1 entry, 5 sub-entries

0119 – 21 Ogos 2007

Epilog

Enough talking and rambling about ’dia’. Makin banyak aku cerita, makin banyak terdedah, makin banyak yang keliru, makin banyak yang mencari siapa ‘dia’.

So let the story end there. Jika ada mood nak cerita baru aku sambung kembali cerita itu.

This entry might be the longest entry in the Yang Terdalam. I said it might be. I dunno if my calculation is right or not.

Tapi aku cakap maybe ye. Tak tentu jadi ke tak tulis panjang-panjang ni. Dah lama tak menaip, kadang-kadang endurance untuk menaip dan bercerita makin kurang. Jadi blogger kena kerap, baru gelombang itu sentiasa ada. Hehe

Since, aku pun dah lama tak update, and there are lots of things aku nak buat entry, why not aku jadikan semuanya dalam satu entry kan.

Moving on, this entry is divided to 5 sub-entries. Hehe, sampai 5? Nampak sangat lepas ni aku nak jarang update kan.

Bukan apa, sekarang ni, aku makin cuba hidup dalam dunia realiti. Ke internet pun tak selalu. So Yang Terdalam di alam maya ini aku cuba kurang untuk kunjungi.

I said that for my condition right now, sekarang ni memang hidup hectic sikit. With emotions up and down, professionalism yang makin menurun je, dan tanggungjawab yang makain berat. Argh, apa-apa je la. Tulis banyak-banyak pun bukan korang paham. Lagi keliru ada.

The 5 subentry is :

  • The hectic week of mine 130807 – 170807
  • Chest Annual Dinner Gala Night “Red Carpet” – 180807
  • BKB’s Overnight Out @ TC – 200807
  • Shades of happiness II
  • The entry of the day

Penat gebang tajuk-tajuk di atas. We’ll see if aku berdaya nak menghabiskan menaip semuanya.


The hectic week of mine 130807 – 170807

The week of 130807 – 170807 will be remembered as my hectic week of this semester. That was because lots of things, mostly about my studies happened that week.

Apa yang buat aku mengalami minggu gila itu?

Firstly, test2 aku yang dijadualkan untuk minggu 7 and 8 terpaksa distack kan dekat minggu itu iaitu minggu 6. sebabnya, lecturer aku kebanyakannya pergi ke kursus induksi selama 2 minggu. So test2 tu terpaksalah dijadualkan untuk berlaku pada minggu 6 tersebut.

Keduanya, adalah kerana sedikit rasa iri hati dan dengki budak kuliah lain kepada kuliah kami, yang tak boleh nak tolerate langsung untuk tukar-tukarkan jadual test.

At the bright side, bila dah 4 test distackkan back-to-back pada minggu lepas, minggu ni dengan minggu depan menjadikan aku amat aman damai kerana ada satu kelas je sepanjang 2 minggu tu.

Tapi ia masih tak dapat memadam kesengsaraan yang telah dialami sepanjang seminggu tersebut. And i wonder, mesti result aku agak ala-ala teruk jugak la kan, sebab penumpuan tak dapat dibuat.

The situations…

Dalam UMP ni, more specifically to Faculty of Chemical and Natural Resources, ada 3 program degree. BKC (Chemical Pure), BKG (Chemical Gas) and BKB (Chemical Biotechnology). I am in BKB.

Dan dalam untuk mensetkan test, selalunya lecturer akan deal dengan kelas masing-masing untuk buat waktu bila and so on. Dan tiada penglibatan orang atasan, just deal macam tu je antara student and lecturer.

So bila deal macam tu, macam takde keselarasan la. Ada yang adil, ada yang tak. Kitorang student BKB ni selalunya tak kisah lecturer nak buat test bila pun, itu tugas sebagai student kan.

Tapi kalau test sampai 4 back-to-back, itu memang tak boleh nak tahan!!!

