Unexpected

0080 – 28 Mac 2007

Unexpected

Pro-entry

It was 2.38.39 am in the morning.

The air was still. Like usual. Moving slightly through my body. But there was something unusual that night. I felt uneasy.

Until… Tit! Tit! Bunyi msg menyedarkanku…

Kisahnya…

Dia merupakan kawan aku di matriks. Di dalam masa yang pendek dan kesibukan yang teramat di matriks, aku mengenalinya. Matriks, memang masa yang susah. Dalam masa yang pendek kena belajar macam-macam. Tekanannya jangan cakap la!

Aku tak sempat untuk rapat dengan semua kawan di dalam praktikum aku. Tapi syukur, aku agak klik dengan 2 3 kawan dari kuliah aku. Dan mereka secara tak langsung telah kenalkan aku kepada lagi 3 4 orang kawan lain, yang juga secara tidak langsung menjadi kawan yang terindah di matriks dulu.

Banyak masa yang telah kami habiskan bersama. Makan abc setiap lepas jumaat, pergi jumaat bersama-sama, saling tukar tuto walaupun kami kuliah berbeza, outing naik keta sapu Guna (hidup lagikah itu Guna?) tdan macam-macam lagi.

Paling aku ingat masa kami ke konsert kemerdekaan bersama. Juga semasa berbuka puasa yang kami tak dapat makanan itu bersama-sama. Juga pergi ke dewan serbaguna seawall 645 pagi untuk menempah gelanggang badminton setiap sabtu dan ahad. Banyak lagi lah kenangan yang tercipta.

Kami ada lebih kurang 7 8 orang semuanya. Semua dengan pelbagai karektor. Menjadi pelajar sains hayat yang aimnya lebih kepada untuk mengambil medic di u, kami berusaha untuk mendapat yang terbaik.

One thing hidup di matriks, memang menyeksakan.bagi pelajar sains hayat yang aimnya ke medic. Amat memenatkan. Sebabnya, kami kena jadi perfect untuk mendapat kursus itu yang limited tempatnya. So bagi yang kurang perfect macam aku terpaksa jugak amik engineering, dunia yang aku cuba hindari dari awal dulu.

Tapi dia berbeza. Dia bertuah. Sebab dia antara yang cemerlang. Dan dia merupakan salah satu kawan yang boleh diharapkan bila bab pelajaran.

Aku seringkali meminjam tutonya bila aku tak sempat buat. Dia memang lebih bagus dalam pelajaran berbanding kami. Aku hanya menumpang…

Hasilnya dia dapat ambil medic di ukm. Dan kami walaupun tidaklah sebagusnya, dapat kursus masing-masing. Nak dapat medoc kena 4 flat. Aku yang hanya 3.6 something ni kiranya bagus jugak la dapat engineering. Rata-rata kawan-kawan aku yang lain pun lebih kurang sama.

Selepas matriks, kami 8 orang tak berjumpa langsung. Semua dengan haluan masing-masing. Tapi itu tak bermakna kami lupa antara satu sama lain. Cuma masa yang menghalang.

Sehinggalah…

Kembali di dunia nyata…

Di malam itu, aku mengagau mencari hansetku untuk membaca msg. separa mata terbuka, aku membaca…

“Kamal, aku nk bgtau ko, halim kmns dh mnggal dunia sbb lemas ari ahad lps – epul”

Aku melompat dari tido. Kepala aku terkena bahagian atas katil double decker yang aku kongsi bersama roommate aku, sambil aku terjerit kecil. Mungkin roommate aku pun sedar dari tidurnya.

Seriously, aku terkejut. Aku tak sangka.

“Salam. Ha? Yeke? Innalillah.. Mn ko tau ni?”\

“Kwn medic ukm bgtau aku, sedih aku kamal, aku smpan lagi msg akhir dia sehari sbelum dia pergi, tp aku bodoh sbb lupe nak balas, sedih aku”

Sebelum sempat aku balas,

“Apa kabar epul? Sori le lame tak kontek.. Sbuk skit. Ari tu exam.. Skang ni plak ada opkim… Letih betul” msg last dia pd aku”

Itulah msg terakhir arwah kepada Epul. Aku membaca dengan sebak. Msg tu macam biasa je kan? Takde tanda apa-apa.

Lantas aku membalas….

“Bukan slah ko epul. Rilek la. Dh smpai masa dia. Nak wat cmna. Qada’ dan qadarNYA. Seroius aku terkejut ni. X sangka. T’igt kat dia. Hurm, aku ada kelas awl pagi esok. So kna tdo. Nanti2 ek.”

