Bising??? Penyibuk???

0107 – 25 Jun 2007

Well going through some stuff tadi.

Kemas sikit apa yang patut setelah aku hanya main masukkan segala harta pusaka aku ke dalam kotak masa nak balik cuti dulu.

Found out something really interesting. Memorable I may add. And also makes me think over and over again about myself.

What it is?

A stack of post-it.

Alah yang boleh lekat-lekat tu. Ada warna kuning, hijau, biru n so on.

Aku dapat benda-benda ni masa aku g Ledang last semester. Masa tu baru je aku abis final untuk sem 4 tu, dan harapnya aku g sana untuk mereleasekan tension la. Di samping tu nak lepak-lepak, hilangkan benda-benda yang tersumbat kat kepala otak selam ni dengan udara yang segar.

Nak hilangkan penat la kononnya. Tengok2 lagi penat adalah. Well, to view more on my journey there, simply click

Gunung Ledang Mind-Field Journey

Dan dekat sana ni, kiranya ktiviti kitorang adalah macam aktiviti bina diri camtu. Ala-ala motivasi sikit r. Cuma setakat nak namakan journey ni motivasi. Kalau takde pengisian, HEP UMP bukannya bagi nak buat program.

So nak tak nak, selainkitorang menyakitkan otot ke atas sana, adalah aktiviti yang berunsur bina diri ni.

Ada la satu game ni, fasilitator bagilah kitorang seorang 20 post-it ni. Matlamatnya, korang boleh tulis apa saja mengenai orang lain, n korang akan lekatkan dekat orang yang korang tulis tu.

Benda simple je, tapi penat gak nak memikirkan tulis untuk sorang2. lama masa untuk brainstorming je.

Aku cuba tulis sebanyak mungkin untuk semua kawan yang aku kenal la. One thing about me, adalah jugak kawan yang tak popular sangat dekat kalangan kitorang ni, tapi aku berusaha jugak nak tulis untuk dia, tak nak dia rasa left out and tak dapat banyak komen.

Kan aku cakap aku ni selalu sangat fikir pasal orang.

Tapi what did i got???



Post-it – part 1


”Masyih Kamal, naik gunung bagi choc”

”Tinkew Kamal wat air milo + nescafe. Sedap!! Ada UMP”

”Kamal, Sedapnya milo ko! Sakit Perut aku... –Sorry for grabbing your tush- huhu”

”Kamal. Bising tapi menghappykan. Thanks sbb jadi supplier mknan aku. Neslo ko sedap... laen kali buat lg yek”

4 msg yang macam memuji aku. Diorang ni aku perasan dari tulisan, diorang antara yang terapat dengan aku.

Choc

Naik gunung mmg memerlukan energy yang tinggi. So dalam perjalanan mmg aku lah jadi supplier coklat untuk ramai orang. Sebabnya sebelum pergi, aku dah g shopping choc. Aku kan hantu choc.

Neslo

Pasal neslo. Huhu. Memandangkan aku suka neslo, ada satu hari tu diorang tak tahu nak buat air apa. Aku tawarkan diri nak buat air ler.

Aku mana penah buat sekali banyak, selalu buat satu cawan sendiri minum je. Tapi aim aku adalah nak buat air neslo yer. Biar ada rasa milo dan nescafe.

So aku main bancuh je. First letak milo banyak. Nescafe sikit (3 paket 3in1 tu), rasa milo la plak. Aku tambah la nescafe lagi 3 paket. Sekali rasa nescafe la pulak. Aku tambah milo lagi. Tak puas hati lagi. Aku tambah punya tambah, sampailah air aku satu jug tu amatlah pekat. Tapi sedap n ada umph!

Tapi masalahnya, dah nama naik gunung, mana la nak dapat tandas nak memerut. Pas minum n puji2 air aku tu, diorang suma salahkan aku sakit perut. Masing-masing tahan je untuk turun ke bawah esoknya. Selamat malam tu malam last.

So itulah ceritanya pasal air neslo ku itu.

Tush?

Nama naik gunung. Aku naik ngan 3 kawan baik aku ni. Kelab sengal sedunia.

Naik tu payah jugak la, sebab curam.

Hari tu tiba-tiba si minah sengal di belakang ku ini nak terjatuh. Sekali dia grab belakang aku. My tush. (tatau g cari kamus deyh)

Aku terkejut. Aku sudah tak teruna lagi!! Kuikuikui. Lepas tu kitorang gelak je. Aku saja je buat, napa ko raba aku? Apa salah aku?

Huhu, memang kitorang sengal


Post it – part 2


”Kamal busuk”

“Kamal jangan malas. TQ for camera”

“Kamal malas cuci pinggan”

”Budak nie cerewet sikit tapi selalu teman aku pi tandas. Hahaha...”

“Kamal, Sori selalu buli ko. Hehe... Thanks!”

“Cakap banyak. Penyibuk”

”Kamal, banyak cakap, bising je. Hehe”


Dan kebanyakan msg adalah sama sahaja bunyi dan tonenya. Tak tahu la main-main ke tak, but deep inside bila baca balik terasa la pulak aku ni.

