0115 – 19 Julai 2007
Perpectives to Pendirian
Ok, enough with all the celebration. It has been a week already. Dah 21 tahun seminggu aku ni.
Cukup la seminggu perasaan aku terbuai dan terharu atas semua yang telah korang buat kan. Terima kasih bebanyak!
Bukan tak hargai, tapi tibalah masanya hidup ini perlu diteruskan kan?
Moving on, banyak yang berlaku dalam seminggu ni. Apa yang nak aku highlightkan?
Membelek akhbar awal minggu ni. Dua berita menangkap perhatianku. Pertama, pasal kehilangan pesawat Nuri di area Genting tu. Ikuti jugak ceritanya. Syukur dah ditemui, walau agak malang, semua terkorban. Al-fatihah untuk mereka yang terlibat.
Kedua, mengenai Siti Nurhaliza dipukul, dibantai, ditibai, dan macam-macam lagilah sehingga masuk ke hospital. Ia menangkan sedikit perhatianku.
Izinkan aku berbicara mengenai Siti kali ini.
Wut? Siti lagi?
So wut? This is Yang Terdalam. In fact, dah lama jugak aku tak cerita pasal dia. So let it be. Macam biasa, kalau rasa tak suka, sila tutup blog ini. Terima kasih.
Aku ingin berbicara mengenai kisah kedua itu. Mungkin kerana ia lebih dekat di hati. Mungkin aku pun ada sedikit pengetahuan mengenai kisah ini, jika nak dibandingkan dengan kisah pertama tu.
Siti Nurhaliza dipukul. Kecoh satu Malaya.
Reaksi? Ada yang buat tak endah, ada yang marah-marah, ada yang bersimpati, ada yang wat blur je. Menjadi peminat kipas susah mati dia selama ini, sudah membiasakan aku dengan reaksi orang bila berhadapan dengan isu Siti.
Tipikal reaction – ”cerita dia ni lagi. Cerita dia kena bantai pun jadi front page”
Ala dah biasa sangat la. Aku pun dah lali menghadapi keadaan itu dengan menahan diri dari teremosi dengan reaksi mereka. Tah kenapa, kadang-kadang bila dia disakiti, aku pun rasa sama. Itulah satu ikatan yang terwujud, dan sukar aku terangkan, walau pada zahirnya macam aku je yang rasa sorang2. dah dekat 11 tahun lalui, korang takkan faham apa yang dirasa.
So, bila orang bereaksi, aku biarkan mereka. Yang penting dalam hal itu, aku ada pandangan aku sendiri. Dalam setiap hal pun, aku mesti pastikan aku ada pandangan yang original dan bukan terikut-ikut.
Maybe, sebab tu, kadang-kadang aku ni dipandang sebagai mamat vokal. Aku cakap je apa yang aku tak suka, walau kadang-kadang aku seorang je yang tak setuju dengan sesuatu perkara. Bagi aku, pendirian aku, aku punya. Cuba faham dan hormati.
Contoh terbaik dalam meeting la. Aku selalu nya jadi orang yang menongkah arus. Pendirian yang ada harus ditegakkan kan.
Dalam membuat pendirian, aku selalunya melihat dari segala perspektif. Nilai baik buruknya. Aku suka berfikir. Tapi kadang-kadang, macam aku cakap dekat seseorang, terlalu banyak fikir pun akan mendatangkan masalah jugak.
Dan apa pendirianku mengenai hal Siti ini?
Perspektif 1
Msg tiba.
”oit, watpe? Aku nak share something ni. Ko ada dengar tak siti kena bantai dengan orang tua tu?”
”tak wat pe pun ni. Bosan je. Aku ada dengar. Napa? Betul ke tu”
”tah lah. Betul kowt. Kawan aku cakap. Dia tu rapat gak la dengan keluarga Siti (selalu sangatkan ayat cmni kuar bila ada gosip). Ala, datuk K tu, kalo dulu dia pukul budak, tak mustahil dia bantai Siti lak.
Masa ni, aku tak fikir panjang. Dalam ingin melayan msg kawan aku ni, dalam fikiran aku sudah tertanam bahawa sememangnya datuk K memukul Siti. Terbayang aku Siti ditumbuk, mengaduh kesakitan, lebam di muka dan sebagainya. Dan darah aku pun naik....
”memang orang tua tu. Tak sedar diri. Tak tau nak hargai. Susah nak dapat orang macam Siti tu”
”memang susah, dahlah tayang Siti macam trofi je ke mana-mana. Sial betul la! Aku bengang ni!”
