Hidayah???

0083 – 11 April 2007

Hidayah???

Pre-entry

Pagi itu aku sengaja bangun awal untuk ke fakulti, berjumpa lecturer ‘kesayanganku’ untuk bertanya soalan. Frankly say, dah nak dekat 5 hari study week mula, tapi aku masih tak studi secara serius lagi. So pagi itu aku ke sana, dengan harapan semangat aku ntuk studi semakin berbunga.

Malam sebelum tu, ada jugak lah aku buat 2 3 soalan, bekalan untuk aku tanya di esok hari. Dan sebagai perancang yang hebat, aku telah berjanji dengan 2 orang budak perempuan yang agak rajin dari aku, dan suka tanya soalan untuk sama-sama jumpa lecturer tu di fakulti.

So objektifnya, bila diorang tanya soalan, aku pun sekali termasuk. Dan diorang dah buat macam-macam soalan, so nanti aku pun kira tahu la nak buat soalan tu. Kira tumpang la ni...

Chemical Engineering Thermodynamics…

Lupa plak nak bagi tahu subjek apa. Chemical Engineering Thermodynamics. Subjek core course aku. Orang kata subjek ni susah, sebab macam-macam la. Aku just cuba catch up. So kira ok lagi la.

Kawan-kawan aku kat U lain pun cakap subjek ni susah.

Dan untuk budak medic yang hanya memahami thermodynamics dengan reaction endothermic and exothermic je, baik tak yah nak berlagak pandai. Subjek ni lagi mendalam.

Aku tahu la aku tak pandai bio sedalam korang, so korang boleh berlagak, but this is my thing, so kalau tak tahu apa-apa baik jangan cakap! (still emo kat 2 3 budak medic yang perasan pandai sangat dan ingat orang lain ni tak berharga... macam la korang je blaja susah!)

Moving on…. aku ke sana la. Tanya macam-macam soalan. Psiko dia sikit untuk bagi hint final. Macam-macam la cuba korek. Tapi dia dah macam imun. Sebab dia tahu kitorang datang nak mengorek. Dan dua lagi budak perempuan tu pulak dah memang banyak buat soalan, so aku tumpang sekaki je la. Pandai tak?

At least bila aku tanya soalan kat dia tahu macam mana nak buat, aku somehow rasa relief sikit mentally. So tak delah mentallydisturbed nanti. Its kinda psychological thing. Sebab nanti bila aku studi sesorang, takdelah aku blur. At least aku g tanya tu dah dapat sikit sebanyak guidenya.

Sampai la satu ketika...

”awak ni, kalau buat soalan, tak dapat, awak rehat dulu. Jalan-jalan, g makan, mandi ke. Nanti tiba-tiba secara tak langsung awak akan dapat hidayah”

Aku diam lagi.

”macam saya jugak, saya pun macam awak jugak, ada jugak tak dapat. Tapi kadang-kadang bila saya g rehat-rehat, senang jugak la dapat hidayah. Awak cuma perlu rajin je."

Ops, lupa nak mention. Lecturer ni miss. Masih cik. So kira tua aku 4 5 tahun je. Dia pun lecturer baru, so semasa dia mengajar, dia pun kira belajar bersama-sama la. Cuma yang aku nampak, dia lebih dahulu ke depan. So, ada soalan yang dia boleh jawab, ada yang dia hold and dia akan cari jawapan.

Aku kira suka jugak lecturer macam ni, sebab macam kawan-kawan, all silly thing pun boleh tanya, sebab dia akan consider. Bila dia tak dapat, dia akan cuba tanya lecturer lain. Bila kitorang dapat, kitorang bagitahu dia.

So kira ok la. Macam studi group. Maybe ada orang cakap apa guna lecturer kalau ktia yang ajar dia. Well, nak two way communication, aku rasa benda tu tak salah kan.

Lagipun jadi lecturer ingat senang? Nak kena deal dengan kepala budak-budak yang kadang-kadang tengok benda tu dari perspektif berbeza. Mau bengong jadinya.

So bila dia cakap perkara serius macam tu, aku tak tahu nak react macam mana. So kamal is kamal, tak nak terlalu serius. Aku jawab la balik.

“tapi miss… masalahnya.. kat UMP ni tak ramai Hidayah…. Kalo ada pun, Hidayah tu dah couple... so, Susah la nak dapat!” hehe

But aku berfikir jugak...

Dalam hidup ni kita memerlukan hidayah. Dan hidayah dan petunjuk itu datang dari yang maha kuasa.

Aku bersyukur aku dilahirkan dengan dapat melihat sesuatu perkara dari pelbagai perspektif. Kiranya aku dapat mencari maksud, petunjuk dan hidayah yang tersembunyi atas sesuatu perkara. Bukannnya semua la, tapi aku memang suka mencari hidayah.

Kadang-kadang bila dengar lagu, aku try cari pengajaran dari lagu tersebut yang kena dengan aku. Bila tengok movie, aku try tengok apa yang orang lain rasa dalam keadaan macam ni macam ni, pastu aku try cari pengajarannya.

Hidup ni dalam ketidaktahuan. So kita kenalah bergantung kepada hidayah, petunjuk dan jalan.

Post-entry

Dan untk tidak mensiakan hidayah yang aku dapat dari movie yang aku baru tengok tadi, aku nak tulis di sini. Supaya nanti aku ingat.

Aku kena lebih menghormati diri sendiri!!!

Bukanlah selama ni aku tak hormat, tapi kurang. Ada ketikanya aku rasa macam takde harga diri pulak. Tpi not anymore. I will try to change it.

Dan aku sekali lagi bersyukur aku dapat melihat perkara ini melalui benda-benda yang sering dianggap remeh dalam hidup.

Anda sudah dapat hidayah?


:::YTBACK!!!:::

2 comments:

Joey said...

see..aku jerla yang mula-mula bagi komen..kalau tak.... takde orang nak bagi komen .....matila bangga!...

jumpa pensyarah?...wakakaka...sampai final exam pun aku takkan jumpa...almaklumlah malas...i only jumpa pensyarah just for assignment and for my research(supervisor aku jer)

well...apa ke benda hidayah ni?...petunjuk dari tuhan ek????

still aku pun masih nak cari hidayah....

sebenarnya aku sangat bersyukur....because aku rasa aku diberi hidayah untuk aku menulis blog.....and turns out to be great..and tak sangka dapat banyak kengkawan melalui blog ni...you salah sorang daripadanya lah...

and aku sendiri tak sangka ...selepas menulis blog ...i gain my confidence...not so much ...but aku rasa sedikit gembira berbanding sebelum aku ader blog...walaupun kengkadang aku down jugak tapi..perasaan down aku tak selama dahulu...hehehehe..thanks!!

oh ya....pesal ko punya frenster aku tak bleh nak tgk?
motif nak "private"kan profile??..

cam ke siyall...LOL!!

oh ya..

papik said...

Dan untuk budak medic yang hanya memahami thermodynamics dengan reaction endothermic and exothermic je, baik tak yah nak berlagak pandai. Subjek ni lagi mendalam.

Aku tahu la aku tak pandai bio sedalam korang, so korang boleh berlagak, but this is my thing, so kalau tak tahu apa-apa baik jangan cakap! (still emo kat 2 3 budak medic yang perasan pandai sangat dan ingat orang lain ni tak berharga... macam la korang je blaja susah!)











------->harsh giler statement ko.
brani mati doe.
kalu ye pon saket ati xyah la cmtuh skali kowt.
terase yg agak kebabian gak la.
hehe.:))
neways exam ko nak abes x lame lg kan?
good luck.x]