Sem ni aku amik 4 subjek 3 kredit hour, so makin berat. Dan test yang telah distackkan bersama ni, memburukkan keadaan.

Kitorang budak BKB ni try jugak untuk tukarkan jadual test. At least satu test ke minggu depannya ke, tapi tak berjaya. Semuanya sebab bilangan kami BKB yang sedikit dari budak cos lain.

Kalau kitorang mintak satu test dianjakkan ke minggu depan, kitorang akan ada 3 test minggu tu. Dan satu test minggu selepasnya. Yang budak BKC and BKG lak akan ada 4 test minggu depannya.

Kiranya masa minggu kitorang hectic dengan 4 test, diorang sebenarnya ada 2 test je.

So diorang boleh tumpu sikit. 2 test tu pulak, dua-dua subjek killer.

Yang kitorang cuba la menumpang kasih, mintak diorang tukar satu test ke minggu depan. Sebab kitorang dah penat gila!

Tapi, tak diterima la kononnya. Sebab bilangan kitorang yang mengalaminta sedikit kan. So takpelah studeng BKB kena macam tu kan... hampeh!

Dari dulu lagi macam ada konflik atau perang dingin antara 3 kuliah ni. Aku pun tak tahu camna nak terang, salah terang lak kang, ada yang baca, mau aku kena hambat!

Apa yang aku boleh cakap, keadaan menyebabkan kami terpaksa menerima untuk ambil 4 test dalam seminggu, yang penuh dengan kuliah.

The events…

Hujung minggu sebelum minggu hectic tu, aku sibuk buat assignment Numerical Methods & Optimization dan Bioreactor Engineering. Study untuk preparation untuk minggu test pun ala-ala je. Hari isnin, kelas still full macam biasa. Studi pun sikit-sikit je sempat.

Hari selasa dah mula test untuk Elektrical Engineering pada waktu petang. Dapat pulak satu result untuk test minggu sebelumnya, test Numerical Methods & Optimization. Rendah sikit dari expectation, emosi dah mula tak stabil, tapi kena tahan sebab ada 3 test lagi!

Balik bilik, lepak-lepak kejap. Malam mula buat tutorial Unit Operation, satu tugasan last minute yang diberi, yang kena hantar esoknya. Tapi esok kitorang ada test Bioreactor Engineering!

Malam tu punyalah susah payah, memahami soalan yang diberi untuk Unit Op, buat satu soalan, aku tinggalkan dan baca Bioreactor lak. Bila bio, paham-paham je lah. Banyak sangat facts and benda nak ingat. Tersenguk-sengguk la gak.

Esoknya, tengok-tengok pagi tu kelas tutorial Unit Op tu batal! Buat penat je semalam membahagikan otak untuk Unit Op dengan Bioreactor. Petang rabu tu test Bioreactor. Test ni pun menyebabkan emosi tak stabil, bila banyak benda aku tak dapat ingat, main goreng je!

Balik bilik, rehat jap, malam sambung studi untuk test Chemical Reaction esoknya pulak.

Hari khamis, Chemical Reaction bermula. Dengan kesedaran separa, otak sakit sini sana, badan lenguh-lenguh, aku studi. The fact is, masa petang sebelum test, aku dah sikit confident dengan subjek ni. Dah mula terbayang boleh jawab soalan yang diberikan.

Malamnya test, hampeh! Penat je studi. Aku tak boleh jawab dengan baik. Sedikt emosi tak stabil di situ. Lepas test ada pulak meeting Expoconvo tu. Adalah sikit masalah. Gaduh dengan secretariat lain. Emosi makin la tak stabil.

Balik bilik, rehat, sembahyang, pergi basuh baju, tengok movie, tidur! Aku cuba rehatkan minda sebelum studi untuk Unit Operation esoknya.

Hari jumaat, hari yang selalunnya memang aku takde kelas dihabiskan masa dengan studi Unit Operation Dahlah terbangun lambat, studi pun mula lepas sembahyang Jumaat. Dengan penat yang tak dapat digambarkan.

