt what is exatly the pm do?



Tibalah hari yang dinantikan sangat (…). Cuaca ala-ala redup yang tak menjanjikan ianya akan baik sepanjang hari. Aku sebenarnya dah cuba hasut MT kelab supaya batalkan program ni, atas alasan cuaca. Tapi apatah pm tu belitkan dekat MT kelab, sampai program ni berjalan kembali.

For the first time bila aku buat program, aku bangun lambat! Terkocoh-kocoh aku bersiap. Menaiki basikal full speed ke unit kediaman utama. Sebelum bertolak ke sana.

Sampai di sana, aku survey tempat. Kawasan basah, susah nak buat aktiviti. Dan yang mengecewakan, pondok-pondok wakaf yang dikatakan berselerak untuk dijadikan tempat teduh, amat jauh sekali dari kawasan aktiviti. Aku dah mula rasakan, apa kaan jadi kalau hujan?

Sampai di sana, semua peseta macam tak ada kawalan. Baru jumpa laut kan. Takde coordinator yang mengawal semuanya. Tu pun belum anak yatim tu sampai lagi.

Tapi syukur jugak ada yang membantu. Aku tiba-tiba mengambil kuasa veto mengarah dan mensetkan mana yang patut. I wonder where the pm is?

Sampai je anak yatim tu, program bermula. Hujan dah mula rintik-rintik. Aku sebagi pembuat modul mengarahkan semua berpecah ke pondok masing-masing. Dan jarak antara satu kumpulan ke satu kumpulan hamper 100 meter!

Dalam pada itu, dengan separa demamnya, aku memantau perjalanan modul. Ada group yang okj, dan ada group yang tak ok sebab gabungan fasi yang tak berapa pandai nak uruskan group dan anak yatim yang hyperactive. Aku pantau je la. Berlari-lari jugak bila aku kena assist sorang budak ni nak pergi tandas yang 100 meter jauhnya!

Dan soalan cepumas – di manakah pm?

Dia boleh duduk di tengah laman, sambil pegang haller (macam mana nak eja menatang ni?) dan konon-kononnya bahagi-bahagikan makanan! Hampeh, tu kan kerja ajk makanan. Aku sabar lagi.

Then, cuaca baik sekejap. Pm Tanya, kamal nak buat apa lepas ni. Duh, do I have to decide? Who I am, and what position are you? Aku decide je la, buat modul 3 di tengah laman. Main game.

Aku uruskan sebentar. Hyperactivenya budak-budak ni. Tak makan saman! To those yang nak buat program ngan anak yatim lagi, beware. Prepare physically and mentally. Serius warning.

Then di tengah game, hujan kembali. Aku buntu. Pecah balik semua orang. Dan masa ni aku mula hilang sabar. Aku diam je di penjuru sambil makan sandwich yang dibuat oleh mak cik kafe mana tah, yang letak cilia pi dalam sandwich untuk dimakan budak-budak. Tak tahu kenapa, semuanya tak kena.

Then bila cuaca kembali pulih, again pm tanya aku nak buat apa. Darah terus je mengalir ke kepala aku. Marah is not my nature, although dalam kepala aku ayat ni keluar “as far as I am concern u are the pm, then why you ask me, stupid!”. Instead yang keluar “ko kan pm, pergilah uruskan”. At least baik sikit la dari apa yang keluar dari otak aku.

Ajk lain pun sedar aku macam marah, tapi diorang macam biarkan je. Sebab memang pm patut kena.

Dan, akhirnya after a long 3 hours, with cuaca yang tak menentu tu, sesi ngan anak yatim habis. Aku relieve, dan semasa majlis penutupnya, aku sibuk main pasir dengan presiden kelab sengal dekat belakang. Lantaklah apa nak jadi, rude ke apa, keeja aku dah jalan dan aku dah habis tanggungjwab.



Sesi bersambung dengan family day yang kiranya ok la jugak. Bbq, sambut birthday, and snap2 pic2 sengal. Yang ni aku tak kisah sangat, sebab budak-budak kita je.

Tapi what I ask is where is the credibility of the pm? Sampai semua aku kena buat (aku rasa la). Dan aku sedikit kecewa bila MT kelab yang sepatutnya pantau program ni macam lepas tangan. Kalau tak, takkanlah program hampeh ni bias diteruskan.

Dan sebagai akibatnya, post mortem sehari selepasnya, aku tak pergi, sebab aku takut aku banyak mencarut nanti. Walaupun kawan-kawan aku suruh pergi, supaya bagi pengajaran sedikit kat mereka dan keluaraga mereka.

Tapi aku banyak kerja malam tu. Lab report, assignment, plus juara lagu lagi (aku tak dapat tengok…waa!), so I decided not to go la.

Aku tak tahu macam mana post mortem tu. Maybe baik-baik je kowt, sebab aku tak nampak potensi ajk lain akan marah-marah macam kalau aku ada kat situ.

Qatar Integrated Industrial Visit, Academic Collaboration and Cultural Exchange (IQVEC’07)

Huhu, gempak tak tajuk. Btw, this is the projek from my faculty, which will be held on this disember at Qatar. But unfortunately, the interview session for this project is a day after my hectic program DHKH tu.

So lepas penat gila main hujan semalamnya, again aku bangun lambat di pagi ahad, dan siap-siap cepat-cepat ke unit kediaman 1. Nak main internet. Nak mencari maklumat pasal Qatar, preaparation for the interview petangnya.