”Rilek2. kita bengang pun bukan leh wat pe. Hidup dia. Tengok je la. Tapi kalo betul la, mesti satu Malaysia lagi benci dekat datuk K”
”setuju setuju”
Dan aku biarkan isu itu berlalu. Aku jalani hidup seharianku. Kalau aku lebih-lebih pun, bukan hidup aku. Hidup aku mesti didahulukan. Tak bermakna aku tak ambil peduli, aku masih lagi rasa sakit kalau dia diapakan.
The unspeakable bond, remember. Tapi siapalah aku kan. Hanya orang luar yang mengenali Siti melalui cerita dan tulisan orang lain. Bukan yang terapat. Bukan ahli keluarga. So, aku tumpukan pada hidup aku.
Tapi, dalam minda separa sedar aku, aku telah mempercayai, Siti kini di dalam sebuah hospital, di mana tak tahu, dan tengah sakit. Dalam minda aku, datuk K telah memukulnya.
Itu perspektif 1
Perspektif 2
Esoknya aku membelek akhbar. Kosmo. Akhbar kegemaranku.
Di muka depan muka sugul Siti tergambar.
”Datuk K nak siasat dalang fitnah”
captionnya.
Aku membaca. Siti looks fine to me. Tak delah muka dia terbandage ke, herot ke, mata lebam ke. Nampak macam biasa je. Cantik. Sedikit tembam dari dulu. Sugul. Itu yang nyata. Sedih dan sugul.
Mungkin juga aku yang terlebih bayang. Membayangkan muka Siti dah cacat dibantai.
Perspektif baru mula datang dalam mindaku.
Bagaimana pula kalau semua cerita itu hanyalah rekaan semata-mata? Bagaimana itu hanya satu kisah jenaka bagi orang membuatnya, atas niat iri hati?
Apa yang aku nampak, bagaikan satu konspirasi menjatuhkan perkahwinan dan ikatan yang telah terbina antara mereka. Sudah-sudah lah tu, mereka dah halal disatukan.
Perspektif baru ini membuat aku berfikir dan berfikir.
Pendirianku.
Yang tersurat tak semesti yang tersirat. Tambahan lagi, bagi aku, hanya orang yang mengalami sindrom ’unspeakable bond’ yang aku rasa sorang-sorang. Siti tak rasa pun. Aku bukannya sesiapa.
Aku menulis melalui apa yang aku nampak. Yang tak ternampak aku tak tahu. Inilah pendirianku. Mungkin salah mungkin betul.
Andaikata memang benar Siti dibantai...
Memang aku marah gila kat datuk K! Tak reti nak hargai!
Andaikata itu semua gosip...
Aku kasihan kan mereka. Even dengan datuk K sekali pun! Aku tambah kasihan kepada yang menyebarkan berita. Takde hidup ke???
Pendirian aku tidak jelas. Aku takde sumber yang cukup untuk menetapkan pendirian aku. Dalam sitiasi begini, aku selalunya bertindak neutral. Tak menyokong, tak membangkang. Lebih baik begitu, hidup aku tak terganggu, hidup dia lantak pi la!
Macam kes kata dia pakai susuk atau bomoh lah. Macam-macam kan. Aku tak percaya, aku tak jugak tak percaya. Ia mungkin berlaku, ia mungkin tak berlaku. Aku bukannya orang yang terapat untuk berperspektif.
Jadi pendirianku adalah, aku bertindak neutral. Tunggu dan lihat, jika ada sumber lain untuk aku menetapkan pendirian aku ke arah yang mana.
Moral of the story...
1 - In larger scale, bukan kisah Siti je, aku heran kenapa kadang-kadang ada orang yang terlampau iri hati dekat kita, sampai berusaha bermatian untuk jatuhkan kita?
Example, ingat ’the roomate’ yang sanggup untuk berbasikal 1km untuk menghasut orang supaya tidak sebilik dengan aku. (yang tak faham, sila belek entri2 lepas)
Aku akui, aku jugak selalu iri hati. Selalu cemburu dengan kejayaan orang. Tapi aku takdelah bertindak di luar kawalan. Aku yakin, baik dan buruk silih berganti. Kalau kita buat dekat orang sekarang, tak mustahil kita kena jugak nanti kan.
2 – kenapa kita sukar nak hargai apa yang di depan mata? Why do we never miss the water until its gone? Kenapa yang di depan mata tak nampak, yang jauh punyalah jelas kelihatan?