Kawan-kawan masing-masing muka kepenatan je. Sampai ada yang terus malas nak studi, main game, tak pun tengok movie. Aku cuba bertahan dengan pasang headphone dengan full volume. Aku perlu try jugak untuk Unit Operation ni setelah 3 test sebelum ni aku tak puas hati.

Malam jumaat test. Sikit puas hati jugak lah dari test yang lain. Sebabnya aku dapat rasa aku dapat jawab sikit. Walau pun tak semua, aku puas.

Keluar je dari test, terus semua budak BKB naik gila. Kitorang dah berjaya mengalami minggu yang hectic gila!

Aku pula? Pergi mabuk Nescafe dengan Kelab Sengal. Saja je minum banyak-banyak!

Malam tu, kitorang enjoy. Walau tak tahu result nanti macam mana.


Chest Annual Dinner Gala Night “Red Carpet” – 180807

Dah panjang-panjang sesi luahan hati, yang mungkin korang skip baca kat atas tu, mari kita g entry yang best sikit.

Ada kawan aku cakap ’ko ni tulis kat blog masa sedih je, masa gembira tak banyak pun ko tulis’

So this is entry gembira. Chest Annual Dinner Gala Night “Red Carpet” pada 18/08/07.

Satu hari selepas minggu gila tu, bangun lambat, aku terus keluar ke Kuantan. Objektifnya, mencari baju baru untuk dinner malamnya.

Saja je nak membuang duit beli baju baru. Bila pergi dengan perempuan, biasala, macam-macam fesyen disuruhnya.

Last-last aku beli baju yang aku selesa nak pakai, dan aku akan pakai pada hari-hari nanti. Kalau beli baju sekali pakai je buat apa kan.

So, kita tengok je la gambar-gambar masa kat sana.


Off to dinner. Perasan tak jam kat tangan aku tu pukul berapa? 641 pm. Dah siap dah. Sebab nak kena tolak awal ke Teluk Cempedak. Sembahyang maghrib tengah jalan.


With Siti Sengal. (hehe, dia marah aku panggil dia Siti, nama dia Siti Aisyah)


With Florina, ahli baru Kelab Sengal. Terkejut aku dia pakai dress malam itu.


With coursemate lelaki. Carilah ‘the roomate’


With someone yang tiba-tiba jadi popular malam tu. Siap ada tubuh kelab peminat lagi! hehe



With coursemate. Course aku memang banyak perempuan. Dan aku bengang, gambar ini aku separuh. Hehe


Current member of Kelab Sengal Sedunia. Florina, aku, and Aisyah. Supposed gambar ni kena poyo, tapi Florina tak ikut tema gambar betul!


Coursemate. Gambar dak BKB berhibur selepas the Hectic Week!!!


Aku jelir sebab diorang masa ni konon-konon nak buat gambar lelaki-yang-dah-cukup-kuota. Hampeh je!


Apapun, the dinnes is suck. Aku tak cakap sangat, sebab ajk dia banyak kawan aku jugak. Aku tak salahkan diorang actually, tapi tah lah. Makanan tak lah sedap sangat, sikit lak tu. Persembahan, lagi lah. Duh! Macam karaoke. Baik aku je naik atas pentas! Hehe

Apapun yang best bila ada companionship sama-sama. Sama-sama dengan kawan-kawan, itu je yang best! Tangkap gambar sama-sama bila masing-masing tengah berfesyen sakan. So best la! Kenangan terindah.


BKB’s Overnight Out @ TC – 200807

Setelah rasa best ramai-ramai dekat dinner tu, ramai yang plan nak buat something lagi bersama rakan sekelas. Kalau tak malam dinner tu jugak kitorang dah overnight kat TC tu. Tapi sebab the driver a.k.a aku mengantuk, aku paksa jugak diorang balik UMP.