Tapi aku tak boleh tido. Lanas aku telefon epul. Tanya itu ini. Comfortkan each other.

Berjanji untuk beritahu rakan yang lainnya.

Hati Berbisik…

Banyaknya kenangan yang kami ciptakan. Aku teringat lagi senyumannya bila aku mengusiknya. Sungguh jujur. Dia tak kisah aku mengusiknya. Kini takde lagi senyuman itu. Sungguh aku tak sangka.

Arwah sedari dulu dijaga oleh keluarganya. Sedangkan kalau nak keluar mengarut, outing ngan kitorang pon dia teragak-agak. Sebab bapak dia tak bagi.

Tapi pada hari kejadian, atas nama program medic ukm, dia ke Perak. Dalam perjalanan mereka singgah di sungai.

Arwah duduk di atas batu, tak mandi pun. Tiba-tiba atas takdir Tuhan, dia tergelincir. Dibawa arus. Meninggal. Noktah.

Aku tak sangka begitu simplenya kejadian, Dia menarik nyawa manusia. Aku sungguh tak sangka. Sebab arwah pun duduk atas batu je. Dah memang qada’ dan qadarNYA.

Post-entri

Bila kehilangan begini, baru aku rasa ingin menghargai. Nyatanya, lepas matriks aku kurang berhubung dengan rakan-rakan ini. Kerana aku sibuk dengan dunia aku. Kalaulah aku lebih mengingati…

Bagi epul, ada juga satu mesej terakhir yang boleh dijadikan kenangan. Bagi aku?

Ada hikmahnya ini terjadi. Tapi yang nyata aku terkejut.

Dan keterkejutan aku itu berlarutan dengan sesi menaip-apa-yang-aku-rasa-sebab-aku-tak-boleh-tido ketika ini.

Sungguh aku tak sangka! Dan nyata, aku kini akan lebih menghargai.

Buat yang membaca, kenal atau tidak, sedekahkanlah Al-Fatihah.

Al-Fatihah.


:::YTBACK!!!:::

5 comments:

teddybearhijo said...

salam kamal.
hum, tds boring gilak sik wat keje, otak pon tepu, mmg arap2 sgt mrayap2 kat tenet dpt ce sumting, n mmg sgt gumbira dpt tgk anda update... but... tup2 bace... waa, sat g mmg tapat concentrate la gue wat keje... ughuu~
hum, kamo dok sdey kan? tah, tatau mao kata apa... coz me, pnah alami kehilangan owg yg ta disangke2... mmg perit... n till now pon susah terima... huh. papepon, one ting i learn, blaja tok terima, n let go, 4 me, till now still fight face my fear. huhuu... hum, okkie la, tanok cakap panjang... kang mmg emo kang..ni da start takong da... okkie dokkie... kamo, jadi tabah deh... al-fatihah~
(^^)"

ahmadkamal said...

thanks teddy aka nadia... aku baru je hapdet, tup tup dah de komen... bgus2...

mmg tak sangka...

perasan tak berapa kali aku tulis "memang aku tak sangka" dalam entri atas...

entri atas aku tulis dalam kedaan susah payah, sebab aku tak sangka...

urmm///

Joey said...

i'm sorry to read bout this.....


sedeh jugakla .....aku pun tak tau nak cakap apa...........

your post menyebabkan aku rasa sesuatu....

lonely...

teddybearhijo jua~ said...

huhuu...
salam abg kamal... hum2...
yup, mmg mende2 gini mmg tak sangka2... mmg susah payah jugak nak terima... papepon, me doakan kamo tabah2 ya... hohoo...

*mmg la tros komen, bau bukak blog kamo, xsangke lak kamo bau hapdet... n eih, banjir tau arituh... ades~~~*

(==)"
besh gag ce entry gini, leyh wat kiter sentiasa beringat... tatapi bace pabila nak mendraw, mmg ta nampak apa la anti... ughuu~

Irina said...

Salam..

Sedih gak baca entri kali ni.. X sangka kan.. Kalau kita, memangla kte x t'pk yg kwn2 seusia kte ni akan menghadap Ilahi dalam masa terdekat ni, wpun kte tau semuanya di tangan Tuhan.. Dan tu menyebabkan kte terkejut kalau perkara macam ni berlaku..

Pape pun, harapnya kamal trus tenang & bersabar.. Mungkin ada hikmahnya, Tuhan saja yang tahu.

Al-Fatihah..