Quote from truemptyme – kita dok mengejar org yg kita suka..org yg mengaharp kan kita? trus kita abaikan..
p/s – maafkan entri ini. Ia tidak bersalah. Aku hanya menulis mengikut gelombang otak aku ketika ini.
p/s – sebetulnya, sem baru ini lebih memenatkan. Banyak subjek yang agak sukar, tambahan pula emosi aku asyik tidak stabil. Asyik kesepian dan rasa terasing. Sapa nak tolong tu???
9 comments:
blog hang... ske hati hang la nak tulis ape.. ikut la.. huhu..
tapi mmg betul.. kadang2 kita mmg tak boleh nak buat apa2 perspektif kalau xde cukup resource. perspektif org yg kte betul2 percaya baru boleh kita terima..
sometimes i wonder, does the current press cater to the whole truth? myb there are secret propaganda behind it? hmm.. kita yg pening2 bila orang cakap pembunuhan altantuya ada kepentingan politik.. tp kte tak boleh nak siasat lebih2.. resource kita sikit je..
dalam kes2 macam ni, sumber alternatif amat berguna. tp kadang2 sumber2 alternatif ini dibuat atas dasar emosi dsb.. jadi kuasa kita lah untuk menilai.
apa2 pun.. there's nothing wrong with being critical.. jadilah mamat vokal, sbb kalau sume diam, the truth will not be told. sme takut dgn consequence, spae yg berani nak berdiri tegakkan keadilan?
huhu.. pe aku cakap nih?
salam
i have no comment regarding your latest thread.
=]
kamal....
bile nak balik kl?
kitorg ade something utk ko.
kitorg refers to aku n mena shj.
weeeeeeeeeeee~
Salam..
Betul tu.. Itulah sebabnya, kadang2 kite rs x berminat nak follow berita2 cthnya kes altanthuya.. Sbbnya, kte sendiri pun x pasti sama ada apa yg dipaparkan dlm media ni, yg betul2 berlaku ataupun diubah/dimanipulasikan utk bagi benefit pd certain pihak.
Nak percaya, ke x, semua bergantung kpd sumber yg kte ada.. My opinion, just listen to everything with a pinch of salt. Meaning, accepting that there is some truth in the news, and there are also possibilities of other things that are hidden that can compromise the one perspective that 'they' want us to believe. Tu la untungnya org yg ada 'connection', sbbnya mcm2 cerita 'dalam' yg kte boleh tau.
Duh, panjang lak mengomel kat dlm ni.. Hehe.. Tp stuju ngan Hilman, ni kan blog hang. Just write about things that you want to write, in your own perspective. That way, le la kte sm2 bertukar2 pandangan.. Hehe.. Cewah, skemanya ayat..
=)
*speed reading*
just wanna say... thanks kamal... :)
well...
satu jer...
ko memang peminat siti nurhaliza...
aku suka juga siti nurhaliza....
itu jer
sekian...
pakcik!
wah, susah tol bila time nak ngomen jak, musti ade2 jak...
ades...
huhuu...
one word :
WAH!
merangkumi:
-gud info sebab me tatau mende pon pasal pe yang berlaku di alam semesta ini... ades!
-gud post i think...
pakcik pikir both dedua side.
yup, kakadang apa yg kita dengar tu xsume nyer betul, sekalipon yang betol tu mgkn 1% jek...
*sebab tu me xpenah suke bace pasal hiburan...* *act mmg xbace paper pon... ughuu~*
huhuu...
papepon, gud luck pakcik, kalu mengharungi owang2 yg dengki2 ini...
hihii...
(^^)"
no comment... coz not siti's fan... hehe... buat tatau je kalo ade sal die.. so sorry...
akak bukan peminat siti..tp x semestinye akak x amik tau isu semasa..malangnya akak time tu xde mase nk bace paper..yg akak sempat bace.."datuk K nak cari sape yg wat fitnah"..hihhi...pastu br akak tau kecoh kata datuk K pukul siti..jd le akak kera sumbang yg xtau ape...hehhehe...
Tapi suke quote tu..Kita duk mengejar org yg kita suka tapi kita abaikan yang terus mengharap..(sowie le..akak ubah plak cikit)..tu le lumrahnya..n akak jugak termasuk dlm tu..hihihh..
erm... kite pun suspect bite tu betoi... yelah.. sblm ni kan die penah pukul budak...
huhu sian kamal... sibuk ngat ye... xpe... take ur time... :)
Post a Comment