Msg 1 – naik gunung, peluh mengalir. Memanglah busuk.

Msg 2 – malas ker aku ni?

Msg 3 – aku memang malas cuci pinggan. I admit1 apa guna ada gurls dalam grup kan. Tapi aku bukanke jadi lighting man masa korang cuci pinggan?

Msg 4 – dah la aku teman ko g tandas, jadi tukang suluh, kata aku cerewet lagi??

Msg 5 – bagusnya pembuli mengucapkan terima kasih kepada yang dibuli.

Msg 6 n 7 – dua msg ni la yang buat aku agak terasa. Reality is bitter right.

Aku ni bising sangat ke? Nak aku diam ke?

Aku pernah diam. Semua orang takut.

Seriusly, masa tu aku diam n buat muka masam, gurls cos aku mana berani nak buat lawak dengan aku. Gerun kata diorang.

Aku cuba jugak diam sekali sekala, tapi macam tak best.

Ada keadaanya, bising tu sengaja nak tutupi perbualan yang tergantung kat tengah tengah.

Korg bayangkan, korang tak rapat sangat dengan sorang ni. Korg borak borak, sekali stuck, takde idea nak borak pe. Aku tak suka situasi tu.

Aku pulak dengan drastik buatlah lawak, bagi kitorang macam bind balik n takde rasa janggal.

Tapi itu membuat aku dipanggil bising???

Macam 4 msg di atas tu, maybe sbb diorang dah biasa dengan aku kowt. Dah lali kowt. Tu yang takde apa-apa diorang kata.

Tapi bising ke aku? Penyibuk ek? Haruskah aku berubah??

Hurm.

Former school friends (u-know-who-u-r), comment plzz



p/s – aku makin dah tak biasa la pulak bila jadi blogger dari rumah ni. Sbb ada je cnnction, dan aku kena update. Sbb kalo dekat kolej, tak update is accpetable, tapi dkt rumah dgn cnntion yang laju menderu, tak update, aku lak dibambu. huhu


:::YTBACK!!!:::

5 comments:

aria ayumi said...

muahaha yg part tush tuh klako... hihi kamal jadik hero grab minah tu sblm sempat die jatuh... ngeee :p

erm... diya penah gak men game gitu ms skolah dulu... about 90 percent of my frens cakap diya ni pendiam... pegi mane2 pun org akan ckp diya pendiam... penah jgk try nak ubah jadik bising2... tapi, xsampai 24 jam nye... msti ubah asal balik... cuma dgn org2 yg bertuah je tahu sape sy... xkisah le diorg nak kate kite ni pendiam ke bising ke hape... janji kite jadik diri kite sndiri... kdg2 kite xblh nak ubah sifat smulajadi yg ade pd diri kite... awk patut rs bertuah tau org kate awk bising... sy ni usaha la jgk nak jadik bising... tp, xpenah menjadi.. *btw, sy cuma bising dgn family n a few of ma frens*.

moral of the story... just stay the same k... ;)

Hilman Nordin said...

yeah...!!! long love former school friends! i know who i am!

haruskah ko berubah? well, x payah la kot? stay the same la.. ko mmg bising, mmg bising sgt2.. tp mmg ko da macam tuh. mse time2 kat skool dlu ko igtkan aku nih macam mane? mcm social failure je kat skool tuh. senyap je.. ade mmber rapat pun dlam kelas jer.. klu nak kira member kelas len mmg sket la, termasuk ko.

kesimpulannye... just be urself. u may be hated by some.. but believe me, there are more who will like you. and those who hated you are actually the ones who dunno u yet. give them time to know you better. so u have the job to like them and take a good care of them. if you hate them too.. it will be pointless and ppl will not know the true you.

hehehe.. ko mmg kne update la sbb ko ade kat ruma.. aku kat kolej ni..prepare haluansiswa.. kne jge bdak2 lagi.. huhu..

salam

zura lias said...

just be yourself..kadang-kadang ape yang orang lain tak suka, itu jadi kesukaan ramai lg orang yang kite kenal..kenape kite nk kene berubah untuk minoriti sedangkan majoriti yang kite kenal sukakan diri kite yg mcm tu..

But, kite plak xleh tak suka dengan orang yang kite kritik. Hak die untuk kritik apa yang dia suka, tapi hak kite untuk tapis apa yang sesuai untuk kite.

Think positive..ceria selalu..tolong orang selalu..everything will be alrite..:D..

P/S: bising-bising tu le yg orang rindu bile xde depan mate..hikss..

FAIZUL said...

eh ak penah la main bende alah ni..
tapi most bende baik la..
sebab dorang ckp cm tu dia x kenal ak saper..

ak lagi suka commen yg ntah aper2 la..
sebab dia cakap ikhlas..
make ke realize who i am kat depan mata dorang...

ala x yah amik kesah sangat bende cm ni..
take it and throw it..kan senang...

Red Mummy said...

panjangnya bebel!!!


so where is our party going to be ni dik?

the double celebration of 11th bees...