0114– 14 Julai 2007
(re-edited 17 Julai 2007 - 1715 pm)
Hi there...
Lama tak mengupdate sebab macam-macam kena uruskan. Plus, aku takde mood.
Baru hari first pon dah dapat assignment masa tu. Hari selasa dah kena antar. Gigih tak gigih la.
Birthday?
Hari jadi aku sebenarnya jatuh kepada 2 3 orang lagi yang aku tahu. Kami kongsi same birthday.
Terpisah lepas darjah 6, jumpa balik masa form 4 dekat semashur. So kitorang rapat la. Kelakar lak kadang-kadang bila fikir ada orang yang macam kembar kita ni, still rapat dari dulu sampai sekarang.
Even mak dia pun cakap kat dia ”ko kontek lagi Kamal? Lama gila korang berkawan."
Apa pun, untuk Zaiha Nadiah happy 21st birtday too!
Satu lagi kawan blogger gak. Famous blogger. Kak Red.
She’s turning 32 this year. Mula-mula suka baca blog dia, baru je aku perasan kitorang same birthday. Tapi dia suh aku diam-diam je.so, aku diam je la. Kiranya aku msg je la dia lalui hanset, tapi nak komen kat blog, jangan harap la. Dia tak caya kat aku kowt, tu yang dia tutup ruangan komen. Huhu
Apa pun happy birthday to kak red too! Banyak gila dia dapat hadiah.
Tepung???
Yela.. ye la aku kejikan dulu...
Ala, sekali sekala nak melakukan perkara keji apa salahnya... asyik orang ingat dengan muka ini aku harus jadi baik je. Hey, aku banyak juga wat perkara keji... kalau citer kang sume tak caya...
Apapun, apa aktiviti beta pada hari kebesaran beta hari itu??? Macam-macam gak berlaku. Hahahaha. Check it out!
10 Julai 2007
23:59:17 pm
Aku tunggu masa je nak msg kawan lama aku tu. Konon nak jadi orang first yang msg dia at 12 modnight la
Seseorang yang aku tak sangka la. Aku terkesima, terkaku. Tak tahu nak cakap pe. Hati berbunga riang. Huhu
Dalam pada aku nak cover dari roommate aku dari tau, aku cakap sikit je dengan dia. Aku gugup deyh. Suka gila aku dia call. Jadi orang first lak tu. Wah, adakah ini something? (dush dush!!! Tumbuk diri sendiri)
Dalam masa dia call aku tu, adalah 2 msg masuk
23:59:19 pm – msg dari Petrus
23:59:24 pm – msg dari Aisyah
Dua budak sengal yang macam berlumba nak wish aku. Thanks to x-presiden and the member of the Kelab Sengal Sedunia!!!
11 Julai 2007
00:00:00 am – aku mula msg Zaiha n Kak Red
00:01:52 am – msg dari kawan internet, Rin
00:02:41 am – balasan msg dari Zaiha
00:07:15 am – msg dari kawan lama aku, Syikin
00:11:29 am – msg balasan dari Kak Red
00:14:56 am – msg dari adik aku, Wan
Masa ni, mata aku mula ngantuk sebenarnya, tapi aku malas nak tidur. Entah kenapa bila birthday je mesti ngntuk, taun lepas pon sama. Taun lepas lagi la, kul 10 aku dah tido.
Masa ni, mula explore blog-blog lain la. Geramnya aku sebab Kak Red tutup ruangan komen dia. Takleh nak komen kat blog
Last-last dah bosan, aku mula tidur.
01:15:43 am – msg dari coursemate aku, Aida
02:05:21 am – remember the Physical gurl from matrix dulu tu? Msg from Firra, the girl yang ‘cinta monyet’ ngn aku dulu. Too bad dia dah berbf. (sigh)
04:06:23 am – msg dari kawan lama di matriks, Ierah
3 msg di atas aku dapat masa aku tengah tidur. Amazingnya, aku tak sedar. Selalunya aku sedar. Penat sangat kowt. Turning 21 is tiring u know. Huhu
Bangun subuh, n there was it...
