Wishlist version 2.0

0109 – 01 Julai 2007

Yeah, Julai datang lagi!

Rasanya masa-masa cmni la sesuainya aku buat wishlist ni. Sebabnya tak diketahui la pulak (huhu, coverrr baeeek punya!)

Apa pun, baik kita tengok dulu wihlist version 1.0 yang aku pernah buat dulu. Bagi yang nak baca balik entry nya, klik link ini:

Mari kita lihat senarai wishlist yang dulu:

1) A new laptop with greater spec than this one

2) A new one external hard disk with better storage (80 gb++)

3) A camera digital

4) A Sony Erricson walkman phone

5) A CD player

6) A car

7) LASIK

8) Someone…

Walaupun masa tu aku hanya buat wishlist, dan masa tu aku tak bajek pun yang no 6 tu dapat, aku actually dapat wish aku yang no 6 tu dulu. Around February I got my new car, just a Kelisa, but good for me la.

Soon after that, my wish no 1 came true after my last laptop screwed up. So dapat la laptop Toshiba yang baru.

Wsih yang no 2 n no 3 aku nak gugurkan sekarang, sebab aku rasa macam dah tak minat dah. Aku lebih suka burn dalam dvd dari simpan dalam external yang fragile. Camera digital aku gugurkan sebab bapak aku dah bagi kamera dia yang lama tu kat aku, sebab dia pun bukan guna sangat.

No 4, no 5, no 7 n no 8 aku still nak.

So here is the new wish list

1) Sony Erricson Walkman phone

  • Aku letak ni dekat top of the list. Memang mengharap sangat dapat. Sebab hanset lama ni pun dah terlalu outdated n makin tak best.
  • Menginginkan model yang terbaru tu, aku tak tau lak nama dia pe. Tapi yang penting dia nipis je, macam model motorola.
  • Sebabkan aku tak minat motorola, n aku terpukau dengan warna oren putih, aku nak benda ni la!
  • Leh lak aku balas mms orang yang selalu bagi aku mms muka dia. (huhu)

2) Harry Potter and the Deathly Hollows

  • Sebabkan ni bulan Julai, buku JK Rowling yang terakhir ni nak kuar, so aku memang nak sangat benda ni. Dah kumpul semua buku Harry, in fact aku memang minat gila dekat hasil tulisan JK Rowling ni.
  • Tambah pulak, ada orang penah cakap muka aku macam Harry (huhu spero betul mata dia) dan jugak Harry pun lahir bulan Julai (ops!)

3) Polo Blue

  • Aku ni bukan hantu perfume, tapi aku minat gak la.
  • Kuar ngn member, asik diorang tengok bahagian perfuma je.
  • Pena guna Body Shop, tapi baru-baru ni aku pergi rasa macam dah tak minat dah.
  • Aku tau Polo Blue ni punyalah lama dah kuar, dan kawan aku cakap sekarang ni macam-macam lagi yang baru kuar, aku still minat dekat bau dia.
  • Usya, duh mahalnya, tak berkemampuan deh.
  • So just wish je la.

4) CD Player

  • Walau apa pun, memang aku menginginkan ini. Walau zaman cd dah berlalu
  • Mungkin kalau dapat walkman phone tu, ini sudah tidak lagi relevan kan
  • Tapi masih bets gak kalau ada CD player, taklah CD2 yang aku ada tu didengar dalam kereta je!

5) LASIK

  • Penat dah pakai spek, penat dah pakai contact lens
  • Nak berenang kat laut susah, nak pergi camping susah, nak macam-macam susah.
  • Even kalo adik aku nak kiss aku pun dia selalu terlanggar spek aku
  • Kan senang kalau dunia ni terang je. Huhu

6) Jam + bangle

  • Hari tu kuar ngan kawan, nampak dia pakai jam bangle ni. Cun gila
  • Walau aku tahu dia punya mahal, aku cari jugak la.
  • Last2 mak aku sudi nak bagi hadiah untuk aku. So aku amik je la
  • So kiranya wish ni dah tercapai ler.

7) Someone

  • Huhu, ini memang patutnya top of the list, tapi tah lah.
  • Banyak kali gak usaha dilakukan untuk mendapatkan ini, tapi tak de rezeki, nak wat camna.
  • Still hoping this.

Apa pun ni la wish terbaru aku. 6 je sebab satu dah tertunai. Dulu 8 tunai 2. ini 6 kalau tunai 1 pun jadi ler.

Kenapa tiba2 aku kuarkan wishlist ni? Ada pape ke?

Bagi yang dah faham, faham-faham je la. Bagi yang masih blur, tak dapat den nak nolong!

Still aku masih mengharap benda ni dapat. Jadi gigolo pun tak pe la. Huhu. Ada ke datuk atau datin yang sudi menunaikan wish beta ini???

Hehehe

p/s – again, datuk tak semestinya laki tau!

huhu


:::YTBACK!!!:::

4 comments:

papik said...

kamal!!!!
ko da dpt bangle watch?
damnnnn...
aku jeles okayhh.
tnggu aku bli guess 250 hengget tu.
agagaga:p


owh psl polo blue tu tgkla cmne ea?
agagagag:p
baheknya aku deng.
adeyh

aria ayumi said...

adehh cita2 nak jadik gigolo ke ni... hihi.. xkan datuk ngan datin je kot... nenek xmo ke... kui3

huhu br dpt jam br yek... mak die kasik lak tu... jeles nihh :p

zura lias said...

birthday ke kamal?sowie le..akak ni lampi sikit..*lambat pickup*..kalo birthday..happy birthday..kalo lom..happy becoming birthday le..kalo dh sudah..happy belated birthday..may ur wish come true..hikss..

Red Mummy said...

amboi sakannya wishlist dia..

very the RMribu2 tuh...

ko tak nak wishlist akak lak ke?