Pagi isnin mulakan kuliah. Macam aku cakap sebelum ni, kelas aku dalam 2 minggu selepas the Hectic Week ada satu je. Unit Op. Tu pun sebab lecturer dia tak pergi induksi sekali.

Tengok-tengok lecturer batalkan kelas untuk hari selasa, sebab budak BKG ada test. Sedap je kan diorang, lecture batal sebab diorang test. Masa kitorang semua kitorang lalui je.

Tapi tah kenapa tak lak rasa bengang, tapi rasa best. Sebab lecture hari selasa batal, aku terus cakap, jom malam ni kita overnight ramai-ramai dekat TC!!!

Diorang ikut je. Plan last minute gila. Ajak jugak budak perempuan.

Dari 14 laki, 13 pergi. Dari 24 perempuan, 15 pergi. So not bad lah. Plan last minute kan.

Assignkan budak perempuan beli makanan untuk barbeque. Aku just jumpa diorang je kat pasaraya tu. Sekali tengok, banyak gila makanan yang diorang beli! Macam nak tidur TC 2 3 hari.

Kitorang dalam terkejut, ok kan je lah.

Buat barbeque pun agak lambat, sebab plan last minute, bahan-bahan untuk mulakan api pun tak fikir sangat. So api pun agak lambat untuk start.

Nyanyi-nyanyi, gelak-gelak, snap picture sikit-sikit, dan tengok-tengok dah pukul 1130. Budak perempuan kena balik pulak. Diorang tak berani nak overnight. Perempuan kan.

Yang kitorang lak try jugak pujuk. Konon-konon la tak best diorang takde. Tapi diorang terpaksa balik jugak. So let it be je la.

Bila diorang balik, kitorang mulakan aktiviti kitorang. Lepak tepi pantai, bukak cerita hantu. Aku malas nak dengar, sebab semuanya macam sama je ceritanya. So aku baring-baring je la.

Pergi Mc D yang bukak 24 jam kat TC tu. Ada orang belanja Mc Flurry. Lepas kempunan aku!

Duduk-duduk. Diorang bosan. Kata perempuan dah balik, takleh borak-borak. Kalau setakat laki nak borak-borak kat umah pun boleh!

Last-last aku cadang, jom main Pepsi Cola. Ala yang main pijak-pijak kaki tu. Tapi kat pantai, best gak la. Lepas tu sambung main Bola Beracun lak. Sedar-sedar dah pukul 545.

Siap-siap, balik. Sampai UMP kul 630, sembahyang, semua terus terbungkang! Aku sedar dah pukul 2 petang!

Apapun best gak la. Maybe kalau plan to smooth sikit lagi best. Takde la budak perempuan kena balik masa tengah membakar!

Apa pun jom tengok gambar.


Kumpulan penyediaan makanan. Dioarang lah cucuk-cucukkan makanan untuk dibakar. Sempat lagi posing tu.


Sesi posing bersama gitar. Memang kaki posing diorang neh. Kat lab pun selalu suruh aku tangkap gambar


Aktiviti pembakaran


Orang sibuk membakar, kitorang sempat snap picture lak


Posing gila lelaki bila semua perempuan dah balik. Time ni lah pun diorang tak cover dah



Sesi kembali ke zaman kanak-kanak. Hehe


Sesi kepenatan menunggu pagi



Gambar dajal masa orang tidur. Kejam tak. Konon-konon nak buat gambar bermotifkan pengemis la. Perasan tak, dengan tidur dekat situ je, dia dapai RM 10.50.??? Baik tak kitorang??? hehe


Shades of happiness II

Jumaat lepas. Masa tengah sibuk studi Unit Op, aku bukak memo lalu terjerit.

“Pihak JPA telah bersetuju untuk menawarkan anda Biasiswa Persekutuan”

Dah banyak biasiswa apply, tak dapat. Alih-alih dapat tawaran pulak. Maybe sebab result last sem kowt. Dan aku adalah antara 8 orang budak BKB yang dapat. Course aku, aku sorang je.