07:08:29 am – msg dari kawan lama, Syazidah
Mula siap-siap g kelas. Wat tak tau je. Housemate ni semua tak sedar kowt. Aku diam je. Kalo tak mau malam tu aku kena tepung.
Tapi bila nak sampai kelas, aku mula cuak. Sebabnya, kalau jumpa dak pompuan, n diorang wish kuat-kuat, habis housemate aku ni dengar. So bocor rahsia nanti.
Sampai je kelas, selamat lecturer pun datang sekali. Aku terdengar gak kawan aku ni kata ”ala tak sempat nak jerit kuat-kuat”
Aku buat biasa je. Cuak rahsia bocor.
Kul 1 cmtu, aku kuar. Nak reward myself. Was i feel rewarding? No!
13:36:04 pm – msg dari kawan blog, Irina
Beta amat meminati citer Harry. Terujanya nak tengok citer ni jangan cakap la, nak tengok mampukan pengarah itu menggambarkan setiap perkataan ke layar perak.
Hasilnya hampa sekali. Aku hampa. Dahlah korbankan keselesaan, duduk paling depan sekali! Tapi kurang best. Memang aku rasa tak berbaloi.
G makan Kenny Rogers. Singgah Popular, konon nak pre-order Harry Potter and the Deathly Hollows. RM 120! Mahal gila. Malas la.
Pusing-pusing, Aisyah kata nak belikan aku something. Dia poyo-poyo cakap la,
Aku, terus buat-buat minat dekat benda yang mahal-mahal. Pening dia bila tengok harga tu. Last-last takde apa pun nak dibeli.
Bila nak bayar, dekat kaunter tu ada la, minyak wangi.
”Eh Kamal, Polo Blue la”
Aku tengok. Eheh, dapat jugak tu. Inspired by Polo Blue. Kira ok la, bau pun lebeh kurang. Cuma biasa la local punya, so tak kuat sangat la.
“ko nak ke?”
Eheh, angguk je la.
Aku reward gak diri aku setelah hampa dengan Harry.
Aku beli album Letto – Truth, Cry and Lie.
Memang boleh download, tapi ni untuk aku dengar dalam kereta.
So kira ok la.
18:44:11 pm – msg dari kawan baik, Azly. kreatif giler!!!
Hari jadi pun kena g meeting Expoconvo’07. hampeh je.
Masa tengah meeting…
21:24:25 pm – msg dari anak buah,
21:47:03 pm – msg dari kawan lama, Nadia
Balik bilik. Penat. Suspen, kowtnya aku balik ni ada tepung menanti.
Sebab dulu kitorang tak buat pembukaan hari jadi. Kitorang wat penutup.
23:58:57 pm – msg dari coursemate, Hanis
Msg ini penutup hari yang menakutkan itu. Hahaha, berakhir sudah.
12 Julai 2007
08:06:51 pm – msg dari rakan blog, Hilman
Msg lambat dari ’the organiser’ ! Ehehehe.
15 Julai 2007
Other things
Ramai gak wish. Asal diorang ingat
Aku lak tak reti nak react. Wat malu-malu je la.
Tapi bila fikir balik, dak laki ni tak ingat ke?
Aku punya la cuak, siap ambik hanset kawan aku ni, aku padamkan alarm dia pasal besday aku, pastu aku letak balik.
Rupanya diorang tak ingat. Wat penat je berjaga-jaga. Sampai orang letak status skype pasal besday aku pun aku suh tukar. Hahaha
Apa pun, Aisyah dah pesan g update wishlist!
Thanks la ek kepada sapa yang msg, wish direct, wish kat Frenster, wish kat Yang Terdalam.