Kira ok la, dapat jugak iklim dia macam mana, time zone, bila merdeka and so on. Dalam pening-pening lalat sebab tak baik demam lagi, aku pergi lah cuba interview tu.

Dan konflik lagi timbul. Dah lah cuak, aku tak tahu nak pakai apa pulak. Apa nak buat, dan macam-macam lagilah. Macam tak prepare langsung.

And somehow, perbezaan smart casual and formal pun aku tak tahu. Msg kawan-kawan bertanya, nak tunggu jawapan punyalah lama. At last, aku pergi jugak pukul 230.

Dalam memo tulis pukul 2 sampai 5. I thought, tak kisahlah ko nak dating pukul berapa. Sebab ada duration time kan. So aku dating je la 230.

Sampai kat dewan majlis, somehow aku dengar ada taklimat tengah diberikan. What? Aku terus patah balik, ingatkan aku dah lewat. Plus, aku terlupa bawak sijil dan untuk kembali 1 km ke rumah di bawah terik mentari memang macam tak best.

So aku lepak bilik kawan aku. Dia suruh jugak aku pergi. At last, semangat dating balik, dan aku kembali 1 km ke rumah ambik sijil. Susun mana yang patut dan as the result the was I, at the dewan majlis at 330 pm.

Masuk-masuk rupanya ramai lagi lewat macam aku. Semua keliru memo yang diorang berikan. (belajar buat memo balik ye!).

Terus kena jawab soalan bertulis. Survivality. Kalau terdampar kat desert, and u have to rank 15 items from high priority to low priority. Aku main taram je. Dahlah lambat, nak fikir banyak lagi?

Dan aku interviewee number 14. Out of 16. lama jugak la aku tunggu, sampai pukul 6.

Dalam penantian, mulut terkumat kamit menyanyi-nyanyi. Hilangkan nervous. Sempat jugak ingatkan balik core value kuktem, 5 elements of soft skills, kalau-kalau diorang tanya. Benda-benda yang aku ignore for the past one and half years! Terpaksa la ingatkan balik.

Dan aku tak tahu eknapa aku nervous sangat, sampai aku tawaf sekeliling dewan majlis yang sejuk tu. Sedangkan dalam tu ada 4 interviewer, semuanya aku kenal. Kawan-kawan aku jugak. Tapi aku tetap nervous.

Dan bila sampai waktu aku masuk, I tell myself, come on kick their asses! Huhu. Confidentkan balik diri, macam aku pernah buat masa interview jpa lepas spm dulu.

Dan things goes well. Aku jawab ok je. Bi or bm. Takde masalah sangat. Dan aku sedikit kagum dengan spontaneity aku cakap bi. Tak macam mock job interview hari tu, aku gagap dan perlukan text. Ini memang spontan. Maybe sebab lately, aku banyak tengok dvd Gilmore Girls kowt.

Semuanya ok, until – what do you feel if your application is not approval?

Sebab aku dah selesa dengan suasana interview tu, aku just slipped out the answer – nothing, life goes on.

Diorang tergelak. Aku diam je. Lantak lah.

Bila keluar baru aku berfikir balik. Bodohnya aku! Hampeh betul. Kalau aku jawab macam tu, nampak sangat aku macam tak nak masuk program ni. Cerita kat kawan-kawan pun diorang kata aku hampeh. Nak buat macam mana, dah berlalu.

Tapi ia menambahkan aku pengalaman dalam interview!

Dan dirisik-risik dari kawan aku yang MT kelab fakulti tu, apa position aku. Out of 16, aku orang ke 9! Yang spoilkan aku adalah ujian bertulis tu, bukannya interview! Dan diorang nak pilih 7 orang je dari semua tu.

And now, I feel a little regret. Macam buang masa je aku pergi sana. Dan kalau dia tanya apa aku rasa kalau tak dapat projek ni, sekali lagi, aku akan jawab – aku rasa bengang sebab buat penat je aku bangun awal pagi dengan separa demam, pening-pening nak pakai baju apa dan berkayuh basikal tengah panas, at last aku spoil jugak.

Dan untuk repay masa yang buang dekat situ petang tu, malamnya aku terpaksa lupakan juara lagu, mengadap lab report and assignment. Dan semuanya berakhir pada pukul 3 pagi!

Penutup

Here it goes again. Hidup sudah kembali sibuk. Aku dah tak kisah dah, aku sunyi ke apa, sebab hidup aku dah berjalan dengan tanggungjawab-tanggungjawab ni semua.

Sebenarnya, banyak lagi nak cerita, tapi aku tahu seksa nak baca panjang-panjang ni kan. Plus, lepas ni ada keje. So bye for now~!

p/s – to those yang bagi komen, tq. Aku sempat check komen korang melalui gprs melalui nokia 3120 aku je. Huhuhu.

p/s – dah penat aku menaip ni, tak reti-reti nak komen??? huhu


:::YTBACK!!!:::

1 comments:

Hilman Nordin said...

weh... mke ko tu nmpk cam da rough je.. ngn janggut nyer.. yg gamba len2 tu bdak2 la ekh?

hmm.. im goin to handle anak2 yatim jgk this coming february.. 14th to 17th.. huhu.. looks like some of your experience can teach me lah..

well.. ble teringt kat jpa nyer interview.. aku rse nk tergelak.. mse tu 1st time aku tunjuk mak aku biskot meri.. huhu...

same la aku.. aku pn ssh nk update skang.. bz memanjg... hehe..

salam.