Shades of happiness ni melengkapkan pengakhiran minggu Hectic tu. So agak happy la.

Bila bagitahu orang, semua suruh belanja! Duh, kopak aku.

Apa pun, harap dapat simpan. Tak nak guna sebarangan lagi.


The entry of the day

Entry ni aku postpone boleh. Nak bagi fair consideration for this entry. Maybe aku tunggu orang lain buat dulu, baru aku ikut.

Apa? Tunggu.......


Prolog

Apa pun thanks sebab baca sampai sini. Banyak sangat subentries sampai aku pun pening-pening ni menaip. Measti ayat terabur je.

Aku akan biarkan entri ini lama sikit, maknanya aku akan lambat lagi update. So for the time being, baca je lah entri panjang gila ni.

Dah, dah ngantuk.

Bye!


:::YTBACK!!!:::

9 comments:

Irina said...

Salam..
Walaa.. Td dah comment, tp tah nape, x dpt load.. Wargggggggghhhhh!!!! Huhu.. Neway, iskh3, sian korang ek.. Sume kuiz tu dlm seminggu?? Dasatnya..
Tp, situasi yg korang alami tu mcm lbey kurang jek ngan ktorg.. Hehe.. Tp bezanya ktorg x kronik sangat la kowt.. Hehe.. Cuma kdg2 rs kecik ati & terasa di'anaktiri'kan..
Pape pun, seronok tgk gambo.. Bagus la korang.. Mesti enjoy esp dinner & overnight out kat TC tu.. Menarik! Macam tu la, hidup kena enjoy gak.. Xle asyik belek2 buku aje.. (ahaks, terkena hidung sendiri..=p)
Neway, thanks k for d wish.. Haha.. Dah tue? Ye ke? Xpela, dpt join rank orang2 'tua' cam ko.. =p
Gurau je.. Jgn marah.

FAIZUL said...

enjoy ko yerk...
maner rommate ko weis??
nak tau gak...
roomate ko yang cecibai tu ker??
hehehehehe....

alamak kamal ooi..
sesdih bebnor ak tgk bbq ko tu..
kecik betul arang dier..
tu baper jam baru masak tuu??
heheheh...

papik said...

jpa?
wahhhh thaniah!!!!

zura lias said...

bestnye..happy je dpt kumpul ramai2 cengginiekan..nnti bile kamal dh keje..mesti teringat mende2 ni...believe me..

Hilman Nordin said...

hhmmmm.. entry paling penting jangan le letak "apa? tunggu....." cis.. aku tunggu entry of the day ko dlu.. lgpun aku nk biar dlu entry al-quds aku dok lame sket kat front page.

material aku da ada da untuk wat entry of the day tu.. skang tggu hang ja.. hehehe.

ADam Dryx said...

Dalam ramai2 tu, awatla unggun api satu jer???
Sajerjer kan suka berhimpit-himpit gesel2 kan????

Hahhahah!!

aZwaN mUsLiM said...

salam...
sori for da lack of comment
dunno what to comment, koz banyak sgt ko cite in one post
tp apape2 pun, besh dibaca
n congrats dpt jpa

=)

Joey said...

aku merasakan bahawa ada kegembiraan dalam catatan dirimu...

how i wish that my situation could be like that

tapi...

walau apa sekalipun...

persekitaran dan situasi aku tak mungkin berubah kan??

entahlaa....

teddybearhijo~ said...

huhuu, akhirnya dapat mengabeskan pembacaan...
besh2...
ingat manyak ngat la ayat, scrol2, tgk2 gamba tetibe, eyh? da abesh? auu...

huu, entry yg kne nunggu tuu, nak tggu sampe bila niyh? hee... me join me join.... huhuu...

(^^)"

wah2, nak gak pakcik lanje...
*saja mengopakkan owang2... hohoo...*