Dah dapat Polo Blue tiruan. Ok la. Kawan aku cakap wishlist aku mahal sangat, tak mampu diorang. Kalau aku mampu, baik aku takyah wish
Apa pun, I think, these are the best present ever:
[ FaMoUs LasT wOrDs ] - Pakcik! Mana post baru deh?!
creating a world - A Stolen Birthday Wish
::diari seorang lelaki... =)::: - can i say this is my comeback? hehe =)
....ME....: - A Celebration For A Friend
Thanks cik Teddy! Terharu sey. Siap letak gambar beta yang telah diedit sekali. Habis hilang jerawat beta. huhuhu
Thanks to all too yang join usaha sama ini... cewah skema giler ayat...
pertama kali cik teddy jadi organiser ni... hehe
Till then, thanks to all!
p/s – nak letak gambar hadiah tu, tapi cnnction hampeh lak…
11 comments:
kesian aku.
name aku xde.
=[
xjd nak blnje mknan exotic.
uweyh.
maaf sesangat papik...
aku menulis berdasarkan ability hanset aku untuk simpan msg...
aku mmg save sume msg bday ari tu...
tatau cmna hilang...
lama sngat hanset ni pon...
tu yg nak yang baru...
maaf sekali lagi...
really appreaciate ur msg...
haha.klaka je.taperla.
aku x rase papepon.
saje je.x]
neways.
balik kl aku blnje ko.x]
hahahaha... aku msg hari ke-2 da..
mmg lambat la kn?
huhuhu...
hmm.. organiser lame mmg xdan nak edit gamba sampai hilang jerawat..skang ni miharu-chan da xde kebolehan photoshop.. dia tgh sakit.. muka dia da retak2 sket.. kang klu edit muka org lain, retak jugak jadinyer.. heheheh
bila nak open table?
aku gak yg lambat wish..
huhuhuhu...
salam
actually kita x kenai sgt pun
kira cam virtual frens la
tp nk gak wish
even belated sgt2
hepi bufday saudara
moga panjang umur, murah rezeki
dtg la teratak blog saya kalo berkesempatan
ada sedikit bingkisan
hehe
http://azwanmuslim.blogs.friendster.com/me_myself_and_i_/
selamat hari jadi yang ke ...21 ke 22?
mana -mana ajala
yang penting ko sambut ari jadi...hehehe
kamal dah TUA!! thanx sbb promosikan nama aku..huhu..
ape2 pon have another wonderful year and i hope you get your 6th wish on the wishlist.. heheh!!
uhuk.. cemane nak meset.. nombot nye enggak ada pak... :p
kite berkwn ngan best fwen kite since darjah 5 lagik sampai skang... :D
akak dh wishkan?nape nama akak xde utk yg msg dlm blog?waaaaa..
hikss..xde ar..saje je..manyaknye org wish die...sib baik selamatkan xde kes tepung..:D..
salam...
huhuu...
pakcik!
glad to know dat kamo happy ngan celbration yg dibuat... (really glad to know dat kamo nanges! wee...)
papepon, wish u all da besh untuk mase akan datang...
huhuu...
happy2 selalo...
hidup hanya sekali, kumpul pengalaman sebanyak mungkin...
hehee...
last but not least,
Rerajin updet blog!
ngee...
p/s: pakcik...
xlarat la nak membelek sampai lagi 19keping gamba kamo!
hohoo... serius xlarat suda... hehee... cukop la tu 2 ek? ke mo gak jadik tamak haloba?
hohoo...
p/p/s: ni2, 1st time edit gamba yg totally owang len, n tetibe client niyh mintak sampe 21 keping...
woo, nak muntah da edit gamba...
n ni gak 1st time tetibe de satu folder spesel name: pakcik!
pakcik oi, tetibe lappy dedi dicemari gamba2 lalaki yaitu kamo...
hohoo...
*senanyer da kewing idea nak compost gamba2 tuu... hee*
thanx again...
thanx...
(^^)"
pakcik gile kuase cek ari2 ade celebration ke x... wahahaa... senanyer nak wat lg lambat, saja mo seksa kamo... tp xsampe ati lak nak lambat2, kamo pon cam danak nanges2 jak tada celebration owk?
ahaha...
Post a Comment